Luahan Zaid Ibrahim
Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.
Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.
Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.
Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.
Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.
Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.
Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.
Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.
Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.
Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.
Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.
Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.
Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.
Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.
589 ditahan polis termasuk 44 remaja bawah umur.ada media totok umno laporkan sebagai kanak-kanak.
ReplyDeleteaneh dalam media pengampu dilaporkan hanya 438 yang ditahan.
demo dipersalahkan kerana menganggu ketenteraman dan merosakkan bisnes padahal sesiapa yang hadir tambah dengan info wartawan antarabangsa,polis yang mencetuskan huru-hara dengan semburan gas pemedih mata dan air gatal yang telah dilepaskan oleh trak FRU.
Ada juga pendemo yang dipukul FRU atau SB.Paling menyedihkan orang ramai yang hendak bersembahyang di masjid negara dan masjid jamek tidak dibenarkan berbuat demikian.ada pulak mereka ini yang menyuruh sembahyang di masjid india.
inilah sikap tak profesional polis.kenapa hendak ditahan mereka yang hendak bersembahyang.lainlah kalau selepas itu mereka berdemo.barulah boleh ditahan.akhirnya polis akur kerana jumlah yang hendak bersembahyang terlalu ramai dan tidak mampu dihalang lagi.
tok tak tahulah polis sembahyang ke tidak hari tu.sebelum masuk ke dalam masjid negara,pemeriksaan dilakukan oleh polis.ada yang ditahan kerana gagal melepasi pemeriksaan.pintu pagar depan masjid negara telah ditutup dan orang ramai dibenarkan masuk ikut pagar belakang.
boleh dianggarkan 95% pendemo adalah Melayu dan sikap polis terhadap bangsa sendiri amatlah dikesali.dr hatta ramli menjadi mangsa belasahan FRU dan bajunya koyak rabak sampai nampak dada
.Mujurlah beliau telah diselamatkan orang ramai.kekejaman polis tidak dilaporkan dalam media totok umno.tidak mengapa kerana media antarabangsa termasuk al jazeera,bbc dan cnn telah melaporkannya.
Pakatan rakyat wajar menghantar bantahan kepada SUHAKAM dan PBB kerana kekejaman kerajaan BN memperalatkan polis menghalang demonstrasi aman anti ISA.
Tok ingin bertanya sedikit mengapa tidak ramai bukan melayu yang hadir semalam.bukankah perjuangan memansuhkan ISA tanggungjawab semua rakyat Malaysia.Politik bukan sekadar berkata-kata dan memainkan orang ramai.itu politik ibrahim ali yang kelibatnya tidak kelihatan semalam walaupun dengan berlagaknya berkata akan menghadiri demo pro ISA.
Perjuangan memansuhkan ISA tanggungjawab bersama.Sudah sampai masanya Bukan Melayu mengerti perkara ini dan berjuang bahu membahu bersama rakan-rakan Melayu dalam Pakatan Rakyat.
Segala kekejaman polis itu eloklah dipaparkan dalam You Tube agar mereka malu sendiri melihat kebodohan mereka ditayangkan pada khalayak umum serata dunia.
Pakatan rakyat perlu mendesak KPN dan Ketua Polis KL meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab terhadap kekejaman semalam.
demo anti isa semalam berjaya kerana bukan sahaja berjuta-juta rakyat malaysia melihat kekejaman polis tetapi seluruh dunia sendiri telah menyaksikan polis menggunakan cara primitif dengan bertindak kejam terhadap pendemo.kini,jelaslah persepsi malaysia telah menjadi sebuah negara polis
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteDepa ni semua tolak Islam. Sebab tu perangai macam Yahudi Laknatullah. Nama aje islam tapi perangai macam Yahudi. Depa ni lagi bahaya dari Yahudi.
Makan banyak sanagat benda haram dan dari unsur yang haram. Hati dah tertutup untuk keredaan Allah.
Itulah hakikat yang berlaku di negara kita ni.
Wassalam.
kalau demo babi tak apa...tp untuk zaid...you nie betul2 ke...@ setakat nak jd calon utk PRU akan datang ...mcm Ahli PArlimen Pasir Mas....AJK Pas...tengok elok2....
ReplyDeleteTak jadi pun tak apalah ngok..dia dah jadi menteri penuh dalam umno tu,buat apa dia susah2 nak keluar.Kalau jadi calon dan menang pun belum tentu lagi dilantik menteri..sedarlah orang2 umno,selagi korang duduk dalam umno tu,korang takkan tahu hak dan permasalahan rakyat.
ReplyDeleteOrang-orang yg kecewa disebabkan sikap dan perangai buruk diri sendiri, malas bekerja, suka menyalahkan orang, negatif, pasif, sombong dan pesimis, mereka inilah yg menyalak dan melalak utk menegakkan kebenaran konon. Inilah imej yg dibawa oleh puak2 yg suka buat hura hara sana sini. Pada mereka dia lah hero, dialah pejuang, dialah di pihak yg benar, dialah yg betul. Tapi pada pandangan orang yg cintakan keamanan lain pula. Kenapalah puak2 ini tidak habis2 menyusahkan kehidupan orang lain.. Tidak ada gunanya berdemo sana sini.. tiada sambutan keseluruhan rakyat dinegara ini. Rakyat menolak cara ganas yg dianjurkan oleh parti-parti politik yg tak bertamadun. Rakyat akan tetap tolak!
ReplyDeletezahid pun sama dengan pelacur-pelacur politik murahan, jumud dan taksub yang amat menghayati seruan berkawan dengan setan hingga sikap dan perbuatan melampaui iblis dan binatang...
ReplyDeletepuak ini la spesis dengan yahudi laknatullah yang hanya tahu membawa kerosakan dan kebinasaan
Jahanam Pakatan Rakyat
PUTRA MERDEKA BANGSAT....ko ni mmg aku akui bersedara dgn puak umno yahudi laknat bersahabatkan iblis syaitan. hati ko hitam legam. dlm diam ko menolak hukum Allah. Allah x suruh puak2 umno yahudi ni buat ISA. hudud pun barua2 ni tolak. jenis puak2 bangsat mcm ni lah.
ReplyDeletePutra merdeka..rakyat belum merdeka lagi sebelum penjajah umngok@british disingkirkan..
ReplyDeleteZaid Ibrahim,
ReplyDeleteKami ucapkan syabas kepada anda kerana bersedia turun padang menyertai Himpunan Anti ISA.
Walaupun anggota Polis bertindak kejam dan zalim terhadap rakyat yang berkumpul untuk menyuarakan bantahan terhadap penggunaan ISA namun rakyat Malaysia masih bersikap sopan terhadap mereka tanpa menyerang balas.
Rakyat satu Malaysia sudah mula faham akan peraturan dan undang-undang yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Dan rakyat satu Malaysia sedang menggunakan hak mereka untuk bersuara.
Kita percaya rakyat satu Malaysia tidak marah terlampau pada anggota Polis yang bertugas ketika itu tapi kita amat percaya rakayt satu Malaysia amat benci kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana memperalatkan pasukan Polis supaya melakukan kekejaman terhadap rakyat tanpa alasan kukuh.
Kita ingin bertanya pada Menteri Dalam Negeri, dengan tindakan itu apakah rakyat akan menjadi takut sehingga sanggup menukar sokongan dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional-UMNO....?
Apakah melalui keganasan Polis itu maka rakyat satu Malaysia akan membiarkan saja kes kezaliman kerajaan melalui ISA terhadap rakyat dibiarkan berlalu begitu saja...?
Mungkin ahli UMNO dan pencacainya boleh diperbodoh dan ditakutkan dengan ISA tetapi bukan pada rakyat satu Malaysia yang mahukan keadilan pada semua warganegara.
ya...begitu lah nasib pencacai lembek yang tak mahu namanya digugurkan dari top 10 pemimpin pkr.
ReplyDeleteteruk pun teruk la...tak ikut karang dajal malaysia kata apa pulak...
maka menderu-deru la si penjilat lembek [yang sebelum ni memaki hamun] mengucapkan syabas pada silembek yang kononnya dah jadi wira sarkis.
ok...standby lembek...ni dajal malaysia nak buat siri ke dua anti isa ni...
Nak solat kat masjid negara pun kena lepasi Polis...
ReplyDeletedah sah macam perangai Israil..rakyat Palestin nak solat kat Masjid Aqsa pun kena lauli polis Yahudi..
kira adik beradik la UMNO nie...cuma lain2 bahasa ja
komen seorang badut sarkis,AsyMok
ReplyDeleteAmbo yang mental dah
tercalar...kelakar giler! :
MUSA HASSAN DAN HISHAMUDDIN
HUSSEIN!!!
ATAS NAMA ALLAH SWT
AMBO CABAR MU DUA EKOR DATANG
JUMPA AKU DI HUTAN BANDAR, JOHOR
BAHRU!!!
KALAU BENAR DEMO DUA ORANG ANAK
JANTAN!!!
DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN, AMBO
PERTARUHKAN NYAWA INI
LILLAHITAALA.
Ambo cuma nak belanja demo dua
orang minum air Kopi O kaw!!!
sambil borak-borak mesra....
Satu MALAYSIA kan...
saya respect dgn you zaid ibrahim semoga allah terus berikan pada you hidayah dan kekuatan untuk terus bersama rakyat marhen. teruskan perjuangan anda bersama rakyat.lihat dan rasailah sendiri penderitaan dan kegusaran rakyat dgn mata dan hati....
ReplyDeletePDRM terpaksa bertindak keras bukan kejam kepada "Rakyat" ko yang bahalol kerana "Rakyat" bahalol ko tu telah berlaku kejam terhadap rakyat sekeliling yang mahu berniaga, membeli belah, beriadah, melancong. Kan keja bangang tu. Pemimpimnya sangap, baruanya bengap. So, Sapa lebih kejam? Kalau setakat nak serah memo tak perlu nak berarak sampai seratus ribu... Seratus ribu...??? boleh lah nak kasi sedap hati. Si Salman Rushdee ni dah serupa ANJING tersepit. Bila lepas terus gigit orang. Boleh jadi rakan sparing Al-Juburi malam jumaat ni. Pasal sejak join Pembela Kroni Rasuah, statment dia lebih untuk "menegakkan batang yang basah".
ReplyDeleteWoi bodoh umngok,peniaga tu tutup kedai bukan kerana demo.Polis yang suruh tutup sebab nak tembak air.Korang kena kencing dgn Tv tu..peniaga lagi suka la,orang ramai,barang laku..pegilah tanya kalo tak caya..sapa yang buat kacau..
ReplyDeletepadan muka
ReplyDeletepadan muka
ReplyDeletesape yg bawak senjata??? PD-RM yg bawak senjata. org ramai cuma mahu berjalan beramai-ramai dan menyerahkan memorandum pada agung. knp susah sangat nak bg laluan. sepatutnya polis iring org ramai pi ke istana negara.
ReplyDeleteskrg jelaslah polis yg menghuru harakan keadaan.
jelas umngok gerun dengan kebangkitan rakyat. kebangkitan rakyat bermakna penyediaan kubur bagi umngok...
Insyallah, umngok bakal dikuburkan pru13 nnt...
Allahhuakbar!!!
mrL
Kan seminggu dua ni dah bagi warning jangan dok gatal nak berhimpun..yang pegi gak wat apa. Sendiri cari susah, jangan nak salahkan orang lain plak. Nak pegi keje pun jadi susah, last-last ambik mc.... Korang lain le, kerja sendiri, hari-hari berdemo pun takpe.
ReplyDeleteSS..pasal apa polis tak boleh@taknak permit berhimpun..Kalau untuk konsert jomheboh boleh pulak kawal lalulintas.Sama je ngan perarakan hari merdeka atau hari wilayah.Kalau dok tembak air dan gas,akan jadi huru hara juga.Benda senang je sebenarnya..Polis kawal trafik-orang pun berarak ke istana-serah memo kat pagar istana-selesai dan pakat2 balik..settle..huruhara pun tak ada,kedai pun polis tak payah suruh tutup,peniaga pun untung sbb orang ramai,ekonomi meningkat,polis pun dapat pujian,kerajaan orang respect,semua dapat manfaat..Jalan senang ada,kenapa nak disusah susahkan.
ReplyDeleteMangkok ayun betui pencacai UMNO..kedai tutup atas arahan siapa??? lain kali jangan terpengaruh sangat dengan media penipu kau orang.Nama pun TV3 suku...
ReplyDeleteKalau kat Afrika tu tak apa la orang buat demontrasi sambil rompak kedai....
kalau jenis bangang tu apa nak boleh buat....ngokkk
salam,
ReplyDeletebetul pe tontoya kata..aku sokong malam ada konsert kat bukit kiara..aku tgk senang je polis jaga lalu lintass..sama gak le camni..bagi laluan..settel..ni idak g temabk lakk rakyat ngan peluru..benggong tull..
takde masalah pe punn yg UMNGOK n Zali marah sgt pesal..??bodohh kayuuu tull..
SYABAS,
ReplyDeletekepada semua suadara dan saudari yg turun membantah ISA..cekalkan hati kuatkan semangat..mari kita terus berjuang menentang
semua kekejaman dan kezaliman.. kita hapuskan semua kemungkaran walaupun ianya berlindung d sebalik undang2 negara...kita tak nak sejarah FIRAUN/RAJA BERSIONG/dll...berulang2..
SYABAS pada Dato Zaid dan keluarga.
Polis Polis ni semua bila dah pencen nanti baru lah nak ingat dosa dan minta borang nak jadi ahli Pas..masa bekerja tergamak sungguh mereka ni menyepak terajang rakyat yang menuntut hak mereka.Sedangkan wang gaji yang mereka makan anak bini pun rakyat yg bayarkan.Kalau Hang Tuah ada pasti dia kata bukan jantan kalau melawan orang yang tak bersenjata.Sedarlah wahai polis2,tangan dan kaki kamu gunakan untuk memukul dan menyepak saudara kamu,akan dibalas diakhirat kelak.
ReplyDeletebersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. tgk la kesusahan kita (PR) pada hr ini akan memberikan kesenangan pada masa hadapan.
ReplyDeletesama la cam org dulu2 diorg yg menanggung kesusahan dan kita yg menikmati kesenangan sekarang.
mesti ada seseorg/ kumpulan yg menyusahkan diri bagi menjamin kesenangan kita.
bukan saje2 buat demo, tujuan demo sbb nak bagi mata krjaan terbuka setelah lama tertutup...
mrL
teringat coretan dalam PerakExpress pasal sorang bekas FRU nih.. bercakap sorang2 kat masjid.. bila ditanya, rupanya dia menyesal dulu2 masa dalam FRU dok sepak terajang org yg tak berupaya.. - Neo
ReplyDeletePara pendemo pun satu hal..sepatutnya bila ada rakan2 yang kena tangkap tu pakat masuk lah ramai2 serbu tolong dia lain kali..jangan masing2 nak berlari..Fru ni otak dia mmg dah diprogramkan supaya tak ada rasa belas kasihan..
ReplyDeletekepada semua...jangan layan org org yg tidak berfiran waras...macam zali,tungkalangit tu
ReplyDeletethanks
syabas zaid syabas
ReplyDeletekesedaran membawa kebaikan....
peniaga rugi
jalan sesak
satu hari saja... apa salahnya kita berkorban demi kepentingan mangsa2 ISA, anak bini mereka yang terseksa yang menderita bertahun2
ISA satu akta yang zolim
Ianya telah dilaksanakan oleh orang2 yang zolim
Allah mengharamkan kezaliman atas dirinya
Janganlah kita menjadi PEWARIS kepada kezoliman
syabas zaid syabas
ReplyDeletekesedaran membawa kebaikan....
peniaga rugi
jalan sesak
satu hari saja... apa salahnya kita berkorban demi kepentingan mangsa2 ISA, anak bini mereka yang terseksa yang menderita bertahun2
ISA satu akta yang zolim
Ianya telah dilaksanakan oleh orang2 yang zolim
Allah mengharamkan kezaliman atas dirinya
Janganlah kita menjadi PEWARIS kepada kezoliman
kalau perhimpunan tidak diganggu oleh polis ia akan mempamerkan demokarsi di negara ini.semua pihak mendapat keuntungan, kpd peniaga,nama baik polis dan pemimpin negara.
ReplyDeleteapa pun pemimpin jangan anggap rakyat bodoh... you're wrong.
TONTOYA,
ReplyDeleteMANA ADA SETAKAT HARI NI BUAT JOM HEBOH KE ATAU YANG SEWAKTU DENGANNYA PEGI KELILING BANDAR. KALO X NAK MASALAH, PEGI LE BUAT DEMO RAKSASA KAT STADIUM SHAH ALAM TAK PUN BUKIT JALIL.. NAK SERAH MEMORANDUM SORANG PUN BOLEH.. TAPI NANTI FRU NGAN PDRM TAKDE KEJE PLAK...YE TAK???
ss..
ReplyDeletekalau kat stadium buat konsert boleh la..
apa la bengong pemkiran ko nie...
camnie ler kalau suruh blaja pandai2 tak nak ..otak taruk kat lutut...
podah..
Kpd SS terima kasih di atas makian anda... maksudnya tidak mengganggu orang lain kalo buat kat stadium, takde le kena simbah air... buat tengah bandar memang le takkan dapat permit. Walaupun tak belajar sampai ke negara china, alhamdulillah, dapat hidup bahagia di tanah air sendiri...
ReplyDeletebijan.. kalo nk comment bace la dari atas.. ade tontoya komen, kenape konsert jom heboh siap ade polis jaga lalulintas.. tu yg ss ckp buat kat stadium.. paham..
ReplyDeletelagi 1, kan da ckp jgn hadiri demonstrasi ini, tapi pergi jugak, keras kepale btol.. buat la care baik.. terus terang aku ckp, care pr salah, dan salah, dan salah.. ader je care baik.. kan pr ader ahli politik yg agak berkaliber.. ke mmg demonstrasi ni saje je ahli politik pr ni ada2 kan.. aku tak tau la.. tapi paling kurang aku tak maki sesame saudara islam sendiri.. itu dah kategori doa.. yg untung sape, mereka yg bergembire yg memulakan topik mansuh ISA...
ingat Allah swt kurniakan kita akal untuk berfikir..
BODOH!!MENYUSAHKAN ORG!
ReplyDeleteORG NK MENIGA PON SSH..
KALAU PAKATAN BOLE BG DUIT SALE KT AKU X PE GAK!!
SIAL PUNYE ANWAR!!
X HABIS2 BWT DEMO!!
KNP KALAU ADE DEMO JE JLN T.ABD RAHMAN,ASAL X BWT KT PETALING STREET TU TEMPAT CINA..HA??
TAKUT PENIGA2 CINA KAT SITU KE
BODOH PUNYA MELAYU!!MELAYU MENYUSAHKAN MELAYU!!
Yang ko pergi meniaga hari tu sapa suruh...setakat untung tak berapa sen jangan kecoh lah......
ReplyDeletePeniaga macam ko nie adalah dari golongan yang mementingkan perut sendiri jaa.. sama la dengan pemimpin negara sekarang ni.. takder beza.. asalkan ko senang.. keluarga ko senang.. orang lain pi mampus kan..
ReplyDeleteengkau tak kira orang lain yg merana dalam tahanan tu yg tak tau bila kesudahannya.. tak tau apa salah nyer..
aku doakan semuga dihari depan berlaku ISA pada ahli keluarga kau.. anak kau.. bapak kau.. mak kau.. time tu baru ko akan sedar.. baru ko akan bukak mata.. time tu boleh bisnes hari2 pun tak guna dah..
Perhimpunan haram yg menentang Malayan Union telah melahirkan UMNO. Masa tu British kata perhimpunan tu pun haram, tapi rakyat berhimpun jugak. Kalau tak berhimpun barangkali, kita masih tetap dijajah Mat Salleh. Begitulah kalau kita nak sesuatu itu berlaku selepas desakan dengan saluran Parlimen, atau Parlimen asyik kata tidak relevan atau SO dan apa2 lagi, maka jalan terakhirnya demo. Kalau tak berjaya sekali akan jadi 2 kali. Sepatutnya polis berbaris tepi jalan, menghalang takut pendemo yg bergerak jgn dilanggar kereta. Tapi kat Malaysia lain, polis diarahkan provok pendemo dgn senjata yg ada bagi org lari lintang pukang dn senang diambil gambar untuk propaganda. MAD BALING
ReplyDeletesaudara SS.. saudara adalah jenis orang yang MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI..
ReplyDeleteInsyaallah akan ada balasan untuk saudara..
Salam.Aku dapat address blog ni dr. Respect Group yg dilinkkan ke email. Aku tak pernah menulis dlm mn2 blog cukup sekadar membaca sahaja tapi hari ni aku nak katakan kekecewaan aku atas apa yg berlaku pd diri dan keluarga aku serta ketidakpuasan hati aku.Membaca komen2 dlm blog ni aku tahu yg korang kata aku pencacai pd kerajaan BN.Maaf aku sokong mn yg baik samada drp BN atau PR.Undi aku tengok calon janji yg baik dan berkhidmat utk rakyat.Aku bukan ahli mn2 parti pun.Aku mengundi di DUN Paya Jaras dan tahun ni aku undi YB Bushro pasal dia memang baik berbanding calon PAS, Khairudin yg hanya muncul masa pilihanraya. Pilihanraya dulu aku undi calon PAS. YB Bushro memeng diakui baik dan berkhidmat utk rakyat kalu tak percaya tanyalah org2 di Paya Jaras..Bukan sebab aku penyokong BN tetapi pada aku calon yg baik harus dia sokong. YB ni sebelum masuk waktu Subuh dah ada kat masjid sama solat. Itu yg aku respek gila kat dia...jd aku nak maklumkan bahawa tak semua org UMNO ni jahat dan tak guna. Ada sebahagian tu yg memang baik.
ReplyDeleteOK..berbalik kpd ketidakpuasan hati aku.Semlm aku terpaksa melawat bapa saudara aku yg masuk hospital di GH.Aku cakap kat mak aku nak pegi hari ni tapi mak aku nak pergi juga jd terpaksalah pasal bapa saudara aku dah agak nazak.Aku kena ambik mak aku di Pantai Dalam melalui Federal Highway. Aku sangkut dlm 'jammed' pasal korang buat demonstrasi...Lepas ambil mak aku kami cuba lari nak elak masuk KL tetapi tak boleh nak elak juga pasal GH memang kena lalu pusat bandar.Bayangkan perjalanan aku semlm daripada jam 10.00 pg sampai di Hospital pukul 6 petang sebab sangkut dlm jammed...
Ketidak puasan hati aku ialah cuku2lah buat demonstrasi dan kerja2 bodoh ni pasal akan menyusahkan org ramai.Aku tengok lepas demonstrasi tak ada apa pun kesannya. Yg aku heran apasal korang tak buat kat Stadium Melawati ke? Jgnlah disusahkan kami rakyat kerdil dgn perkara2 yg menyusahkan org ramai ini.Habis jln jammed dan org meniaga terpaksa tutup kedai. Korang ingat baik ke menyusahkan org dan tutup rezeki org ni!!!!!
Maaflah, Suka hatilah apa yg korang nak kata kat aku tapi inilah luahan hati aku yg memang sampai bila2 akan aku ingat. Korang ni dah menyusahkan aku dan keluarga aku!!!!!!!!
hahhaha... apelaaa..... baut pee buatt kecohh... bikinn malu negara malaysia... jee...
ReplyDeletekite buat secara baik laa....baik selalu nya menang.. bukan cara nieee. amboiii.. xknn sejarah lama ko nak ctee... tu kannmemperjuangkan hak kite...untuk merdeka. aduhhh......
dahh laaa tuuu......
jgnn asikk nak salahh kan orngg jee.. pikir duluu dirii sendiri....
dulu smapai sekarngg....
Dear Zaid Ibrahim,
ReplyDeleteIt was a pleasant surprise when my wife and I took the same train as you at the Kelana Jaya LRT station to the rally. We regretted not saying `hello` to you and joining your group as we were lost too. Anyway we finally ended up at Sogo.
You have walk the talk. We salute you.
tapi demonstrasi nie dah byk yg berjaya.. contohnya UMNO sendiri tubuh dari demonstrasi juga..
ReplyDeletePPSMI di beri perhatian pun kerana demonstrasi juga.. so oleh itu jangan perlekehkan demonstrasi.. ini adalah jalan terakhir untuk rakyat menunjukkan ketidak puas hatian rakyat kepada pemerintah.. kerana hanya dengan jalan ini SAHAJA pemerintah memandang berat akan kehendak rakyat nampaknya..
aku kesian dengan melayu pas yang bangang ni..kemudian mak bapak akan terima mesej daripada anak
ReplyDelete""Hello mak abah, cek kena tahan polis tolong mai jamin sat, anwar kata nak jamin poodah dia cabut awai2 lagi...
Mak kat mana ni? Laaa kat Pantai Merdeka, berkelah ka, ingat mak ngan abah kena tahan ISA.."
sape gi demo ni terencat.. sbb pikir sekerat...
ReplyDeletekesian meor paya jaras...
kerosakan harta benda dari perbuatan polis...bukan dari perbuatan pendemo, ada akal guna dan fikir la...polis cuba memburukan pendemo..dah lama pekara ni berlaku.tapi apakan daya kita ni manusia yang tak punya kuasa untuk menidakan perbuatan durjana polis malaysia..di Iraq dan Afganistan rakyat marah taliban, kerana mereka rakyat mereka terbunuh akibat perbuatan tentera amerika membedal dan membunuh rakyat jelata..yang dipersalahkan puak taliban. sama macam malaysia...fikir2kan lah
ReplyDeletesalamz...
ReplyDeletebukan niat hati nak mengutuk atau apa....tp kalau kita lihat yang berniaga di sekitar jln TAR atau pun chow kit tu bukan org melayu...org Indon....biarlah dia tutup kedai sekalipun....cuba pikir pendatang boleh meniaga...apa nasib org melayu..pendatang makin kaya....asalakn rasuah diberi.....mereka menguasai perniagaan di sekitar chowkit tu....pk2 kan lah....kalau kata UMNO bantu melayu....dalam senarai 10 org terkaya di negara ini 1 sampai 10 berapa org melayu..tu pun sorang syed bukhari....no 8 jer tu pun bukan asal nya org melayu..tp pakistan....jadi pk2 kan la di mana yg dikatakan UMNO bantu ekonomi melayu....
baguih la zaid hang pun dah rasa bahana kekejaman polis fru yg menjadi perisai amno selama ini.mencuri duit rakyat berbillion ringgit siapa pun tak hukum amno lagi..Allah maha melihat kejahatan pemimpin amno berpesta duit negara ini.,punggah keluar khazanah negara..rompak kemudian menjadi aset2 peribadi kroni anak cucu mereka.Balasan neraka jahanam hutamah menunggu membakar amno yg tak bertaubat.
ReplyDeletesemua jahat ke bro.... ada hikmah DSAI tak jadi PM Malaysia lama dulu...
ReplyDeleteada hikmah juga bro anwar di buat camtu..baru tahu bahawa UMNO adalah parti pemfitnah paling besar dalam malaysia.selama ini segelintir rakyat malaysia mengiyakan apa yang UMNO buat..bila terjadi pada bro anwar, baru tahu UMNO adalah satu parti yang dipelopori (mengaku islam) sanggup membuat fitnah terhadap kawan demi pangkat dan kedudukan untuk mengejar harta dunia yang sementara ini.yang pelik boleh plak segelintir rakyat mempercayai tuduhan fitnah camtu.tolak hukum islam begini jadinya.sebab tu UMNO tak nak pada undang2 Islam.
ReplyDelete