Wednesday, August 19, 2009

KJ Oxford Kena Lanyak...

10 comments:

  1. Kj, anda perlu studi semua kemungkina soalan yang kan di tanya. Dh sah si penanya tidak di tapis dulu seperti biasa. hehe

    ReplyDelete
  2. Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun

    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan.
    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani,
    semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap
    ke Melayu Malah mua’alaf bertakrif Melayu.

    Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan
    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara

    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang
    mudah terjual
    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba.
    Berbuahlah pisang tiga kali
    Melayu itu masih bermimpi
    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri.

    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak.
    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga

    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan
    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut
    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selagi yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    “Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran”

    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan
    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka.
    ( Usman Awang)

    ReplyDelete
  3. KJ ni oxford lulus cukup makan je, bukan 1st class punya graduate, tapi tak ade kelas...hehhhe..

    Cakap pun terketar-ketar dalam al-jazerra. Melayu 1Malaysia semua kena kencing dengan mamat KJ ni, Kera Jadian.

    ReplyDelete
  4. 1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
    2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
    3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
    4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
    5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
    6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
    7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
    8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
    9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
    10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
    11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki
    oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
    12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden
    Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat
    sahaja.
    13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di
    bawah pemerintahan kerajaan Umno.
    14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk
    secara bebas ke sana.
    15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan
    di negeri berkenaan.
    16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-
    usahawan Melayu.
    17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang
    tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

    ReplyDelete
  5. Bro perisik,

    Tajuk tak brape betul wa rase.Walaupon KJ agak defensive mood tapi he got the point jugak.PR bleh blejar banyak dr point2 kj untuk stay relevant.

    Prob UMNO ni yg wa nampak, konsep utama diorg ni agak hitler.Diorg tak boleh terima konsep "agree to disagree" n cuba memaksa semua org terima ckp diorg which is sgt la tak attractive pd org muda.PAS pon ade sikit2 tinggalan penyakit camnih.

    Wa teringin nak kongsi surat dr khalifah zaman golden age islam pd kerajaan lain utk tujuan dakwah

    "Bring forward all the arguments you wish and say whatever you please and speak your mind freely. Now that you are safe and free to say whatever you please appoint some arbitrator who will impartially judge between us and lean only towards the truth and be free from the empary of passion, and that arbitrator shall be Reason, whereby God makes us responsible for our own rewards and punishments. Herein I have dealt justly with you and have given you full security and am ready to accept whatever decision Reason may give for me or against me. For "There is no compulsion in religion" (Qur'an 2:256) and I have only invited you to accept our faith willingly and of your own accord and have pointed out the hideousness of your present belief. Peace be upon you and the blessings of God!"

    Kenyataan atas ni tak banyak beza pon dgn pemahaman nik aziz pasal critic islam.

    ReplyDelete
  6. punah melayu.....
    umno salah ka?pas salah ka? pkr salah ka...hanya masa yang tentukan..

    ReplyDelete
  7. 1Malaysia.... mana ada punah+ranah...

    ReplyDelete
  8. 1 Mongolia..Awek monggolia diutamakan,C4 didahulukan..

    ReplyDelete
  9. KJ LembuFord ... cakap merapu ja, era hang dah nak habis dah. kah kah.

    ReplyDelete
  10. setuju 100% kata xenan...tp aku agak minat dgn KJ ni...harap2 dia terdetik utk join PR satu hari nnti...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?