Tuesday, August 11, 2009

Konvo UPM: Peniaga Rugi Khemah Diterbangkan Ribut

Wartawan Kosmo dan Utusan yang ikut serta dalam Misi Royalti@Misi Maut patut berada di UPM masa kejadian ribut di Pesta Konvo UPM semalam. biar dia tau apa itu "ribut".

Dalam kejadian ribut semalam, lebih 20 peniaga di tapak pesta Konvo UPM mengalami kerugian yang besar selepas khemah yang memayungi gerai mereka terangkat ditiup ribut lalu menghempas ke gerai yang berhadapan dengan mereka.

Hampir 20 peniaga dan pekerja mereka hampir maut selepas dihempap oleh khemah besar dan struktur besi khemah yang terbang ditiup angin ribut. 3 orang peniaga termasuk pekerja mereka cedera terkena besi khemah dan seorang wanita pengsan dalam kejadian tersebut.

Kalau nak jadi ribut, tak payah tunggu tengah laut... atas darat ni pun selalu kena ribut... maut ada dimana-mana... bukan atas bot je...
Sementara itu dalam kejadian berasingan (di dewan besar UPM) seorang wanita terkena Histeria selepas kejadian ribut tersebut... beberapa kawasan sekitar serdang juga dinaiki banjir kilat.

9 comments:

  1. mujur balang air tak bocor. kalau tidak boleh masuk tv mcm 1 Ogos.. nie nak tuntut ganti rugi kat saper pulak..?! Siapa penganjur? Ada NGOok nak bantu tak..?

    ReplyDelete
  2. Ni mesti kena sumpahan pompuan puaka no1 Malaysia nih.. sebab UPM tak bagi dia ijazah PhD kehormat.

    ReplyDelete
  3. Di Amerika, Alex Jones, ditangkap polis ketika bertanyakan soalan berkenaan CFR kepada Presiden Bush kerana soalan berkenaan dengan CFR dianggap paling sensitif kerana membangkitkan persoalan CFR bermakna membangkitkan persoalan berkaitan penyelewengan kewangan negara Amerika( Federal Reserve) berkaitan dengan dasar-dasar luar. Lihat video, Alex Jones ditangkap, klik sini

    Maksudnya rakyat Amerika sendiri tidak suka jika wang negara mereka dikorbankan semata-mata untuk memuaskan hati pemimpin elit mereka yang dikontrol oleh Yahudi. Berapa banyak wang negara terpaksa dilaburkan untuk serangan ke atas Afganistan, Iraq dan terbaru Iran ? Semua polisi dasar luar
    menyerang/menakluk negara lain diputuskan oleh 'badan elit' yang dinamakan CFR.

    ReplyDelete
  4. Kesian yer..belum start business, dah tiup ribut kencang yang menganas-ganas hingga mengoncang-goncang tiang khemah sambil menghempap-hempap gerai karipap!!!

    ReplyDelete
  5. Kalau "WartaWang" KOSMO tu ada tentu dia tulis ...."Liputan yg sia-sia dan merbahaya....UPM patut sediakan khemah berdindingkan batu concrete dan bertiangkan keluli manakala WartaWang (KOSMO shj) patut di sediakan Helmet...." he..he..he..

    ReplyDelete
  6. http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

    PR..sila komen..

    ReplyDelete
  7. semua yang terjadi kuasa ALLAH. kita ni sebagai manusia kena terima...tak baik cakap orang puaka, sedangkan diri apa guna!!! hehehe

    ReplyDelete
  8. diorg kata cedera 2 org jer dan tak ader yg pengsan....
    cuba terangkan....aku kena tembak? bro....sbb kata 3 org cedera dan sorang pengsan.

    ReplyDelete
  9. durian...

    sedara nie islam ker... tak percaya kuasa Allah? jgn la sampai mcm tu... bawak2 bertaubat sedara... kalau pun hati tu dah gelap... taksub tahap babi... ckp ikut otak bukat ikut hati.. ikut hati mati...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?