Sunday, August 23, 2009

Lagi Katak Di Kedah...!!!

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar dari PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak (UMNO).

Beliau, yang juga EXCO Pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."

Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas," beliau dipetik berkata.

Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," kata Mohd Radzhi lagi.

Beliau juga dilaporkan berkata, walaupun meninggalkan PKR, beliau akan terus berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu, "di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan Perdana Menteri".

Beliau akan terus kekal dengan jawatan EXCO Pelancongan Kedah kerana soal pelantikan EXCO negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah, lapor agensi berita itu lagi.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN, S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

Lapor - Malaysiakini

Pengliporlari - Boleh percaya ke tak kena beli?? Mungkin tak beli la... Sebab tak ikut kehendak pasaran, tapi dapat 'Saguhati' la....

52 comments:

  1. nak buat macamana diri adun lunas masih lagi berfahaman UMNO/BN.untuk PKR, untuk memilih calon kena hati2 di masa akan datang.berbanding dengan calon PAS, tidak mudah dibeli dengan wang ringgit.takutlah akan allah dari takut dengan manusia.

    ReplyDelete
  2. Betul ..
    Dlm PKR adalah bekas amno jgk bukan senang nak tinggal sifat RM lama tu ..
    Berbeza dgn PAS lebih takut drp Allah drp manusia.
    Lantiklah manusia yg betul berjuang kerana Allah bukan dunia semata2 ..

    ReplyDelete
  3. KEHKEHKEH MARE KE BROOO?..JGNNN NANTI KENE JUALL KEHKEHKEH..

    TAKEBEER!!...TAKEBEER!!...TAKEBEER!!

    ReplyDelete
  4. BIARLAH DIA PEGI,BERSEKONGKOL DGN UMNO IBARATKAN MURTAD@MNINGGALKAN ISLAM..PERGILAH..KO AKAN DPT HABUAN KO DI DUNIA!!!

    ReplyDelete
  5. maree dengan manusia yang rela diri menjadi hamba duit.ingatlah kesenangan dunia tidak kemana.bila kamu mati kamu akan tinggalkans semua itu, yang dibawa hanyalah amalan baik buruk kita sahaja untuk bertemu dengan allah s.w.t. untuk jefrry kamu jangan mempermainkan perkataan takbir dengan sebut takebeer.aku sanggup mati syahid, kepada sesiapa yang mempersendakan ayat2 allah..

    ReplyDelete
  6. bkn takat Wakil Rakyat lu, ngan lu lu sekali kalu dibayar lebey konfrem lompat sekatak lompat gaks. Saguhati sebab Gobalalat melompat-lompat kat pusat penamaan calon di permatang pasir kot..Hadiah PKR buat penyokong PKR Permatang Pauh...terima kasih.. TAKEBEER!!!!

    ReplyDelete
  7. biarlah dia pergi mampus.

    ReplyDelete
  8. sebelum lompat puji tak sudah, pas lompat ni makanla sumpah seranah...sabojerlaaaa

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. dia telah mengkhianati penduduk padang serai. percayalah kalu ramai orang sumpah seranah maka makbullah doa itu. sabar ajelah. alasan yang sama digunakan bagi menyatakan sebab keluar dari PR. takkan nak kata terima suapan kot. dia ingat orang bodoh kot.

    ReplyDelete
  11. sudah dijangka adun lunas akan keluar dri PR cos sewaktu dlm PKR pun beliau amat rapat dgn bekas mb kedah iaitu mahadzir khalid.Boleh di katakan setiap mingu beliau akan pergi berjumpa dgn bekas MB itu.Beliau banyak lakukan aktiviti bersama dengan bekas mb itu tidak hairan cos beliau dulu adalah bekas umno sebelum masuk PKR

    sewaktu dia pegang jawatan exco pun dia la exco yg plg banyak mintak peruntukan yg bukan-bukan.

    cuma skrg ni mintak jasa baik sultan kedah utk tarik kembali jawatan exco beliau.

    Skrg ni saya hendak cbar beliau kalau beliau yakin beliau boleh menang kwasan lunas itu sebgai calon bebas,saya hendak dia letak jwatan sebagai dun dan lakukan plihan raya semula kita akan lihat adakah beliau akan menang.

    rakyat pun x mau org perkhianat mcm tu


    gama

    ReplyDelete
  12. Ni katak dah lapo.....lama x dapat makan...

    Buat penyokong2 UMNO/BN..buta mata atau perutkah bila perkataan Takbir telah ditukar takebeer oleh anda...jangan kerana RM agama dipermainkan...bertaubatlah....

    ReplyDelete
  13. Kalau anda yang sebut takebeer tu bukan islam/kafir x jadi hal....

    ReplyDelete
  14. Ya Allah selamatkan kerajaan yang dibina atas dasar taqwa ini... hancurkan taghut... jahanam.. jahanam bn...

    ReplyDelete
  15. inilah perangai sebenar Geng Pakatan Rakyat...apabila bersama akan dipuji habis dan apabila berpaling sahaja maka pelbagai gelaran sehina-hinanya akan diberi...

    Tidakkah kalian lupa bahawa Allah swt itu Maha Mengetahui apa yang ada di naluri hati manusia...Bersabarlah menerima kenyataan bahawa PKR akan berkubur tidak lama lagi!!!!Hidup PAS!Hidup UMNO! Ayuh berpadu!

    PKR = Parti Kencing Rakyat sebab itu, bila dah sedar mereka kembali ke pangkal jalan! Kalian bila lagi nak sedar?

    ReplyDelete
  16. Nak buat macamana dah UMNGOK ni pencetak RM..Berapa banyak pun takada hal mereka.

    ReplyDelete
  17. inilah perangai sebenar Geng Pakatan Rakyat...apabila bersama akan dipuji habis dan apabila berpaling sahaja maka pelbagai gelaran sehina-hinanya akan diberi...

    Tidakkah kalian lupa bahawa Allah swt itu Maha Mengetahui apa yang ada di naluri hati manusia...Bersabarlah menerima kenyataan bahawa PKR akan berkubur tidak lama lagi!!!!Hidup PAS!Hidup UMNO! Ayuh berpadu!

    PKR = Parti Kencing Rakyat sebab itu, bila dah sedar mereka kembali ke pangkal jalan! Kalian bila lagi nak sedar?

    MASIHKAH KALIAN INGAT ANWAR NAK JD PM pd 16 Sept dan kata 30 MP BN akan join dia. Apa kalian kata..bagus, sokong lepas tinggal MIMPI dan org lain pulak lompat maka kalian pun mulalah MENGEJI!!!!

    ReplyDelete
  18. Nak keluar,masuk umngok teruslah Radzhi,senang cerita...Pegi bertanding atas tiket umngok pulak pru13 nanti bolehkah dapat lagi majoriti lebih 10 ribu tu yang dikhianati tu.

    ReplyDelete
  19. umum jadi adun bebas apahal pulaknya..jawatan exco taknak lepas,gila duit lagi,berapa banyak umngok bagi pun tak tahu..
    sprm kena siasat radhi ni.Jangan sibuk dok siasat adun pr je.

    ReplyDelete
  20. parti katak rakyat...

    angin aku dgn orang PKR nie..

    berapa ramai dah..

    ni yang aku bebal ngan pkr nie..

    pemimpin pkr ni mata duitan..aku tunggu masa aje nak dedahkan rahsia orang pkr ni..menyusahkan rakan-rakan PR yang lain aje..

    ReplyDelete
  21. melayu rosak kebanyakkannya terdiri daripada ahli UMNO dan PKR.Lebih baik DAP berbanding mereka..sebab tu melayu lemah dan berpecah sebab tak faham konsep..

    tok guru dah kata hanya perjuangan berlandaskan islam yang mendapat tempat disisi allah..yang PKR dan UMNO masih dok bangang tu buat apa...

    kalau non-muslim tu tak hairan laaa dia nak masuk parti berlandaskan apa pun sebab dia jahil tentang islam..ni yang lahir-lahir terus islam tetapi cetek dan dangkal tentang islam yang sebenar,termasuklah anuar ibrahim dan najib tu..

    rakyat yang menyokong tu lagi bangang dan cetek ilmu berkaitan islam..tolak umno jangan pilih selain daripada ideologi islam.. dah tahu pkr ngan umno tu sama jangan laa pilih kedua-duanya..

    beruk dan kera tetap sama walaupun berlainan ekornya..iaitu panjang dan pendek...

    ReplyDelete
  22. CUBA FIKIRKAN.
    MASA ADUN PERAK KELUAR ADA ORG UMNO MASOK
    SEKARANG NI ADUN KEDAH KELUAR ADA JUGA ORG UMNO MASUK.
    SEBENARNYA INI ADALAH PERANGKAP.

    ReplyDelete
  23. SERI MANJUNG 23 Ogos — Kedudukan Datuk R.Ganesan sama ada masih sah sebagai Speaker atau sebaliknya ditentukan oleh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bukan ditentukan oleh pembangkang, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Beliau berkata berkata pelantikan seorang Speaker dibuat menerusi persidangan DUN, maka kedudukan Ganesan sama ada masih sah sebagai Speaker atau sebaliknya juga perlu dilakukan menerusi kaedah yang yang sama.

    “Sama ada Ganesan masih sah sebagai Speaker dan sebagainya adalah ditentukan oleh sidang DUN kerana yang melantik seorang Speaker bukan (Datuk Seri Mohammad) Nizar (Jamaluddin), (Datuk) Ngeh (Koo Ham) atau Nga (Kor Ming)...yang melantik Speaker adalah sidang DUN, jadi biarlah sidang DUN yang tentukan sama ada masih sah atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini. - Bernama

    Aik..abis sape yang lantik Ganesan jadi speaker??? Speaker YB Sivakumar puak2 BARISAN NAJIS seret sorok dalam stor, sekarang suruh DUN yang pilih speaker. Ni lah UMNGOK, ALLAH nak tunjuk apa korang dah buat cepat je...Ludah ke Langit kene muka sendiri....Ni lah YBingung UMNGOK yang MUDAH LUPA!!!

    ReplyDelete
  24. SERI MANJUNG 23 Ogos — Kedudukan Datuk R.Ganesan sama ada masih sah sebagai Speaker atau sebaliknya ditentukan oleh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bukan ditentukan oleh pembangkang, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Beliau berkata berkata pelantikan seorang Speaker dibuat menerusi persidangan DUN, maka kedudukan Ganesan sama ada masih sah sebagai Speaker atau sebaliknya juga perlu dilakukan menerusi kaedah yang yang sama.

    “Sama ada Ganesan masih sah sebagai Speaker dan sebagainya adalah ditentukan oleh sidang DUN kerana yang melantik seorang Speaker bukan (Datuk Seri Mohammad) Nizar (Jamaluddin), (Datuk) Ngeh (Koo Ham) atau Nga (Kor Ming)...yang melantik Speaker adalah sidang DUN, jadi biarlah sidang DUN yang tentukan sama ada masih sah atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini. - Bernama

    Aik..abis sape yang lantik Ganesan jadi speaker??? Speaker YB Sivakumar puak2 BARISAN NAJIS seret sorok dalam stor, sekarang suruh DUN yang pilih speaker. Ni lah UMNGOK, ALLAH nak tunjuk apa korang dah buat cepat je...Ludah ke Langit kene muka sendiri....Ni lah YBingung UMNGOK yang MUDAH LUPA!!!

    ReplyDelete
  25. Ini contoh manusia yang akan di hukum oleh rakyat pada bila2 masa. Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  26. Sebagai penyokong Pakatan Rakyat, kita ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohd. Razhi Salleh kerana bersikap berani bertindak keluar dari PKR dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."

    Sebelum ini kita memang tidak menyangka bahawa sikap Mohd Radzhi sama seperti ADUN Bebas negeri Perak. Benarkah Mohd. Radzhi hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR atau sudah dirasuk dengan rasuah...?

    Walau bagaimana pun kita tidak mahu mempersoalkan apa jua alasan berkaitan dengan PKR, namun kita serahkan kepada rakyat menilai semula kewibawaan wakil rakyat bernama Mohd. Radzhi...

    Kita menyokong parti yang bergabong diantara PKR,PAS dan DAP adalah untuk mengubah corak pemerintahan Barisan Nasional yang dilihat hari ini amat menyusahkan kehidupan rakyat.

    Pelbagai tekanan yang dibuat oleh UMNO-BN agar rakyat khususnya bangsa melayu sentiasa bodoh dan mengikut saja segala kehendak pemimpin UMNO seperti lembu yang dicucuk hidungnya.

    Kita memang tahu masih ada ramai lagi orang seangkatan dengan Mohd. Radzhi Salleh dalam PKR yang bersikap talam dua muka. Berpura-pura setia pada parti tapi dalam masa yang sama mereka membocorkan segala rahsia parti kepada pihak musuh sebagaimana yang dilakukan oleh "Saiful liwat".

    Sebagai penyokong parti sememangnya kita tidak risau ahli keluar parti kerana itu adalah hak ahli malah kita tidak pernah takut berhadapan dengan manusia curang seperti Mohd. Radzhi Salleh dan orang-orang yang seangkatan dengannya.

    Pepatah mengatakan "ada ubi ada batas, ada budi perlu dibalas..."

    Ada lori ada bas...
    Ada hari pasti rakyat akan balas !!

    ReplyDelete
  27. Kalau keturunan lanun tu tak upaya jadi baik. Lambat laung tembelang dia pecah juga.

    Agaknya tak puas hati sebab duit elaun exco kena habis tiap2 bulan untuk jamu kawan2kot atau dah jumpa lombong emas baru.........kah kah orang kalau ngaku tak kena beli sebenarnya dah kena beli la tu....penyakit dari Perak dah sampai kedah dah......

    ReplyDelete
  28. Aku sebagai rakyat dah naik meluat tengok adun2 pkr ex-umno...lepas ni sapa lagi? Awat la ex2 UMNO ni tak dak pendirian...dunia!dunia!...aku nak tau jugak explaination si Radhi ni...ni bulan puasa...cuba habaq mai...pasai apa...la ni aku paham awat Tok Guru bagi warning...

    ReplyDelete
  29. INI LAH AKIBATNYA KALAU ORANG PKR SENDIRI MASIH TAK FAHAM APA ITU ISLAM.

    PKR NGAN UMNO 2X5..

    AYUH PAS BUANG PKR DARI PAKATAN

    PKR IBARAT ANJING TERSEPIT..

    KITA BERGABUNG DGN DAP LEBIH BAIK DARIPADA DENGAN ANJING TERSEPIT

    ReplyDelete
  30. Bagus...keluar lagi sekor katak kotor dalam Pakatan Rakyat. Mesti umpan dia sedapkan zali...bangsat.

    ReplyDelete
  31. oii faizal.. yg ko salah PKR tu nape. itu salah individu itu sendiri sebbab tak tetap pendirian. ngokkkk

    ReplyDelete
  32. si razhi ni kalu bela wat jaga umah ssuai sgt ni..dia x puas duk gonggong masa duk dlm umno dulu..tu yg tringin tu..mampuih la..sapa nak bela "dog",si radzhi ni baka baik..lebih baik dr german sherpard..gigi tajam lagi ooo...

    ReplyDelete
  33. Sekarang jadi bebas.Mesti manyak masyuk..mesti lebih tinggi drpd pendapatan exco.

    ReplyDelete
  34. Takpe biar dia orang pergi. Walau apa pun alasan, puak ni cuba nak tipu rakyat yang mengangkat mereka. Kalau gentlemen lepaskan Adun Lunas dan bertanding semula. Tak usahlah berdolak-dalik. Bertanding semula baru anak jantan Radhi, tidak kau ni memang keturunan celaka.

    ReplyDelete
  35. Sedap ko je cakap orang celaka... tak posa ke? Asal lompat je rasuah...betul ke??? atau main serkap jarang je.... bukan dia sorang je..satu bahagian yang keluar PKR..semua makan rasuah ke?? Korang ada ke kat situ masa diorang bagi rasuah tu??? Agak-agak le di bulan posa ni..Semua nak menyedapkan hati yang dah terluka.....

    ReplyDelete
  36. MASIH RAMAI PEMIMPIN PKR YANG BERJIWA KATAK KERANA BOROS BERBELANJA SEHINGGAKAN DUIT POKET PUN KOSONG,

    INI KERANA MASIH MENGAMALKAN BUDAYA UMNO IAITU SEMUA BENDA NAK JUMPA YB..SIKIT-SIKIT YB..AKHIRNYA YB YANG POKAI..

    BUBARKAN PKR,MELAYU BERSATU BAWAH PAS

    ReplyDelete
  37. betui bubar pkr,"dsai takde lgi rakyat caya ngan lu.. dap! pun awal2 lagi takcaya ngan lu! pas saje nak jaga hati jer

    pkr@dsai ~dsai@pkr tak kemane parti sorang2 kau ..klau dah smpai masa pencen atau ..... tak kemane lah pkr tu

    terima hakikat suatu hari nanti klau taknak taubat awal2 dsai@devil should away inside hell

    ReplyDelete
  38. faizal nie orang UBN yg diupah aku kenal dia.

    ReplyDelete
  39. amera ko pun dah termasuk antara yang diyar aku tahu/ korang semua team yang diupah UBN.

    ReplyDelete
  40. buat perisik rakyat ni, aku harap ko delete atau potong ayat take beer tu..
    bukan apa, memang diorang tu dapat dosa kering, tapi kita jgn la bagi peluang utk diorang tu dapat dosa..kan bagus gitu, ko pun dapat pahala kerana mghalang org berbuat dosa..
    Islam jenis apa yg mempermainkan perkataan Allah Maha Besar dengan perkataan mengambil Arak..
    aku harap ko fikir2 kan..
    wassalam

    ReplyDelete
  41. UMNO JALAN KE NERAKA

    PKR SEMAKIN BERJANGKIT APABILA BERKUASA.

    IDEOLOGI UMNO DAN PKR ADALAH IDEOLOGI SESAT KERANA BERCANGGAH DENGAN ISLAM.

    ADA FAHAM...PANDAI-PANDAI KATA AKU UBN.

    TAKKAN KU JEJAK KE JALAN NERAKA

    ReplyDelete
  42. Relax la faizal....jangan cepat m melenting..bukan senang nak tabiah PKR dan DAP....tak macam UMNO yang jelas menolak Islam sama ada tersurat atau tersirat......rakyat boleh menilai sendiri nanti

    ubn menang hanya melalui lompatan ....bukan menang melalui pilihanraya....

    pencacai umno kat sini macam biasa...duit upah dari umno bagi kat mak bapak ko orang suruh pi umrah....duit halal lagi berkat..Jefry...bila nak balik tengok mak ko kat kampung...ingat sama ko tu dah termakan duit haram umno

    ReplyDelete
  43. relax ni baru first wave.lepas ni selangor pulak diaorg attack.cilaka BN.

    ReplyDelete
  44. saya bersetuju dan syabas dengan yb radzi keluar dari PKR kerana andalah orang yang akan merosakan parti PKR khususnya Pakatan Rakyat.orang seperti anda memang tidak diperlukan lagi kerana anda tidak berpendirian dan istiqamah dalam perjuangan.jangan harap UMNO akan calonkan anda di PRU 13, kerana UMNO juga bimbang sekiranya anda akan berpaling tadah kembali kepada mana2 parti lain pulak.kerana habuan dunia anda sanggup bersekongkol dengan UMNO yang akan di tumbangkan untuk generasi yang akan datang, ingatlah bahawa malaysia bukan milik mutlak UMNo/BN selamanya, malaysia ini ialah milik ALLAH, dialah yang akan menentukan siapa parti yang berkuasa di malaysia kelak.buat UMNO jangan bersifat takabur mengatakan anda sahaja yang mampu memerintah malaysia ini. ALLAH yang maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.

    ReplyDelete
  45. semua melayu pkr tu,melayu umno,termasuk dsai 'smua melayu pas tu pun melayu umno ini dinamakan strategi melayu nak uji bangsa lain di m'sia akiteknya dsai sendiri untuk kekal kan keharmonian generasi m'sia akn datang

    semua strategi dsai and pemimpin dari amano jua & pas, ..melayu islamkan? percaya atau tidak terserah... hang tak tahu ke smua bangsa di malaysia dah nak diiktiraf golongan bumiputra cucu cicit yap ah loi & chen ping & cucu cicit si vanikavasagam, your all prasaan tak ..?

    oleh itu,you all kena fikir especially kau orang maly 'ini lah dinamakan politik level 7 sape nak gugat ganggu org melayu/islam "Najib Anwar Awg. Hadi Tokguru Nik Aziz" kau orang, ingat tak boleh bersatu ????/ nak protek islam lah! insya-Allah

    ReplyDelete
  46. asal katak jer PKR
    asal PKR jer katak
    asal ameno plak rasuah
    asal rasuah jer ameno
    ni anak bapak ker bapak ngan anak

    ReplyDelete
  47. apa nak jadi ..asik org PKR ja lompat... tukar nama parti la macam ni.. Parti Katak Rakyat.. lepas ni lompat la puas2

    ReplyDelete
  48. Muka YB Radzi sama mcm YB Jamaludin la..yg ADUN Perak tu..kembar kot..

    ReplyDelete
  49. lain kali pilih calon adun ke parlimen ke, kena cari yang betul2 berpendidikan, jangan amik bekas posmen ke, bekas kapten askar ke, dia orang ni pemikiran kepada duit je, tak reti berjuangpun.kena gertak,kene sogok dengan wang ringgit, abis maruah digadai, janji dapat duit untuk hidup. untuk UMNOngok hentikan lah sifat2 rasuah dari parti kamu sekiranya ingin berjuang membela islam dan melayu seperti mana yang kamu war2kan.

    ReplyDelete
  50. klo ada adun yg melompat ke parti umno maka TP dengar teori bodoh n bebalnye berkata "biase la tu sume duit dari umno punye sogokan" org da xnak stay biar la ape punye bodo la TP ni....

    ReplyDelete
  51. Alaaaah.. aper nak kecoh kecoh pasal lompat melompat ni.. Ulamak PAS pun ada yang melompat masuk UMNO.. nanti jangan lak heran kalu DSAI lak lompak si katak lompat... pi mai pi mai tang tu...ini lah politik Melayu...
    Itu DAP,MIC,MCA manyak pandai jaga dia olang punya , kita Mulayu, apa jaga..teloq sendiri pun tak pandai jaga.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?