Wednesday, August 05, 2009

Muslimat Dilokap Bersama Jalang..!

Banyak peristiwa yang tentunya "gugusan pengalaman" (ada yang tanya apakah pengalaman menarik duduk di dalam lokap? saya katakan entah...yang pastinya peristiwa itu banyak tapi nak golongkan menarik... itu seolah kita "suka" melaluinya. Apa yang saya lalui, saya tidak akan pernah suka tapi insya-Allah tetap redha akan ketentuan-Nya memilih saya sebagai salah seorang yang melalui "gugusan pengalaman itu)...saya sambung..."gugusan pengalaman" yang telah saya dan teman-teman lalui sejak detik-detik awal penahanan sehinggalah ke saat akhir urusan ikat jamin di bangunan Mahkamah Jalan Duta, KL.

Saya tidak akan mencer
itakan semuanya mengikut kronologi lantaran pelbagai faktor khususnya ia melibatkan suatu kes yang kini didakwa di mahkamah. Saya akan hidangkan satu per satu dan nantinya barangkali ada yang sengaja dimulakan tanpa awal cerita dan diakhiri begitu saja....namun intipatinya sampai.

Nah...saya nak kongsi dan luahkan "keperitan jiwa"ini dengan pertanyaan awal begini...kira-kira apa rasanya jika kita dilokap bersama para pelacur luar dan dalam negara?...


Iya...apa rasanya? Dan apa pula tujuan mereka yang membuat angkara itu? 16 OKT Muslimat (daripada pelbagai pertubuhan termasuk Muslimat PAS 3 orang) telah dilokap bersama dengan Pelacur, Penagih Dadah, Pencuri,Pelbagai Kesalahan TERMASUKLAH PONDAN PELACUR!

Lebih serius ialah bila mana kebanyakan Pelacur ini dibiarkan oleh pihak pengurusan lokap berada dalam keadaan bogel dan separuh bogel! Siang malam sama sahaja. Ada masa diadakan pula pesta "tarian bogel" dan hiruk pikuk lah lokap dengan ketawa hilai mereka yang seronok, termasuklah Polis-Polis Perempuan (Warden Lokap) yang sifat mereka "macho man" ! OKT Pelacur juga "bermain daun terup"...sehingga ada masa saya termanggu lama...emosi dan mental saya "dicederakan".

Saya percaya Regim BN mahu membuat serangan pemikiran dan perasaan kepada saya dan teman-teman. Iya, periksalah fizikal kami...tidak kelihatan sebarang kecederaan. Tapi periksa pula lah emosi dan mental kami...saya percaya kami melalui kecederaan yang sangat serius dan Shahrizat, para Mufti, Menteri dan Timbalan Menteri yang menjaga agama dan semualah yang bertanggungjawab wajib ambil pendirian!

Negara Islam konon, tapi kod etika berpakaian dalam lokap pun gagal diurus dengan baik. Saya tegaskan siapa sahaja yang mengundi Regim BN punya saham atas apa sahaja yang berlaku dan dilakukan dalam negara ini atas arahan mahupun kelemahan pemerintah BN! Apa yang berlaku di dalam lokap seperti saya cerita tadi... itu cuma sekelumit namun cukup untuk membaling BN dan sekutu-sekutunya ke lubuk api neraka jahannam!

Saya tegas menyatakan.."3 hari 2 malam" dalam lokap polis itu dengan keadaan yang saya ceritakan tadi ibaratnya kami "dipaksa menonton filem lucah" yang mendapat kelulusan PDRM khususnya Lokap Wanita, Pusat Tahanan Bukit Jalil! Maruah dan harga diri kami dirobek teruk sebenarnya bila kami diletakkan bersama-sama dengan para pelacur ini. Jahatnya Regim BN dan saya akan terus menggunakan istilah TGNA .."pi jahannam lah dengan UMNO dan BN"!

Tolong, saudara-saudara kita yang masih bersama dengan UBN ini...tinggalkan lah UBN....tinggalkanlah demi Allah dan Rasul.

Entah...saya tak tahu lah kalau pejuang-pejuang wanita/ muslimat masih boleh berdiam dengan apa yang saya ketengahkan ini. Lebih teruk bila ada pula yang bercakap dalam laras bahasa UBN (UMNO-BN) dan proksi mereka, senada je...kononnya kami provok polis sebab itu ditahan! Saya ingatkan kepada individu ini, berubah sebelum kami mendoakan laknat dan kecelakaan yang sama sepertimana laknat dan kecelakaan ke atas musuh-musuh Allah. (Maaf,memang kasar bahasanya tapi enough is enough..).

Hakikatnya..isu peristiwa lokap ini perlukan tindakan tegas semua. Kami para OKT akan menyuarakan hal ini sampai kami dipanggil pulang oleh Allah Ta'ala....

Salam Perjuangan! - Aiman Athirah

30 comments:

  1. elok lah masuk lokap...dah tahu kita ni melayu islam WANITA buat apa nk ikut sama...kiranya padan muka laaa...ingt kluarga kt kampung...ingt suami dan anak2...buat kerja cam haram pastu nk salahkan polis...

    ReplyDelete
  2. Elok-elok duduk kat rumah,pegi keluar ke TAR mandi air hijau FRU. elok-elok tidor kat rumah ada tilam,aircon,kipas angin,punyalah bangang pegi acah polis lepas tu tidor kat lokap..cerdik ke bodoh namanya tu.Tukarlah nama muslimat tu jadi muslokap..baru betul.Lu fikirlah sendiri

    ReplyDelete
  3. mesti dua2 anonymous kat atas ni antara pelacur pondan yg ada dlm lokap tu...hehehe...nak taruk nama pun tak berani...ambik pisau, potong telur, bagi anjing makan la oiii...silap2 anjing tengok pun muntah...takpun dikencingkannya, pastu dia belah...hehehe...akai tadak punya org...

    -nan-

    ReplyDelete
  4. Anon anon bengong kat atas tu,korang bolehlah tido lena kat rumah dgn aircond,kipas angin semua sebab korang tak ada hati perut..anak2 bini mangsa isa nun yang dok bersedih,tidur pun tak lena sapa nak tolong..kalau kena kat bapak ko sendiri yg kena tahan bertahun tahun tanpa kesalahan ko nak mintak tolong kat sapa..ko nak biar dia terseksa kat dalam nun..

    ReplyDelete
  5. Aku rasa la kalau bagi pihak puak umno ni kalau laki diaorang kena ISA lapan tahun silap-silap bini diaorang ni boleh ada laki lain kat luar. Mungkin ada anak yang berumur 7 atau 6 tahun.Anon yang suka muslimat kena tahan dalam lokap tu boleh la dapat bapak baru kalau bapak diaorang kena ISA lapan tahun. Bapak haram dengan adik anak haram.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... satu lagi pengalaman berguna yang Allah anugerahkan kepada Muslimat yang beriman kepadanya.
    Insyaallah apabila Allah memberi kesempatan memerintah negara nanti maka mudahlah untuk di aplikasi kepada tahanan-tahanan di lokap polis.
    Ambillah pengalaman ini sebagai iktibar.

    ReplyDelete
  7. Anon2 kat atas tu dah terencat akal, ada ke patut kata macam itu, takpe, kepada yang kena aniaya itu panjatkanlah doa-doa anda semoga Allah menjahanamkan orang-orang yang zalim serta yang menyokongnya.

    ReplyDelete
  8. yups..ur right pak brahim. Kalu x kena lock up, sure x tahu mcmmana situasi dan perangai sesetengah polis kat situ. Syiar buat tapi syariat hampeh

    ReplyDelete
  9. Dah tu, nama pun penjenayah.. Duduk lah dgn penjenayah2 yg lain..

    ReplyDelete
  10. Masuk lokap kan best...itu nasib baik ngan jalang, kalau ngan pondansss..eeey seram I U... ahaks...

    ReplyDelete
  11. gerombolan kata" mereka mengaku islam,mentaati dan patuh perintah ALLAHswt".Lebaymans kata untuk ingatan gerombolan"KAMU mengaku islam dan tidak taat dan tidak patuh perintahALLAHswt".tolong gerombolan menafikannya?kawan ke yang silap???? Waallahualam.

    ReplyDelete
  12. ni situasi dalam tahanan aritu kat PGA Cheras...kawan aku kena tahan

    "saya nak sembahyang asar ni encik..."-kawan aku

    "Aku dari subuh tak solat lagi.Ni asar pun belum lagi.Sebab korang la aku tak sembahyang...."kata polis

    wah..bangga pulak tak solat.Bangga pulak buat maksiat.Umur dah lanjut tapi tak reti reti dosa pahala

    ReplyDelete
  13. Teruskan perjuangan .. Allah akan memberi ujian pd hambaNya terutama yg berjuang pd jalan Allah. InyaAllah Perjuangan ini akan tertegaklah Hukum Allah dibumi M.sia.Kami bersama mu ..
    Suara anon2 diatas adalah suara yahudi yg takut pd kematian.[Berani dibibir tapi sebut mati kecut] itulah sifat yahudi.

    ReplyDelete
  14. Teruskan perjuangan kalian...semoga Allah senantiasa bersama anda....

    ReplyDelete
  15. Sungguh sedih dari cerita tersebut.Tetapi lagi sedih melihat komen yang tidak menunjukkan seorang yang bersifat manusia.Mereka lebih suka mengutuk daripada memikirkan perkara yang benar.Biarlah setiap kutukan mereka akan kembali kepada mereka semula.Kutukan mereka tidak memberi apa-apa kerugian kepada kita.Kebenaran akan melenyapkan yang salah.Biarlah pengampu dan orang yang bersifat yahudi itu mendapat balasan yang setimpal diatas kejahilan mereka.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.Tidak ada penolong bagi mereka.Mereka telah hilang rasa prihatin mereka terhadap perkara yang kecil,mereka bukannya pembunuh.Mereka lebih suka kalau semua rakyat Malaysia berada didalam keadaan yang hina.Ingatlah siksaan Allah akan datang didunia lagi sebelum mereka sempat bertaubat.

    ReplyDelete
  16. melabel orang sebagai jalang tak membuatkan anda lebih baik dari mereka.

    kenapa perlu ada deskriminasi serta penindasan pada golongan sebegitu. bukan kah dalam islam juga menegaskan tanggungjawab kita untuk menyampaikan?

    saya benar kagum dengan semangat anda semua, cuma ada beberapa perkara yang perlu lakukan dan anda fikir sebelum mengeluarkan kenyataan.

    salam perjuangan.

    ReplyDelete
  17. apa?? panggil org jalang?? jalang ada hak mengundi juga. saya harap ruang dan peluang muslimat sempat buat dakwah kat dlm lokap supaya orang yang saudara panggil "jalang" tu kembali kepangkal jalan..

    ReplyDelete
  18. harap jalan akan menemui jalang yang lurus (cakap dialek gannu)

    ReplyDelete
  19. Mana kamu tahu dlm lokap tu jalang pelacur??

    Bukankah mrk tu OKT macam kamu juga,..

    kiranya semua OKT setaraf lah,..

    ReplyDelete
  20. Semoga dengan pengalaman ini menningkatkan lagi semangat serta gerakan Islam untuk memusnahkan serta menghancurkan mereka...
    ALLAH HUAKBAR!!!!!
    Pejuang ISLAM tak takut..... malah kami berjuang kerana ALLAH...... Kami rindukan Syahid....

    Allah Matlamat Kami,
    Rasulullah Ikutan Kami,
    Al-Quran Pedoman Hidup Kami,
    Jihad Adalah Jalan Juang Kami,
    Shahid DiJalan Allah adalah,
    Cita-cita Kami Tertinggi…

    ReplyDelete
  21. Cik Anony diatas adalah contoh pencacai UMNO yang menempah nama di Neraka...
    Kiranya peserta demontrasi bersalah pada pandangan kamu tapi adakah kerajaan UMNO tidak bersalah membiarkan tahanan2 lain berpakaian separuh bogel diletakkan dengan orang Islam lain yang lebih sopan pakaiannya...Mana mufti 1Malaysia kamu Datuk Harussani bagi menjawab keadaan yang berlaku ini...
    Tunggulah syafaatnya nanti dipadang Mahsyar....

    ReplyDelete
  22. ooo..mung dok dalang jupo jalang..

    ooo..suko la.buleh cari makang..

    natang umngok..

    ReplyDelete
  23. orang umnGOK ni macam anjing!
    dok jauh kuat dia menyalak, pergi dekat senyap macam pondan tua!!!


    -gpunk---

    ReplyDelete
  24. Masing2 dah macam jalang pun. Sendiri buat sendiri tanggung. Padan mukaa kauu seetannnn...........

    ReplyDelete
  25. dah buat kecoh pastu bile masuk lokap nak bising2 pulak hahahaha. padan muka

    ReplyDelete
  26. masuk lokap pastu kecoh...
    LABEL ORG PELACUR...
    JIJIK DGN PELACUR....
    you are no better...claiming yourselves suci dan bersihh...
    ko ingat ko masuk lokap nak dpat layanan 1st class nak kena kasi special room???kubur kau nanti pun same je ngan kubur pelacur tu...
    pakai tudung tapi NIAT & PEMIKIRAN lowww level....
    kau datang dari tanah je wehhh...
    same je...
    WELCOME TO THE REAL WORLD...
    bukalah matamu...
    jgn duduk terperuk dalam korang punye tempurung...

    ReplyDelete
  27. cuma nk bg pendapat je k. aku bukan umno, n bukan pas, n bukan adil, n bukan dap, n bukan sape2. aku ialah diri aku sndiri. Cuma nk bg pendapat, kalau tak wat salah, tak kan msk lokap py. Tak kisah la org tu alim ke, pakai tudung ke, pelacur ke, kalau dah wat slh, mestila kne thn kan. Takkan sbb pakai tudung n nmpk alim, xleh nak tahan? tu pun mesti ada wat slh la tu. Lagi satu, ada ke lokap yg byk jnis? mksd aku, lokap utk org pkai tudung, lokap utk org placur? lokap sume sme je. xda 1st class or 2sd class. cam diibaratkan wat haji la. sume kne pkai ihram, xkisah la org tu kaya ke, miskin je. sume sama taraf. klu nak layanan istimewa kt lokap, konpem ramai yg nk wat slh. just my opinion

    ReplyDelete
  28. padan muka kena lokap, pegi la panggil geng korang DAP yang kuat hina Islam tu bela korang. saja korang bodoh gi demo anti ISA. yang DAP tu jadi tokdalang korang jadi balaci dan barua kafir harbi tu. Oi Muslokap bengap, ISA ni perlu untuk sumbat orang2 kafir harbi mcm jeef oii, loke siew fuck dan ronnie liu yang anti Islam tu supaya negara ni aman, faham tak?Apapun memang padan muka korang kena lokap sebab jadi lembu dicucuk idung oleh DAP. KORANG ni sebenoya nyusahkan orang islam melayu je. dasar talibarut kafir harbi..takebeer..takebeer hamPAS.

    ReplyDelete
  29. i'ALLAH kjayaan dalam agama

    ReplyDelete
  30. kepade x-po dan anon bwh die,

    adakah anda tahu mngape mrk dithn?main ckp je,gunakan akal terlebih dahulu, mrk dithn kerane membuat aktiviti pembangkang(persoalan1,polis tu kan kerajaan bnyok pegang)sbb tu dorg dithn(persoalan2,penah dgr org umno buat demonstrasi kene thn ngan polis?cter cket...)

    kepade UMNOers dan BNers...
    dan jgak penyokng2 demo...
    dgr ni,
    jgn brani kamu semua pijak bumi ALLAH kalau xnak junjung al-Quran...islam konon...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?