Sunday, August 09, 2009

Pelayaran Yang Belum Selesai

Saya sudah membuat keputusan untuk kembali ke laut dalam bagi meneruskan misi moral dan menimbulkan kesedaran yang meluas dikalangan penduduk Kelantan dan rakyat Malaysia seluruhnya diatas hak tuntutan royalti Kelantan yang belum pernah dibayar oleh PETRONAS.

Pelayaran yang sedang saya rancang ini mungkin mengambil masa sehingga 15 hari tanpa henti lamanya bergantung kepada keadaan cuaca dan keupayaan kapal.

Saya berharap untuk belayar ke Pelantar Gas di Lawit dan Jerneh yang dikatakan didalam lingkungan 68 KM dari perairan Kelantan. Setrusnya meneruskan pelayaran ke Commercial Arrangement Area atau PM3, iaitu kawasan pertindihan tuntutan Malaysia Vietnam. Di situ saya berharap untuk melihat persiapan Pelantar Bunga Raya Alpha dan Pelantar Bunga Orkid.

Dari Blok PM3, saya ingin pula belayar ke kawasan Joint Development Area iaitu kawasan pertindihan tuntutan Malaysia Thailand. Saya ingin kembali ke Pelantar Cakrawala. Sewaktu pelayaran ke Cakrawala tempohari, saya melihat ada 6 sumber cahaya terang yang saya percayai adalah sebahagian daripada aktiviti eksploitasi gas di perairan tersebut. Dua dari sumber cahaya itu datang dari arah selatan Cakrawala. Satu dari arah Barat Cakrawala dan 3 lagi ialah dari Cakrawala sendiri dan 2 di belakang Cakrawala iaitu ke arah Timur.

5 daripada sumber cahaya itu saya dapat sahkan dengan peta sebagai Cakrawala, FSO Puteri Cakrawala, Bulan Alpha, Suriya Alpha dan Bumi Alpha. Salah satu yang berada di belakang Cakrawala tidak dapat saya pastikan.

Saya bercadang untuk juga mendapatkan kebenaran berlabuh disetiap pelantar bagi tujuan menyerahkan Bendera Negeri Kelantan kepada wakil operator setiap pelantar.

Saya akan menyerahkan kertas cadangan pelayaran ini kepada Kerajaan Negeri Kelantan di dalam masa terdekat.

Saya bersedia untuk membiayai sendiri setakat kemampuan saya berhubung kos-kos yang akan timbul dari pelayaran ini, selebihnya, saya akan terpaksa mengharap bantuan Kerajaan Negeri dan juga bantuan-bantuan peralatan, kemudahan dan kewangan daripada mana-mana pihak, termasuk pembaca yang sudi membantu untuk menjayakan misi ini.

Bagi mereka yang sudi menghulurkan apa bentuk sumbangan dan bantuan bolehlah hubungi saya di email azidiaziz@yahoo.com.

Saya berharap dapat belayar sebelum Ramadhan bermula.
Sumber -Kickdefella

8 comments:

  1. Congratulation di atas commitment yang di tunjukkan oleh Saudara, Semoga selamat pergi dan kembali dengan selamat dan membawa pulang segala bukti-bukti yang ada di lautan.. Saya ada lah seorang perkerja salah satu Platform yang ada di dalam map itu..dinasihatkan jangan terlalu dekat dengan Pelantar.. sebab Pengurus Pelantar akan mengarah kan Supply Vessel (standby boat) menghalau anda. Cadangan untuk berlabuh di pelantar adalah tidak dibenarkan sama sekali..Pihak pelantar akan menghubugi Polis Marine untuk jemput saudara pulang..Dan juga sekarang ini cuaca dan keadaan lautan di ambang Mon-son Season..dan jangan sampai cross border, ini menyusahkan saudara...

    wassalam... Good Luck

    ReplyDelete
  2. Nak tanya sikit, dlam kesibukan cerita pasal misi/xpdc ini apakah hasil xpdc itu? betul ke pelantar minyak tu berada dlm perairan Kelantan? Kalau betul, boleh disahkan ke? lepas ni apa tindakan susulan?..buat sesuatu biarlah sampai habis...rakyat Kelantan sdng menunggu hasil kaji siasat saudara TP...

    Topik saudara telah tersasar dari objektif asal...

    ReplyDelete
  3. semoga apa yang diusahakan memperoleh manfaat buat semua. tetapi perancangan yang teliti juga perlu agar tidak mengundang kesulitan kepada peserta xpdc...

    ReplyDelete
  4. tahniah diatas semangat yang di tunjukan untuk memberitahu bahawa kerajaan pusat dan pemimpin melayu UMNOngok kelantan telah membaham duit rakyat kelantan melalui petronas dan dalam masa yang xpdc ini bagi menyedarkan penyokong UMNOngok yang tertipu bahawa pemimpin melayu UMNOngok kelantan hanya omong2 kosong membela melayu amnya rakyat kelantan..semoga xpdc ini selamat pergi dan selamat kembali..

    ReplyDelete
  5. Soalan Anon Aug 10, 2009 9.56 Am kenapa tiada jawapan...

    ?????!!! TP

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada saudara saudar yang berjuang di lautan gelora. tetapi saya sangat setuju dengan saudara/i anonymous pada 956 pagi itu. seolah olah objectif xpdc hanya untuk melawat pelantar minyak sahaja. bagaimana kita hendak membuktikan bahawa pelantar itu diperairan negeri kelantan dan bukan perairan malaysia/terengganu/antarabangsa. juga kita harus mengkaji bagaimanakah isu ini berbeza dengan royalti minyak terengganu dulu.

    ReplyDelete
  7. Dan juga sekarang ini cuaca dan keadaan lautan di ambang Mon-son Season..dan jangan sampai cross border, ini menyusahkan saudara...
    tissot watches
    Tissot t touch
    tissot prc200

    ReplyDelete
  8. leisure mainly design, even if is weekend may possess a awesome fast Diablo 3 gold tasteWe may also admit invest by paypal,what have you been presently waitting for?So a little bookstore fragrance, from its distinctive and specialized, distinctive design theme may be the only approach to success LV chaired the interview were: the diablo 3 item French headquarters with the personnel manager, personnel manager in China as together with the chinese language courses Secretary of statebuy cheap diablo 3 powerleveling for Personnel, Assistant area ManagerSo my partner and located in Venice that Hilton could imagine what is the woman who was about to customer baseThis comes with an office partition is really a section in a position in the room with the good results of the other staffSuccessor diablo 3 items is not really a CEO, so he rarely must proceed around

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?