Monday, August 24, 2009

RM200 Juta Tawan Kedah & Selangor..!

Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini). Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan. Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.

Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor. Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.

Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai. Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.

Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu. Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.

Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor. Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.

Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil? Tidak.

Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.

Mampuih pi la.

Artikel asal Oleh RPK, terjemahan oleh MSK

30 comments:

  1. Soal duit tak menjadi masalah bagi umno.Cakap saja berapa YB nak..100 juta?200juta?..takada hal punya kalau YB setuju untuk keluar dari PR..Tapi diam2 tau.Kita boleh lindungi Yb.

    ReplyDelete
  2. Bubar DUN Kedah segera!

    Saya akan sumbang RM5000 ribu kepada PR jika DUN dibubarkan

    Jangan bagi peluang Kedah menjadi Perak yang kedua.

    buka kedai online dengan RM100

    ReplyDelete
  3. WOI PENGKHIANAT,
    TUTUP LA WEB FITNAH DAN PENIPU LAGU NI. MENYESAL AKU MAI BLOG NI.

    ReplyDelete
  4. fadli.....siapa pengkhianat...otak ko tu penuh dengan sampah....selama 52 tahun memerintah umno merosakkan segalanya......

    ko pun dapat untung jugak.....kalau zali and the geng lagi la kaya...maklumlah upah ribu-ribu

    zali bila nak balik kampung

    ReplyDelete
  5. ATOK.. kaudpat mnulis kat blog ni kerana umno/bn lah! tolol budak2 hingusan tak reti bahasa

    kau tahu tak? yg mulakan smua keje lompat melompat ni rasuah merasuah beli membeli wakil rakyat ni angkara siapa? klau tak tahu smua ni angkara anwar lah bahlol!

    ambo ni pkr jugak ..tapi dah naik meluat ako dngan bos bos aku ni.. kacau kat m'sia bisnes besor di luar negara

    boss besor ako ni mase jadi tpm@menkew@timbpresdinumno dulu dah buat pun beli wakil rakyat kat sabah mase timbprsdinumno dulu dah merasuah ketua2 bahagian ketua2 cwangn nak lwn (Tun) CheDet

    smua pengajaran & pembelajaran ni anwar yang cipta.. menyampah ambo!

    ReplyDelete
  6. sblm MAHPUS nk ckp hal peribadi org..cermin diri sendri dlu..bln puasa ni skjap je Allah tunjukkan balasan ko MAHPUS...

    ReplyDelete
  7. boleh la BN bayarkan hutang Khalid gagap! hahahaha...RM 66 juta! kalau tolak RM 200 juta tinggal RM 134juta...lg nak tawan selangor n kedah!

    takkan Khalid gagap nak lompat katak gak kot...hehehehe..

    Raja Petra (si bankrap)pun nak dibuat rujukan. anak dia pun kena jel mencuri!

    Kanak-kanak PR terdesak bercakaran membuat fitnah.

    ReplyDelete
  8. Sekarang nie yang lompat masuk UMNO adalah dari PKR kenapa MSK nak babitkan PAS pulak..
    nasihatkanlah parti ko tu....banyak artikel ko yang duk hentam PAS...

    ReplyDelete
  9. 1Malaysia dah tau blog ni adalah blog yang penuh dengan fitnah. Tuan punya blog ni kan seorang fasik yang membawa suatu berita. So, rakyat Malaysia, tengok boleh percaya jangan sama sekali kerana tiada kebenaran di dalamnya. Bulan ramadhan pun nak buat fitnah. Tahniah, kerana bagi pahala free kat orang yang ko fitnah. Ko plak angkut la dosa dia orang. Tahniah, tahniah,

    ReplyDelete
  10. itulah UBN. dia orang takkan puas selagi tak dpt rampas kerajaan PR>
    keji kejam jahat adalah UBN.

    ReplyDelete
  11. anony aka fazli..tok sah menyamar pkrlah...pkr ape ke bendenya ...eh mu kecek kelate.....bunyi mace joostspring .....ambo nak bue demo pitih mesti demo ambik...maklumlah puak umno meme otak sampoh...cemar sokmo...

    ReplyDelete
  12. to fadzli...

    ada orang paksa kau ke untuk masuk blog ni???lepas dah masuk menyesal pulak..lain kali jangan masuk..pergi main jauh-jauh..ke kau cuba nak dapatkan cerita yang betul..ye la kan UBN lain mana ada cerita-cerita ini

    dan di sini aku maklumkan yang aku tidak akan HALALkan setiap sen yg BN guna duit aku untuk kegunaan mereka membeli ADUN.

    ReplyDelete
  13. Banyak Negeri dah nak tumbang...Pulau Pinang negeri yang paling steady....

    ReplyDelete
  14. Dengar sini mamat cyber upahan UBN. Kami rakyat takkan halalkan duit kami walau sesen kepda UBN.

    Kepada mamat fadzli ke zali ke ikan keli ke... korang kalau dah bingit sangat tolong berambus dan pegi enjoy duit haram yang korang dpt dari UBN.

    ReplyDelete
  15. Pulau Pinang negeri yang paling steady.... takheran ako ah chai lim tu pandai dia dah banyakkan kandang kembang hidung@ngok kat negeri hang supaya orang luar tak ke sane takut dijangkiti virus selesma babi!

    ReplyDelete
  16. salam poso semuo....

    betul ker berito nie..
    tahniah laa BN...
    berjaya menawan kembali KEDAH & SELANGOR...

    go BN go.....

    -bosan aneh-

    ReplyDelete
  17. HAHAHAHA...
    SAPA YG MENGAJAR LOMPAT2 NI??
    BUKANKAH BOS KORANG JUGAK ANUAR ALJUBURI KIKIKIHUIHUHUHU...

    ReplyDelete
  18. Takpa, sapa nak lompat macam katak puru, silakan...

    Lepas ni bila rakyat pula melompat akibat pengkhianat2 ni, Putrajaya PR akan tawan, masa tu dah terlewat untuk mat monggolia berbuat apa-apa. Fikir-fikirkan..

    "DON'T PLAY-PLAY WITH THE RAKYAT"

    ReplyDelete
  19. Pemimpin pengkhianat macam saudara Radzi tu sememangnya layak menyertai pasukan UBN. Begitu sinonim dengan perlembagaan parti tersebut yang hanya mahukan pengkhianat, kaki rasuah, kaki zina, murtad, fasiq, munafiq sebagai pemimpin parti tersebut...
    HIDUP UBN....YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH S.WT
    YANG JAHAT SEMUANYA DATANG DARI ROSMAH THOQUT DAN NAJIB AL-JAHAL

    ReplyDelete
  20. UMNO masuk PAS dan PKR=bagus
    PKR,PAS masuk UMNO=dikutuk dan fitnah

    apa citer korang ni...tak puasa ke?
    tak ingat ke si Lancau Gobalapundek buat kurang ajaq hari tu!!

    ReplyDelete
  21. UMNO TU IBARAT TONG SAMPAH,BODOH LA ORG YG NAK MASUK DLAM TONG SAMPAH..PAHAAMMM???KALU X PAHAM BAK AKU LEMPANG KAPLA NGKO BG DARAH TU JALAN SIKIT..

    ReplyDelete
  22. RAKYATakanBANGKIT!!August 24, 2009 at 5:53 PM

    BUAT LAH..PAS NI KO TERIMALAH PADAHNYA..AYUH RAKYAT!!KITA BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN UMNO!!

    ReplyDelete
  23. 1.wong ka wai...saya setuju...kedah bubar DUN..
    2. fadzli- jangan emosi. emosi tu ibarat dihasut iblis. anda Iblis?
    3.umno masik Pas dapat masuk syurga..Dap sokong Pas, dap juga masuk syurga...

    ReplyDelete
  24. Kalau MSK dah bagi gambaran bahawa UMNO nak tawan Kedah dan Selangor dengan cara merasuah.... apa kah tindakan Kerajaan Negeri Kedah dan Selangor...?

    Keadaan masih terkawal...? Kalau UMNO sanggup keluar duit beli wakil rakyat supaya melompat, apakah tindakan yang sanggup dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat menjaga wakil rakyatnya...?

    Sebenarnya untuk menjaga wakil rakyat supaya tidak melompat adalah mudah.... cuma sikap pemimpin Pakatan Rakyat lebih banyak bersopan dari bersikap kurang ajar seperti UMNO !

    Selain dari pada itu sikap sambil lewa pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakkannya.... biarlah.... tak apa.... itu pekara kecil saja... masih terkawal.....

    Kita berharap Kerajaan Pakatan Rakyat dapat bertahan sehingga piliharaya ke13.

    ReplyDelete
  25. KATAK2 yg lompat ni semuanya anak didik UMNO/BN..tak heranlah kalau depa buat macam ni....daripada terus berada dalam PR menjadi daging busuk..cuma kesian ngan DSAI kerana tersalah menilai orang..ingat kan dah taubat..tapi perangai lama berulang kembali..perangai pemimpin2 UMNO/BN yg korupsi..dah lama tak masuk/tak dapat projek...biasa laa puak2 ni..lompat lagi!!

    ReplyDelete
  26. SIAPA 'MAKAN'SIAPA?

    Inilah wayang politik mainan umno. Main politik, segala-galanya halal bagi umno. Duit tak jadi soal. Ah long ada, tokeh dangdut ada, tokeh rumah urut ada, tokeh 4 digit ada, tokeh lumba kuda ada, tokeh judi EPL ada.....semua ada....yang penting ada orang me-layu, ahli politik yang sanggup makan hasil haram itu....atas nama umno nak tawan semua negeri yang depa dah kalah lalu. Bila mereka sanggup makan yang haram tu, maka nanti sultan dan tok mufti akan menghalalkan kerja mereka itu kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

    Saya suka perkara ini berlaku. Lebih ramai melompat, lebih bagus. Lebih ramai lah tokeh haram akan lahir, lebih banyaklah orang main judi untuk mendapat rezeki kmelimpah. Kenapa? kerajaan melindungi mereka kerana mereka akan membantu umno bila umno memerlukan duit2 tu.

    Inilah me-layu akhir zaman. politik umno dengan banyak mendapat penasihat antarabangsa memungkinkan orang me-layu lemas dengan duit haram....namun sultan dan tok mufti tidak menyekat gejala ini. Merka membiarkan sepenuhnya umno bermain politik ini...ianya halal atas nama politik umno....untuk menjaga ketuanan melayu...untuk memertabatkan bangsa melayu....untuk menjaga darjat raja2 melayu....inilah mainan umno....mana Islam tercampak?.

    Inilah hakikat me-layu ciptaan umno. Hebat kan?.....Islam sudah habis tercemar.....hancur!

    ReplyDelete
  27. SIAPA 'MAKAN'SIAPA?

    Inilah wayang politik mainan umno. Main politik, segala-galanya halal bagi umno. Duit tak jadi soal. Ah long ada, tokeh dangdut ada, tokeh rumah urut ada, tokeh 4 digit ada, tokeh lumba kuda ada, tokeh judi EPL ada.....semua ada....yang penting ada orang me-layu, ahli politik yang sanggup makan hasil haram itu....atas nama umno nak tawan semua negeri yang depa dah kalah lalu. Bila mereka sanggup makan yang haram tu, maka nanti sultan dan tok mufti akan menghalalkan kerja mereka itu kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

    Saya suka perkara ini berlaku. Lebih ramai melompat, lebih bagus. Lebih ramai lah tokeh haram akan lahir, lebih banyaklah orang main judi untuk mendapat rezeki kmelimpah. Kenapa? kerajaan melindungi mereka kerana mereka akan membantu umno bila umno memerlukan duit2 tu.

    Inilah me-layu akhir zaman. politik umno dengan banyak mendapat penasihat antarabangsa memungkinkan orang me-layu lemas dengan duit haram....namun sultan dan tok mufti tidak menyekat gejala ini. Merka membiarkan sepenuhnya umno bermain politik ini...ianya halal atas nama politik umno....untuk menjaga ketuanan melayu...untuk memertabatkan bangsa melayu....untuk menjaga darjat raja2 melayu....inilah mainan umno....mana Islam tercampak?.

    Inilah hakikat me-layu ciptaan umno. Hebat kan?.....Islam sudah habis tercemar.....hancur!

    ReplyDelete
  28. ye betul. Org PAS dah di didik, tak mungkin lompat tapi tengoklah nanti sape yg lead adengan lompat di Selangor. Ha ha ha...takbur brader takbur.

    ReplyDelete
  29. ye betul. Org PAS dah di didik, tak mungkin lompat tapi tengoklah nanti sape yg lead adengan lompat di Selangor. Ha ha ha...takbur brader takbur.

    ReplyDelete
  30. la mampuih p la depa nk lompat ka nk buat apa pon ,ingat orang mana mau guna dah kati orang guna kilo la ni ,,bodo btui laa orang kati ni

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?