Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad bercadang untuk membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.
Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat-syarat perjanjian jual-beli. Setelah semuanya dipersetujui, saya telah menyediakan perjanjian jual-beli tanah tersebut.
Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.
Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak dapat disempurnakan.
Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akaun firma.
Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.
Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jual beli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.
Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih hak milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.
Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.
Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.
Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.
Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.
Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.
Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.
Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.
Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.
Sayugia juga diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.
Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?
Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.
Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urus tadbir pejabat.
Apakah dakwaan Ahmad Maslan ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?
Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!
Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambing hitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguambela dan peguamcara.
pepagi buta pun ko ne rajin btl posting lg.... syabas....
ReplyDeletekaci pecahhh... bongkar... dedah... londeh sampai abesss puak2 amNGOk ne... biar pupus.....
'Pinjaman tersebut telah diluluskan
ReplyDeletedan wang tersebut dideposit ke dalam
akaun klien di firma guaman.'
bukan ke dia kata : Pinjaman
tersebut telah diluluskan dan wang
tersebut dideposit ke dalam akaun
SAYA di firma guaman.
check balik la...
http://sd-malaysia.blogspot.com/
ReplyDelete-blog yg ntah ape-ape ntah.aku pn tergelak tgk gelagat penulis blog ni.
bole rohaizad di agung2 kn???
http://www.youtube.com/watch?v=Tgw-DgS13YE
-singgah2 la melihat rosmah part1 - part5.xpenah dalam sejarah bini PM masuk youtube sbb mengetepikan keluarga sendiri.sampai kn adik sendiri kena lari dari malaysia sbb xbole nk mencari pekerjaan di malaysia angkara rosmah!
Memang umno dasar perompak..
ReplyDeletesi rosmah tue x sedau diri...malu la dol...aduh...dah la amik laki org...aku naik meluat tgk muke dier...
ReplyDeletebukan setakat merompak!dah smp tahap membunuh!
ReplyDeletemmg pown...so unfairground...bangsat...
ReplyDeletewahai org2 PAS..tidakkah kamu sedar bahawa si Salleh Man yg kamu panggil Ustaz itu telah membedal duit sebyk RM60 ribu...kalau itu bohong mengapa sampai sekarang Ust. Yusof Rawa tak buat sebarang penolakan..oh..org2 PAS baik sangatkah kamu...Ust Salleh Man pakai kereta Mercedez biru gelap S320...banyak duit tu?????
ReplyDelete