Wednesday, August 19, 2009

UMNO Kurang Calon..?

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.

Sumber - malaysiakini

Komen UMNO - Urgh... erm... aaa... brrr... trrr... brup... kekeke... hm...

Komen aku - Sebenarnya bukan "KURANG" calon... yang betulnya ialah "UMNO TAK ADA CALON'... kan kan kan kan kan... tapi masih ada UMNgOk-UMNgOk yang dok pertahan =kan calon se"jujur" ini... terutamanya Timbalan Presiden UMNgOk - Mat Sembab... Bravo..! way to die..!

14 comments:

  1. Bukan tak ada calon tapi tidak tahu nak beza dah mana bersih dan kotor ..banyak sgt tahi
    Kesian amno...Dulu kini selamanya.

    ReplyDelete
  2. dengar cerita semua yang kanan dalam umno bahagian permatang pauh menarik diri dari dicalonkan, jadik lantik setiausaha untuk jadik calon. cadangan bahagian pemuda, wanita dan putri tidak dipedulikan!

    ReplyDelete
  3. bro tp,
    aku rasa memang sengaja dah tahu kot...so kalau kalah dia ade can cakap kita salah letak calun daa...
    1malaya cakap lain kali saya senderi pilih..lain orang diam duduk..kah kah kah


    i'm no king

    ReplyDelete
  4. ayat paling power Ku Li:

    "dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

    "Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain,"

    hahahaha OTAi UMNO dh berbunyi dh... umno ni banyak sangat set peraturan... mcm pemilihan semasa perhimpunan umno sblm ni...orang yg mengamalkan politik wang (sebeNARNYA RASUAH)

    ReplyDelete
  5. UMNgok bukan sahaja kekurangan calun yang bersih,
    tetapi
    juga kekurangan blogger yang bersih...
    camtaik,

    ReplyDelete
  6. Isu lesen guaman Rohaizat bantut kempen BN?

    ReplyDelete
  7. terdengnar suara2x. berikut,
    "dah ler nak kempen takde isu, isu rohaizat plak kena berjawab..
    Hampeh betul..."

    ReplyDelete
  8. pas pun apa kurangnya encik perisik rakyat?

    pas pun pilih calon luar permatang pasir gak
    wakakakkaka!

    ReplyDelete
  9. Calon luar apa nya..anak jati penang jugak..Rekod pun bersih bukannya penyamun wang penoreh getah..

    ReplyDelete
  10. Sebab semua pemimpin puak2 UMNO/BN sama jer.....tu la pasal puak2 ni x heran..atau x da telur nak tegur..

    ReplyDelete
  11. ini confirm kan lagi amno kalah d pmtg pasir..itulah akan menjadi takdir INSHAALLAH...

    ReplyDelete
  12. Parti sampah, calon lagilah sampah. Layak dipanggil calon sampah masyarakat. HE..HE..

    ReplyDelete
  13. Orang umgok is a sampah sarap..shitt

    ReplyDelete
  14. yang peliknya
    si najib diam 1000 bahasa
    kenapa ye........dah tau akan kalah kot
    after this nuri muhyidin and zahid hamidisrael yang akan di persalahkan...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?