Tuesday, September 29, 2009

Kemungkinan Besar Tiada Tindakan Dari PAS Ke Atas Hasan Ali

Dato Hasan Ali tau bahawa apa sahaja yang beliau lakukan, tiada tindakan yang akan diambil ke atas beliau. Ini kerana beliau tahu Presiden PAS tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau.

Presiden PAS adalah seorang yang baik dan seorang ulama yang wara' dan banyak berjasaa dalam dakwah. Tetapi di dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran, beliau tidak akan berani membuat apa-apa keputusan tanpa mendapat kebenaran dari "kawan-kawan" Terengganu beliau, yakni Cikgu Pa, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Bakar Chik.

Maklumat yang saya dapati, puak-puak Terengganu amat gembira dan amat menyokong tindakan Hasan Ali menggangu keharmonian Pakatan Rakyat di Selangor. Ini bererti Presiden PAS pun kelak akan menyokong dan mendokong tindakan Hasan Ali walaupun jelas tindakan Hasan Ali ini berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam.

Presiden PAS tidak akan dapat membuat keputusan yang mana keputusan itu berlawansan dengan kehendak dan kemahuan geng Terengganu.

Dan yang lebih menyedihkan tindakan Hasan Ali kali ini adalah bermotivasikan perkauman atau Kebangsaan Melayu. Presiden PAS sewaktu tahun 80an adalah antara yang lantang menentang kebangsaan Melayu. Ceramah ceramah beliau teruk menghentam kebangsaan Melayu dan beliau kerap memberi kuliah dan ceramah agama berkenaan dengan keburukan kebangsaan Melayu.

Namun apabila Hasan Ali jelas menghina usaha dan ajaran Tuan Guru Haji Hadi seperti sekarang ini, Presiden tetap tidak akan mengambil tindakan terhadap Hasan Ali. Mengapa? Kerana Presiden tertakluk kepada kemahuan dan kehendak "Geng" Terengganu yang sudah tidak laku dan bergantung ke jubah Presiden.

Saya kata tak laku kerana orang macam Abu Bakar Chik ditolak di DUN beliau sendiri pada 2004. Cikgu Pa telah kalah bertanding dalam DUN yang sepatutnya PAS menang tetapi pengundi PAS sendiri menolak beliau menyebabkan beliau kalah.

Ustaz Harun Taib baru2 ini di "boo" dalam satu ceramah di Kemaman. Belum pernah seorang Pesuruhjaya PAS di layan seperti budak umur 12 tahun sebegitu sekali. Dan lagi menyedihkan Ustaz Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulama, namun beliau tetap di boo dan disorak oleh rakyat Terengganu dengan begitu mengaibkan sekali.

Presiden PAS, malangnya, masih meletakkan harapan dan kepercayaan kepada orang-oirang yang bertanggungjawab kepada kekalahan PAS di Terengganu 2004. Presiden PAS tidak meletakkan kepentingan dan keharmonian parti di atas. Presiden PAS melektakkan kemahuan dan kehendak "geng Terengganu" di atas segalanya malah melebihi kepentingan serta parti.

PAS akan melalui zaman kegelapan kembali. Orang2 yang bertanggugjawab di atas kemenangan PAS pada 2008 telah dibuang jauh-jauh. Orang2 yang bertanggungjawab atas kekalahan PAS di Terengganu 2004 telah diletakkan di posisi yang teratas dalam parti oleh Presiden.

Maka, walaupun Hasan Ali menghina Pakatan Rakyat, menghina PAS malahan memperlekehkan ajaran Presiden yang menentang kebangsaan Melayu, Presiden akan terus mendokong Hasan Ali sehinggalah agaknya PAS ditolak oleh orang Melayu dan juga orang Bukan Melayu.

PAS menang baru2 ini adalah atas undi orang bukan Melayu, Tindakan dan kenyataan Hasan Ali mengecewakan orang bukan Islam yang mengundi PAS. Mereka merasakan mereka ditipu.

Pada waktu yang sama, agenda Melayu yang diperjuangkan Hasan Ali tidak akan menambah undi Melayu kepada PAS kerana PAS bukan parti Melayu. Orang-orang yang sensitif undi Melayu akan mengundi UMNO, dan bukan PAS kerana UMNO adalah parti Melayu. PAS tidak sebut pun perkataan Melayu dalam perlembagaan.

Hasilnya nanti, tindakan Hasan Ali yang disokong Presiden akan menyebabkan orang bukan Islam lari, dan orang Melayu tidak bertambah. Hasilnya nanti UMNO akan kembali berkuasa dan orang Melayu yang diharapkan mengundi kita tidak kesampaian. Orang bukan Islam sudah tidak akan mengundi kita lagi.

Pegawai2 kerajaan yang dilindungi Hasan Ali ini akan kembali dengan tugas mereka menindas dan melakukan korupsi yang menjadikan PAS terus kalah dalam pilihanraya umum dan kecil.

Itulah nanti jasa dan pembalasan Presiden PAS kepada parti. Itulah nanti jasa Hasan Ali kepada PAS dan perjuangan Islam

Tulang Besi

56 comments:

  1. BADI LEMBU DH MELEKAT KAT KHALID GAGAP & THE GENG..APO NAK DI KATO JANGG KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Hassan Ali pun dah ikut jejak Ibrahim Ali..kembar ka?

    ReplyDelete
  3. betulkah TGHH kena dapt permission nak ambil sebarang tindakan dari PAS terengganu?

    kalau ini satu fitnah, aku doakan engkau supaya diberi hidayat dalam menulis artikel. Orang islam ni kena kenal dosa dan pahala. kalau menulis tidak dibimbing oleh Quran dan Hadith sama saja penulisan macam hindu dan buddha. penulisan menjadi sampah yang sangat busuk.

    ReplyDelete
  4. aladzkar

    Betul tu, itulah islam sebenar, menindas ugama lain untuk kepentingan kamu lepas tu kata islam tidak menyuruh perbuatan tersebut, so aku kira aladzkar nie syaitan ler sebab bulan puasa dah habis so syaitan akan kembali merayau.

    ReplyDelete
  5. selagi Husam Musa tak jadi Presiden PAS dan Khalid Samad tak jadi Timbalan Presiden PAS, selagi tulah si Tulang Besi Karat ni duk merapu....

    ReplyDelete
  6. TB artikel yang merapuh..

    Kalau Pas kalah dalam PRU atau PRK bukan kerana TGHH & DDHA dll hakikatnya kerana menang nasib dan fakta disebalik kemenangan Pakatan Pembangkang dalam PRU12 adalah kerana faktor individu A'War yang banyak berbohong..rakyat terpesong termakan kemunifikan dan adudumba A'War

    Hujah di artikel ini terhadap Pas dan pemimpinya adalah tanda2 rakyat dah mula sedar dan menolak Pas dan PKR, lihat saja kehadiran A'War di PD beberapa ekor beruk sesat jer yang datang.. berbohong tak kemana A'War insaf & bertaubatlah! kapalasing pon dan ajak kau bertaubat.. dia tahu enkau dah banyak buat dosa besar A'War..

    Saranan saya pada Pas keluarlah dari Pakatan tu.. berjuang secara solo jangan tersesat lagi dengan tipudaya A'War yakinlah kalau perjuangan itu ikhlas dan jujur Allah SWT sentiasa bersama harus diingat 'kebenaran akan mengalahkan kebatilan'

    ReplyDelete
  7. Macam tak percaya di saat penerimaan rakyat terhadap PR semakin meningkat, dikala saham semakin memuncak, PR (PKR-PAS-DAP) sedang semakin kukuh, rupanya ada ramai juga pihak yang terpedaya dan termakan dengan tipu helah permainan media.

    Jangan lah kita bertindak memburukkan keadaan. Pihak lawan memang menanti-nanti keadaan seperti ini unutuk menangguk di air keruh!!

    Sebelum menghentam kaji dulu isu yang berkenaan secara mendalam dan cuba fahami.

    Kemudian ambil jalan tengah yang boleh menyelamatkan PR daripada fitnah perpecahan.

    Mudah-mudahan PR akan terus KUAT, GAGAH dan KEHADAPAN!

    ReplyDelete
  8. Tak kurang juga hebatnya di kalangan orang2 kita TANGKAS BERMAIN API FITNAH.

    Menghentam sesuka hati tanpa usul dan periksa, tiada fakta yang sahih.

    Astaghfirullahal 'azim...!!

    Astaghfirullahal 'azim...!!

    Astaghfirullahal 'azim...!!

    ReplyDelete
  9. cukup2 la tu.. banyak2kan gi usrah.. joint kuliah Islam.. dengar2 tazkirah..
    pandai menulis tak semestinya pandai memimpin..

    ada benda yang Hassan Ali tau, kita tak tau..
    dan tak semestinya apa yang dia tau.. kita kena tau..

    jemaah setuju Hj Hadi jadi presiden..
    Hj Hadi setuju Hassan Ali jadi ketua..

    kalau ada yang tak puas hati..
    gunakan saluran jemaah..
    jangan guna Berita Harian, Utusan..

    kemana pergi adab Islam ko?

    ReplyDelete
  10. setuju dgn jalak said.hanya ada orang macam khalid samad dan husam musa saja barulah kepimpinan teratas pas akan diterima oleh orang melayu seadanya.kalau x sampai la nie la. duduk layan kerenah hassan ali @ ibrahim ali...sama jer otaknya...perabihkan boras org mengundi dia orang jer...bak kata TGNA..tua x pe .muda buat sampah buat buat apa...lu fikirla sendiri..

    ReplyDelete
  11. korng ni btul2 heran lah, terlalu taksub sesgt politik..., ingatlah setiap rakyat mempunyai peranan dlm sesebuah negara, memilih pemimpin, menegur pemimpin, mengkritik pemimpin, membangunkn negara, menyumbang idea kpd k'jaan(klu rasa idea tu bernas...) toksah lah nk gaduh2 bukan dpt ape pon baik yg penyokong PR dan BN baik korng bekerjasamalah xelok mcm ni slalu... pembangkang pon penting dlm institusi politik negara dan k'jaan pon telah melakukan apa yg mrk mampu oleh itu setiap kekurangan kenalah memerlukan kerjasama diantara k'jaan dan pembangkang itulah konsep sebenar sistem politik dua parti, kita boleh berbeza pendapat tp kita xboleh bersengketa walaupon berlainan ideologi perjuangan krn perbezaan pendapat adalah lumrah bg umat Rasulullah saw. xsemuanya baik sama ada dr BN mahupon PR, manusia xde yg perpect lah bro... jgn nk perasan bgs sgt, aku ni sbg sedara seagama just nk advise aje sbb biler diakhirat nanti aku kene soal jgk psl ape membiarkn sedara2 semuslim aku bercakaran..., ingat2 lah sikit entah jap lg, entah mlm nanti ke, esok, lusa atau tahun dpn malaikat Izrail akn invite kita ke alam barzakh...

    Islam adalah agama persaudaraan..., klu sedara kite tu lakukan perkara yg mungkar jgn kite dok caci, hina, dan sepak teajang die pulak klu buat mcm tu apa bezanya kiter dgn diorg... ckplah elok2 die nk terima ke xnak lantak dielah, yg pasti kite doakan moga2 die diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah dan sekiranya die enggan moga Allah turunkn azab seksa utk die, habis citer....

    Aku tau pemimpin2 Umno ni teruk, byk buat maksiat, songlap duit rakyat sana-sini tp ape nk buat Allah ta'ala belum lg nk turunkn hidayah kt diorg dan penyokong2 diorg belum lg Allah nk dibukakan hati dan fikiran diorg tu, Insyallah berdoalah moga2 Allah mengasihani mrk dgn memberikn petunjuk kpd sedara2 kita yg masih menyokong BN-Umno tu... xsemua ahli Umno jahat dan xsemestinya ahli2 dan penyokong2 PR tu baik...

    Dlm mane2 parti baik PR dan BN masing2 ade gunting dlm lipatan, diorg nilah yg berperanan merosakkan institusi parti politik tu...

    BN pon perjuangkn isu yg betul... tp xkene caranya...

    dan PR pon perjuangkn isu yg benar... tp ada kalanya xkene cara dan waktunya...

    Aku bkn ahli dan penyokong mana parti, aku adlh pengundi 'atas pagar' next PRU nanti taulah aku nk pangkah yg mane satu....

    Last PRU aku pangkah PR next ni aku xtau lg tp dlm benak aku masing2 BN 50% dan PR 50% namun keadaan akn berubah...

    Apepon yg penting kita sbg rakyat xkira dr PR mahupon BN wajib sama2 berjuang demi negara...

    Aku menjunjung perinsip rukun negara....

    ReplyDelete
  12. tulang besi jangan campur hal PAS negeri terengganu, kamu tidak berhak campur tangan hal ehwal org PAS terengganu, Org pas terengganu tidak perlu kepada org seperti kamu, yg hanya pandai menulis di alam cyber, jasa-jasa tulang besi di terengganu amatlah dihargai, kamu perlu beri perhatian pada negeri selangor kerana kamu bukan org negeri ini, Jasa tulang besi kepada PAS ialah menarik sokongan bukan islam kepada PR, tanpa org seperti tulang besi, PR tidak akan menang, jasa-jasa besar Tulang Besi di selangor sepatutnya diberi anugerah, Tulang besi lari ke luar kerana PAS terengganu tidak memberi apa-apa sewaktu kemenangan pas diterengganu, sebarang tender pun tak dapat, kerana tidak dapat ghanimah tulang besi lari ke selangor dan mengutuk pemimpin pas terengganu tidak pandai mentadbir negeri. Skrg kt selangor tulang besi belum dapat apa-apa dari hassan ali dengan cara mengutuk hasan ali ada le pemimpin dari PR akan memberi habuan kepadanya, ini lah sbenarnya tulang besi aka malaysian wave,

    ReplyDelete
  13. INI LAH YANG TERJADI BILA KALIAN TERLALU PERCAYA SANGAT DENGAN FITNAH YANG DIBUAT OLEH POJI SELEMBU NI..DIA MENULIS MENGIKUT KEHENDAK ORANG YANG MEMBELA NYA..IDUNG DIA TELAH DITARIK..BIASA LAA NAK IDUP...ITU LAH PERANGAI SEBENAR BUDAK SEKOR NIE...

    ReplyDelete
  14. INI LAH YANG TERJADI BILA KALIAN TERLALU PERCAYA SANGAT DENGAN FITNAH YANG DIBUAT OLEH POJI SELEMBU NI..DIA MENULIS MENGIKUT KEHENDAK ORANG YANG MEMBELA NYA..IDUNG DIA TELAH DITARIK..BIASA LAA NAK IDUP...ITU LAH PERANGAI SEBENAR BUDAK SEKOR NIE...

    ReplyDelete
  15. Parti Islam Semalaysia di Bukit Beruntung said...
    cukup2 la tu.. banyak2kan gi usrah.. joint kuliah Islam.. dengar2 tazkirah..
    pandai menulis tak semestinya pandai memimpin..

    ada benda yang Hassan Ali tau, kita tak tau..
    dan tak semestinya apa yang dia tau.. kita kena tau..

    jemaah setuju Hj Hadi jadi presiden..
    Hj Hadi setuju Hassan Ali jadi ketua..

    kalau ada yang tak puas hati..
    gunakan saluran jemaah..
    jangan guna Berita Harian, Utusan..

    kemana pergi adab Islam ko?
    .

    Err PAS Bukit Beruntung,

    Nak tanya adab Islam mana yang aku langgar?

    Apa yang saya cakap ni salah ke?

    Ataupun, apabila kebenaran itu telah terserlah, maka digunakan alasan disiplin jemaah sebagai jalan penutup malu?

    Hakikatnya, apa yang saya lakukan ini TIDAK BERLAWANAN DENGAN PERLEMBAGAAN PAS.

    Kalau salah, sila hadapkan saya ke JK Disiplin PAS.

    Sekali lagi nak tanya, apa adab jemaah yang saya langgar?

    Hasan Ali tu dengan JELAS melanggar keputusan Muktamar, tapi orang macam saya yang disalahkan dalam PAS.

    Nampak tak betapa orang2 dalam PAS ni tak dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk?

    ReplyDelete
  16. Anonymous said...
    tulang besi jangan campur hal PAS negeri terengganu, kamu tidak berhak campur tangan hal ehwal org PAS terengganu, Org pas terengganu tidak perlu kepada org seperti kamu, yg hanya pandai menulis di alam cyber, jasa-jasa tulang besi di terengganu amatlah dihargai, kamu perlu beri perhatian pada negeri selangor kerana kamu bukan org negeri ini,
    .

    Sebenarnya saya pun tak lapar nak campur urusan terengganu.

    Cumanya, puak2 Terengganu ni berenti campur tangan urusan negeri lain juga. Berenti pengaruhi Presiden untuk mengikut agenda sondsang kamu.

    Hakikatnya, selagi ada lagi puak2 yang duduk dalam PAS terengganu seperti sekarang, selagi itu PAS tidak akan menang.

    Itu adalah fakta dan saya tak takut,

    Soalnya, puak2 PAS Terengganu melalui Presiden, mahu mengekspot kekalahan mereka di Terengganu ke seluruh Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Kalau Pas kalah dalam PRU atau PRK bukan kerana TGHH & DDHA dll hakikatnya kerana menang nasib dan fakta disebalik kemenangan Pakatan Pembangkang dalam PRU12 adalah kerana faktor individu A'War yang banyak berbohong..rakyat terpesong termakan kemunifikan dan adudumba A'War .

    Anwar membohong?Ada bukti tak.

    yang saya tahu UMNO yang kuat bohong kat PAS.

    ReplyDelete
  18. Kalau Pas kalah dalam PRU atau PRK bukan kerana TGHH & DDHA dll hakikatnya kerana menang nasib dan fakta disebalik kemenangan Pakatan Pembangkang dalam PRU12 adalah kerana faktor individu A'War yang banyak berbohong..rakyat terpesong termakan kemunifikan dan adudumba A'War .

    Anwar membohong?Ada bukti tak.

    yang saya tahu UMNO yang kuat bohong kat PAS.

    ReplyDelete
  19. dulu aku suka baca buah fikiran en. tulang besi ni...tapi lama2 naik meyampah pulak.

    ReplyDelete
  20. di bukit beruntung said:
    "kalau ada yang tak puas hati..
    gunakan saluran jemaah..
    jangan guna Berita Harian, Utusan.."
    bila masa guna utusan, b.hairan ??

    anak lenggong said:
    "INI LAH YANG TERJADI BILA KALIAN TERLALU PERCAYA SANGAT DENGAN FITNAH YANG DIBUAT OLEH POJI SELEMBU NI..DIA MENULIS MENGIKUT KEHENDAK ORANG YANG MEMBELA NYA..IDUNG DIA TELAH DITARIK..BIASA LAA NAK IDUP...ITU LAH PERANGAI SEBENAR BUDAK SEKOR NIE..."
    bagusla, anda menyerlahkan otak yang sempit. Jangan la jadi DUNGU & BEBAL sangat !

    nanBN,
    kalau PAS keluar PR dan berjuang solo, hang nak masuk dan sokong PAS ker??
    Atau hang akan sokong BN dulu kini & sampai mati..?

    'Ustaz Harun Taib baru2 ini di "boo" dalam satu ceramah di Kemaman'
    Betoi ka? kenapa kena "booo"..?
    Sila sahkan..

    ReplyDelete
  21. Kepada PAS Kawasan Tulang Besi harap jangan beri tempat kepada beliau.
    Orang sebegini boleh menghancurkan Parti.
    Parti Makkal Sakti tengah cari Pengerusi elok sangat kau pergi buat permohonan.
    Semua ciri2 yang dikehendaki ada pada engkau.
    Rakan2 PR yang lain awaslah penulis artikel sebegini kelak anda juga menjadi mangsa pembawa fitnah besar...
    Lagi artikel dok kutuk Hasan Ali keluar aku rasa baik kita angkat kaki dari blog nie kita cari blog PR lain yang tidak menghina pemimpin sendiri selagi mereka tidak belot kepada Parti.
    Sejak kedatangan penulis Tulang Besi dalam blog nie mood aku semakin berkurang..

    ReplyDelete
  22. Sepatutnya tak perlu beza-bezakan PAS mengikut negeri. Dan jangan bawa faham assobiyah. Islam tidak mengajar kita berpuak-puak atau melebihkan kepentingan BANGSA.

    Minta maaf cakap la.. PAS tidak pandai berpolitik. Memanglah PAS memperjuangkan islam.. tapi sebagai PARTI POLITIK, PAS seharusnya tahu berpolitik.
    PAS harus bijak (berpolitik) untuk menundukan musuh, bukanya "tunjuk baik" dan biar musuh sembelih.

    Kalaupun mereka melayu.. kalau pun mereka ISLAM, tidak bermakna mereka bukan musuh yg harus dikalahkan. Sebabnya ialah ramai yg mengaku ISLAM tapi menjahanamkan ISLAM itu sendiri. Takkan tak tau golongan munafik tu mcm mana?

    Dan atas alasan yg lebih kukuh mereka harus diperangi ialah mereka memburukkan IMEJ islam itu dengan mengaku ISLAM, memperjuangkan BANGSA, hukum islam ditinggalkan. Membuatkan org BUKAN ISLAM hilang rasa hormat ISLAM.

    MEREKA itu bukan sahaja dari pihak sana.. dalam PAS pun ada.

    Mohon maaf.. itu sekadar pandangan sy.. tak perlu disokong atau disangkal kerana anda pasti ada pandangan anda sendiri. Tapi harapnya kita bersama islam yg sebenar.. BUKAN ISLAM MELAYU..

    ReplyDelete
  23. Suruh saja geng Terengganu dan Presidennya yang telah kafirkan umno di tahun 80an masuk parti assabiyyah umno laknatullah tu lagi bagus sebab mereka semua dah sesat macam ayah pin.

    ReplyDelete
  24. Aku bukan nak nak berbalah dengan sesiapa tetapi yang aku peliknya kenapa Dato' yang aku sanjungi selama ini selalu bertindak seakan-akan menyebelahi BN, akhbar-akhbar pro BN yang tidak pernah jemu-jemu menghina PAS pun melambung tinggi menyokong tindakan Dato' itu, tak rasa janggal ke sedara-sedara semua jika tiba-tiba musuh kita menyokong sedara kita yang mereka cerca selama ini? Jangan semberono salahkan tulang besi dalam hal ini ...

    ReplyDelete
  25. mariam buluh said:

    "Lagi artikel dok kutuk Hasan Ali keluar aku rasa baik kita angkat kaki dari blog nie kita cari blog PR lain yang tidak menghina pemimpin sendiri.."

    baguslah meriam buluh & geng2, lagi cepat lagi bagus..
    bukan niat nak menghalau. datang tak dipaksa, pergi tak dihalang..!

    ReplyDelete
  26. wpun aku orang terganu yg terdidik oleh taangan2 hj abu bakar chik, hj harun taip dan cekgu pa.. aku tetap mengatakaan 3 makhluk tuhan ni soal bercakap memang hebat tapi pentadbiran agak bercelaru..

    warga pas terengganu

    ReplyDelete
  27. Baru dapat perintah negeri dah mcm org gila. mcmana nk pimpin malaysia...? ni semua aku malas nk ngundi masa pru13. selama ni BN x prnah dpt undi aku sbb aku nakkan Pas printah tp bila dh dpt lain mcm pulak bak kata org dh mcm "loose cannon" dh sesekor. perlingkup ler korang semua.

    ReplyDelete
  28. pada yang tak suka hasan ali dan
    tak suka presiden pas...

    pegi la join umno.

    tu lebih baik dari jadi duri dalam
    daging...buat apa duduk dalam pas
    kalau pemimpin pas korang tak
    boleh ikut?

    pekung pas semakin terbongkar la
    sebab ada orang-orang macam tulang
    besi dan sekutunya...

    bagus tu...tahniah dan terima
    kasih untuk kempen bagan pinang
    secara percuma...

    ReplyDelete
  29. pas makin kalut...

    pemimpin dihina dan di cerca hanya
    kerana memberi pendapat...

    tak masuk akal langsung.

    pro pas seolah lebih pandai,lebih
    hebat,lebih mengetahui lebih dari
    pemimpin sendiri.

    kalau saya orang pas dah lama saya
    tinggal kan parti yang huru hara
    macam nih...buat serabut dan semak
    politik di malaysia jer...

    ReplyDelete
  30. diaorang bukan ape.. dulu sdap ngentm org pstu skrg khir tempe x leh bnyk ckp & x brape brani nk lwn jd dia hentam ler kngkwan dia x kira ler sama parti ke x sama parti. ituler bahana org yg trlalu tkbur mcm dia je bgus. nizar dh rebah psal kebodohan yg trlampau. dia mmg baik tp bodoh. jgn lupe pngundi muda msih rmai atas pagar dan sdng memerhatikan korang semua dari pemimpin smpai ke pencacai...ade paham!!!!

    ReplyDelete
  31. cakap tak serupa bikin...
    aku memang tunggu pas kalah teruk ni..
    padan muka...
    tak reti langsung nak jaga pengundi..
    tapi apa apa pun...
    hidup tuan guru nik aziz...

    ReplyDelete
  32. tulang besi,

    demo ni khirrr ptuih la.

    sekali lagi khiir ptuih atas muka kamu.

    dah kena ludah.....

    ReplyDelete
  33. khir toyo takot ngadap selcat sebab dah tahu selcat akan dera mental.itu semua idea encik hasan ali

    ReplyDelete
  34. Ya btul tuuu...
    HIDUP Tuan Guru Nik Aziz. aku rasa Pas msih slamat psal TGNA je klu x habis memupus semua. x ingat masa sejarah pas trngganu rebah. Pas klantan pun hmpir rebah dan TGNA mengaku ade membuat salah dan mmperbaikinya. tngok skrg pas klantan mkin kuat tp kt trngganu dan perak jd ape?? keadah dan slangor msih blum kukuh wlau dh hmpir 2 thun dbri mandat.

    ReplyDelete
  35. kawan-kawan sekalian tolong cari maklumat pasal perkara nie..bukan boleh dibiar calon keparat nie jadi wakil rakyat..naya rakyat

    Isa Samad - Kau(che det) suruhnya buat kenyataan memburukkan Anwar dan engkau berkongsi dengannya bersama-sama Cina di Nilai untuk menternak babi besar-besaran. Isa Samad juga terlibat dalam kes pembunuhan Dato' Taha yang membuat angkara noda terhadap Dato' Mohktar Hashim. Bila Dato' Taha terbunuh pada tahun 1980-an maka dia punya nama pun naiklah menjadi Menteri Besar Neg. Sembilan. Maka jadilah panca delima, di mana siang jadi bigfoot dan malam menjadi pondan.

    ReplyDelete
  36. Berkaitan dengan perangai Datok Dr. Hassan Ali, kita tidak mengharap pemimpin tertinggi PAS menghukum atau mencederakan datok ini.

    Apa yang cuba ditonjolkan dalam media perdana oleh Datok Dr. Hassan Ali adalah menggambarkan kebijaksanaan dan kebodohan Parti PAS dalam Negeri Selangor.

    Sebodoh-bodoh ahli UMNO mereka tidak akan menjatuhkan maruah parti mereka sendiri. Biarpun mereka tahu bahawa pemimpin mereka berkuasa diatas kebodohan mereka sendiri.

    Dan mereka memang tahu tentang penyelewengan wang rakyat untuk kepentingan diri mereka sendiri seperti pembelian kapal selam, PKFZ, rumah agam bernilai RM24juta dan berbagai lagi....

    Ada dikalangan ahli UMNO yang tunjuk bijak menyuruh Khir Toyo dihadapan wartan supaya menyenaraikan aset yang dimiliki demi menjaga maruah parti...?

    Tapi mereka menegur pemimpin dengan cara yang lebih sopan. Tanpa perlu bercakap dihadapan wartawan tvselangor untuk tunjuk bijak atas teguran itu. Itu sebabnya semua kes yang tercalit keatas pemimpin UMNO-BN simpan dibawah karpet saja.

    Datok Dr. Hassan Ali tidak perlu dihukum kerana keceluparan lidahnya berkata-kata. Dan beliau tidak perlu dikurung kerana kebebasannya mencampuri urusan orang lain.

    Tapi kita mahu Datok Dr. Hassan Ali turun ke Bagan Pinang berkempen bagi pihak calon PAS. Disana nanti kita mahu Datok Dr. Hassan Ali menjawab tomahan mengapa dia bersikap biadap terhadap Selcat.

    Datok Dr. Hassan Ali..... "Jangan cakap tak serupa bikin"

    ReplyDelete
  37. zali said...bukan x suke pada hassan ali @ presiden pas...tapi cakap x serupa bikin..masa meeting kata lain ..depan reporter kata lain..yang giler sangat nak bercakap banyak tu kenapa..bagila mb selangor jer cakap.ko pg jagalah bahagian agama ...banyak lagi nak buat...x payah ganggu bahagian tadbiran...tggula pru13..kalau pas banyak menang kerusi kat selangor.jadilah mb .cakaplah banyak2 sampai x tdo pun boleh .bawaklah pengampu sekali.tk

    ReplyDelete
  38. PAS akan kalah teruk di Selangor di masa depan kalau tak pecat Hassan ali dari sekarang kerana telah membiarkan balaci umno ini di kudakan oleh umno.

    Aku hairan kenapa Haji Hadi yang suatu ketika dulu menganggap umno ini kafir akhirnya nak sokong umno sekarang.

    Adakah beliau telah cintakan dunia bila melihat umno memperkudakan khazanah negara dan wang rakyat untuk kemewahan peribadi?

    Benar kata sabda Rasullullah s.a.w. dalam hadithnya yang berbunyi, "..wahai umatku! di akhir zaman nanti kau akan melihat umatku akan menjual agamaya untuk kepentingan dunia yang sedikit.".

    Haji hadi adalah seorang darinya yang menyokong fahaman asabiyyah kebelakangan ini dan ini sangat di kesalkan.

    Adakah beliau lupa akan ucapannya di dalam ceramahnya di zaman lampau dan kami ketika itu masih remaja tidak akan memaafkan perbuatannya yang mengkhianati islam, hassan ali anak buah kesayangan itu tak terkecuali.

    Ingat! kalau begini mentaliti orang Pas sekarang lupakan saja Pas nak jadi Parti dominan dalam PR, maka ketika itu Pas akan melutut di tepi gantang meminta ihsan umno yang telah membuktikan hanya memperkudakan Pas untuk tujuan politik mereka yang tiada kena mengena untuk menjaga kebajikan melayu.

    Bertindaklah Pas dari sekarang sebelum nasi menjadi bubur, tiada gunanya membela umno yang telah sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  39. kasihan Hasan Ali.nak jadi jagoh tapi otak nipis. guna lah kepintaran dan wibawa kepimpinan sendiri

    ReplyDelete
  40. mtak2 lah pakatan rakyat jagan bergaduh perkara mcm nie...sekarang nie bukan nak tumbang pembangkan kite nak tumpaskan umno yg lame membuat zalim terhadap harta rakyat..

    ReplyDelete
  41. Aku setuju dgn tulang besi.kalau Parti Pas kalah teruk aku tak kesah,cuma akan mengheret sekali parti dlm PR yg lain Ini yg Umno nantikan .Antara ketiga tiga parti PR ,PAS paling mudah dikecek.Contoh kerajaan PAS Terengganu.Tak nak ambil pengajaran ke ? Maklum PJ selangor tu kan bekas DO dan Pakar Motivasi pula..

    ReplyDelete
  42. PAS lepas nie sakit la nak dapat undi kaum lain. Bawa imej islamik, slogan 'PAS FOR ALL' tapi satakat itu je. Aku nak tanya org PAS, apa pemimpin korang ni maksum ke? Tak boleh di kritik. betul kita kena wala' pada pemimpin tapi bukan dgn membuta tuli...korang ni bodoh ke hapa atau jenis UMNO gak...main hanguk je....bodoh piang betul la

    ReplyDelete
  43. Elok korang ni buat Kampung Perisik Rakyat, pastu pilih tulang besi jadi tok penghulu....hari-hari bleh lepah kedai kopi bincang artikel yang nak dimuatkan dalam blog masing-masing...

    ReplyDelete
  44. Kepada sesiapa yang tak suka dan berwaalaq pada pemimpin Muktamar 2011 nanti kita pakat-pakat tawar diri bertanding untuk menggantikan mereka-mereka yang sedia ada kita perkasakan lagi PAS jangan dok komen sahaja

    ReplyDelete
  45. Tulang besi ni nampaknya macam jarum Umno yang baru dilatih awal tahun baru ni. Jaga-jaga semua walaupun kita tidak boleh bersangka buruk.Kelak PAS dan PR akan tersungkur kerana mendengar berita yang tidak benar. Allah sahaja maha mengetahui.

    ReplyDelete
  46. Anonymous said...
    Tulang besi ni nampaknya macam jarum Umno yang baru dilatih awal tahun baru ni. Jaga-jaga semua walaupun kita tidak boleh bersangka buruk.Kelak PAS dan PR akan tersungkur kerana mendengar berita yang tidak benar. Allah sahaja maha mengetahui.
    .

    kahkahkah kalau aku agen UMNO mesti aku suruh PAS join dengan UMNO.

    Akai takdak la hang ni

    ReplyDelete
  47. Tulang Besi said...

    bagus bro .. yang benar kita dedahkan x kira parti mana...
    Yang benar itu pahit ..
    manis pd pejuang sejati ..

    ReplyDelete
  48. tak syak lagi...
    tulang besi dan TiPU agen umno!

    berapa entah umno bayar tak tau la...

    kalau tak tak kan isu selcat ni di
    ulang-ulang sampai nak muntah baca?

    ReplyDelete
  49. kalau pimpinan pas tak sesuai dan tak serasi dgn pakatan rakyat,keluar aje dari pakatan rakyat,baik pas keluar aje dari pakatan rakyat,bila pilihan raya nanti bertanding aje sendiri2,jgn ada pakat2 lagi,kita tengok takat mana kejayaan pas nanti,kalau tak serik2 lagi mcm dulu2 tu zaman dato asri hj muda dulu,masok aje bn,join dgn umno aje boleh le dato hasan ali dan kuncu2nya perjuangkan ajenda melayu habis2an,melyu tak kan hilang di dunia mcm kata laksamana DATOK HG TUAH....ZALIM,KEJAM,RASUAH,KRONI,ASSABIYAH,TAK AMANAH,NEPOTISMA DAN BLA BLA BLA...TAKPE YG PENTING DAPAT PERJUANGKAN AJENDA MELAYU,org pas dulu2 perjuangkan pas hingga sekarang dah mula tersenyum bila melihat pas dah mula ada sinar tapi bila melihat golongan2 asabiyah ni dok kat tampok pimpinan pas dan mula membawa bersama ajenda asabiyah masok dalam pas.maka kita lihat lah nanti ke mana kah golongan2 asabiyah ni nak bawa pas,naazubillah......barang di jauh kan daripada terjadi nya sedemikian....betul lah kata2 prof zulkifli ahmad dalam buku AMANAT TERAKHIR PROF ZULKIFLI AHMAD,cari lah buku tu dan baca lah berulang2....fikirkan lah,fahamkan lah dan menung2kan lah....

    ReplyDelete
  50. Zali, kau ni mengandung ke? sampai nak muntah-muntah. nak buat macam mana dah banyak sangat tahi-tahi keluar dari Adun-adun umno ni di bongkar oleh selcat, kau masih nak makan tahi umno ke?

    ReplyDelete
  51. Tulang besi....jgn jadi duri dlm daging, api dalam sekam, musang berbulu ayam, talam dua muka, gunting dalam lipatan, gergaji dua mata...Jgn fitnah dan buat tohmahan.

    Jaga adab2 menulis...kami dah meluat dgn hang....

    ReplyDelete
  52. Anonymous Anonymous said...

    Tulang besi....jgn jadi duri dlm daging, api dalam sekam, musang berbulu ayam, talam dua muka, gunting dalam lipatan, gergaji dua mata...Jgn fitnah dan buat tohmahan.

    Jaga adab2 menulis...kami dah meluat dgn hang....

    September 30, 2009 12:07 PM
    .
    Yang musang bulu ayam ni fraksi UMNO.

    Jumpa UMNO, lepas tu tipu.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  53. Anonymous Anonymous said...

    Tulang besi....jgn jadi duri dlm daging, api dalam sekam, musang berbulu ayam, talam dua muka, gunting dalam lipatan, gergaji dua mata...Jgn fitnah dan buat tohmahan.

    Jaga adab2 menulis...kami dah meluat dgn hang....

    September 30, 2009 12:07 PM
    .
    Yang musang bulu ayam ni fraksi UMNO.

    Jumpa UMNO, lepas tu tipu.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  54. Peh...!!! Tulang besi kena sound. Terangkat.... Hassan Ali mana bleh diambil tindakan. Depa sume belakon je.....

    ReplyDelete
  55. Tulang besi ni ngape yek ? Dok asyik ulang tulisan orang. Betul ke dia ni nak perjuangkan kebenaran Islam.Kalau betul, ajaklah Umno masuk PAS. Allahu Akbar........

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?