Wednesday, September 09, 2009

Peguam Negara, Polis, UMNO & Kongsi Gelap - 1Geng, 1Malaysia

Selepas khalayak percaya beberapa insiden ekstrem di Selangor, mereka sekali lagi bertanya mengapa dua lagi individu yang dikatakan pemimpin UMNO negeri tidak didakwa.

Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah pagi tadi mendakwa terdapat ‘pendakwaan terpilih’ dalam kes demontrasi mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah 28 Ogos lalu.

“Ini bagi saya adalah pendakwaan terpilih. Dia (Ghani) tidak benar-benar kenal pasti siapakah dalang yang menyusun (merancang) kejadian yang berlaku itu.”

Bercakap dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, beliau yang juga peguam dan aktivis hak asasi manusia turut melahirkan rasa hairan terhadap Polis yang gagal mengenalpasti dua lagi pemimpin UMNO negeri; yang didakwanya sebagai dalang aksi ekstrem tersebut.

“Saya hairan kerana ada 2 muka ini yang dikenal pasti terlibat. Satu - Sohaimi Shahidan iaitu Ketua Pemuda UMNO Selayang yang jelas kelihatan dalam klip video. Seorang lagi (ialah) adik ADUN Kota Anggerik Dato’ Nawawi Md Zain (yang bernama) Hj. Azmir Md Zain yang kelihatan memijak kepala lembu pada masa kejadian.”

“Kedua-dua ini yang jelas kelihatan secara aktif, tidak didakwa. Apakah tujuan sebenar pendakwaan ini?”

Tanpa menyebut nama sesiapa pun, Sivarasa juga mendakwa aksi akstrem serta 2 individu yang dilindungi itu sebenarnya dilindungi sendiri oleh beberapa pemimpin UMNO bahagian.

“Sebenarnya itu (perarakan) tidak boleh terjadi, kecuali mendapat ‘lampu hijau’ daipada orang atasan.

Menurut sumber dalaman UMNO Shah Alam, semalam ada suatu pertemuan sulit antara Pegawai Polis Daerah Seksyen 11 Noor Azam Jamaluddin dan beberapa Ketua Bahagian UMNO Shah Alam.

Beliau yang mendakwa dirinya ahli UMNO Seksyen 16 dan enggan namanya didedahkan berkata, selain Hj. Azmir, Ketua Bahagian UMNO Seksyen 16, 17, 18, dan 24 antara yang hadir.

Dalam pertemuan sulit itu, pihak Polis menjelaskan bahawa mereka yang terbabit tidak dapat lari lagi dari pendakwaan; sama ada di bawah Akta Hasutan atau Akta Polis.

Bagaimana pun, mereka hanya akan dikenakan denda atau ikat jamin berupa wang dan UMNO Selangor berjanji untuk melunaskan semua perbelanjaan yang bakal dialami semua Orang Kena Tuduh (OKT) terbabit.

Beliau turut menasihatkan agar tiada pendedahan lagi dibuat, kerana rata-rata yang terbabit mempunyai hubungan langsung dengan beberapa semi kongsi gelap Melayu, di sini.

Mereka yang didakwa adalah Timbalan Pengerusi Angkatan Tindakan Mempertahankan Hak Orang Melayu (ATOM) Rahimuddin Md. Harun, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PeWARIS), Setiausaha Gabungan NGO Malaysia Mohd Zurit Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Seksyen 23 Mahyuddin Manaf dan Timbalan Pengerusinya Ibrahim Sabri; dan Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23 Zainudin Md. Yusuff.

Ketua Unit Pendakwaan Pejabat Peguam Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah menjelaskan pendakwaan tersebut yang sepatutnya berlangsung semalam, terpaksa ditunda ke hari ini disebabkan ada dalam kalangan mereka gagal dikesan.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis menjelaskan mereka yang terbabit akan didakwa di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis.

Polis juga menjelaskan bahawa empat daripada 12 OKT sudah direman semalam.

Peguam Negara Abdul Ghani Patail sebelum pada itu, menjelaskan bahawa mereka ini akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan beberapa klip video youtube 29 Ogos lepas, harakahdaily mendedahkan aksi-aksi ekstrem beberapa demontran yang juga pemimpin UMNO negeri.

Mereka yang terbabit juga dikenal pasti mendalangi aksi kecoh dalam dialog penduduk Seksyen bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa bahawa segala yang berlaku itu merupakan usaha terbaru UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Perhimpunan kira-kira 50 orang mengarak kepala lembu yang masih berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar, ekoran cadangan PKNS untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, di sini.

Jika benar wujudnya ‘Pendakwaan Terpilih’ tersebut, maka badan perundangan negara pula mungkin disifatkan dalang seterusnya; setelah khalayak percaya UMNO terlibat dalam merancang beberapa insiden tersebut.

Sumber - instinctive-stage G3.0

22 comments:

  1. Hj azmir songkok tinggi yg pijak kepala lembu sah2 dlm video x didakwa? WTH?

    ReplyDelete
  2. kita kena buat bantahan ats tindakan polis ini!!!reformasi!!!reformasi!!!
    panas beb!!!

    ReplyDelete
  3. Memang ler .. kalo pemimpin Umno yg sah terbabit tuh kena dakwa.. dan tersebar di media.. mana Najib nak letak muka.. kat ketiak Rosmah..??
    Habis ler 1 Malaysia yg diwar2kan..bagi aku benda ne bukan lg rahsia.. selagi umno trus berpegang pd semangat perkauman utk mendapat sokongan org melayu selagi tuh ler isu camni akan trus berlaku..

    ReplyDelete
  4. zaki tak kena dakwa ke?

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pun, mereka hanya akan dikenakan denda atau ikat jamin berupa wang dan UMNO Selangor berjanji untuk melunaskan semua perbelanjaan yang bakal dialami semua Orang Kena Tuduh (OKT) terbabit'''''''

    Haritu cakap geng PAS,PKR,DAP
    Sekarang nie siapa yang kencing...
    Inilah antara bukti kepada Penyokong2 UMNO bahawa selama ini anda memang telah ditipu oleh pemimpin2 anda hidup2...
    Kebanyakan yg terlibat rata2 orang atasan UMNO yg jadi mangsa ikan bilis juga...kasihan dapat juga rasa lokap free..

    ReplyDelete
  6. sorry!!! zali bukan zaki silap la.... tak kena dakwa ke? sibuk sangat yokong demo lembu...

    ReplyDelete
  7. Manusia nie kalau ada kuasa dan sihat walafiat memang sombong bongkak.. sampai makhluk tuhan si lembu pun dipijak. Kalau nak sembelih pun ada hukum cara...

    Jika mereka terlepas hukum dunia didalam negara caca merba ini, tapi mereka tidak akan terlepas jika bersalah disisi tuhan.

    ReplyDelete
  8. LEMBU-LEMBU akan bertukar menjadi KAMBING...KAMBING-HITAM !!

    kesian..kesian.. dah nasib badan, sendiri cari penyakit!

    Malu la muka anak-bini sanak-saudara bila ada ahli keluarga yg diheret ke mahkamah pasal heret dan pijak kepala lembu di khalayak umum !!

    Raya dah dekat nie, mujur tak beraya kat 'dalam'. kalau tidak 'menyanyi' sakan lagu raya tahun nih...

    UMNgOK..UMNgOk...
    org lain jgn jadi boNGOkk

    ReplyDelete
  9. Apasal tak kasi ISA saja Melayu Umno yg kurang ajar tu hah...Apasal tak ISA kan saja si Noh Omar yg terang2 bersekongkol menjayakan program "Menyelamatkan Umat Islam-Selangor dpd Jahiliah yg Memartabatkan KAUM CINA"

    Bukankah lembu2 ini yg meniupkan perkauman.???
    Bukankah perbuatan lembu2 ini juga boleh menyebabkan perbalahan agama.???

    Dunia memerhatikan kamu wahai Musang Hassang....Apakah pertimbangan kamu menggunakan DACING" yg betul ataupun "DACING" yg senget.

    ReplyDelete
  10. nak berdemo tak guna otak,guna lagi otak lembu,skrang jawablah,ada tu aku tengok itu hari cakap berapi2 sekarang kau cakap dalam makamah berapi2 ada berani

    ReplyDelete
  11. "Saya hairan kerana ada 2 muka ini yang dikenal pasti terlibat. Satu -Sohaimi Shahidan iaitu Ketua Pemuda UMNO Selayang yang jelas kelihatan dalam klip video. Seorang lagi (ialah) adik ADUN Kota Anggerik Dato’ Nawawi Md Zain (yang bernama) Hj. Azmir Md Zain yang kelihatan memijak kepala lembu pada masa kejadian"

    Apa la ni dihairankan kepada 2 PENGECUT ni..cakap berdegaq2 taik sangkut di geleqaq...Hampa ingat depa ni berani ka?..dengan lembu depa berani la...tu pi la mahkamah sama bagi sokongan...awat menyorok? Lagi satu dah memang tabiat PENGECUT...bila rasa kapal nak karam depa terjun dulu...orang macam nipun boleh jadi pemimpin...cari la pemimpin yang berani kerana benar dan takut pada Allah S.W.T...kalau masih terpilih jadi pemimpin pada masa akan datang...buta mata dan buta hati penyokong depa ni....

    ReplyDelete
  12. kadang2 bila ada ramai penyokong, kita jd lupa bhw satu hari nnti kita akan tinggal sorang2. itu jam kalu, baru tau sapa berani sapa pengecut.

    ReplyDelete
  13. zali tgh bercutilah.. gi shopping katanya. pie perabis duit ***** hasil jadi pencacai tegar...

    ReplyDelete
  14. zali tgh bercutilah.. gi shopping katanya. pie perabis duit ***** hasil jadi pencacai tegar...

    ReplyDelete
  15. woi hj azmir tu kena dakwalah.

    ReplyDelete
  16. Apa...? nak dakwa aje....itu orang sudah buat ancaman "BUNUH" sama YB Khalid Samsd tau... Mana aci ini macam....ini kes ugutan tau...

    TAK ADIL...TAK ADIL....

    ReplyDelete
  17. Ala rilek la. Kena dakwa pun paling banyak kena denda 2,3 riban je. Ape nak susah. Duit rakyat kan banyak lagi. Tak caya tgk jela nanti. Takde sorang pun kena tahan ISA ke atau kena lokap 2,3 tahun.

    Malaysia ini kan Umno yang punya...
    Semua parti komponen diorang. Apa2 pun boleh diorang buat.

    ReplyDelete
  18. IShkkkk yang pakai songkok tu tak kena dakwa biar betul/?? Mamat songkok bangang tu dah sah2 melalak macam anjing. Kalau macam nie mmg sah penipu punya polis dan hakim negara. itulah UBN sial dan gampang

    ReplyDelete
  19. bleh tak kalau kerajaan negeri selangor under TS khalid ibrahim yg dakwa pendemo kepala lembu.....sebabnya mengganggu ketenteraman awam negeri....ataupun MBSA sendiri yang dakwa depa ni tak megikut saluran undang undang yang betul.....

    ReplyDelete
  20. kita modalkan "pendakwaan terpilih" ini utk kempen pilihanraya kecil di negeri 9 nanti, kita modalkan di kempen itu juga Isa samad jika dia umeno pilih dia jadi calun

    ReplyDelete
  21. nak komen banyak2 pun x guna pasal isu kuil ni..kalau org pas/pkr yg buat kompem diorang skang ni dah check in kat kamunting..prinsip umno ni no money no talk,no many they die..yg pelik nya yg buat demo mengecam demo pale lembu tu cepat2 kena tangkap sedangkan masa geng pale lembu hari tu siap ada anjing trafik lagi..dahsyat la power umno ni...polis boleh tengok je...kalau PR perintah malaysia mau 1malaya geng2 pale lembu ni demo..aku dah dapat bayangkan akan terjadinya demo ala2 BERSIH geng pale lembu kat depan pejabat SPR (parti kompenan BN tapi x masuk bertanding sbb kena jadi reff masa PRU) to all MALAYSIAN..please dont try this at home...kepada UMNgOk teruskan lah berdemo ganti org PR,diorang dah penat berdemo..huhuhu..kepada bro TP,welcome to bagan pinang...mai makan roti canai kat kedai aku...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?