Saturday, September 19, 2009

Perutusan Khas Semperna Aidilfiri 1430 Hijrah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil Hamd...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah S.A.W.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya Aidil Fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah S.W.T. mewajibkan kita bersiyam (puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll). Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulannya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabdian sepenuhnya kepada kehendak Allah S.W.T.

Terdahulu dari bulan Ramadhan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Muhammad S.A.W. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, dipelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri.

Segala amalan ramadhan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus. Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya. Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.
Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah : 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka selama lebih 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, berbuka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.

Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll.

Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.

Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd.

Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.
(Menteri Besar Pekatan Rakyat Perak, Ahli Parlimen Bukit Gantang, ADUN Pasir Panjang)

23 comments:

  1. Buang blog parpu kari...

    saya telah menemui kaedah untuk membuang blog parpu kari dari alam internet..

    cara2nya ada ditunjukkan dalam http://rajakamil.biz/2009/09/10/flag-blog-si-nabi-palsu-ni/

    blog parpu kari perlu dinyahkan dari blog politik kerana menggunakan kata2 kesat, maki hamun dan mencarut ...adalah diharapkan semua bloggers UMNO, PAS,PKR yang benci cara parpu kari berblog bersatu untuk meng'flag'kan blog ini...

    Tuan blog,
    sila sebarkan maklumat ini kepada teman2,

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam AidilFitri

    Kepada sdr Nizar teruskan perjuangan anda, sememangnya anda pemimpin terbaik utk kita semua.

    ReplyDelete
  3. Perisik rakyat,

    Melalui blog kau, aku "anonymous" ambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat khususnya pemimpin dan ahli parti PAS dan juga PKR.

    Oleh kerana gabongan parti Pakatan Rakyat masih muda banyak pekara yang perlu ditegur supaya gabongan itu menjadi lebih kental dan gagah apabila bersaing dengan parti Barisan Nasional.

    Jika ada teguran aku sebelum ini agak keterlaluan sehingga menyingong perasaan, aku mohon maaf.

    ReplyDelete
  4. khas untuk semua

    karya aku

    BLUES MALAM RAYA

    klik bawah

    http://bond0134331159.blogspot.com/2009/09/blues-malam-raya.html

    ReplyDelete
  5. Salam Eidul Fitri

    Setuju dengan kenyataan MB Pakatan Rakyat. Semoga kebenaran dapat menundukkan kejahatan. Sama-sama kita gegar Bagan Pinang. INSYAALLAH

    Takbir 3X

    ReplyDelete
  6. Di kesempatan raya ni aku nak maklumkan pada umat islam yang berkemampuan yang mengunjungi blog ini.

    http://www.marhaen.info/v2/mar_khidmat_sosial10.html

    ALOR SETAR, 13 Sept:

    Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.

    Ini memandangkan dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.

    Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru yang dalam keadaan yang amat daif.

    Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.

    Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan.

    Dari maklumat yang diterima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.

    Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.

    Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari.

    Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir Haji Ismail, setiausaha agung Pembela.

    Le
    Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, "Saya tidak tahu nak buat apa-apa, kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit, susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah."

    "Kalau ada masalah, saya mengadu kepada Haji Ibrahim Lai kerana dia adalah pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (Budha)," katanya.

    "Rasa perit apabila memeluk agama Islam, keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam, tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya," katanya.

    Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera.

    Sumbangan boleh dibuat dengan menghubunginya di talian 019-514 7892. Keterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail). _

    (Gambar:Fatimah bersama dua anaknya, hanya nasi puteh
    tanpa lauk yang sedang di makan oleh anak kecil ini.)


    18.09.2009

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimah!

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum .. selamat hari raya

    nak toturial sikit

    1) sila buka link ni
    http://www.google.com/support/blogger/bin/request.py?contact_type=contact_policy

    2) dalam tu ada 6 pilihan.. klik pada pilihan terakhir yg bertulis

    Report Hate Speech on Blogger

    3) setelah bahagian

    Report Hate Speech on Blogger

    berjaya dibuka, lihat pada bahagian bawah yg mempunyai kotak kosong, isi url blog ini.

    http://www.parpukari.blogspot.com/

    dalam kotak kosong, kotak kosong tersebut adalah kotak kosong yang dibawahnya ada butang submit.

    4) dan terakhir tekan submit.

    cuba kita lihat apa akan jadi dengan eksperimen ini.. kalau jadi alhamdulillah.. utk melakukan ini perlu sokongan ramai, dan diambil kita dari IP yg berbeza.. dan ia sesuai utk blog yg takde navbar.. hu hu.

    ReplyDelete
  9. salam idulfitri semua, maf zahir batin harap nizar bersabar je lah kerna x lama lg nak PRU. Buktikan masa PRU nanti saya doakan PAS akan menang dan menang dgn solid majoriti dan menjadi MB yg tidak akan dipertikai sebagai MB ehsan DAP ataupun MB bhoneka DAP. Biar lah Zamri menjalankan tugasnya sehingga ke PRU nanti dan kita kasi tukar sama dia. Demi perpaduan melayu Islam dihari yg mulia ini. Cuma hati2 mainan kekkawan dlm PR jgn sampai jadi mcm UMNO gadai selama dia perintah dulu. TAKBIRRRRRRRRRRRRR

    ReplyDelete
  10. kuda tunggangan sesama umat masih wajar, tetapi bagaimana pula jika jadi kuda tunggangan DAP yang agendanya memenangkan musuh Islam. Orang yang memperjuangkan Islam dalam PAS sendiri diserang oleh sesama ahli bagi mewajarkan DAP

    ReplyDelete
  11. dato nizar oiii....taubat la. nama aje islam tapi perangai mcm tak islam..

    ReplyDelete
  12. Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan segelintir daripada mereka yang menghadiri dialog dengan Menteri Besar, yang menjerit-jerit saperti dirasuk syaitan kehaiwanan, mengugut dan memaki hamun tanpa adab dan batasan. Tindakan tegas dan keras mesti diambil terhadap mereka, termasuk yang mengeluarkan kenyataan menghina azan dan Islam.

    Dimana suara-suara Pak Janggut dan Pak Keris ini apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis. Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya. Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau.Mana dia suara para pejuang serban melilit dan Pak Janggut & Pak Keris, apabila dalam kes hukuman rotan terhadap Kartika Sri Dewi Syukarno, Majlis Peguam dengan angkuh memperlekeh hukum sebat bagi peminum arak beragama Islam.

    Kenyataan biadap Majlis Peguam, menghina hukum syara' dengan menyatakan hukuman sebat ini sebagai tidak berpeikemanusiaan dan zalim. Undang-undang Islam disamakan dengan hukuman barbarik. Tetapi Pak Serban dan Pak Janggut diam seribu bahasa.

    sedutan dari Blog YB Zulkifli Nordin

    mana dia pejuang2 Islam yg melalak kat sini. Naper diam...berani sesama Islam Melayu jer...Pirahhhhhhhhhh

    cakap tentang perjuangan Islam mcm depa je yg bagus sgt. baru kena sergah DAP TERUS JD BACUL....

    ReplyDelete
  13. http://perisik-rakyat.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua kawan2 dalam PR (sahaja). Perjuangan tetap diteruskan... Jumpa di Bagan Pinang!

    ReplyDelete
  15. takbir untuk Dr Hasan Ali......teruskan perjuangan. Jgn jd bacul mcm balaci yg lain tu..ckp x serupa bikin

    ReplyDelete
  16. takbir untuk Dr Hasan Ali......teruskan perjuangan. Jgn jd bacul mcm balaci yg lain tu..ckp x serupa bikin

    ReplyDelete
  17. Anonymous said...
    dato nizar oiii....taubat la. nama aje islam tapi perangai mcm tak islam..

    September 24, 2009 2:34 AM

    betul tu, kena taubat depan najib, lagi bagus depan big mama, najib dan big mama adalah pasangan pimpinan islam cth, susah nak cari macam najib ni, ada isteri yg tadarus setiap hari, solehah tu, bukan macam nizar, baca quran pun tak reti, isteri dia entah le.

    ReplyDelete
  18. dan nak lagi berkat, lepas bertaubat tu kena cium tangan najib, dengan penuh khusyuk dan ikhlas, dan kemudian jangan lupa cium juga tangan big mama.. muahahahah

    ReplyDelete
  19. tambah skit..kalu jumpa hero hindustan atau lelaki ternama jgn lupa gesel pipi..kasi berkat kehkehkeh..best prime minister kunun

    ReplyDelete
  20. tambah skit..kalu jumpa hero hindustan atau lelaki ternama jgn lupa gesel pipi..kasi berkat kehkehkeh..best prime minister kunun

    ReplyDelete
  21. mohd nizar ibni kurang ajar nak ngaku mb pulsk pelirlah!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?