Wednesday, September 09, 2009

ROsmah + Najib = RON

Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ' upgrade ' , kalau mau yang ' tak upgrade ' , guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan ? Cantik kan ? Kan ? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee !!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ' ketukan ' ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ' tidak ' , jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong?

Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!

Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium.

Badri

20 comments:

  1. MINYAK DAH NAIK.....
    ROYALTI KELANTAN & TERENGGANU BILA NAK KASI HAHHHHH.....!!!

    DASAR PEROMPAK.......
    BENGONG PUNYA MELAYU UMNO...

    ReplyDelete
  2. Hahahaha dan Hahaha
    macamnilah rakyat malaysia
    asek kena tipu ja...belajaq tinggi2 bodo bertingkat2

    Aku rasa Mail Sabri tuh pakai loyer korek3x kot sbb tu cakap pon pusing2 nih...mampuih kalo baru2 blaja simpan nak beli motokar abaikan la
    beli la beskal..dulu Tunku Abd Rahman pon nek beskal gak keliling kampung..hahahaha beli minyak singer br 1.50 boh kt rantai beskal..tahan sebulan...senang btoi la kita kena tipu

    cam P Ramli cakap penyamun tipu penyangak(sapa duk pakat undi penyamun)

    penyangak2 sbb ampa dh tau penyamun kaki tipu knapa ampa duk p percaya kt depa lagi...
    xdak otak ka

    ReplyDelete
  3. Apa nak heran...kan rakyat diutamakn, pencapaian didahulukan.. ni lah cara BN yg diketuai oleh Umno bagi memastikan kesejahteraan rakyat.. Ni dah abes baik lah ni..so apa tunggu lagi.. kasi tukar sama dorang..

    ReplyDelete
  4. Macam inilah rakyat Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional yang nampaknya sudah tidak rasional lagi. Kepada si mamat Zali beginilah caranya rakyat diperbodohkan hitamkan oleh kerajaan yang bernama Barisan Nasional. Ptuihh. Bangsat punya parti dok kencing orang tak sudah2.

    ReplyDelete
  5. Parti Lembu 1Malaysia.....cakap mesti tipu punya...dah jadi cara hidup...lembu-lembu UMNO ni

    ReplyDelete
  6. Moto aku tak buleh pakai ron95...eisk..iesk....kejam ko najib!!

    ReplyDelete
  7. Dr.V. Nedunchelian Said...

    Selagi Orang Islam Bodoh seperti setengah penduduk Sek.23 yang tak kenang budi Orang India yang memajukan Negara ini, menuntut kemerdekaan bersama, susah nak bincang pasal hal perpaduan di Malaysia. Orang Melayu sebelum tahun1400, hidup di hutan dianggap Monyet oleh Raja India yang membina Lembah Bujang pada 1025. Jadi kalau ikut sejarah, Orang Indialah yang mengajar erti tammadun kepada Orang Melayu. Jadi janganlah jadi yang otak hanya kat buntut!!!!
    ______________________________

    Persoalannya pandangan Kaum/Bangsa lain terhadap Orang Islam seperti ungkapan ini "Selagi Orang Islam Bodoh" Mereka tak katakan Orang Melayu Bodoh, .. Orang Islam yang BODOH< jai kalau Orang Islam Bodoh Tak kiralah Melayu UMNO,PAS,PKR dll, pikir-pikir lah..

    ReplyDelete
  8. org melayu bukan bodoh..cuma kurang cerdik ja..huhuhuh

    macam samy veloo ckp la dolu2...

    kita bukan kafir kita hindu jugak

    tp yg kurang cerdik tuh..yg duk biaq

    kena tipo ngan lembu

    apa punya lembu laaa

    ReplyDelete
  9. Rakyat semua berubahlah kita semua menolak parti bangsat UBN kerana parti UBN tidak henti2 memperbodohkan rakyat semua. cukuplah 52tahun diperbodohkan mereka.

    ReplyDelete
  10. sekali lagi aku dipaksabodohkan oleh UBN. Jaga.. aku terajang perut kau RON eh, Mail Sabri!!

    ReplyDelete
  11. Bikir keturunan Tun SabanSeptember 9, 2009 at 6:18 PM

    Lagu tu RON (ROsmah $ Nazak) Umngok dan kerajaan Dajjal menipu dan merompak harta rakyat.

    Tak usah kelentong Rakyat Marhean bukan bodoh seperti Kepala Lembu? Hampa tunggu eja tangan2 rakyat kelak!!

    ReplyDelete
  12. hahahhaa..

    xder plak balaci2 Umno komen artikel ni...
    asal?
    takut?
    simpan arr telor tue kat lembu kalo takut...

    ikut sgt umngok...
    tue jadi bongok... =))

    ReplyDelete
  13. aku tetap sokong kepimpinan najib, tahniah ds najib.hidup 1malaysia...

    terima kasih sebab naikkan harga minyak, kalau boleh bulan depan naikkan lagi. tiap2 bulan naikkan harga minyak. biar rakyat makan rumput masak kicap je nanti.

    hahaha...

    simpati pada penyokong PR, padan muka pada penyokong umngok.

    menteri pon bangang inikan pula ahli2 biasa. bermangkuk tingkat la bangangnyer...

    hahaha...

    mrL

    ReplyDelete
  14. Ismail sabri patut terangkan yang minyak tak dinaikkan pada penyokong2 dia dalam dewan SS23 nun.Tengok Hj Azmi songkok tinggi tu nak kata ke'yb bodoh,pukemak'kat dia.

    ReplyDelete
  15. menteri pn xpandai kira harga minyak...*facepalm*

    ReplyDelete
  16. Itulah UBN yang hanya tahu menyusahkan rakyat jelata. ptuihhh

    ReplyDelete
  17. YB Umno tak habis habis nak tipu rakyat.Ini bukan zaman Hang Tuah lagi,hero dizaman Hang Tuah tu Hang Jebat...........Bodohtak Habis habis........

    ReplyDelete
  18. Aku pun tak setuju minyak naik harga...

    Tapi fakta yang semua kena tahu:

    RON ialah Research Octane Number. Samada ia RON 95 atau RON97 tidak menggambarkan qualiti minyak tersebut. Ia hanyalah rating untuk menggambarkan peratusan kandungan oktana dalam petrol. Kitaran biasa SI (spark-ignition)engine, untuk enjin 4 stroke ia terdiri dari intake stroke, compression stroke, power stroke dan terakhir exhaust stroke. Biasanya spark plug akan memulakan nyalaan(ignition beberapa degree sebelum top dead center (TDC). TDC ialah kedudukan maksimum yang boleh dicapai oleh piston head ketika ia bergerak menghampiri spark plug.

    Masaalah yang mungkin di hadapi oleh SI-engine ialah dimana petrol mungkin terbakar dengan sendirinya walau sebelum sempat spark plug memulakan nyalaan. Ini mungkin disebabkan oleh suhu dalam cylinder yang terlalu tinggi hingga memaksa minyak terbakar dengan sendiri. Keadaan ini HANYA BIASANYA BERLAKU pada "High performance engine" iaitu enjin yang biasanya mempunyai compression ration yang tinggi. Self-ignition akan menyebabkan terhasilnya "pressure pulse" yang boleh merosakkan enjin dan juga boleh menghasilkan bunyi-bunyian yang tidak diingini. Keadaan ini biasanya dipanggil "Engine Knocking/Ping".

    RON dalam petrol menggambarkan berapa sukar sesuatu minyak untuk terbakar dengan sendirinya. RON 97 lebih sukar untuk terbakar sendiri berbanding RON 95. Ia tidak menggambarkan qualiti petrol tersebut. Qualiti sesebuah petrol bergantung pada formula yang digunakan dalam penghasilan minyak tersebut, dan bukan RON. Contohnya RON 95 Shell tak sama qualiti berbanding RON 95 Petronas kerana formula penghasilan berbeza.

    Untuk kenderaan yang telah tertera pada manual bahawa ia boleh menggunakan petrol RON 95, maka tiada keperluan untuk kenderaan tersebut menggunakan RON 97. Ia hanya akan menyebabkan pemilik kenderaan terpaksa membayar lebih. Sebab jurutera-jurutera yang bijaksana telah membuat perkiraan bahawa self-ignition takkan berlaku jika kenderaan tersebut menggunakan 95. Tidak tepat dakwaan bahawa enjin yang cukup sekadar RON 95 akan mendapat kuasa lebih sekiranya ia menggunakan RON 97.

    Analogi:
    Garam hanya menentukan tahap kemasianan dalam sesebuah masakan. Ia bergantung pada keperluan atau selera kita. Keenakkan sesuatu masakan tidak hanya bergantung kepada kandungan garam, tetapi juga bahan-bahan lain.

    Aku pun tak puas hati juga bila RON 95 pun naik harga. Patutnya maintain atau kurangkan la. Memang patutpun kita komplen bila kerajaan naikkan harga. Tapi sebaiknya kalau nak komplen biarlah dengan hujah2 yang tepat. Biar ia berasaskan facts and figures. Bukan ikut hati. Barulah Pak Menteri- Pak menteri dalam kabinet tu memandang tinggi pada rakyatnya. Takdelah suka-suka mereka memperbodohkan kita. So, tu la tujuan aku tulis panjang2 ni.

    Sekian.

    ReplyDelete
  19. pergh...hamba allah mmg hebat laaa
    xsia2 ilmu nko ada kongsi dengan org ramai...tp yg aku x puas ati ni sbb minyak nek lagi...

    aku x kesah geng2 umnokoko ni nak nekkan brapa pn
    tp jgn la nekkan diesel
    semua makanan dan sumber2 dihantar bukan guna keta yg pakai ron 95 / 97 semua pakai lori...lori pakai diesel..nkorg nekkan minyak ron korang turunkn la diesel tu pon bengap ka....nkorang ingat pakmat yg nek kapcai buruk kisah ke ron ke ronggeng ke apa ke
    yang penting dia nak beli beras sekilo yg murah...10 hengget bleh tahan seminggu...kejadahnya dia nk pikir pasal ron2

    wat geng2 bn yg sokong nekkn rega minyak...ketok kepala korang dengan konrod br tau

    ReplyDelete
  20. diesel turun kos pengangkutan turun
    tp klu pemborong atau pengedar xnk turunkn
    korang turun la padang tangkap penyangak2 tuh

    agak2 PBT ni lagi suka tangkap politician brbanding tangkap perampok negara...sia2 je la aku bayar tax..smua x berbaloi

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?