Monday, October 26, 2009

Benarkah Tindakan Disiplin Telah Diambil ke Atas Hasan Ali?

Puak2 Fraksi UMNO dalam usaha mereka menjatuhkan imej Tok Guru Nik Aziz menyebarkan cerita kononnya pihak Presiden dan pimpinan PAS Pusat telah pun memberi amaran kepada Hasan Ali.

Mereka mahu memberi gambaran kononnya tindakan telah diambil oleh Presiden dan kepimpinan PAS Pusat berkenaan dengan Hasan Ali dan segala tindakan beliau yang jelas melanggar keputusan Muktamar. Keputusan Muktamar yang saya rujuk adalah keputusan muktamar yang mewajibkan PAS memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Semua orang tahu apa yang Hasan Ali telah lakukan dan apa yang beliau telah lakukan merugikan serta mensabotaj Pakatan Rakyat.

Saya sudah dedahkan banyak kali dalam blog ini tapi sebagai contoh, sila rujuk artikel saya yang bertajuk “Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT”.

Segala pernyataan kononnya Hasan Ali telah diambil tindakan disiplin dinafikan sendiri oleh Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blog beliau.

Dinukilkan :
Tuan Ibrahim memberi kepastian sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh kepimpinan PAS Pusat ataupun oleh AJK PAS Pusat berkaitan dengan masalah disiplin yang dilakukan oleh Dato Hasan Ali.

Saya sendiri telah merujuk kepada ramai AJK PAS Pusat dan mereka sendiri menafikan ada apa-apa tindakan yang telah diambil ke atas Hasan Ali hatta amaran sekalipun tidak pernah dikeluarkan ke atas Hasan Ali di atas segala tindak-tanduk beliau yang jelas berlawanan dengan keputusan Muktamar di Shah Alam dan Ipoh.

AJK Disiplin hanya akan mengambil tindakan memanggil Hasan Ali sekiranya ada surat rasmi dihantar kepada mereka samada dari AJK PAS Pusat, Presiden atau sesiapa sahaja yang berotoriti dalam PAS.

Nasihat saya pada para pendokong Fraksi UMNO, berhentilah menyebarkan cerita-cerita dongeng demi menyelamatkan Fraksi kamu yang semakin dibenci dan ditolak ahli-ahli PAS
Berhentilah berlindung di sebalik “title” ulama kamu hanya kerana kamu lulus Mesir ataupun Indonesia. Hakikatnya, kamu bukan Ulama dan kamu tak sepatutnya dipanggil ulama atas akhlak kamu yang buruk dan perangai kamu yang suka menyebarkan fitnah dan cerita dongeng.

Tulang Besi

26 comments:

  1. Di harap segala penjelasan akan mendapat tindakan susulan segera dari "Dewan" atau "Apa-Apa" sekali pun supaya segala kekalutan ini segera terungkai... mana-mana dahan rapuh tu mesti segera dicantas supaya tak membusuk kepada yg lain... kepada yg terasa kerusi tu dah makin panas eloklah berikan kerusi tu kepada mereka yg betul2 ingin melihat Islam ini berkembang. Jangan dok pikir tembolok sendiri macam Kudeta2...

    ReplyDelete
  2. Tulang Besi
    Elok kau hantar pembunuh upahan menghapuskan Hasan Ali and the gang
    Lepas tu tamat cerita..
    hahahahaaa

    ReplyDelete
  3. Hasan Ali orang yang bijak di mana beliau juga mempunyai penasihat gerombolan rahsia yang paling sulit untuk dirinya didalam tindak tanduknya, sekiranya kehancuran PAS yang di ciptanya mendatangkan hasil maka beliau tidak rugi apa apa.. malah kekayaan yang dicitakan datang segera secara rahsia...(swiss bank)..

    ReplyDelete
  4. Hasan Ali orang yang bijak di mana beliau juga mempunyai penasihat gerombolan rahsia yang paling sulit untuk dirinya didalam tindak tanduknya, sekiranya kehancuran PAS yang di ciptanya mendatangkan hasil maka beliau tidak rugi apa apa.. malah kekayaan yang dicitakan datang segera secara rahsia...(swiss bank)..

    Fuih!! Macam sial jer! Ni dah kira macam citer JesBond! Tapi aku rasa Hasan Ali tak leh jadi JesBond sebab dia pakai spek, nanti jadik JesRaBond. Bek tukar supaya KJ jadik JesBond pastu betina yang kena kongkek dengan KJ the JesBond tu aku cadangkan the TomBoy Azalina the Zooooom! KAH!KAH!KAH! Baru ganas dan ada thrill!! KAH!KAH!KAH!

    ReplyDelete
  5. letihlah nak baca pasal politik ni macam2.... yang orang umno pulak x habis habis nak jatuhkan kerajaan Pakatan ...dahlah umno x perjuangkan islam awak sibuk2 kacau org yg perjuangkan Islam ...tak takut kat ALLAH ka ?? Ingat awak tu dok kat bumi sapa ?? Kalu rasa hebat buatlah bumi sendiri jangan dok menumpang bumi ALLAH...

    ReplyDelete
  6. Jangan percaya dengan Ameno ... tu parti untuk orang2 kafir tu. Parti Ameno tu setan bertopengkan Melayu. Banyak orang Melayu telah dikafirkan oleh Ameno. Aku tengok kat sini pun banyak setan yang bertopengkan Melayu.

    ReplyDelete
  7. Ini kerja2 setan bertopengkan Melayu yang di dalangi orang2 Ameno di negeri terengganu.

    Fakta 1:
    Hampir 2000 Org Di Negeri Terengganu Kini Telah Berjaya Di Murtadkan

    Fakta 2:
    Dana Sebanyak Rm 12.6 Juta Sebulan Telah Di Peruntukan Kepada Mubaligh-Mubaligh Kristian Utk Memurtadkan Umat Islam Di Negeri
    Terengganu Kite. (Dana Datang Dari Negeri Sarawak)

    Fakta 3:
    Kawasan Teramai Yang Berjaya Di Murtadkan Ialah Di Kawasan Marang

    Fakta 4:
    Yang Telah Berjaya Di Murtadkan Tidak Perlu Mengubah Personaliti Mereka. Maksudnya, Yang Bertudung Kekalkan Tudung Anda, Yang Pakai Ketayap kekalkan Pakai Ketayap.

    Fakta 5: Pusat Memurtadkan Umat Islam Di Terengganu Ialah Di Depan Pusat Pusat Membeli Belah Astaka Iaitu Di Sebuah Cyber Cafe (Kuala Terengganu).

    Fakta 6:
    Sasaran Utama
    * Orang-Orang Islam Yang Miskin Dan Terdesak.
    * Perempuan-Perempuan Yang Mana Suaminya Penagih Dadah.

    Fakta 7:
    Pendakwah Kristian (Sister) Telah Memasuki Hospital Besar Kuala Terengganu Utk Memantau Pesakit-Pesakit Yang Beragama Islam Yang Keseorangan Tanpa Waris Yang Datang Melawat Dan Tidak Mempunyai Wang Utk Menampung Kos Perubatan. Sister Ini Akan Datang Membantu Dari Segi Kos Perubatan Dan Melawat Pesakit-Pesakit Tersebut Dan Tunjukan Kebaikan Mereka.

    Fakta 8:
    Kitab Bible Dalam Versi Bahasa Melayu Telah Di Sebarkan Secara Terang-Terangan Dan Meluas Di Kemaman.

    Jangan percaya dengan Ameno. Ini parti sesat. Semuanya Ameno sembunyikan supaya rakyat tak tahu.

    ReplyDelete
  8. Dulu, Mufti Perak Harussani Zakaria berkata, beliau menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa beribu-ribu umat Islam di negara ini murtad. Sekarang isu ini senyap sesenyap mulut mufti berkenaan.

    Ini kerja Ameno, parti ini telah tutup mulut mufti tersebut dengan memberi gelaran Tan Sri kepada beliau. Betapa liciknya parti Ameno setan yang bertopengkan Melayu ini.

    ReplyDelete
  9. Umumnya terdapat tiga pendekatan bagi mereka yang murtad di Malaysia.

    Pertama: adalah menjadi kesalahan yang boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-mana dari ketiga-tiga bentuk hukuman ini.

    Kedua: tahanan mandatori di Pusat Pemulihan Aqidah sehingga 36 bulan.

    Ketiga, tiada sebarang bentuk hukuman tetapi diwajibkan melalui sessi kaunseling sebelum kebenaran keluar Islam diluluskan.

    =========

    Undang2 ini bukanlah undang Islam. Ini undang2 yang di dalangi oleh Ameno. Parti ini secara terus terang cuba untuk menjauhkan orang Melayu dari undang2 Islam yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.

    Permainan jahat dari parti Ameno, parti setan yang bertopengkan Melayu.

    ReplyDelete
  10. ....pie mampus la BN bangang!!

    ReplyDelete
  11. idup hassan ali..mampos pencacai pas...boleh belah lah nik ajis..idup ust nasha...mampos pencacai pas..boleh tengok pungkor abang anwar kejap?

    ReplyDelete
  12. Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

    ============================

    Sampai sekarang perempuan ini tidak tunjukkan sebarang bukti pun. Perempuan ini telah dibeli oleh Ameno. Ini permainan Ameno untuk memecah belahkan orang Melayu. Ini kerja setan yang bertopengkan Melayu. Berhati-hati dengan kumpulan sesat ini. Jangan terpedaya dengan mereka. Parti penipu yang suka menipu dan parti sesat yang suka menyesatkan.

    ReplyDelete
  13. Perwakilan cawangan yang dipilih ke persidangan Bahagian dibeli pada harga RM50 tiap seorang, manakala perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO dibayar pada harga yang lumayan. Nilai untuk merebut Ketua Cawangan ialah RM2,000 hingga RM3,000, jadi ahli Jawatankuasa Bahagian RM5,000 hingga RM10,000 sementara Ketua Bahagian RM30,000 hingga RM50,000. Bayangkan berapa pula nilai untuk jawatan Naib Presiden dan MT UMNO? Inilah yang diperkatakan oleh ahli-ahli UMNO sendiri dan orang ramai.

    ================

    Petikan dari buku karangan Ibrahim Ali dalam buku yang dikarang olehnya sendiri bertajuk "Delima Neraca Retak". Satu lagi, setan bertopengkan Melayu. Dia tahu Ameno parti rasuah tapi sekarang dia nak masuk semula dalam kumpulan setan tersebut. Parti ini sangat berbahaya. Jangan sokong parti ini. Terlalu banyak setan-setan bertopengkan Melayu berkeliaran dalam parti berkenaan. Jangan cepat terpengaruh dengan dakyah mereka.

    ReplyDelete
  14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar menyifatkan pembangkang lupa akan hak kebebasan bersuara kerana mereka mengkritik pendapat Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

    ===========================
    Ini satu lagi setan bertopengkan Melayu. Setan ini pandai mengata tentang kesalahan orang lain. Kita jangan lupa tentang kes anak Noh Omar yang pernah ditahan di lapangan terbang Kota Kinabalu atas kes dadah. Ameno berada di belakang pemimpin setan ini. Anak kepada setan bertopengkan Melayu ini telah dilepaskan dan berita mengenai penahanan tersebut senyap sehingga hari ini dan tidak langsung mendapat liputan dari akhbar dan media utama negara.

    Inilah kerja parti Ameno. Parti pembuat jenayah dan melindungi penjenayah. Jauhi diri anda dari parti ini. Parti ini amat berbahaya kepada orang-orang Melayu dan Islam. Ini parti setan yang sesat dan menyesatkan.

    ReplyDelete
  15. bngok... bukan anak tapi adik noh omar

    ReplyDelete
  16. Mana-mana laa ... anak ke adik ke yang penting anak beranak dan adik beradik kaki tipu dan penjenayah.

    ReplyDelete
  17. ALOR GAJAH 1 Dis. – Kumpulan Hindu Right Action Force (Hindraf) telah membuat dakwaan melampau, tidak masuk akal dan berniat tidak baik apabila menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan pembersihan etnik minoriti di negara ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Perdana Menteri yang ternyata marah dengan tuduhan itu menegaskan, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang menghasut dan membuat pembohongan yang boleh menggugat perpaduan kaum. - Sumber Mingguan Malaysia 2007.

    ===================
    Petikan atas untuk menyatakan bahawa Ameno yang merupakan parti setan bertopengkan Melayu ini tak lain dari kumpulan setan yang suka menjilat semula apa yang telah mereka ludah.

    Hindraf yang satu ketika dahulu ditempelak sebagai satu gerakan pelampau tapi kini dikutip dan ditatang sebagai salah satu dari komponen Barisan Nasional yang mana Ameno menjadi ketuanya. Timbalan Presiden parti setan ini menerima malah merasmikan penubuhan parti Makkal Sakti yang bermula dari gerakan Hindraft.

    Begitulah Ameno, parti yang sungguh hina. Jauhilah diri anda dari parti ini. Hancurkan gerakan kumpulan setan yang bertopengkan Melayu ini.

    ReplyDelete
  18. Ulama fraksi umno seperti Hadi pernah mengeluarkan fatwa UMNO parti kafir, tapi sekarang dia nak tidur pula dengan parti kafir umno.

    Ulama-ulama ini tidak lebih dari ular dalam semak yang menyemakkan Parti Pas saja.

    ReplyDelete
  19. Bagi saya apa yang di kata kan oleh pemimpin atasan pas itu ada sebabnya dan setiap yang belaku ada sebabnya, mereka yang memimpin itu tidak akan membiarkan parti pimpinannya terhancur begitu sahaja kita tunggu apa yang akan diperkatakan oleh pemimpin atasan pas itu perkatakan jangan spekuletkan sesuatu sebelum terjadi ini lah manusia yang lansung tak sedar-sedar sabarlah biarlah mereka yang bercakap dulu mereka adalah pemimpin atasan. saya ni penyokong kerajaan tetapi saya hormat dengan kepemimpinan pas kerana mereka adalah dipilih secara demokrasi, si mamat BNgok tu langsung tak reti mengomen sampai sasuatu yang kabur pun masih di perkatakan contoh anak Noh Omar itu bukan anak lah itu adik dia, dan ada bebarapa komen yang saya rasa copy paste saja-saja nak tonjolkan diri komennya saya baca lebih kepada fitnah

    ReplyDelete
  20. Demo tuduh2 ore lain ni ado bukti ko dok hah.. cakap je lebih tp kosong ja..

    ReplyDelete
  21. Utk tulang besi.. kawe x sokong 200% kato2 demo nih.. x uboh mace demo nk pecoh beloh PAS nih.. Huhhh

    ReplyDelete
  22. Saya harap fraksi UMNO ni sedor la.Sesiapa yang mendekati UMNO hanya mencari bala sahaja.Malahan dengan dekat kepada UMNO tidak memberi apa apa kesan kepada perkembangan Islam langsung.

    UMNO lah sebenarnya musuh Islam nombor wahid kat Malaysia ni..

    ReplyDelete
  23. PAS yg dulu suka kafir-mengkafir terjerat di tali sendiri. Kerjasama erat dan bersekongkol dgn DAP chauvanist! PAS yg huru-hara, Anwar semakin berlapang dada..jerat makin mengena, agenda Yahudi memecah-belahkan umat semakin tercapai. Itulah kerja Anwar drp dulu sehingga kini tapi ramai yg makin lupa dan Anwar semakin bergembira...siapa konco2 Anwar ini...tanyalah siapa yg dalam hatinya suka melihat ummah bepecah dan kacau-bilau! Kuhasabah atau rebah! bersatu atau dihancurkan...

    ReplyDelete
  24. eh....ada kemungkinan x puak ni yg sebenarnya menggagalkan projek 16 september dulu.....dr kata2 beberapa pimpinan PR, termasuk PAS mmg ada yg nk menyeberang kepada PR. sampai kena bwk lari ke Taiwan.....tup2 x jadi bahkan ada Adun PKR perak yg berpaling tadah. rasa2nya puak ni dah rancang dgn geng UMNO supaya 16 september x jadi, dgn harapan mereka boleh bergabung dgn umNO....ada kemungkinan x?

    ReplyDelete
  25. Apa yang dilakukan oleh Hasan ALI Tak salah pun. Kami orang lama PAS rasa tak kan takdak perbezaan pendapat kot dalam PAS. Hasan Ali bukan budak kecik dia berhak beri pendapat. Buat apa EGM bukan ada kes besar pun. Nik Aziz juga tak salah masing2 ada cara tersendiri untuk mantapkan PAS. Jangan buat andaian melulu mendahului lembaga displin. Niat Nik Aziz baik, niat Hasan Ali juga baik InsyaAllah. Niat kita yang dok mengadu-domba pula macamana????Baik??? Biar kita tak menang tapi jangan kita menghukum sahabat yang tak bersalah.Masing2 ada jasa.Hargailah jasa mereka.KIta sapa??????

    ReplyDelete
  26. Apa yang dilakukan oleh Hasan ALI Tak salah pun. Kami orang lama PAS rasa tak kan takdak perbezaan pendapat kot dalam PAS. Hasan Ali bukan budak kecik dia berhak beri pendapat. Buat apa EGM bukan ada kes besar pun. Nik Aziz juga tak salah masing2 ada cara tersendiri untuk mantapkan PAS. Jangan buat andaian melulu mendahului lembaga displin. Niat Nik Aziz baik, niat Hasan Ali juga baik InsyaAllah. Niat kita yang dok mengadu-domba pula macamana????Baik??? Biar kita tak menang tapi jangan kita menghukum sahabat yang tak bersalah.Masing2 ada jasa.Hargailah jasa mereka.KIta sapa??????

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?