Friday, October 02, 2009

Berbohong Sudah Menjadi Budaya PAS Sekarang?

Satu artikel yang cukup baik dari saudara Husin. Artikel ni saya cedok dari ruangan komen "Penarik Beca@Bakar Haq dalam artikel beliau bertajuk "Hasan Ali Mesti Buktikan Teng Berbohong".

Sekarang ini, orang yang bercakap benar itulah yang dipandang hina dalam PAS kerana tidak wala' pada ulama. Tetapi, bila ada orang membohong, kita tak dengar ulama menegur atau mengkritik tindakan tersebut.

Itu yang sampai KEtua Dewan Ulama PAS sendiri kena "booo" dengan penyokong sendiri di Kemaman sebelum bulan Puasa lepas.

OLEH KERANA UMNO NI PENIPU, BILA ADA PIMPINAN PAS YANG CUBA RAPAT DENGAN UMNO, MERKA PUN JADI PENIPU
(BERMULA)

#
hussin said...
Tuesday, September 29, 2009 2:44:00 PM MYT


berbohong sudah boleh diterima dalam pas, sejak peristiwa "pertemuan dalam gelap" oleh beberapa orang pemimpin pas dgn umno. pembohongan boleh dibuktikan oleh rentetan berikut:

1. beberapa kerat pemipin pas bertemu dgn paklah
2. apabila pertemuan 'diketahui' umum, pas menafikannya
3. bagi menguatkan bahawa tidak pernah berlaku pertemuan dgn umno, ketua penerangan pas, mahfuz omar, membuat penafian formal dalam harakah.
4. paklah mendedahkan, sudah 3 kali bertemu.
5. mahfuz terkejut beruk, membuat permohonan maaf secara formal dalam harakah.

tak boleh establish BOHONG lagi?

6. pemimpin yang terlibat dlm pertemuan segera membuat pendedahan bahawa pertemuan dipersetujui oleh majlis syura.
7. mursyidul am tak pun tahu.
8. ajk pas pusat pun tak tahu.
sejak bila perkara yang melibatkan parti tidak dibincang terlebih dahulu oleh ajk pas pusat tetapi terus dibincang oleh majlis syura? kena ke caranya? tak kena?

tak BOHONG ke ni? bak kata pepatah, sekali berbohong akan terus berbohong untuk mempertahankan pembohongan pertama.

9. mereka yang terlibat dalam pertemuan turun padang manjaja pasal wala', pulak dahhhhhh...

dalam dok celaru terbit pula kerajaan perpaduan, kononya cadangan, belum dibincang lagi dgn kawan2 dlam pr. ni mungkin strategi untuk alih tumpuan dari isu pertemuan dalam gelap, mungkin juga penerusan kepada pertemuan dalam gelap. sebab dalam dok celaru, perbincangan masih lagi diteruskan.

jeng, jeng, jeng, muktamar menjelang tiba.

strategi "mempertahankan" 'kepimpinan ulama' mula dicanang. presiden dan timbalan presiden mesti ulama. seminar jubli perak 'kepimpinan ulama' diaturkan dengan slogan 'memperkukuhkan kepimpinan ulama'. sehingga muktamar pemuda dipenuhi dengan gambar2 "memperkukuhkan kepimpinan ulama' dipercayai digunakan semasa jubli perak kepimpinan ulama. kepimpinan ulama ni lahir pada tahun 1982. jubli perak (25 tahun) di adakan pada tahun 2009, selepas 'kepimpinan ulama' berusia 27 tahun. pelik tetapi benar. untuk apa? cara lain nak 'tipu' perwakilan' hanyalah dengan memperkudakan 'kepimpinan ulama tercabar'!

tahun 2005, semasa nasharuddin bertanding timbalan presiden, dia 'mewakili' golongan profesyenal. 4 tahun kemudian, 2009, dia mempertahankan jawatan timbalan presiden atas tiket ulama. orang lama seperti ustaz azizan dan harun taib semua bersetuju memberi laluan kepda beliau. beliau merupakan salah seorang pemimpin yang bertemu dalam gelap dengan umno. makna kata, golongan "ulama" berdiri teguh di belakang pertemuan dalam gelap.

semu ini adalah rentetan dari pertemuan dalam gelap, sehingga majoriti, jika tidak semua ahli serta perwakilan tak nampak akan 'pembohongan' yang dilakukan. 'pembohongan' bukan lagi isu, ia sudah dapat diterima. astahgfirullah!

justeru, pas kini berhadapan dengan bermacam2 onak dan duri. bermula dari 'pertemuan dalam gelap'. tg nik aziz menjadi mangsa media serta kepimpinan umno, manakala mereka yang 'keumnoan' mendapat pembelaan dari mereka. kata nik amar, ulama bukan pengecut, tetapi mereka berhati2, benarkah?

pembohongan oh pembohongan. ulama oh ulama. semoga semua ini adalah cara Allah mendedahkan siapakah yang benar2 pejuang agamanya, insya' Allah!

(Nota Editor: Terima Kasih Atas Lontaran Idea yang Cukup Baik Ini, Saudara Husin.

42 comments:

  1. Siakap senohong
    Gelama ikan duri
    Cakap bohong
    Lama lama mencuri

    ReplyDelete
  2. PAS bohong dulu, kini dan selamanya!

    ReplyDelete
  3. tiada di nafi kan memang banyak akan berlaku pembohomgan bila seseorang ingin mengekalkan kuasa,kuasa ada lah suatu amanah,amanah mesti lah di pikul kerana ALLAH klu tidak akan berlaku lah seperti apa yg banyak berlaku dalam umno dan b.n,mustahil perkara ini tidak akan berlku dalam parti PAS, INI SATU PERINGATAN.///////...SIAKAP SENOHONG ...GELAMA IKAN DURI....BILA PANDAI CAKAP BOHONG...LAMA LAMA BOLEH LE JADI MENTERI....

    ReplyDelete
  4. Ni kes lama, sejak zaman aku kecik2 lagi...dah 30 tahun lebih...

    ReplyDelete
  5. ni sayang, kawasan jerai yang mana ustaz azizan ydp, calonkan husam untuk timbalan presiden, bg pendapat berdasarkan maklumat dlam blog mmg la senang, try pi cari sendiri tgk,klu nasaruddin bek dgn org lama, awat dia x kerap turun kedah ka terengganu ka

    ReplyDelete
  6. ahli dan pemimpin PAS juga manusia. Teruskan menegur mereka, jgn biarkan mereka hanyut kerana amanah besar di tangan mereka.

    ReplyDelete
  7. Saya melihat kepimpinan tertinggi PAS kurang proaktif dalam menangani isu2 yang sensitif macam ini. Sepatutnya kemelut di Selangor ini tidak boleh tersasar sehingga macam sekarang. Nah, apabila MAIS & Istana membuat kenyataaan terbuka tentang siapakah 'authority' dalam Selangor, PAS nak letak muka dekat mana. Sehingga ini saya masih belum mendengar sebarang kenyataan politik yang cerdik datang dari Presiden atau Timbalannya, sejak dari ungkapan 'barang tamat tempoh' yang pernah dikeluarkan oleh presidennya satu waktu dahulu.
    Tanpa bersifat memihak, kekuatan PAS pada masa ini hanya terletak dalam tangan Mursyidul Am dan beberapa kerat lagi sahaja. Yang lain kebanyakannya ritorik..ritorik. Banyak yang ingat mereka masih berada di sekolah pondok lagi.

    ReplyDelete
  8. yg pasal mahfuz omar tu, rasanya dia dah jelaskan yg dia sendiri tak tahu menahu pasal pertemuan tu..tp diarahkan utk menafikan oleh pimpinan atasan.. tak pasal2 jd kambing hitam..

    ReplyDelete
  9. Sayang anak tangan tangankan tapi jangansampai mencederakan.

    Sebab itu Islam mahukan penganutnya cerdik.

    Kalau tak cerdik senang ditelan dek musuh Islam.Musuh Islam ni ada yang nampak ada yang tak nampak ada yang sembunyi-sembunyi macam biskut chipsmore.Ada pula seperti Islam tetapi sebenarnya benci Islam, yang jenis ni kalau dapat tahu elok-elok buat sambal belacan cepat-cepat.

    ReplyDelete
  10. Dah memang sejak dulu lagi PAS memang kaki pembelit, tu lah terbawa-bawa sampai keturunannya...... tak pauah salahkan orang lain......

    ReplyDelete
  11. pas zaman TGNA dan allahyarham ustaz fadhil noor..je ok..masuk haji hadi dan timbalan presiden + hassan ali..abis hancur..
    semua ok..termasuklah balaci-balaci yang ada dibelakang mereka..
    khalid samad salah pasal kondem pesuruhanjaya pas sel.
    pesuruhanjaya pas sel x ade apa2 kesalahan...giler punya undang2..lagi bagus ajak sister in islam joint sekali lagi bagus...lingkup perabih pas...

    ReplyDelete
  12. Muncul budaya penipuan ni semenjak PAS rapat dengan UMNO.

    ReplyDelete
  13. kesimpulan: kalau tak dak umno tak dak lah pembohongan

    ReplyDelete
  14. Hangpa ingat pembohongan dalam PAS bermula dgn pertemuan dalam 'gelap' ke? Silap tu bang.... Beberapa pemimpin PAS Kelantan banyak kali berbohong pada rakyat sejak menang pada 1990 hingga sekarang. Macam2 janji ditabur. Aku tak heran pembohongan dalam politik samada parti Islam atau bukan. Semuanya dikategori dalam 'helah dan muslihat' politik.

    ReplyDelete
  15. Pembohongan PAS setidaknya melibatkan strategi politik.. tp pembohongan pemimpin umno pada rakyat..??
    fikirlah sendiri..

    ReplyDelete
  16. ye saya setuju dgn tuan anak bugis, mana2 parti politik tetap melakukan pembohongan sejak dulu hingga sekarang.

    ReplyDelete
  17. Itulah, lain kali jangan berkawan dengan orang bodoh, kita pun jadi bodoh. Bila berkawan dengan umno pembohong rakyat, Pas pun dah berjangkit salah satu wabak penyakit bahaya bawaan umno ni.

    Lebih baik mamat yang bertemu dalam gelap tu di hantar ke hospital akidah cepat-cepat sebelum penyakit asabiyyah umno tu tak menular teruk di kalangan ahli Pas, jika tidak bubar saja Pas sebab dah takde beza antara Pas dan umno. Dua-duanya 2 X 5 saja.Fahamam sekular.

    ReplyDelete
  18. Siapa yg bohong ....siapa yg penipu hah.....!!!!

    Ni (kes Isa Samad) yg paling clear...dah kena tangkap...dah kena hukum....tapi masih tak malu tak mau ngaku salah.....manabur duit...membeli undi masa pemilihan umno...bukan dikatakan rasuah ???

    Lepas tu masih tak malu2 lagi nak suruh orang pilih dia jadi YB di Bagan Pinang...

    Eh...eh...ehhhhh...buruknya melayu umno ni..

    ReplyDelete
  19. artikel ini sangat bagus buat renungan para pemimpin PAS.bukan benci tapi menasihati. perumpamaan mudah sahaja "kita tidak pelik pemimpin UMNO makan babi, tapi kita amat amat pelik jika pemimpin PAS tersentuh babi, jangan tiru perangai UMNO"

    ReplyDelete
  20. Bodoh piang sungguh para komentar kat atas tu...
    Orng PAS memang terkenal dgn sifat dan sikap munafiknya yg berselindung disebalik serban, janggut, dan jubahnya..dlam lain, luar lain..

    Dia yg penipu, UMNO pulak dibabitkan dan dipersalahkan..

    Bodoh, bodoh,...PAS dah makan babi dan taik DAP!!

    ReplyDelete
  21. Jenis melayu UMNo memang jenis yg muka tak malu....jenis muka concrete kot..

    Pemimpin yg rasuah pun masih nak lantik utk bertanding...

    Memang patut la jenis specis2 melayu umno ni dihapuskan....specis yg berpenyakit.

    ReplyDelete
  22. INILAH YG PERLU DLM PAS..MENEGUR DAN TERUS MENEGUR..CAKAP BLAKANG JADI UMPATAN..CAKAP DEPAN,JADI MUHASABAH..RENUNGKAN LAH..UMNO NAK JD MCM NI??HARAMM!!YG DEPA TAU,NGIKUT JERR...LEMBU PUN KEKADANG MLAWAN..TAPI UMAT UMNO??

    ReplyDelete
  23. aku kecewa dgn Presiden PAS, dulu nampak hebat tapi rupanya cukup lemah..

    ReplyDelete
  24. Sebab itu lah ada pepatah menyebut..

    Bila menipu sekali, akan terpaksa menipu utk menegakkan kebenaran penipuan..
    Dalam umno menipu, rasuah, kronisma, cantas mencantas, bomoh membomoh adala makanan mereka.. jadi bila Isa dipilih sebagai calon, memang tak ada cacat celanya.. sebab parti yg mengamalkan rasuah memilih calon terbukti rasuah utk dipilih oleh pengundi yang merelakan maruah dan harga diri mereka dihina.. bukan pengundi cina dan india yang pasti mengundi calon PAS tapi org melayu ..sebab melayu memang pelupa..

    ReplyDelete
  25. Melayu Umno bukan shj pelupa dan mudah lupa... tapiiiiii......jenis yg bengong.....macam lembu di cucuk hidung.

    ReplyDelete
  26. Baru sekarang Pakatan rakyat sedar diri tertipu oleh PAS. Perisik rakyat tak tahu jaga rumah sendiri, kerana sibuk jaga tepi kain orang. Orang Kaki liwat pun di sokong dan di bela , di angkat menjadi idola dan pemimpin. Orang pakatan Rakyat masih tak sedar. Ingat zaman Nabi lut ada seorang wanita terkena bala , azab siksa kerana menyokong dan membela golongan ni. Bertaubat lah segera, di Malaysia telah ada amaran, ribut taufan dan hujan batu di Kelantan, bumi bergoyang di lembah kelang . Menyakong dan membela peliwat laknatnya tetap sama.

    ReplyDelete
  27. hahaha...bagus la kalau ko orang dah tahu yang pemimpin PAS memang kuat bohong cuma ko orang jer kuda belang yang menjerit take beer-take beer tapi yang merasa beer tok guru sesat ko orang...huhu

    ReplyDelete
  28. Dulu berkempen "Bersih, Cekap, Amanah"....nak membenteras rasuah habis-habisan....tapi....Perasuah pulak yg hendak dilantik jadi pemimpin...

    Memang betol2 la Melayu Umno jenis Specis yg berpenyakit..

    Rakyat seluruh dunia nak tengok..adakah jenis Melayu Umno ni nak berubah atau...mentaliti mereka masih di jajah.....sanggup bertuankan seorang perasuah...


    Penyakit....penyakit....pembawa betol la Melayu Umno ni.

    ReplyDelete
  29. kepada para pencinta islam
    musuh sebenar islam adalah umno
    tanpa pas selama ini org islam mungkin sudah ramai yg terpesong dari landasan akidah islam...
    pemimpin pas adalah ulama tapi mereka bukan nabi yg maksum
    spt khalifah yg menggantikan rasulullah telah menyatakan ikutlah aku selagi aku patuh pada Allah tapi tegurlah aku bila aku tersilap...ketika itu sahabat nabi akan menegur dgn pedang skrg kita tegur dgn kertas undi...
    umno sedar mereka semakin ditolak oleh rakyat jadi mereka cuba melaga-lagakan pas dgn dap dan pkr
    walau macam mana pun pas jauh berbeza dgn umno(tong najis)
    pas tetap seribu kali lebih baik dari umno spt kata nik aziz pergi jahannam parti umno!

    ReplyDelete
  30. Jenis Specis pembawa2 penyakit Melayu Umno ni memang tak tahu beza....jenis2 ni dah buta hati...buta perut.

    Dah terang Isa Samad tu lakukan rasuah,didapati bersalah dan ditendang dpd memenangi kerusi Timbalan Presiden Umno....masih nak lantik....masih nak sokong.

    Apa punya BNatang la specis ni????

    ReplyDelete
  31. UBNO tetap dihati rakyat

    hidup UBNO...

    hidup...hidup..hidup UBNO

    ReplyDelete
  32. Minta pimpnan PAS yang pandai-pandai dan berpengaruh tu betulkan keadaan ini seberapa segera.Jangan kecewakan penyokong-penyokong yang sudah terlalu banyak berkorban.

    Kalau kemenangan yang sekit diberi Allah itu hasil kerjasama kita dengan orang lain,maka jagalah kerjasama itu dengan baik. Jangan sampai PAS dianggap orang sebagai satu kumpulan parti yang tidak boleh dibuat kawan.

    Sebelom inipun sudah beberapa kali PAS mengadakan kerjasama dengan parti lain seperti kerjasama dengan UMNO/PERIKATAN membentuk kerajaan BN dan kerjasama dengan SEMANGAT46 membentuk kerajan APU di Kelantan. Kerjasama itu semuanya hancur belaka.

    Dalam hal ini PAS boleh menyalahkan orang lain, tapi kalau sudah tiga kali bercerai, apakah alasan dengan meletakkan kesalahan pada orang lain itu akan diterima oleh rakyat dengan begitu saja? Tentulah tidah semudah itu.

    Kerjasama kali ini antara PAS , DAP dan KEADILAN merupakan kali ketiga dalam sejarah politik PAS.Janganlah kali ini juga hancur kerana angkara beberapa kalangan yang ada dalam parti yang mengadakankan rundingan dalam gelap dengan UMNO/BN.apalagi kalau rundingan dan tindakan politik itu dianggap orang sebagai memenuhi agenda peribadi yang gila pengkat beberapa orang tertentu, kerana , tindakan politik seperti ini boleh di anggap sebagai melanggar perjanjian kerjasama dan akhirnya PAS akan dianggap parti yang angkuh,bongkak dan sombong dan tidak boleh dipercayai lagi.

    Dengan kata lain, nama partinya Islam, tetapi perangainya macam YAHUDI.

    Dalam realiti politik Malaysia,zaman ini PAS seolah menggali kuburnya sendiri untuk dikapankan.

    Maaf kalau agak kasar......

    ReplyDelete
  33. PAS patut tukar presiden dan timbalan nya. TGHA memang tak boleh pimpin PAS. tak seperti Almarhum ustaz fadzil noor. kepada ahli2 PAS, tolonglah ubah pimpinan kita. jangan biar PAS hanyut oleh dua ekor dungu ni.

    ReplyDelete
  34. saya sokong komen anak bugis, kemboja,kafe kenyalang dan yg sealiran dgn saya.
    pada saya artikel ini tak lebih macam sampah...

    ReplyDelete
  35. ulama warasatul ambia
    ulama pewaris para nabi
    jgn persoalkan ulama pas
    mereka berani menyatakan kebenaran
    dihina,ditangkap dan dibunuh
    tapi ulama barua umno
    mereka disogok dgn jawatan
    dapat gelaran tokoh itu dan ini
    menjadi pak angguk kpd penguasa
    mereka ini ibarat sampah

    ReplyDelete
  36. jgn terlalu menghina kalau diri sendiri memang dah hina,umno pengkhianat islam dan pengkhianat melayu,kalau umno perjuangkan islam dah lama dah islam dah di daulatkan...lihat lah duhai insan melayu,tidak kamu lihat...umno perintah malaysia...judi..maksiat...arak...pelacuran..rasuah..kezaliman..penyelewengan dan pelbagai kemungkaran bercambah2,kamu pangkah B.N...B.N. BERKUASA.maka kamu kena jawab apa jua kemungkaran yg kerajaan B.N.telah lakukan...dgn kebodohan dan kesombongan kamu dan jahil murakap kamu tu....kamu jawablah di hari kamu di hisab di depan ALLAH RABBUL JALIL nanti...mulut kamu tak dapat berkata2 tapi tangan kamu akan berkata2.tangan yg memangkah di kertas undi yg berlambang dacing,tangan akan berkata ...tangan pangkah kerana idea bodoh ni datang dari otak.otak kata idea itu datang dari akal...akal kata idea itu datang dari nafsu..nafsu kata idea itu datang dari mata..mata kata itu idea bodoh tu datang dari telinga yg mendengar ucapan2 bodoh yg di ucapkan oleh pemimpin2 umno yg menipu insan melayu yg menyangka mereka itu pandai tetapi JAHIL MURAKAP.... insaf lah insaf lah ...insaf lah...duhai kamu insan melayu...kita ini ada lah org islam..kita bertuhankan ALLAH...apa kah kita mampu berhadapan dgn ALLAH S.W.T....CUKUP LAH DGN KESILAPAN YG TELAH KITA LAKUKAN SELAMA INI..MARI LAH KITA SAMA2 BERUBAH...KITA TUMBANGKAN UMNO dan konco2 nya....kita naik kan kebenaran yg hakiki...kali ini kita kena cerdik...

    ReplyDelete
  37. Tulang besi ni nampak gayanya macam dilahirkan oleh Umno. Dia macam cuba-cuba nak memecahkan perpaduan perjuangan Islam. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  38. saya sokong artikel ni,ini sesuatu yg hakiki,pemimpin pas perlukan pemerhatian dan nasihat daripada ahli pas yg tersangat sayangkan pas,pas bukan milik sesiap tapi pas untuk semua...teguran tak semesti nya benci kat pimpinan....sejarah SAIDINA ABI BAKAR ASSIDDIQ..bila beliau di lantik jadi khalifah islam maka dalam ucapan beliau yg pertama beliau berkat...jika aku benar ikut lah aku...jika aku salah perbetulkan lah aku...demikian lah ucapan abi bakar...maka secara spontan SAIDINA UMAR AL KHATTAB bangun menghunus sebilah pedang..sambil berkata ya amirulmukminin...jika engkau benar ...aku akan bersama mu...jika engkau salah akan ku perbetul kan kau dgn mata pedang ini....ha tu dia contoh dari sahabat RASULLAH yg telah di jamin syurga oleh RASULLAH S.A.W....semoga kisah itu di jadi kan iktibar buat kita yg mengaku berjuang di landasan kebenaran.....sama2 lah kita fikirkan bersama...WALLAHUALAM..

    ReplyDelete
  39. Saya setuju tentang nasihat tersebut. Tetapi untuk memperbaiki kesalahan biarlah berhadapan seperti pidato Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddik. Bukannya cakap dibelakang seperti di internet begini. Ini bukan cara Islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  40. Kesian pulak aku ngan penyokong PAS@pasti angguk sahaja.. bila baru sedar pemimpin PAS kaki penipu..sebenarnya dah lama dah mereka ni kaki penipu meraka menggunakan ayat alquran dan dalil yang direka untuk mengelirukan penyokong..sebab tu lah penyokong PAS tidak digalakkan membaca akbar dan mendegar berita daripada media perdana..sebab pembohongan akan dibuat oleh pemimpin pas melalui harakah dan radio pas..

    Wahai penyokong pas sedarlah bahawa pemimpin korang tu pun manusia biasa ..tentunya tak boleh lari daripada melakukan perkara yang sama..mereka punya hati dan perasaan sepertimana orang lain jugak..cuma cara pembawakan mereka sahaja mereka tutup dengan cara pemakaian seperti saorang yang berilmu..dan membuatkan penyokong tertipu kerana terlalu taksub.

    Cuba kalian lihat sekarang ini trend pemimpin korang selepas PRU12...banyak yang terpesong..mengikut sahaja telunjuk DAP dan nuar berani..demi kuasa mereka rela dipergunakan oleh manusia2 keparat ni...lihat lah ayat alquran digunakan dan dipermainkan oleh sikapir laknat dipentas ceramah politik..memang tak dinafikan para ilmiah diluar negara sering menggunakan ayat alqurat untuk menguatkan hujah mereka..tapi lihat lah dimana dan apakah tujuan para ilmiah tersebut menggunakan ayat alquran itu...bukan nya dipentas politik yang hanya sikapir ini mau mengabui mata pak lebai pas supaya menganggap kaum kapir tu serumpun dengan pas..paling terbahari si keling gopala tu menggunakan ayat alquran tujuan menyedarkan sikapir tetapi dibaca oleh sikapir terhadap pak lobai pas..ini bermaksud pak lobai pas tu pun seolah-olah saorang kapir...yang kesian nya selesai sahaja sikafir menberi penjelasan mengikut cita rasa dia makna ayat suci tersebut puak penyokong pas ketawa bagi mengiayakannya.

    Pada anum 6:22 ko kata pas sekarang berbeza daripada zaman fadil noor dan nik ajis...so adakah nik ajis tu dah jadik arwah sama..weii nik ajis tu idup lagi laa..nie zaman nik ajis laa bersama hadi..

    So wakhai orang melayu insaf lah dan bersama lah demi kebenaran islam sejagat..

    ReplyDelete
  41. ELOOO KEMBOJA BANGANG...ORANG DOK BINCANG BERKENAAN DENGAN PEMBOHONGAN PEMIMPIN PAS..KO DOK MERAPU TU PEHALL...KAH KAH KAH...NI LAH SIKAP PENYOKONG YANG TERLALU BANGANG DAN JUMUD..BILA BUAT KESALAHAN TAK NAK MENGAKU TAPI MENYALAHKAN ORANG LAIN PULAK..KALAU DAH TAU PERBUATAN UNMO TU SALAH NGAPE PEMINPIN KO PUN IKUT SAMA MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA..BUKAN KAH ITU DINAMAKAN KERJA BANGANG..

    KO KATA ISA TU PERASUAH DAN KENAPA DIPILIH..AKU NAK TANYA KO PULAK..NGAPE NUAR BRAHI TU DIPILIH SAMPAI NAK DIJADIKAN PM SEDANGKAN DIA DIDAPATI BERSALAH MENYALAHGUNAKAN KUASA BERMAKSUD RASUAH GAK..TERBUKTI BERSALAH DAN DIPENJARA..KES LIWAT KALI PERTAMA 3 DARIPADA HAKIM MENYATAKAN KEJADIAN LIWAT BERLAKU CUMA TIDAK DISABITKAN KESALAHAN DISEBABKAN TEKNIKAL SAHAJA..TU GUAN ENG PUN BEKAS BANDUA..DIPENJARA JUGAK DISEBABKAN MENYALAHKAN GUNA 2 AKTA..LAGI SATU MAT SABU TU PUN DIBEBASKAN DARIPADA KES KHALWAT DENGAN BINI ORANG MUSLIMAH PAS DISEBABKAN TEKNIKAL JUGAK..MASA DITANGKAP TU MEMANG SAH BERLAKU KHALWAT DIDALAM BILIK HOTEL...

    KEMBOJA BANGANG..LAIN KALI SEBELUM KO NENGOK KESALAHAN ORANG LAIN KO LIHAT DULU KEPADA DIRI KO TU DAN DIPIHAK KO..JANGAN DISEBABKAN TERLALU LEKA DENGAN MELIHAT ORANG LAIN KO TAK SEDAR KAIN KO DAN PUAK KO TU DAH BANYAK YANG TERKOYAK...

    ReplyDelete
  42. assalamualaikom semua, kita sesama melayu beragama islam mengapa nak bercakaran, menghina bangsa sendiri, bangsa lain gelak terguling2...sekian

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?