Friday, October 30, 2009

Hadapkan Khairuddin Osman Ke JK Disiplin Dulu

Ada pepatah inggeris yang berbunyi: “People in glass houses, should not throw rocks”. SU Perhubungan PAS Selangor telah dengan garang sekali meminta JK Disiplin PAS Pusat mengambil tindakan kepada orang2 yang dikatakan membocorkan rahsia parti.

Dipetik kenyataan beliau :
Beliau juga menambah :
Saya dah rujuk perlembagaan parti, dan perlembagaan parti tidak langsung menyatakan bahawa kandungan serta perjalanan mesyuarat Perhubungan NEgeri adalah satu bentuk rahsia. Jadi, bagaimana beliau hendak mendakwa Khalid Samad ( saya suspect statement ni ditujukan kepada Khalid Samad)

Laporan Ke Atas Khairuddin Othman

Baiklah, saya ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon JK Disiplin supaya menyiasat SU Perhubungan Selangor kerana telah membuat beberapa kenyataan yang merugikan serta merosakkan imej PAS.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia (sebuah akhbar yang memusuhi PAS) menyatakan :
Kenyataan Mohd Khairuddin Othman ini jelas BERLAWANAN dengan keputusan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam yang mahukan PAS mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Sekiranya PAS ini sebuah tentera, kenyataan Khairuddin ini memungkinkan beliau dibicarakan di dalam mahkamah tentera atas tuduhan khianat dan engkar perintah yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Lebih menyedihkan Khairuddin membuat kenyataan yang telah dieksploitasi oleh media musuh PAS seperti Utusan Malaysia dan media ini menggunakan berita ini untuk keuntungan UMNO.

Nasihat saya pada saudara Khairuddin Othman, “people in glass houses should not throw stones”. Sebelum bercakap cermin diri sendiri dahulu.

Tulang Besi
ps saya tak minta tapi saya sudah beri no ahli saya. Silakan ambil tindakan ke atas saya.

Pas Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang

SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.

“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.

“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.

Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Kenyataan Penuh PAS Selangor

PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.

PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Sumber - Thinking Of Life

25 comments:

  1. sedara, apa kata gerakkan kawasan2 buat usul untuk EGM?

    klu kita boleh dapat 56 kawasan, EGM terpaksa diadakan.. amacm?

    ReplyDelete
  2. perlukah pas kekal dalam pakatan?aku setuju egm diadakan untuk menyelesaikan masalah melanda sekarang akibat jangkitan Pkr dan dap.bloger2 pro pkr tu,jaga2 wakil rakyat pkr tu...asyik lompat aje.orang lain dah naik menyampah dgn pkr ni,tak abis2 dgn perangai bodohnya.tak payah nak abik tahu wakil rakyat pas kerana mereka semua ada disiplin.

    ReplyDelete
  3. perlukah pas kekal dalam pakatan?aku setuju egm diadakan untuk menyelesaikan masalah melanda sekarang akibat jangkitan Pkr dan dap.bloger2 pro pkr tu,jaga2 wakil rakyat pkr tu...asyik lompat aje.orang lain dah naik menyampah dgn pkr ni,tak abis2 dgn perangai bodohnya.tak payah nak abik tahu wakil rakyat pas kerana mereka semua ada disiplin.

    ReplyDelete
  4. perlukah pas kekal dalam pakatan?aku setuju egm diadakan untuk menyelesaikan masalah melanda sekarang akibat jangkitan Pkr dan dap.bloger2 pro pkr tu,jaga2 wakil rakyat pkr tu...asyik lompat aje.orang lain dah naik menyampah dgn pkr ni,tak abis2 dgn perangai bodohnya.tak payah nak abik tahu wakil rakyat pas kerana mereka semua ada disiplin.

    ReplyDelete
  5. HAHAHAHA...JAHANAM PAS JAHANAM HAHAHA

    ReplyDelete
  6. KEHKEHKEH..AKU DH JANGKA DAH PAS ADE AGENDA NAK MENYESATKAN UMAT. LAGI BAGUS KLU SEME AHLI2 PAS HUKUM SESAMA SENDIRI. KAU BEDUK KEPALE DIA, DIA BEDUK KEPALE KAU HAA BARU ADIL!. SBB SAMA2 BENGAP..SAMA2 MKN NAJIS..SELAMAT JLN ROMEOOO!! KEHKEHKEH..JGN MARAA HAAAA

    P/S..PSTT RAKYAT DAH JELAK DAHH HUHUHU

    ReplyDelete
  7. Jeffry said...

    muka macam jin aprit je...
    tak layak komen kat ,.

    org dah tahu ..ko sapa...

    ReplyDelete
  8. takat itu ajelah hujah korang totok umno.memang jadi sampah je kat sini.umno dah tak ada cybertroopers yang power2 ke.kalau macam nilah tak lama lagi pupuslah parti korang

    ReplyDelete
  9. Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

    Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

    Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.

    Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!

    Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!

    Ibrahim Ali memang tak ada peluang le nak masuk PAS sampai bila bila! Hehehehe...

    Hebat sungguh strategi PAS ini.

    Saya rasa memang perkara ini akan dikaji oleh kesekelian parti politik dunia selepas pendedahan ini untuk memaksa dan memastikan tak adanya wakil wakil mereka yang berani nak belot selepas menang!

    Walaupun untuk mengisytiharkan diri sebagai calon bebas!

    Saya memang bersetuju dengan cara ini!

    Kamu lompat parti?

    Tertalak tiga lah kamu dari isteri kamu!

    ( Ikut hukum Islam memang tak elok tetapi dah begini cara sisayah duniawi manusia manusia yang kemaruk berpolitik! Nak buat macamana?)

    Saya kurang pasti akan peruntukan untuk calon wanita?

    Minta cerai fasakh dari suami masing masing, kot? Na'uzubillahiminzalik! :(


    PAS SESAT DAN JAHANAM!

    ReplyDelete
  10. HANCUR...HANCUR...
    HANCUR PAS....

    HANCUR...HANCUR...
    HANCUR PAS....

    HANCUR...HANCUR...
    HANCUR PAS....

    http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/10/terkini-sah-hasan-ali-kan-dipecat.html

    ReplyDelete
  11. Apa sekali pon tindakan oleh pucuk kepimpinan PR adalah untuk memperbaiki kelemahan dan memperkuatkan PR, bukan macam umnobn, pemimpin sah-sah rasuah, politik wang masih di anggap pemimpin suci..kekeke. komponen dlm bn pon sama gak. tengok je mca, mic, ppp..lebih kurang macam umno je masalah dorang.. susah nak terima kritikan dan mengganggap rakyat masih memerlukan mereka.

    ReplyDelete
  12. cakap tanpa bukti fitnah.
    apa citer najib dan ziana kat PD dulu?itu fitnah ke fakta?cuba putra merdeka jawab

    ReplyDelete
  13. Tindakan yang paling ringan atau tiada tindakan langsung akan diambil untuk mewajarkan penyertaan PAS ke dalam BN tahun 2010/2011. Tindakan sebenar yang akan diambil ialah kepada penentang-penentang UG. Mereka akan diketepikan dari saf kepimpinan di semua peringkat untuk memberi laluan kepada mereka yang menyokong penyertaan PAS ke dalam BN. Usaha membawa PAS ke dalam BN sudah bermula dan sedang berjalan dengan rancak.

    ReplyDelete
  14. macamana pulak cerita muhyidin sedang bergelut pertahankan kedudukannya sebagai TPM kerana najib dah bercadang nak ambik zahid jadi TPM sebelum sepupunya hishamudin matang dan sesuai menggantikan kedudukannya.
    KJ pulak tanpa apa-apa jawatan menteri bakal disingkirkan dan mukhriz jadi sandaran maahthir untuk teruskan perjuangan jadi PM
    kalau semua ahli umno mengundipun melalui internet tapi yang pegang password kat pusat tu orang najib,takkanlah najib kalah.

    ReplyDelete
  15. rombakan kabinet dikatakan akan berlaku tak lama lagi dengan alasan memilih menteri mca dan gerakan.padahal nak singkirkan orang pak lah dalam kabinet.shaziman sepupu kj tak tahulah macamana nasibnya.
    mca dan gerakan pulak tengah bengang mp umno kutuk pemimpin mereka di parlimen

    ReplyDelete
  16. ong dan chua berdamai apabila tahu umno nak naikkan liow sebagai presiden.kempunan lagi najib nak lihat mp bentong ni jadi presiden mca.
    syabas untuk mca kerana menolak boneka umno dalam parti

    ReplyDelete
  17. apakah kementerian pelajaran juga terlibat dengan projek perkhemahan 1 malaysia ni.
    muhyidin kena jawab
    sebarang dasar melibatkan kementerian biasa dibuat tanpa merujuk pandangan tokoh pendidik dan guru
    contoh PPSMI
    la ni tok dengar prasekolah akan dilanjutkan sampai 12.30
    benarkah?muhyidin kena jawab ni nanti mak bapak budak-budak tu marah.
    kesian budak-budak ni,kecik-kecik dah jadi mangsa jika benar Kementerian Pelajaran nak laksanakan prasekolah sampai pukul 12.30

    ReplyDelete
  18. jambatan runtuh berlaku di perak.3 orang murid terkorban
    pening jugak kepala najib,zambri nak menjawabnya.
    apa yang penting satu suruhanjaya di raja wajar ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.anggotanya bukan suku-sakat BN tetapi mereka yang ada kredibiliti

    tok sedih melihat wakil rakyat PR diperlakukan dengan kasar dan brutal oleh anggota polis.rakaman video you tube jadi bukti.kenapa mereka dihalang memasuki sidang dun perak?

    Pimpinan tertinggi PR wajar desak hishamudin dan musa hassan letak jawatan.polis perlu berkecuali bukan dilihat memihak kepada BN.Persepsi rakyat ketika ini polis memihak BN.

    Sedih tok melihat adun-adun PR diperlakukan sedemikian.mereka dipilih oleh rakyat.rakaman you tube itu wajar dipanjangkan kepada suhakam,amnesty international,al jazeera,bbc,cnn,kesatuan parlimen eropah dan pbb.biar satu dunia tahu dan biar i malaysian malu dan menyesal dengan tindakannya campurtangan dalam krisis di perak

    ReplyDelete
  19. Setuju. Gerakkan PAS kawasan supaya desak adakan EGM.

    ReplyDelete
  20. BABI atau khinzir...BOLEH DIMAKAN waktu sangat2 PERLU / Doruroh...makan pun sekadarnya...jangan bagi MATI...
    Sekarang WA MAU TANYA...kalau PAS tak berKERAJAAN PERPADUAN...PAS AKAN MATI ke.. akan mati ke..akan mati ke 3X
    Jadi yang SIBUK sangat apasal..baru pegang kuasa tinggi dalam parti DAH LANGGAR keputusan Muktamar...GET LOST with Kerajaan Perpaduan...HORMATlah sikit kepada ULAMAK TERLAMA dalam PAS...Ulamak yang TAK PERNAH KALAH dalam Pilihanraya...
    Baru ada nama sikit...baru kena tekanan sikit agaknya lah...dah melalut Kerajaan PERBATUAN bukan Perpaduan...tak habis2 melalut..

    ReplyDelete
  21. kerajaan islam zaman nabi bersatu sesama islam ... kerajaan islam zaman PAS tak nak bersatu sesama islam mcm UMNO tapi nak bersatu dengan DAP yng dah sah2 kafir dan PKR yang ahli islam majoriti tapi pemimpin dia bukan islam majoriti .....

    ReplyDelete
  22. Laaaa .... ada lagi mamat keturunan BABI LIAR kat sini ... ish .. ish .. ish .. Tak caya? korang baca komen 5:15 PM. Tu keturunan babi liar tu. Aku rasa tu ari nah kena tembak. Idup lagi rupanya. Ni mesti pakai tangkal taring babi. Tak paaa. Aku nak tembak lagi. Korang baca ni:

    ==========
    Kalau korang nak tau ...  itu mamat bukan Putra Merdeka tapi Putra ToNGOK sebab masa kecik2 dulu mak dia tersesat kat utan pastu telanggar batu jatuh dan pengsan sekejap. Bila mak dia sedar tiba2 ada pulak sekor babi liar jantan bertenggek kat atas mak dia. Kongkek punya kongkek (Mak dia tak daya nak melawan sebab kapla pening) lepas tujuh bulan keluar la mamat ni (lahir tak cukup bulan).

    Bapak dia pulak tak cakap apaaa laa sebab bapak dia pun spesis NGOK jugak tapi bukan NGOK LIAR .... menurut cerita yang empunya cerita, bapak dia ni dari keturunan NGOK Belaan. Tak percaya? Tanya sama Parpu Kari. Dia yang citer kat aku ni. KAH!KAH!KAH!

    Kalo ko nak tau NGOK tu apa ... ko tanya Zali Kapiaq Mat Porno punya kembar. Dia sekarang ada kembar tau ... satu kapla. Kembar dia yang ajar aku NGOK tu maksudnya apa. KAH!KAH!KAH!

    Atau pun ko masuk blog aku .... kat situ banyak gambar NGOK. Muka Zali dengan Putra ToNGOK pun ada. KAH!KAH!KAH!

    ReplyDelete
  23. Seperkara lagi ... kalau korang nak tau barua UMNOBN yang selalu pakai nick Zali tuu bukannya lelaki tapi pompuan. Menurut cerita yang empunya cerita nama sebenar dia Zalina, dia guna nick Zali tu bukanlah singkatan nama dia tapiiii nama bekas boipren diaaa. Dia marah dengan boipren dia sebab mamat tu curang dengan diaaaa.

    Tujuan dia guna nama Zali bukannya apaaaa ... dia nak kita-kita ni semua maki nama bekas boipren dia tuuuu. Ini kes nak balas tubaaa laaaa. Kira macam nak balas dendam.

    Aku dapat maklumat ni pun, barua UMNOBN laen yang kasik tau sama aku ... mamat Media Cyber tu laaaa. Aku tak tau laaa betul atau tak cerita ni. Alaaaa ... korang bukan tak tau perangai barua2 UMNOBN neh. Dorang suka buat2 cerita. Kalau cerita ni betul ... betul laaa. Kalau tak pun kita semua kena tipu laaa idup2 dgn barua-barua neh.

    ReplyDelete
  24. kekekke...mamat pencacai Bn diatas cuba meniru cara PAS berkempen. mmg dasar parti rasuah perosok bangsa. sial.

    ReplyDelete
  25. Erm...apabila rasuah menjadi satu cara hidup ADUN nie maka beginilah jadinya. Baik dan buruk tidak dapat dibezakan lagi sebab rezeki yang diperoleh haram, kerana tidak ikhlas berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?