Wednesday, October 07, 2009

N-31 Bagan Pinang: RM1000 Untuk Gambar Bukti Azeez Ditumbuk..!

TPU - Sape-sape yang mukanya ada iras-iras Azeez diminta untuk menghubungi aku dengan kadar segera untuk satu sessi lakonan semula insiden Azeez ditumbuk... aku nak snap banyak-banyak... dapat la jugak duit..! kita bagi 2... amacam..? cepat..! cepat..!

Sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM1000 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu.

Mereka yang menyerahkan gambar tersebut akan menerima bayaran tersebut secara tunai serta merta.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid, mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pembela petang semalam telah mengambil keputusan untuk menawarkan wang sejumlah RM1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki ataupun mahu menjual gambar Datuk Azeez di tumbuk.

Dzohir berkata, tujuan Pembela membuat tawaran membeli gambar berkaiatan insiden tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan kepastian di atas dakwaan Datuk Azeez bahawa dia di tumbuk oleh penyokong parti Pakatan Rakyat ketika hadir di hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang.

"Pembela harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekaligus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.

Adalah suatu yang tidak munasabah jika insiden yang mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik yang disiar sejak hari penamaan calon sehingga ke hari ini tidak ada pihaknya yang merakamkan gambar tersebut yang di kira cukup penting sebagai modal politik ketika berkempen oleh Umno/Bn di Dun Bagan Pinang bagi memburukkan Pas khususnya.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah menghubungi Mohd Dzohir di talian +6019-498 0230 pada bila-bila masa.

Di petik dari sebuah media online, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dikatakan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.

Abdul Azeez mendakwa, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini.

Sumber - Harakahdaily.net

12 comments:

  1. Itu la wahai Mat Black azeez. Bila niat kau dah busuk dari awal (nak tunjuk x kunun pemimpin yg berani berada dikhalayak PR) maka itu la balasannya.

    Baru kena sekali tepuk aje dgn Pak Sheikh tu...kau dah terasa 20x tumbukan sampai terkehel tengkok kau dan masuk hospital...

    Kesihan....kesihan......

    Tapi berita yg aku dengar si Mat Black ni masuk hospital kerana darah tinggi bukannya sbb terkena tumbukan.......

    kah...kah...kah....memang jenis penipu lah kau wahai Mat Black.

    ReplyDelete
  2. ada lah tu nanti gambar azeez ni.. tp bukan kena pukul tapi tgh bagi duit .. hehehe terkantoi.

    ReplyDelete
  3. Cepat2..mana hero tamil nih...x nak nak duit ker...selalunyer puak2 ni sapu bersih...x kira halal haram!

    ReplyDelete
  4. NGO tu tawarkan RM1000.00 jer.. kepada sesiapa yang ada gambar insiden tersebut...
    Tapi BN Tawarkan RM100,000.00 kepada pakar SUPERIMPOSE utk "buat" gambar insiden tersebut..
    Kita tengok sapa menang..!!!

    ReplyDelete
  5. Syarikat-syarikat Kepunyaan Zulkefly Omar


    Maklumat ni den dapek dari sumber-sumber rasmi.

    Calun PAS, Zulkefly Omar punya saham dalam syarikat ALLMAX PENINSULA SDN BHD dan Pengarah syarikat L&R ENTERPRISE SDN BHD serta MARCO GOODWILL SDN BHD. Jumlah pemilikan dalam satu-satu syarikat berjumlah RM15,000, RM499,000 dan RM700,000.

    Buat setakat ini, syarikat tidak aktif.

    Apo yang nak diniago dek Zul? Apo yang tak jadi diniago? Kalau tak aktif, apo yang ado dalam compeni? Cash ko?

    Apo yang dimasukkan sebagai jumlah pemilikan? Ikut harga par, adakah nilai pelaburan Zul sampai berjumlah total RM1,214,000? Banyak tu.

    Kalau bukan harga par sesaham, berapo nilai sebeno? Lebih atau kurang. Kalau kurang, kesianlah. Kalau lebih, syukur Alhamdulillah. Ado Melayu kayo.

    Maaf kami sibuk pasal harta peribadi Zul. Kalau PAS sibuk pasal Isa Samad, kami kenalah sibuk juga. Kami pun belajar dari PAS pasal hal-hal ketelusan ... hehehe.

    Nak tanyo ekau jugo, kalau Zul ado butir-butir harta. Kami bukan apo, cuak tengok orang PAS pakai kereto bosa-bosa. Baru memerintah sekojap dah bosa2 kereta orang PAS. Dato Ahmad Awang yang dulu bankrup dah dalam sekejap Ngeh dan Nga memerintah Perak sudah kayo dan pakai Mercedes. Katonyo Cino boghi.

    Ketelusan jugo boleh selamatkan PAS ...

    ReplyDelete
  6. Anak Lenggong - aku quot dari hang "Kami bukan apo, cuak tengok orang PAS pakai kereto bosa-bosa. Baru memerintah sekojap dah bosa2 kereta orang PAS."

    bila pulak zulkifli ni memerintah..?

    ReplyDelete
  7. Memang sape tak tahu Pas nie sejak dahulu kala memang pakar memesong pakar menyesat pakar berdalih itu jer yang mereka tahu tolak Pas! anjing kurap..

    ReplyDelete
  8. Kenapo lah dongan Topeng Perak ni.
    Ado Anak Lenggong kato si Zul ni memerintah?
    Dio kato... ORANG2 PAS merintah sekojab sudah bolih pakai keto bosar.

    Lomah botul keupayaan pemahaman ekau ni.

    Pss : Nasib baik la si mamak azeez tu tak guling2 hentak kaki depan kamera mcm Chun How tu.

    ReplyDelete
  9. sekurang2nya Chun How si kafir tu x ler BERBOHONG mcm Azeez si Islam.

    ReplyDelete
  10. Gambar Azeez takde, gambar Altantuya dengan Najis Baginda ade.

    ReplyDelete
  11. Sian anak lenggong. Doakanlah semoga selamat. Dia dah banyak kena kutuk tu.........

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?