Seluruh Bagan Pinang terdedah kepada risiko Tsunami dalam keadaan semasa 'echo' daripada gempa 7.6 skala ritcher Rabu lalu. Risiko ini juga terdedah kepada ratusan ribu warga pinggir pantai Port Dickson termasuklah puluhan ribu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan tidak ketinggalan risiko ini terhadap ribuan penyokong rasuah.
Bukan saya pinta malapetaka ini berlaku malah minta disimpangkan. Ini kerana ketika ini saya sedang menemani anak sulung yang baru selesai pembedahan pembuangan tonsil di Hospital Pantai (Bangsar). Jika Gempa bumi 8.8 skala ritcher berlaku, pastinya gegaran yang terlalu kuat itu menjejaskan struktur bangunan lereng bukit Hospital Pantai ini di mana terletaknya ward anak saya. Bukan saya pinta gempa bumi berlaku lagi, namun ia adalah tafsiran dari pakar yang mengatakan gempa bumi lebih dahsyat bakal berlaku. Sila amati berita yang baru diterima di bawah ;
- JAKARTA : Ketika Sumatera Barat masih berduka dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter yang mengorbankan lebih 600 orang dan ratusan lain hilang setakat tengah hari ini, Indonesia dikejutkan dengan kemungkinan gempa lebih besar melebihi 8.0 akan berlaku.
- "Gempa berukuran 7.6 pada 5.16 petang Rabu lalu yang menggoncang Padang bukan termasuk "skala besar". Itu bukan gempa yang sering kita perbincangkan bakal terjadi, yakni gempa dahsyat lebih dari 8.0 yang memicu tsunami," katanya dalam satu kenyataan.
- Danny, dalam penyelidikannya di luar pantai Sumatera selama 12 tahun bersama rakan penyelidik, Prof Kerry Sieh, dari Nanyang Technology University (NTU) Singapura, yakin akumulasi tekanan dapat mengakibatkan gempa 8.8 dan kekuatan gempa itu adalah kira-kira 30 kali lebih besar berbanding gempa Rabu lalu.
- "Secara ilmiah, saya boleh katakan gempa yang dahsyat itu mungkin berlaku esok, lusa, bulan depan, atau mungkin tahun depan. Paling tidak, itu akan terjadi dalam 10 tahun akan datang.
Sekiranya calon tersebut kalah di Bagan Pinang, sudah tentunya dapat kita baca bahawa rakyat telah sedar tanggungjawab membuang undi itu adalah satu tanggungjawab yang menentukan hala tuju pemerintahan negara. Samada terus dikuasai oleh gerombolan rasuah atau, memberi satu mesej kepada kerajaan iaitu rasuah yang merosakkan bangsa harus ditolak habis-habisan dan inilah detik yang paling sesuai mengungkapkan janji perangi rasuah.
Kita semua sedia maklum, Isa Samad adalah calon warga tempatan. Tetapi apakah dengan alasan tersebut para pengundi boleh berkompromi dengan simbol rasuah? Memang kita akui Isa Samad mempunyai jasa memerintah Negeri Sembilan selama lebih dua dekad, namun ingin saya bertanya apakah jasa Isa Samad dalam 10 tahun terakhir pemerintahannya selain daripada menjadikan Negeri Sembilan penternak virus JE dan Bandar Seremban yang turut dikenali sebagai bandar terbengkalai sewaktu era pemerintahannya terutamanya dalam 10 tahun terakhir.
Jadi, dengan pencapaian yang tidak seberapa serta kebolehan Isa Samad memiliki beberapa syarikat besar di atas nama kroninya, 'sumbang'an seperti ini seharusnya membuatkan warga Bagan Pinang menggigil sebelum memangkah dan semoga kesedaran itu terbit memandangkan Tsunami boleh berlaku bila-bila masa untuk menghentam pantai Port Dickson sepertimana yang diberitakan di atas.
Sebagai anak jati Negeri Sembilan, saya tahu sejarah terutamanya sejarah kejatuhan Isa Samad. Ini termasuklah sewaktu bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2004 dengan mengetepikan Khalid Yunus. Pemilihanya sebagai calon kerusi parlimen sebagai platform untuk jawatan naib presiden UMNO, seraya itu juga beberapa pondok panas dibakar sebagai tanda protes di mana warga Jempul mahukan Khalid Yunus. Rakyat Negeri Sembilan semua tahu sejarah Isa Samad, apalah jasanya jika dibandingkan dengan skandalnya yang membolehkan beliau melobi habis-habisan untuk jawatan Naib Presiden yang juga kononnya calon 'favorite'.
Akhir kata, sama-samalah kita berdoa agar Tsunami badai tidak berlaku terhadap warga Port Dickson. Kita juga berdoa agar warga Bagan Pinang menggigil untuk memangkah calon rasuah kerana tidak mustahil juga mala petaka itu berlaku di kala sekumpulan umat meng-agungkan kemungkaran Allah yakni membenarkan kemenangan terhadap pelaku rasuah.
RE-FOR-MA-SI
EDYES(edyesdotcom)
5-10-2009
9pm
Ward C533 Hospital Pantai
kalau nak kena gempa bumi, patut di tenggelamkan seluruh kelantan, selangor , kedah dan Pulau Pinang kerana di sana PAS takut mempertahankan agama Islam hanya kerana mahu menjaga hati DAP...
ReplyDeleteMari ramai2 kita benamkan Melayu-Umno ni.....kerana rasictnya terlalu kuat.
ReplyDeleteMari kita2 semua telanjangkan Melayu-Umno ni....kerana kurapnya terlalu banyak
Mari semua2 rakyat kita kuburkan Melayu-Umno ni kerana merompak harta rakyat.
Mari keseluruhan rakyat Bagan Pinang kita tolak calun BN ni kerana tak rela dipimpin oleh Pemimpin yg jelas merasuah...
kenapa orang benci sangat dengan Umno.. hehehe ntahlah sebab aku salah sorang ..bagi aku nak tengok pemimpin tengok lah luaran dulu.. dan sepanjang hidup aku, tak pernah jumpa pon seorang pemimpin yang mempunyai wajah yang bila kita tengok, rasa senang utk mendampingi mereka.. kalau di selangor yang aku nampak sume wajah angkuh, sombong dan tak sedar diri..tu baru luaran dan keperibadian plak toksah cakap ler..ada sorang pemimpin tuh, jadi exco mesra rakyat, agama tapi bila lawatan ke Indon baru tau dia kaki dangdut..malam plak ada gadis indo muka mcm model dibawa masuk...
ReplyDeletejadi ku haraplah, rakyat di Bagan Pinang menolak isa ni.. bagi pengajaran pada parti rasis yang tak pernah mau berubah..
Selama aku hidup di dunia ni tak pernah aku tengok orang umno kena tangkap walaupun melakukan kesalahan terang-terang. Jadi aku memang mushkil betul dengan puak-puak ni. Tengok khir toyo contohnya, kerajaan BN sial ni buat dek saja. kenapa tak dakwa si jawe ni memang ada rekod 20 kesalahan rasuah.
ReplyDeleteKesimpulannya orang umno ni nak tunjuk mereka je betul, orang lain selain dari mereka semua tak betul. Aku rasa rakyat Bagan Pinang kena bertindak tegas dari sekarang sebelum negara ni terjerumus ke lembah yang lebih buruk lagi akibat dari penyelewengan dan rasuah tak terkawal sekarang, yang boleh merosakkan negara. Mahu pertahankan bangsa melayu kononnya atau mahu negara ni hancur, tepuk dada keputusan di tangan anda.
Sama sama lah kita berdoa agar bencana tidak berlaku di negara Malaysia. Ingat bala yang Umat Nabi Lut. Penyokong dan pembela peliwat cepat cepat lah bertaubat sebab azab tuhan pasti datang. Bagi pengundi Bagan Pinang jangan mengundi orang yang membela dan menyokong peliwat, laknat Tuhan pasti datang.
ReplyDeletekat china pesalah rasuah dihukum tembak samapai mati...
ReplyDeletekat malaysia pesalah rasuah cuma digantung parti...SPRM tak dakwa pon...kemudian pesalah rasuah diangkat semula jadik calon bertanding...
pelik malaysia ku
Anonymous said...
ReplyDeleteSama sama lah kita berdoa agar bencana tidak berlaku di negara Malaysia. Ingat bala yang Umat Nabi Lut. Penyokong dan pembela peliwat cepat cepat lah bertaubat sebab azab tuhan pasti datang. Bagi pengundi Bagan Pinang jangan mengundi orang yang membela dan menyokong peliwat, laknat Tuhan pasti datang.
October 5, 2009 10:51 PM
-----------------------------------------------
aKU SOKONG.... kita patut adakan demonstrasi meminta Peliwat Altantuya meletak jawatan Sebagai PM ke 6 Malaysia.....
Hidup Peliwat.....
Hidup komisyen 500 juta Scorpene..
Hidup C4....
Hidup Altantuya.... opsss Altantuya dah kena liwat pastu kena bom... dah tak idup lagi skarang ni... kihkihkih...........
Samalah kita berdoa agar rakyat menolak parti yang gagal memajukan ekonomi melayu selama 50 thn memerintah.. sama-sama kita menaruh harapan orang melayu dapat memilih pemimpin yang ikhlas perjuangannya, agar generasi kita nanti tak menyalahkan dan mempersoalkan kenapa kita hanya membisu dan membiarkan kemusnahan orang melayu di tangan rakus pemimpin umno
ReplyDeletelihatlah n9 bakal menjadi bandar rasuah jika rakyat bagan pinang membenarkan isa menjadi wakil rakyat disitu.umno memang suka meletakkan pemimpin yg bijak merasuah untuk memimpin rakyat...makin semak kepala aku dengan perangai org umno ni.
ReplyDeletekenapa dipermainkan bala tuhan ?
ReplyDeleteadakah kemangangan pakatan rasuah akan berhenti, adakah kemanangan pakatan orang melayu akan bersatu, adakah kemenangan pakatan rakyata malaysia akan bersatu, bagi saya semua ini menjadi persoalan yang harus kita fikir, kita harus tahu bahawa yang kita undi itu adalah manusia dan cita-cita mereka kita tidak tahu, mulut manis tapi hati masing-masing selagi ia masih bergelar manusia ia tidak akan berhenti melakukan kesalahan yang jadi persoalan adakah kerajaan kita sekarang ni berlaku zalim sehingga ada rakyat kita yang di bunuh dan di biar mati di tepi jalan jangan menghukum seseorang atau segelintir dari mereka hanya di sebabkan oleh kebencian dari diri kita, itu tidak adil namanya adakah kesemua tuduhan kita itu berasas dan boleh di buktikan dengan sabitan atau buktian mahkamah atau kita boleh bawa sekurang-kurangnya tiga orang saksi, selama ini semua sangat mempercayai dengan khabar angin tuduhan yang melampau-lampau malah tuduhan tu melibatkan peribadi sesorang, yang menghairankan yang percaya sangat ni dikalangan orang melayu yang beragama islam tapi orang cina dengan india cool memanjang kami orang sabah cool 100peratus tak tahu lah memang betulah kata Tun Melayu mudah lupa tapi bagi saya melayu mudah menggelabah itu yang pasti, berpolitik pun sanggup bakar rumah hissss mengarut betul bukannya dapat duitpun, kalau saya superman ke ultraman kau fire orang-orang fanatik politik ni tak layak pun berpolitik
ReplyDeleteaku sememangnya anak jati Port Dickson...
ReplyDeletemajoriti org melayu pasti pangkah BN...
ramai kawan2 aku, sepupu aku, pakcik makcik aku, semua kata nak pangkah BN sebab diorg sayang Mat Isa...
Mat Isa lahir pon kt kg bagan pinang...
aku boleh bagi keputusan yg BN pasti menang...
aku tau lah sebab kg aku kt bagan pinang...
aku kenal org2 kt sana...
bila Mat Isa dah menang nanti, mesti ada pihak yg mendesak supaya Mat Isa dilantik semula menjadi MB N.sembilan...
jaga2 lah ko Mat Hassan... ha ha ha ha ha hassan penakut
ko jgn perasan umngok bongok, kalau tiada undi pos di bp pilihanraya umum yg lepas umngok dah kalah. ko kira keputusan undi yg lepas betul2.
ReplyDeleteKesian penyokong2 UMNO/BN....dah takda Calon lain lagi ker?
ReplyDeleteCalun PERASUAH yang mereka sokong...
Nampaknya UMNO/BN dah ketandusan Pemimpin yg BERSIH...Lepas ni kalau ISA menang abih dia sapu BERSIH...
Bukaklah MATO BESAU2 wahai penyokongUMNO/BN!!!
Menyokong pemimpin umno yang meliwat wang dan khazanah rakyat merupakan bala yang akan memusnahkan umat di malaysia.
ReplyDeleteKalau sesiapa berada di PD dah nampak bukti tsunami akan tiba...iaitu di pondok ceramah PAS kebanyakan nya yang ada kat situ adalah kalangan blogger mangkok dan pekerja parti sahaja..kesian jugak nengokkan penjaja-penjaja kat situ duk melopong je...lobai-lobai berjanggut sejemput pas masa penamaan calon dulu kebanyakanya dah blah daripada PD...penduduk setempat tak mandang pun dongengan pak lobai yang ngaku terlebih islam...
ReplyDeleteAnony 925
ReplyDeleteApa guna orang Melayu bersatu di bawah kepimpinan yang lemah, apa guna orang melayu membiarkan hak mereka di hakis, selama Umno memerintah berapa banyak tanah rizab melayu telah hilang, kuasa raja-raja Melayu yang menjadi tempat orang Melayu berlindung di hakis, raja-raja diaibkan, jika benar Umno memperjuangkan hak orang melayu, buktikan dengan merubah cara dan pendekatan, menolak korupsi dan rasuah yang menjadi budaya dan bukan juga dengan memainkan sentimen melayu dengan ketuanan melayu.. tapi melalui pendekatan menyeluruh, tekankan petumbuhan ekonomi di kampung melayu, dengan mewujudkan 1 kampung atau mukim 1 projek pertanian atau industri, dengan cara itu penghijrahan belia dan kebanjiran pendatang asing tak berlaku..
Kenapa Umno gagal melakukannya?? Kerana penyalahgunaan kuasa, rasuah telah menjadi darah dagin umno dan orang melayu sepakat menolak mereka.
woii!! pass taknak guna taktik duit palsu lagi kah hoiitt???
ReplyDelete