Monday, October 05, 2009

N-31 Bagan Pinang: UMNO Kencing Peniaga Kedai Makanan

Belum menjadi wakil rakyat,Saudara
Zulkifli Mohd Omar telah menerima
beberapa aduan rakyat yang tidak
berpuas hati dengan keadaan yang
ada sekarang
Sewaktu kami bersama sdr Zulkifli Mohd Omar hendak masuk ke sebuah restoran di bandar Port Dickson, secara kebetulan kami ternampak sekumpulan orang ramai sedang berkerumun dan mengambil gambar satu papan iklan di hadapan Restoran Jamsari.
Papan notis pemberitahuan yang dipasang
dihadapan Restoran Jamsari menarik minat
orang ramai yang lalu lalang dihadapan
kedai tersebut
En Jamhuri, tuan milik restoran tersebut menjelaskan kepada Saudara Zulkifli tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut En Jamhuri, pada mulanya, beliau telah dikunjungi oleh seseorang yang kemudiannya menawarkan kepadanya sebagai pembekal makanan bermasak kepada sepasukan polis yang bertugas dalam pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang ini.

“Tengok tu siap ada surat tawaran; (lihat sebelah)tetapi dengan tidak semena-mena sehari selepas saya memulakan membekal makanan tersebut, kontrak saya itu diberhentikan tanpa sebab hanya dengan melalui satu panggilan telepon,” rungut En Jamhuri

“Tentulah langkah yang demikian tidak adil kepada saya,” Katanya lagi.

Gambar kiri : En Jamsari membekal makanan bermasak dengan cara buffe, lebih kemas dan bermutu

Beliau turut membandingkan tahap perkhidmatan pembekal makanan yang baru dimana bekalan dihantar hanya dengan cara dibungkus sahaja.Walhal beliau menyediakan makanan bermasak yang berhidang secara buffe.
Pembekal yang menggantikan pembekal
pertama,Jamsari Restoran; membekal
makanan dengan cara berbungkus sahaja

Menurut katanya lagi, beliau telah memaklumkan kepada pihak yang berkaitan, bahawa beliau memberikan tempoh selama dua hari untuk menyelesaikan kemelut tersebut atau akan menghadapi tindakan mahkamah yang akan diambilnya selepas tempoh masa yang diberikannya itu.

Seorang pemimpin prihatin dan sanggup
mendengar rintihan dan keluhan rakyat -
Sdr Zulkifli Mohd Omar, calon
PAS N31 Bagan Pinang

Sumber - ALHUSSEYN

17 comments:

  1. Apa nak heran sedara, masih gak ada yang tak sedar.. ada 1 syarikat tu saman balik umno RM218 juta.. hehehe percaya sangat.

    ReplyDelete
  2. dah ada bukti bergambar tak ada serangan fizikalpun terhadap aziz.boleh tengok kat laman sesawang harakahdaily.net.

    apo citor ni jang.elok SPR dan polis dapatkan segera keterangan daripada doktor pakar HKL di hospital.jika didapati tiada sebarang kecederaan,aziz ni boleh didakwa kerana menipu dan menyusahkan orang lain.ramai lagi yang sakit dan perlu dirawat.

    ramai yang dah mula meluat dengan sandiwara aziz dan mail sabri ni.teman-teman di Bera malu mengaku mail sabri wakil rakyat mereka.

    ada yang cadangkan agar aziz diperiksa otaknya oleh doktor.

    ReplyDelete
  3. dah banyak kes dah parti bangsat UBN nie menipu rakyat jelata. so tak perlu pikir lagi, bagi pengundi bagan pinang inilah masa untuk anda menggunakan kuasa menyingkirkan parti bangsat nie.

    ReplyDelete
  4. bajet ciput kot.tu pasallah cancel

    ReplyDelete
  5. sorry lah Bang... UMNO sekarang mana ada duit Bang! dah tak macam dulu lagi... fulus dah kering... banyak sangat pontianak dalam tu dok menghisap... tambah sekarang ni PR dah kuat...dah tak boleh buat suka hati lagi... nak harap duit KWSP dah kering kena sedut, duit THaji... itu pun dah kering Bang... duit Zakat masih lagi dalam perancangan macamna nak tarik dari negeri ke Pusat! sekarang ni tengah pening! dah lah ekonomi meleset, tokey judi pun dah kering jugak, tak boleh sponsor besar cam dulu... nak harap anak CheDet tokey arak tu... dia pun tak cukup jugak nak biaya kroni dia... sorrylah Bang ! kalau duit ada nanti UMNO bayarlah KOT? minta kat Mamat Isa-p tu... kuat kedarah hasil Nogori tu... tak apalah Bang , saman je sebab dapat pun belum tentu lagi... tengok kes kat atas tu... RM ratus juta tu... tengok kes kat Pahang... MB sendiri kencing!

    ReplyDelete
  6. Kesian sedara Jamsari. Baik budinya, cantik bahasanya. Beliau disenangi oleh masyarakat port dickson kerana murah hatinya dan ringan tangannya. Menurut maklumat orang dalam khemah polis dekat pekan port dickson tu, kontrak lisan membekal makanan tu diberi pada Cik Mat (dulunya pernah ada kontrak kantin kat sekolah menengah bukit saujana, tapi tidak disambung kerana servis yang sambil lewa) kerana beliau bersetuju untuk menyalurkan sebahagian daripada pendapatan kontrak itu pada tabung pilihanraya UmnoBN. Biasalah, kontrak dibayar atas nama Jabatan Polis, yang melibatkan peruntukan daripasa parlimen, iaitu wang rakyat. Kemudiannya harga dinaikkan untuk dimasukkan komisen Umno. Wang rakyat dicuri lagi. Bayangkan betapa rakusnya Umno ini. Kontrak sesedikit ini pun dia rakus merompak. Yang besar2 tu, tak payah nak sebut lah. Kawan aku pun ada berkata juga, Mat Hassan MB berharap benar kalau Isa Samad kalah, sebab banyak kontrak pilihanraya kat Bagan Pinang adalah kontrak lisan deferred payment. Kalau kalah, mampus Isa Samad nak cari duit untuk bayar !!!!. Allahualam.

    ReplyDelete
  7. takde gaye lah calon Pas nie,maklum jeler bukan orang Bagan Pinang anak luar tempatan nampak gayer macam guru TASKA jer dengan pen orangnye,yang orang jumpa die polak dengan pen ditelinga Si Mamat kaki Nombor Ekor hhakhakhakha

    ReplyDelete
  8. Yg ada gayanya adalah ISA SAMAD...anak jati Bagan Pinang....tapi...tak pernah bertanding walaupun sekali di Bagan Pinang semasa era kekuasaaNNYA (ha...ha...ha...malunya)

    Yg respeknya Isa Samad ni pernah jadi Menteri Besar Nogori tapi....terpaksa di tukar ke Jawatan Menteri Wilayah sbb Pok Lah dah Meluat dgnnya (1x lagi ha...ha...ha...)

    Yang canggihnya ISA Samad ni adalah pemenang jawatan Tim. President Umno mengalahkan Ali Roatam dan Mat
    Sembab....tapi...ditolak oleh Jawatankuasa Disiplin Umno sendiri kerana MERASUAH....(1x lagi ha...ha...ha...)

    Kah...kah...kah...rupanya inilah calon Melayu-Umno Bgn Pinang.

    ReplyDelete
  9. Tolong tengok surat tawaran tu betul2, lepas ni mat muhyidin sembab tu akan kata surat palsu. umno dari dulu, kini dan selamanya pembohong.

    ReplyDelete
  10. UBN nie mmg kaki kencing rakyat jelata. sila punyaa UBN.

    ReplyDelete
  11. Kena kencing lagi 1Malaysia

    ReplyDelete
  12. UMNO=PENIPU=akn lenyap tak lama lg.
    :D
    Amin...

    ReplyDelete
  13. Ya...inilah caranya UMNO membantu orang Melayu....

    ....dengan Menipu Melayu!

    Kemudian heboh sedunia kata UMNO lah penjaga Melayu....

    ...Tipu Melayu lagi!

    Itupon ada jugak melayu Percaya tu....hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Sian En. Jamsari... Tu le pasai tak menghayati lagu umno di bawah nieee... Kan dah kena!!!..

    Bersatu kita bersatu
    Dgn setia berganding bahu
    tipu terus menipu
    Umno tipu melayu

    Bersama kita bersama
    menjunjung hasrat semua
    berjasa pada kroni
    anak isteri dan bini

    Lambang umno yg rebah
    dipandang ke jinjang hakrak

    Bersatu bersetia
    Itulah cogankatanya
    Umno terus lara
    Tipu rakyat 1Malaysia

    ReplyDelete
  15. Salam semua.
    Surat tawaran tu dari kerajaan N9 ker?
    Maaflah, kecik sgt, tak nampak isi kandungan terutama letterheadnya.

    Klu betul.. saman jer, takut aper, lowyar2 power ramai kt PKR, sure menang punya.
    Klu rasa agak2 nak kalah... suruh jer lowyer tu tangguhkan bicara... untung2 buang kes camtu jer. X lah malu sgt.

    Anyway, simpati juga pada En Jamsari.
    Tentu rugi byk ni.
    Klu sampai tak leh survive apa kata En Jamsari tutup restoran tu.
    Pastu gi K'tan mintak balak kat Husam. Klu nak dekat.. gi jumpa kak Ogy kat Kapar tu. Dia bukan abis makan RM300k tu.
    Hehehehehe.....

    ReplyDelete
  16. kalau PAS memerintah,confirm lah huru hara malaysia ni...byk lah hutang sana sini....

    ReplyDelete
  17. PAS PENIPU,TERPESONG=akn lenyap tak lama lg.
    :D
    Amin...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?