Saturday, October 10, 2009

N-31 Bagan Pinang: Usah Sertai Mana-Mana Perarakan..!

Satu pihak yang dipercayai di dalangi Umno telah membuat satu perancangan yang berniat menimbulkan imej yang kurang sihat terhadap Pakatan Rakyat kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu Satu sidang media tergempar PAS yang telah diadakan sebentar tadi di Markas Induk PAS Bagan Pinang.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, "Kita dapat info mengatakan bahawa ada pihak telah merancang beberapa perarakan berkereta/motor yang akan menggunakan lambang PAS/PKR/DAP (Pakatan Rakyat) dengan niat hendak memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat menjelang hari pengundian esok".

Menurutnya, kumpulan-kumpulan ini akan berarak ke dalam taman-taman perumahan terutamanya di kawasan penduduk Cina dan India, juga di jalan-jalan raya dan kemungkinan besar, kumpulan ini juga akan membuat bising sambil menjerit-jerit perkataan "Re For Ma Si" dan juga bertakbir.

Pada masa ini juga (ketika sidang media sedang diadakan), wakil pihak keselamatan Pakatan Rakyat sedang berada di IPD Port Dickson dan sedang dalam proses membuat laporan kepada pihak PDRM terhadap maklumat ini sebagai tindakan berjaga-jaga.

Sumber juga mengatakan bahawa kumpulan ini telah dibekal dengan pakaian-pakaian berlambang PAS untuk mengelirukan orang ramai.

Dato' Mahfuz dalam sidang media sebentar tadi juga menasihatkan semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak menyertai atau mengadakan apa-apa perarakan kerana pihak PAS tidak pernah menganjurkan mana-mana perarakan baik dengan motor atau kereta.

7 comments:

  1. Ini taktik orang yang terdesak, harap buat laporan polis cepat. Ini mesti kerja KJ beruk tu.

    ReplyDelete
  2. Mari solat hajat berjamaah dan qiamullail bagi memohon kemenangan daripada Allah buat calon Pas yang amanah dan hancurkan calon Umno yang rasuah. Allahu Akbar

    ReplyDelete
  3. UMNO DAH TERDESAK....DAH Nazak.....Dah nak mampos.....

    So, sekarang mereka2 ni dah gila....mabuk....meracau....sbb...nyawa dah di hujung halqum

    Teruskan kawalan.....
    Jaga Markas dan anggota masing2.
    Bertawakkal kepada Allah

    ReplyDelete
  4. Aku sedang menunggu perarakan 'kepala lembu' takde ke?

    ReplyDelete
  5. jgn jadi beruk-beruk dijalanan!!!!

    ReplyDelete
  6. UMNO TAKDA MARUAH..PENGOTOR PUNYA PARTI GUNA TAKTIK KEJI CMNIH

    ReplyDelete
  7. Solat sunat hajat dan puasa sunat mohon Allah hancurkan calon perasuah. Umno nak lawan Allah ke idak? Saje nak tanya..........

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?