Friday, November 13, 2009

Disebalik Kejadian Keganasan Di Stadium Bkt Jalil

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakan nya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mula nya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat.

Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak Nampak saja apa yang berlaku diluar sana. Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya dianak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas.

Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan rela, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini?

Pintu akhir nya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.

Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalau lah “official gate” dibuka seawall jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan Rela akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain.

Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan.

Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut.

Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan.

Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja.

Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut.

Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa?

Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis?

Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku?

Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased” kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi.

Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras.

Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,
Managing Director,
LFG Engineering and Services Sdn Bhd
(http://www.lfg- engineering. com)
Hp : 012-2050538

32 comments:

  1. klo buka pintu gate awal2 takut penyokong bakar stadium lak......

    ReplyDelete
  2. standard la bro mana2 tempat conth kt england liga perdana iggeris . stadium diorang buka sejam b4 start mula..punca pihak pengurusan xnk bukak awal2 takut benda2 xdiingini berlaku. maslah denda tu mmg gua xleh nk komen ape coz b4 final start FAM da warning awal2 n banyak kali tindakan serious akan diambil jika penyokong melakukan provokasi di luar kawalan.klo bg denda murah sampai bila penyokong nk insaf.ni la pengajaran namenye...

    ReplyDelete
  3. gua yg duk tgk dalam berita perangai fanatik penyokong kelantan mmg xde tamadun. akhlak korang mana?memalukan kelantan je....

    ReplyDelete
  4. dah jenis mu ni pakatan rakyat... hanya tau kritik... kritik.. kritik... tp tlg ke ape ke untuk kebaikan langsung x de.. sama la dengan pemimpin PR... hanya tau komplen!!! keje hancus...

    ReplyDelete
  5. mentaliti penyokong kelantan masih lg rendah..


    BUDAK DUNGUN

    ReplyDelete
  6. pegi tangkap la yg buat jenayah atau vandalism tu. Bukankah dah diberi amaran. KAFA tak buat jenayah kenapa didenda.

    Macam nie, kalau ada kejadian rogol atau bunuh dalam stadium masa perlawanan bolasepak, pengurusan pasukan yang bertanding kena denda ye..... bagus.

    ReplyDelete
  7. dalam tulisan ni ade idea yg bernas dan bagus juga. buka official gate lbih awal jd senang nk kawal penonton dan pemeriksaan rapi boleh dibuat. x pyah nk tiru mcm england ker ape ke, nikan negara kita, pasukan bola kita, pengurusan juga dibuat oleh kita sendiri so kita buat mana yg baik utk kita ler dan ikut mentality rakyat kita ler itu jer. korang ingat semua yg dibuat kt eropah semua bagus utk kita ker? tolong jgn jd lembu....cukup ler perlembagaan kita ikut kehendak penjajah..

    ReplyDelete
  8. hohohooho..

    pasal penyokong2 kelate yg cat muka bendera pas,yg pakai kopiah,yg pki bju gambar nik ajis,yang duk bawak bendera pas provoke org N9 dgn maki hamun,sumpah seranah,baling botol air dan ada yg menampar org n9 dpn kdi jual baju dan cenderamata(laluan lrt ke stadium)xde pulak nak ulas....

    sorok bwh dlm tong taik mana semua benda tu..jangan sampai pecah bau taik lak..kan susah nak tutup kl dah pecah.

    ReplyDelete
  9. Hehehehe... Salah sendiri kena kat orang lain.. Dah kalah macam2.. menang tak gaduh pulak.. Bola pun dah jadi politik... hahahaha

    ReplyDelete
  10. nasib baaik ko jumpa N9...kalau ko jumpa Selongor masak la korang penyokong Kelantan...

    ReplyDelete
  11. anon 11.48 dan 11.49 yg singkat otak berpikir. tulisan tu xde cerita politik pun. xde tuduhan atas mana2 parti pun yg korang terasa sngt apesal? setakat baju, kopiah, cat ni org x terima dh. kalu ade bukti bg ler nbr ahli PAS diorang baru real dan senang nk siasat.

    ReplyDelete
  12. TB/PR

    kalau la org umno yg buat bai'ah ni..agak2nya ape reaksi TB/PR ..mesti letih tangan naip keyboard duk kutuk org umno..

    bkn TB/PR saje yg akn kutuk,malah pembangkang seantero malaysia akan menyalak,berterpik,melauang kutuk umno sbb jahil..bila dah kena btg hidung sendri bkn main silat dan tai chi...sehingga ke hari ni puak2pas xjumpa pun lg nas atau dalil yg membolehkan bai'ah utk tujuan politik..semua hanya ber retorik kosong semata2 nak tutup kelemahan..

    TB/PR..ni ambo petik dari abe meli kapak jangak
    -----------------------------------
    ""Bagaimanapun kalau tidak silap saya Rasulullah s.a.w. ada menyoal seoang pembesar pada zaman baginda yang mahu diberikan suatu sumbangan. Bila ditanya Rasulullah s.a.w, baginda bertanya apakah kalau si pembesar tadi bukan seorang pembesar, dia akan diberikan sumbangan atau hadiah.

    Kalau bukan sebagai pembesar, maka sumbangan/hadiah itu tidak akan diberikan, maka bila diberikan sumbangan/hadiah, lebih baik jangan diambil/jangan diterima. Pakar hadis tentu tahu ceritanya dan mohon betulkan saya jika saya silap.""
    -----------------------------------

    ni kan pulak org yg taja nik aziz tu memang ada kepentingan dgn tok guru...byk syak wasangka yg akn timbul dan boleh diragui..tapi ble tok guru yg buat semua dihalalkan dan dipandang sebelah mata....


    TB/PR

    dulu tok guru sibuk duk canang yg org UMNO ni amalkan kronisme..tp ble tok guru sendri yg amalkan kronisme tubik pulak dalil dan nas dr tok guru menyatakan zaman nabi dan khalifah dulu pun ada amalan kronisme....(ada jgk stgah2 org duk bunyi bhwa wlpn nik aziz amalkan kronisme tp xsrupo dgn org BN..padahal yg duk oyt tu tahu ke tak cerita pasal arif fahmi pun kawe xth)

    kalau pasal tok guru je mesti xdak wat salah..betul blako tok guru buat..pelik jugak ambo nih,setahu ambo nabi jah yg maksum ni..maknanye gak, xmustahil la kl tok guru bleh buat silap...

    TB/PR...

    ni kawe nak tanya demo...

    kl sampai ke tahap pemikran org2 pas hardcore ni bhwa selipar tok guru tu boleh we berkat lagu mana cerita eh????
    zaman nabi dan khalifah dulu ada ke stail lagu ni???
    kalau ada gak sy bersyukur la sbb ikut ajaran sunnah nabi lagi..
    kl xdok gak kelas2 parok dah ni palo otak puak2pas yg mikir sampi setara tu..

    ReplyDelete
  13. 1 yg gua nk pertikaikan.. klu dh jgka yg penyokong akn buat hal, at least maklumkan awl2 yg polis preman akn di tempatkn bersm2 penonton bg mengesan mn2 penyokong yg buat slh.. Kn bgs camtu, br la org tk berani nk buat ape2 coz tkt kna tgkp.. Ni polis dok letak kt tepi pdg, dok berdiri mcm patung.. Ape ke hal?? bila penyokong buat psl, mula cari persatuan nk slhka.. Bknnya tggjwb persatuan nk didik penyokong..

    ReplyDelete
  14. Aku pun ada di stadium jam 3petang n pihak pengurusan, keselamatan n fam patut dipersalahkan sbb tak cekap sampai kejadian berlaku...

    personally, aku anggap penyokong kelantan masih takde semangat kesukanan walaupun rakyat kelantan matang dalam politik.

    ReplyDelete
  15. hahha...
    aku setuju bangat...

    Ore kelate mmg agak tak matang dalam kesukanan tapi bijak dalam politik.

    UMNO bagi baja..ambik.
    UMNO bagi gula..kacau.
    UMNO bagi duit ambbik.
    UMNO bagi bantuan..rembat.

    BIla ngundi pangkah PAS..

    ReplyDelete
  16. sbb bijak la sampai jadi taksub lajok ko nik aziz...

    sampai selipar nik aziz pun ada org khawarij pas amik sbb kata boleh berkat...

    dah jadi mcm pengikut ayah pin,kahar,al-arqam,... la pulok stail amik2 berkat ni..

    kentut nik aziz xdok ko org pas nak amik wat berkat...

    ReplyDelete
  17. bro tulis jawi
    aku raso org lain semua tak betul..mu sorang jer yg betul...bila ngundi pangkah PAS

    ReplyDelete
  18. hahahha gelakkan penyokong kelantan xde semangat kesukanan..pemikiran kuno asyik tau buat huru hara je....xselesa la tgk bola dlm stadium cmni...xcool langsung....

    ReplyDelete
  19. penyokong Kelantan lebih maju dari penyokong lain ,setaraf penyokong England.Macam anon anon diatas dan penyokong dari tempat anon 2 masih lagi jakun melihat lampu stadium

    ReplyDelete
  20. tahniah pada penyokong kelantan, tanpa penyokong mcm tuh, bolasepak malaysia yang tenat dan lesu dah lama pupus di peta media antarabangsa, bila keluar certa mcm ni, baru orang tau, hebat btol bolasepak di malaysia, penyokong bukan takat puluh2 org je tp puluh-puluh ribu.. hehehe

    ReplyDelete
  21. kawan2 PR. tulisan ni xde kaitan tntang politik. jgn dilayan pencacai BN yg saje2 cucuk supaya kita citer politik dlm tulisan ni..hati2 Joostspring dh x brani pakai name dia lg tp pakai nama anon. ingat Joostspring adelah lidah dan tangan yahudi kt malaysia ni..hati2 dgn fitnah dia.

    ReplyDelete
  22. Blogger مَعهَدين الُمعلمْ said...

    hahha...
    aku setuju bangat...

    Ore kelate mmg agak tak matang dalam kesukanan tapi bijak dalam politik.

    UMNO bagi baja..ambik.
    UMNO bagi gula..kacau.
    UMNO bagi duit ambbik.
    UMNO bagi bantuan..rembat.

    BIla ngundi pangkah PAS..

    haaaa... tang nih...
    akuu stujuu...

    tapi kalau dah sampai padang pun sama macam di gelangang politik, sapa tak bara.
    tengok aje linesman masa first half, sikit2 angkat bendera offside walaupun kadang2 bola nun jauh tengah padang. tapi bila second half malas plak dia nak angkat bendera, sampai yang 2nd gol tu player n9 dekat nk masuk gol dah, tunngu bola tk plak dia angkat bendera.
    takkan sampai linesman pun taik rasuah jugak kot???

    ReplyDelete
  23. agaknyer linesman dh lenguh tngan kot... ha..ha...ha...x pun jeng2...

    ReplyDelete
  24. golok perak

    ape kejadahnyye penyokong kelantan maju....xmasuk akal..
    ko pg tanye org 1 malaysia sape penyokong palg x bertamadun kt msia?budak tadi pun leh jawab "sek2 kelate"

    ReplyDelete
  25. APA PUNYA BODOH PEMIKIRAN PENULIS.BILA RAKYAT KELANTAN BUAT SALAH,SEMUA SILAP KERAJAAN ATAU PENGANJUR.SATU HARI NANTI PENJENAYAH DARI KELANTAN AKAN DIBELA DAN MAHKAMAH AKAN DIPESALAHKAN.KEPADA PENULIS,SALAH TETAP SALAH.

    ReplyDelete
  26. ha..ha... satu lg statement bangang dr pencacai umnongok @ anon 5.01. org bg pandangan dan cadangan..bodoh. bukan mcm ko taat setia membabi buta smpai perasuah yg dh kene tngkap dgn org sendiri jd calon pun korang sokong...inilah hasil pendidikan umnongok lidah dan tangan yahudi kt malaysia..semua ahli jd buta hati dan berhati hitam...

    ReplyDelete
  27. cakap dalam blog je berani.. ceh!! nak pergi stadium takut.. dah memang dasar penakut..

    ReplyDelete
  28. alamk semalam SPRM dh confrm tuduhan keatas DSAI tntang dana tu x btul...beri ler komen sikit wahai pencacai umnongok..takut ker atau malu sendiri. ari tu mcm nk runtuh langit korang menyalak...ha...ha...ha...

    ReplyDelete
  29. kenapa susah2 nak membenarkan yg salah... kalau dah salah...salahlah apa yg nak alihkan pada pihak lain..kalau dah tahu pintu akan dibuka jm 5.30pm kenapa datang jam 3.ptg.. maaf bagi cth kalau orang jemput kenduri jam 12 tup2 datang jam 10 lepas tu komplen nasi tak hidang lagilah apelah....kan bodoh tu... jgn nanti bila rumah sendiri masuk pencuri....pergi repot...salahkan polis kenapa tak ronda kat rumah saya....alih2 pencuri tak salah...polis pulak yg salah.... macam nikah generasi pelapis yg akan memimpin negara...menjahanamkan adalah... very simple...salah tetap salah... penyokong buat hal...persatuan kena bertanggungjawap.... kalau tak setuju...ok lain kali kata si anu yg ngok bukan umno....kenapa salahkan umno...kalau yg bersalah adalah penyokongnya....

    ReplyDelete
  30. bese la FAM...sukan pon nk dipolitikkan..x profesional langsung..!

    ReplyDelete
  31. Aku nak cadangkan kemera khas digunakan untuk memantau aktiviti penonton. jika ada aktiviti yang mencurigakan atau yang mungkin mencetuskan kekacauan cameraman boleh terus zoom terus ke muka penonton yang terlibat dan ianya digunakan untuk mendakwa individu terbabit. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  32. mmg dh rosak,. penyokong kelantan mmg xberakhlak,. memalukan nak ajis jer

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?