Saturday, November 28, 2009

"Hadiah Adalah Rasuah" - Saidina Umar Abdul Aziz

Oleh kerana PAS adalah partai Islam, maka rujukan kita tidak lain dan tidak bukan adalah para Khulafa Ar Rasyidin serta Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima. Dalam permasalahan menerima atau mendapat hadiah dari orang di luar, di bawah dinukilkan sebuah kisah dari Saidina Umar Abdul Aziz. Saidina Umar Abdul Aziz memberikan kita apa hukumnya menerima hadiah setelah kita memegang jawatan yang penting yang melibatkan amanah rakyat.

Kisah saya dapati dari buku berjudul "Kisah-Kisah Islam Anti Korupsi" tulisan Nasiruddin Al Barabassi.

Terjemahannya dari Bahasa Indonesia adalah seperti berikut :

"Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengatakan kepada pembantunya 'Apakah kita mempunyai buah epal? Buah epal ini baunya sedap dan rasanya juga lazat".

Mendegar ucapan Umar, salah seorang ahli keluarga keluar mencarikan epal. Setelah kembalinya ahli keluarga itu, Umar berkata "alangkah sedap baunya (epal)! Dari mana buah epal ini datang?"

Ahli keluarga itu menjawab "Ia datang dari anak pakcik mu. Engkau tentu tahu bahawa Nabi SAW menerima hadiah, tetapi tidak menerima sedekah".

Umar lantas menjawab "Kembalikanlah (epal itu) wahai pembantu ku. Sampaikan salam ku (kepada anak pakcik Umar) dan katakan kepadanya Hadiahnya telah sampai kepada kami sebagaimana dia inginkan".

Umar menambah lagi " Hadiah untuk Nabi adalah benar-benar hadiah, sedangkan untuk kita sekarang hadiah adalah suap (rasuah)".


Imej dari buku ini boleh dilihat di kaki artikel ini.

Jelas saudara/ri sekelian. Saidina Umar Abdul Aziz menunjukkan kepada kita bahawa menerima hadiah pun adalah rasuah. Hadiah kepada Nabi SAW adalah benar-benar hadiah, tapi itupun setiap hadiah yang Nabi SAW dapat, dia akan sedekahkan kembali pada orang miskin dan yang memerlukan.

Cuba bayangkan, bagaimana hadiah yang mahal-mahal boleh diberi kepada pemegang-pemegang jawatan dalam PAS yang taraf mereka tak sampai pun taraf Khalifah, Amirul Mukminin.

Hanya kerana mereka itu Ketua Pemuda Negeri, YDP2 PAS kawasan, Anak MB, menantu MB, EXCO, Ketua Penerangan Pemuda Negeri dan banyak lagi jawatan2 yang kecil2 pun boleh kena "rasuah" mengikut "standard" yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

Saya nak puji PAS Shah Alam kerana saya tahu aktivis2 mereka, terutama yang duduk dalam Ahli Majlis semuanya "makan duit bini" kerana mereka tak sanggup terima duit hadiah dan hadiah.

Mereka aktif dalam PAS 100% dengan berbekalkan elaun ahli Majlis yang tidak seberapa itu, terpaksalah isteri2 mereka mencari nafkah untuk menampung kos perjuangan.

Saya menyokong supaya elaun2 Ahli Majlis dinaikkan 5 kali ganda bagi membentras korupsi. Tapi, jangan sekali2 pemegang jawatan dalam PAS menjual diri mereka murah. Kita ada Saidina Umar Abdul Aziz sebagai rujukan kita.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

p
/s Saya masih terkila bagaimana pimpinan2 PAS Pusat boleh duduk dalam hotel 5 bintang ekslusif di Shah Alam sewaktu Muktamar di Shah Alam baru-baru ini. Kenapa wang tersebut tak boleh dimasukkan dalam tabung perjuangan negeri dan pimpinan2 boleh duduk di hotel2 yang 3 atau 4 bintang.

Lihatlah betapa ekslusifnya hotel2 tersebut. Saya rasa Saidina Umar Abdul Aziz pun tak sanggup tinggal dalam hotel-hotel macam ni.
Tulang Besi

8 comments:

  1. woi parti ke partai

    ReplyDelete
  2. Kali ke2 aku bersetuju dengan ko tulang besi. Teramat ramai pimpinan PAS Kelantan samada peringkat Kawasan, MTD dan Cawangan serta pemegang jawatan kerajaan spt wakil rakyat, exco, lantikan-lantikan politik spt setiausaha DUN, ahli-ahli majlis daerah, tok penghulu yang menerima pelbagai hadiah walhal amat jelas rasuah dari kacamata Saidina Umar Abdul Aziz. Tokey-tokey takkan beri sesen habuk pun kalau mereka semua tidak memegang sebarang jawatan parti atau kerajaan negeri. Gejala ini melanda tak kira samada individu yang berkopiah atau tidak, berjanggut atau tidak, pro-Pakatan atau pro-UG. Rasuah dikatakan hadiah. Sekali lagi aku ulangi, PAS perlukan Badan Hisbah untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menerima rasuah.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa start dengan PAS gannung dapat merintah negeri dulu kala yan g mula dok kat hotel 10 bintang...baguih la kot, orang pas dah ada cita rasa yg tinggi...hehehe

    ReplyDelete
  4. macam mane pulak kalau berkemampuan untuk pergi haji tapi still mintak orang sponsor....

    ReplyDelete
  5. salam, tengok aja ler rumah Tim.Presiden PAS, beliau patut letak jawatan dlm PAS, Saidina Umar R.A, pernah ditegur kerana punyai lebih dari sehelai baju. kepada Tim.Pres PAS, rumah yg ada sekarang, wakaf aja di jalan Allah, pi bina rumah lain yg sama taraf dgn org kampung kat kedah tu. kalau tak nak wakaf, sila letak jawatan dlm PAS, bikin malu aja..pejuang islam kaya2 ...

    ReplyDelete
  6. hangpa kutuk2 PAS,,,nanti hilang kejahatan UMNO bawak pelari duit berbillion2 pulak...salah kita sama2 perbetul,,bukan kutuk sampai ada yang ambil kesempatan...

    ReplyDelete
  7. Saya nak puji PAS Shah Alam kerana saya tahu aktivis2 mereka, terutama yang duduk dalam Ahli Majlis semuanya "makan duit bini" kerana mereka tak sanggup terima duit hadiah dan hadiah.

    SAYA REPLY,
    HA HA HA,
    HE HE HE

    YE KE MAKAN DUIT BINI JE
    TULANG BESI, HANG DOK DIAM-DIAM KALU TAK TAU APE2X

    ReplyDelete
  8. doh palo pas(murSHITdol) sendri pun mkn duit rasuah...

    ank buah ape lg...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?