Sunday, November 29, 2009

"Kolonel Mat" tu Task Force 2010 laa.

Kalau nak sebut Task Force 2010 (TF2010), orang kampung susah nak ingat. Sebab perkataan dia bukan perkataan inggeris yang orang kampung biasa terdedah. Dan memang semenjak august tahun 2009 lagi kita sudah tahu pergerakan TF2010 memang mengarah kepada menjatuhkan Tok Guru. Dan sememangnya nama Ariffahmi telah disebut oleh mereka berulang kali.


Segala penyiasatan dari SPRM ini dimulakan oleh pihak2 JPM atas respon kepada tindakan Tok Guru mempersoalkan serta meminta 3 orang agen perpaduang di Pusat dibersihkan sama sekali.

Dan yang amat mereka takut adalah agen utama mereka, yakni di Selangor itu, terkorban dahulu. Ini kerana beliau adalah komponen kepada perancangan mereka yang paling utama kerana tanpa beliau perancangan TF2010 akan menemui kegagalan.

Bagaimana mereka boleh menambah sokongan mereka di kalangan perwakilan dan pimpinan2 PAS Kawasan kalau tanpa "pengeras" dan "pengeras" itu hanya boleh datang dari wakil Selangor mereka.

Demi melemahkan usaha membuang wakil Selangor TF2010, maka isu Ariffahmi ini DIPERCEPATKAN meletupnya. Jadi, diharap orang akan melupakan isu pembersihan geng perpaduang dari PAS Pusat.

Sekarang nampaknya seperti Tok Guru berada dalam keadaan bertahan. Apa yang diharapkan oleh TF2010 dan geng Perpaduang adalah supaya isu kejahatan geng Perpaduang tidak lagi diingati oleh para perwakilan dan ahli PAS.

Bagi saya, Tok Guru mesti naikkan kembali isu pembersihan Geng Perpaduang ini demi menyelamatkan PAS.

Kemelut Kelantan dan "geng Perapaduang" di PAS Pusat adalah sepupu sepipit. Mereka adalah saling terkait dan kaitan mereka terletak di Jabatan Perdana Menteri.

Ia bukan isu yang berpisah antara satu sama lain. Maka Tok Guru tidak boleh menjadi lemah semangat atas isu PMBK ini. Ini kerana "target" utama TF2010 adalah di PAS Pusat dan bukannya Kelantan.

Kelantan adalah satu "diversion" semata-mata. Yang paling utama adalah menyelamatkan 3 agen Perpaduang yang telah dinamakan oleh Tok Guru dalam entri blog beliau tempohari.

Jangan hilang hala tuju, wahai Tok Guru. Pembersihan geng Perpaduang di PAS Pusat wajib diteruskan demi menggagalkan perancangan UMNO dan Barisan Najis.

Juga, artikel dari Kickdefella itu bagus kerana tujuannya untuk melindungi imej arwah bapanya. Tapi saya yakin, Tok Guru tiada niat untuk menamakan bapa Kickdefella sebagai dalang di belakang konspirasi ini.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

17 comments:

  1. yg byk org kampung dan pemikiran org kampung ni byk kt kelantan jerrr...
    hehehe

    ReplyDelete
  2. dedah jangan tak dedah! bongkarkan kewujudan taskforce 2010 ni supaya rakyat tahu dakyah umno untuk menjatuhkan pas dinegara ini. blogger perlu menyiasat hingga kelubang cacing tentang hal ini. nampaknya tindakan tatatertib yang akan dikenakan kepada hasan ali and geng semakin dilupakan?

    ReplyDelete
  3. Jemaah pas kat sini kena beringat sikit bila puak gerombolan atau cybertroopers licik cuba memecahbelahkan PAS dalam isu UG,menantu TG Nik Aziz.
    Barangkali terdapat kerisauan jika Pakatan Rakyat berjaya didaftarkan dan TG Nik Aziz jadi peneraju atau ikon Pakatan Rakyat.
    Tuntutan royalti minyak dengan Kuli sebagai ketua kaukus menyentak terus jantung puak gerombolan.
    tak heranlah kena TG Nik Aziz diserang.ketika inilah jemaah PAS perlu bersatu dan menyerang balas dengan menjawab komen tak bermaruah dan jijik oleh sesumpah yang menyamar ahli PAS di setiap ruangan komen blog pro pakatan rakyat sedang mereka giat jadi batu api.
    marilah kita bersama-sama pertahankan parti dari diserang algojo-algojo politik ini yang cuba mendapat political mileage jika dun perak dibubarkan

    ReplyDelete
  4. emm salah kot telahan kau TB..tok guru sendiri pertahandkan haji hadi(ketua geng kerajaan perpaduang)..

    tak percaya? baca kat blog pria nih..

    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/11/saya-tidak-halal-dunia-akhirat-tok-guru_28.html

    “Jadi mereka cuba runtuhkan kedudukan ambo (saya) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui sebaran di internet dan sebagainya”. Katanya semasa berucap pada majlis penghayatan Hari Wuquf di Pusat TarbiahIslamiah (PUTIK), Pangkalan Chepa hari ini.

    ReplyDelete
  5. ketahui tulang besi ni salah seorg drpd askar semut TF2010. bagi kita UG telah selesai lama dulu dah.. ketahui lah tak kira apa nama dia.. kerja mereka utk memecahbelah pimpinan, mula2 difitnah lebih2 UG kemudian Husam dgn TGNA dan kemudian dan sekarang ini TGAH dgn TGNA pulok..

    slogan mereka ialah membersih PAS daripada anasir2 jahat, dan sebenarnya mereka ini lah anasir2 nye.. hahaha sudah lah TB..

    logik ke TB dan rakan2 yg sewkatu dgnnye pulak nok ngajor pimpinan PAS cam ne cara nok tadbir PAS? lama mana dah TGNA dgn TGAH menerajui PAS selama ni kita tak de masalah pun dgn mereka.. ni datang lok baduk tah dari mana asal usur mereka nak mengajar kita cara berjalan pulak.. mengigau ke sawan?

    ReplyDelete
  6. aku setuju yg nik aziz pon pertahan hai awang dari gerombolan kolonel mat

    pada ku ask force 2010 tu tak wujud. tu cuma imiginasi sekumpulan manusia pendek akal yang mahu tunjukkan kononnya mereka mempunyai kuasa menentukan jatuh bangun pas. hakikaatnya mereka ni termasuk tb adalah ahli pas haprak

    kolonel mat tu cuma kisan kepada agenda menjatuhkan kerjaan islam kelantan. kickdfela mungkin, tb pun mungkin, husam juga mungkin, nik amar mungkin juga. senanganya siapaa yang ada sumbangan memporakperandakan [as dialah kolonel mat tu

    nasihata aku pada semua, buat apa le dipercaya manusia ahaprak macamm tulang besi ni. dia asyik berlagak dengan gajinya 10k n jawatan sbg kuli kepada pesuruhjaya pas selangor, tp tgk le sendiri apa sumbangan dia untuk pas

    kalau dia ada msalah dengan pemimpin tertentu dalam pas selangor, itu hal peribadi dia dan tak patut kita semua diheret

    tb mmg haprak

    ReplyDelete
  7. Biarlah cerdik sikit orang-orang PAS ni! UMNO tu selamanya musuh politik PAS. Takkan mereka dok diam tengok PAS dan PR terus kukuh. Mereka mesti ada rancangan besar macamana naka porak-perandakan PAS dan PR. TF2010 ini adalah usaha licik mereka. Jgn terpedaya dgn puak-puak perpaduang ini. Mereka sebenarnya yang bertungkus lumus mencari jalan untuk menjatuhkan Tok Guru kerana ia penghalang besar pada cita-cita mereka. Tuan Guru Ustaz Hadi tak pernah masuk kumpulan perpaduang cuma ia dipergunakan mereka melalui Che gu Pa. Cuma tengok kenapa isu MPKB yg membabitkan Takiyuddin langsung tak dimain oleh akhbar pro-UMNO?

    ReplyDelete
  8. saya setuju pendapat anon 6.34am. ahli pas mesti celik dan pintar untuk menangkis serangan yang dilakukan oleh umno. usah terpedaya lagi dengan hujah yang cuba melemahkan pas!

    ReplyDelete
  9. Singkirkan sahaja geng2 perpaduang. Di Terengganu rata2 rakyat jelata di sini menyokong perpaduang UMNO PAS kerana mereka bersifat anti Cina dan India yg sgt2 totok. Mereka adalah golongan Melayu yg sgt tidak terbuka kerana tak ramai Cina dan India di Terengganu. (tak open minded-katak bawah tempurung).Mereka berpendapat PAS terlalu leka dan dipergunakan oleh barisan Pakatan rakyat terutamanya DAP dan PKR. Bagi mereka UMNO dan Mat Said lebih baik dari Pakatan Rakyat. Itu yg saya dengar setiap hari bila bersembang dengan(dengan tujuan mengorek fakta)masyarakat Tganu di sini...Hati-hati dengan geng perpaduang kerana mereka sangat bisa menikam dari belakang...budaya orang Terengganu..nakut depang

    ReplyDelete
  10. Singkirkan sahaja geng2 perpaduang. Di Terengganu rata2 rakyat jelata di sini menyokong perpaduang UMNO PAS kerana mereka bersifat anti Cina dan India yg sgt2 totok. Mereka adalah golongan Melayu yg sgt tidak terbuka kerana tak ramai Cina dan India di Terengganu. (tak open minded-katak bawah tempurung).Mereka berpendapat PAS terlalu leka dan dipergunakan oleh barisan Pakatan rakyat terutamanya DAP dan PKR. Bagi mereka UMNO dan Mat Said lebih baik dari Pakatan Rakyat. Itu yg saya dengar setiap hari bila bersembang dengan(dengan tujuan mengorek fakta)masyarakat Tganu di sini...Hati-hati dengan geng perpaduang kerana mereka sangat bisa menikam dari belakang...budaya orang Terengganu..nakut depang

    ni sekor lagi agen musuh.. jangan duk percaya sangat.. org PAS teganu dok hairau pun penda org kata ke pemimpin, dan kami dok pernah menyokong perpaduang UMNO PAS, selagi UMNO tidak mengubah perinsip perjuangan dia, wak tu jelas.. sologan dia klu kita tanya adalah sama.. membersih PAS dari anasir UG.

    ReplyDelete
  11. bro... lu masuk SINI, jangan tengok video... karut je video tu... baca description kat tepi tu... cuba korek sikit pasal tu... tengok budak sperma nak pegi siat-siat tak...

    ReplyDelete
  12. wirautama... patut la PAS berjaya memerintah terengganu sampai hari ni tak pernah kalah ye...

    ReplyDelete
  13. wirautama... patut la PAS berjaya memerintah terengganu sampai hari ni tak pernah kalah ye...

    tak yah nak berkias2 kita tahu di teganu kita selalu kalah, tapi ALLAH tak tanya kita dlm perjuangan kita menang ke kalah, yg dia tanya kita berjuang ke tidak.. klu menang tapi berpecah belah wak natang menda, baik kalah tapi bersatu.. faham dok?

    ReplyDelete
  14. Saya sokong wirautama yang penting perjuangan bukan menang kalah.. tapi bila kalah meroyan satu dunia
    Saya amat bersetuju kalu semua PAS dan UMNO bersatu.. Makin perkasalah islam di Malaysia.. Namun ada puak-puak yang dendam, dengki dan gila kuasa. Itulah emosi yang bermain di darah orang-orang PAS ini. Kalu dah tau kalah wakpa nak beria-ria.. buang duit, buang masa, silap-silap tambah dosa

    Bersatu kita teguh
    Bercerai kita rapuh
    Mana janji-janji nak menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.. ?

    Mengapa perlu bersandar kepada DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara islam ?

    ReplyDelete
  15. wirautama,
    baik pade menang pas tu pakat duk bagi-bagi duit sama sendiri pas tu orang dah tak percaya... terus tak menang-menang... sampai orang sanggup je duduk ngan bangunan runtuh sana-sini dari duk bawah geng faraid duit sama sendiri tu...

    berjuang tu ikhlas dah ke sekarang? ada macam dulu???

    jangan jadi macam cerita tok lebai ngan syaitan penunggu pokok dah la ye... heh!!!

    bila menang punya la kutuk orang tu, kutuk orang nih... ubat habis tempoh la... dinosor la... bila kalah... baru kelat muka tu...

    jangan sampai orang dedah satu-satu lepas ni dah la... dengar-dengar dokumen tu dah dikumpul... tunggu masa nak siar je... hahahha...

    ReplyDelete
  16. satu lagi... betul la macam ko kata... taim kalah... buleh bersatu... takde la sibuk ngan berkendak dengan amnu... ni bila menang, mula la besar kepala... pas tu sibuk la nak berkendak ngan amnu tak abis-abis... hahahahah...

    ReplyDelete
  17. PAS bukan jemaah ISLAM,PAS hanya sebuah parti politik,Sebab tu lah kebanyakan individu2 dalam PAS berjuang atas maksud dunia sama saja mcm BN..Jadi kalau pemimpin dalam PAS menang pun takde jauh beza sangat dgn pemimpin UMNO yg ada sekarang.Contohnya kita dapat lihat pemimpin2 PAS di Selangor.Kesimpulannya,aku memang dari dulu tak pernah sokong PAS,cuma aku sokong PAKATAN RAKYAT.Bagi aku PAS hanya guna agama demi kepentingan politik peribadi pemimpin2 dan individu2 tertentu.Kalau betul lah pemimpin dikalangan PAS ni berjuang demi agama..Kenapa org2 yg terang2 mengkhianati perjuangan mereka tak disingkir kan?atau pemimpin2 berkenaan letak saja jawatan?sebab mereka kata berjuang demi agama.Sekarang mereka ini telah manjadi asbab fitnah kepada islam itu sendiri.JAdi kalau benar2 ikhlas berjuang utk agama...LETAK JER JAWATAN..org utara cakap TAKDAK HARI..sorry lah depa nak letak jawatan..sebab benda tu yg depa ligan pun...cuma duk wayang guna agama jaa...supaya org sokong...antara yg jelas menunjukan sifat gila kuasa ni adalah GENG2 perpaduang..CETT..wayang semua..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?