Saya mengenali nama-nama yang disebut secara langsung dan juga yang terlibat dalam mempertahankan mereka-mereka yang "dinamakan" sebagai "geng jahat" dan juga "geng baik" didalam krisis PMBK sejak berakhirnya PRU-12 kebanyakannya secara kebetulan.
Maklumlah, blogger-blogger "kokak" macam kami tiada tempat dalam dunia mereka-mereka yang "mahsyur".
Pada saya pula, mengenali nama-nama yang disebut secara dekat adalah satu peluang untuk memahami diri masing-masing. kita selalu mendengar berbagai cerita keburukan sipolan-sipolan sekadar dari mulut ke mulut dan biasanya yang rajin bercerita ini ialah mereka-mereka yang tidak sehaluan dengan sipolan-sipolan.
Lumrah manusia, lebih berminat bercerita keburukan sipolan-sipolan bila bersembang dan itu adalah normal bagi mana-mana manusia bergelar "insan". naluri untuk bercerita datang kerana sebenarnya ingin meluah perasaan tidak puas hati.
Bila kenal secara langsung, baru kita tahu, bagaimana sebenarnya sipolan-sipolan yang pada awalnya kita hanya kenal "keburukannya" sahaja. itu lumrah. sebab itu ada pepatah - "tak kenal maka tak cinta" (ini bukan pepatah untuk kalangan yang berminat pada hubungan sejenis..!).
Balik pada isu pokok, krisis dalaman PMBK.
Saya mula mendapat maklumat adanya krisis di Kelantan sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh dari seorang kenalan di Kelantan melalui sembang YM (sayang ketika itu saya yang tak pandai IT ni tak tau bahawa semua komunikasi YM blh disave, kalau saya tau, dah lama saya save untuk dipublish pada hari ini).
Pada ketika saya berada di Perak dan berada bersama geng-geng BloggersNetwork@Perak, ada saya ceritakan "khabar" tersebut kepada sahabat-sahabat di Perak dan kebanyakan dari kami tidak percaya akan "khabar" tersebut.
"Khabar" tersebut akhirnya tamat disitu sahaja tetapi saya masih curiga dengan penyampai tersebut tetapi saya juga tidak berminat untuk menyiasat kesahihannya pada ketika itu lantaran ingin fokus pada tajuk utama ketika itu iaitu Krisis Perlembagaan Perak.
Walaubagai manapun, setiap kali saya pulang ke Kelantan, pasti saya akan mendapat berbagai berita yang berlainan "kisahnya" dari rakan-rakan di Kelantan. saya masih terfikir, siapakah "mastermind" dalam permainan ini..?
Masih juga saya mengambil pendirian untuk tidak masuk campur atau mengulasnya dalam tulisan-tulisan saya kerana pada ketika itu saya masih tidak yakin untuk mengulasnya seperti hari ini. maklumat pada ketika itu masih kabur tetapi seimbang... ada pro dan ada kontra. kedua-dua pihak baik dan kedua-dua pihak jahat. itu kata hati saya.
Saya tertarik dengan "hentaman" salah seorang rakan yang cenderung mempertahankan salah seorang yang saya kenal pasti sebagai antara "mastermind" dalam krisis ini dan "hentaman" tersebut bagi saya bersifat "pembunuhan karektor"...
Saya berada 1 kapal dengan Syeikh sewaktu kami menyertai Ekspidisi Royalti Minyak: Pelantar Cakrewala dan sepanjang masa saya dan juga Syeikh berada diatas dek atas kapal yang kami naiki, berpanas berhujan diatas sana hanya berselimut langit.
Demi Allah saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa Syeikh juga menunaikan solat seperti muslim yang lain. tidak ada cacat cela tertib ketika Syeikh bersolat dalam keadaan duduk antara 2 sujud sepertimana anak-anak kapal yang lain bersolat. saya yakin peserta-peserta yang lain juga nampak Syeikh menunaikan solat ketika itu dan tuduhan bahawa dahi Syeikh tidak pernah mencecah sejadah adalah 1 tuduhan yang jahat.
Banyak serangan-serangan pada mereka-mereka yang namanya disebut sebagai "geng jahat" dalam krisis PMBK dinyatakan secara semborono sebenarnya dan pada ketika ini, saya tidak berminat untuk mempertahankan mana-mana individu berkaitan kecuali satu sahaja iaitu tuduhan terhadap Syeikh seperti yang saya jelaskan diatas.
Lain-lain persoalan, saya biarkan menjadi tanda-tanya dan biarkan ianya tergantung. bukan nak sembunyikan apa-apa, tapi biarlah mereka-mereka yang saya fikir "tersalah haluan" mencari sendiri kebenarannya dan sekiranya apa yang anda temui, berlainan dari apa yang anda dapat sebelumnya, rasanya masih belum terlambat untuk membuat pembetulan.
Aku agak kecewa jugak bila aku perhatikan nama-nama besar dalam dunia cyber terpedaya dengan "pemaklum-pemaklum" dan aku tak salahkan rakan-rakan cyber aku sebab aku cukup-cukup faham situasi. bukan mudah nak tolak "maklumat" yang datang dari orang yang "paling rapat" dengan TGNA kan..?
Teringat pulak aku bilamana Hasan Ali pun guna "kaedah" yang sama... sikit-sikit Sultan nak, sikit-sikit Sultan nak... yang ni pulak, sikit-sikit TGNA nak, sikit-sikit TGNA nak...
Dulu aku pernah jugak hampir terpedaya dengan "kaedah" macam tu... tapi bila aku fikir balik lojiknya - kalau apa yang kau cakap tu cukup kuat dan berfakta, kenapa masih nak bersandar pada satu nama yang hebat..? Ezam pun pernah guna "kaedah" ni jugak masa dia dalam PKR dulu...
Fikir-fikirkan...
Ada kawan bertanya pandangan aku dalam krisis PMBK ni dan aku jelaskan secara mudah tapi agak panjang. pada aku, lebih baik aku jatuhkan sorang individu yang masih muda dan punya masa depan yang banyak untuk belajar dari kesilapan dan pengalaman naik turun dunia daripada aku jatuhkan seorang yang kita tahu dia memang terbukti telah berjaya sebagai seorang pemimpin.
Secara jelas tanpa berselindung. lebih baik aku selamatkan sebuah Kerajaan daripada aku selamatkan seorang individu. untuk menyelamatkan sebuah Kerajaan, aku perlu undurkan atau bahasa kasarnya "jatuhkan" Ariffahmi. hujah aku mudah. jika Ariff berundur dari PMBK, TGNA dan PAS Kelantan boleh saja seperti biasa menguruskan pentadbiran negeri Kelantan seperti biasa.
Lebih lama Ariff berada dalam PMBK, lebih banyak masalah akan datang dari musuh-musuh yang selama ini laparkan isu untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan. masa keemasan akan tergadai dengan berbagai gangguan dan "persepsi" (lagi-lagi persepsi) pemerhati..? faham-fahamlah...
Jadi apa langkah rakan-rakan seterusnya..? masih mahu menjadi "tembok" yang mempertahankan UMNO..?
Salam Perjuangan...
"Berkata Benarlah Walaupun Pahit"
Kita tunggulah berita Ariffahmi ni letak jawatan dari PMBK. Perletakan jawatan ini akan mengurangkan fitnah2 terhadap TGNA dan Pemimpin Kelantan yg lain yg sebelum ni tidak ada selisih faham berlaku kecuali akhir2 ini. Ada baiknya perkara2 selisih ini timbul awal, kerana dari peristiwa ini, PAS akan dapat melihat dengan jelas kelemahan2, pemimpin fraksi, pemimpin mementingkan diri sendiri dan keburukan2 tersembunyi. Ini sangat penting bagi menghadapi PRU13 dan cabaran menghadapi fitnah2 alam cyber. Selamat sejahtera saudara Hussam Musa!
ReplyDeletepersoalannya kenapa kickdefella beberapa kali ternyata membuat kenyataan palsu dalam isu ini?
ReplyDeleteantaranya : beliau mengatakan
Perletakan Jawatan CEO PMBK…
TGNA Minta CEO PMBK Letak Jawatan…
CEO PMBK Menolak Permintaan TGNA…
Berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui..
Setakat maklumat sahih yang saya terima pada pukul 6:30 PM, berita- berita di atas adalah tidak benar dan Palsu.
………………………………………………………………………………..
ini jawapan dr PINK TURTLE
http://pinkturtle2.wordpress.com/
Kemaskini… 8:30PM
- setakat berita ini ditulis (8:25PM) TGNA berada hampir 10 meter dengan saya .
- CEO PMBK ke Kuala Lumpur kerana Mesyuarat bersama Peguam . Pemergian ini dalam pengetahuan TGNA.
- Dalam Masa yang sama untuk menghantar anak bongsu TGNA Nik Asma Salsabila ke Mekah.Turut hadir sama dalam rombongan ke KLIA ialah Datin Tuan Sabariah dan isteri CEO PMBK .
fikir2kan..dizaman fitnah ini.golongan munafik sungguh susah hendak dikecam.
Bukan pelik, tetapi ia tetap janggal. Mengapa saya katakan begitu?. Sebabnya masih ramai di kalangan orang kita (Melayu/Islam khususnya) bagaikan masih belum mampu menerima bahawa mereka yang berjubah, berserban, berimej warak dan digelar Tok Guru pun adalah manusia. Maksudnya, mereka tidak terlepas daripada salah dan silap.
ReplyDeleteAnehnya, tetapi bukanlah mengejutkan apabila pemikiran orang kita terlalu taksub terhadap mereka yang dipanggil Tok Guru. Seolah-olah manusia seperti itu tidak melakukan kesalahan langsung.
Jika saya boleh berikan pandangan mengenai isu penajaan menunaikan Fardhu Haji kepada MB Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Saya panggil Tok Guru bagi menggambarkan apa yang saya maksud di perenggan pertama tadi). Kalaulah pihak yang sudi menaja itu menaja Perdana Menteri kita ke Mekah, anda tentu faham apa yang Pas bakal jaja. Habis seluruh pelusuk Negara mereka menjaja kononnya pemimpin UMNO rasuah dan sebagainya. Mengapa?. Kerana PM kita adalah bukan Tok Guru walaupun ilmu dan kepintaran beliau jauh lebih baik berbanding Nik Aziz.
Sesiapa sahaja yang dikaitkan dengan UMNO dan disebut atau dikaitkan dengan penajaan boleh dilabelkan sebagai rasuah atau perasuah oleh Pas. Bagaimana dengan kes Nik Aziz. Oh tidak!... Nik Aziz mana ada rasuah sebab dia kan seorang Tok Guru, seorang ulama, takkan dia sanggup terima rasuah.
Maka pemberian itu dan persetujuan menerimanya (Sebelum keputusan membatalkan pemergian ke Mekah) tidak langsung diusik sebagai rasuah kononnya kerana ia melibatkan soal nak cari berkat dan sebagainya. Nah!, itu bila melibatkan orang yang dipanggil Tok Guru.
Apa yang hendak saya lontarkan ialah cara kita berfikir. Mengapa mesti kita terlalu taksub terhadap seseorang sehingga kita lupa bahawa dia juga adalah manusia biasa. Apakah Islam menganjurkan sedemikian rupa?. Akibat daripada inilah, maka pemikiran umat Islam mudah dipesongkan, apatah lagi yang ditaksubkan itu ialah orang politik yang sudah tentu setiap kenyataan, tindakan, keputusan dan tingkah lakunya pastinya berteraskan kepada kepentingan atau pertimbangan politiknya. Dan, yang jelas, sudah pasti bahawa apa yang diputuskan itu BENAR.
Jelas, kita wajar dan kena berubah dalam soal persepsi serta sifat taksub ini. Contoh yang saya sebutkan tadi menggambarkan betapa kita TIDAK BERANI menyalahkan orang yang selama ini dipanggil Tok Guru kerana di fikiran kita telah tetapkan bahawa seorang manusia yang dinamakan atau digelarkan sedemikian seolah-olah tidak mungkin melakukan kesilapan. Hakikatnya, kitalah yang silap dalam menilai. Itu jelas.
Saya bimbang, hal ini kita terus bersarang di dalam diri umat Islam, ia bakal mendedahkan mereka diperalatkan oleh pihak yang berkepentingan. Akhrinya, yang rugi ialah umat Islam itu sendiri.
Saya berharap, kita sama-sama fikir mengenai perkara di atas demi agama kita, diri kita dan masa depan generasi kita.
poyo la lu ni topeng babi...lu mula stat ada blog ni ble eh?????
ReplyDeletecerita lu ni ikut stail RPK si pemutar alam...kencing and berak je kau tahu...
cuba kita fikir dan renungkan..
ReplyDeleteSiapa kickdefella..?
Siapa pinkturtles..?
Siapa 'saynotomunafiqeen'?
Anda kenal mereka? Tahu nama sebenar mereka?
Pernah lihat rupa/muka mereka?
Siapa di antara mereka yg terpampang nama dan wajah..?
Jika di pihak yg benar, sila tampil beri penjelasan..!
Sama2 kita nantikan siapa yg benar, siapa yg tidak benar.
Lawan Tetap Lawan