Thursday, November 05, 2009

Mahaguru58 Mengikut Tariqat Sesat..?

Pertamanya, terima kasih atas pendedahan yang dibuat oleh saudara Nizam Mahmud. Saya merasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana tugas setiap Muslimin dan Muslimat mendedahkan segala amalan bidaah dan sesat yang berlaku dalam masyarakat kita.

Juga, blog Mahaguru58 ini juga adalah blog yang ramai mengunjunginya. Blog beliau juga dipenuhi dengan doa2 dan kata-kata hikmah yang dipetik dari Al Quran dan Hadeeth Nabi SAW. Ertinya, bagi yang tidak mengetahui, mereka akan mudah mempercayai kononnya Mahaguru58 ini adalah pejuang Islam dan memperjuangkan keagungan Islam.

Namun, apabila akidah seseorang itu rosak, tidak kira berapa besar serban yang dipakai atau berapa putih jubah yang menyelimuti tubuh, orang itu tetap sesat dan tidak boleh diikuti.

Mengikut pendedahan Nizam Mahmud, Mahaguru58 ini mengikuti sebuah tarikat bernama “Tariqat Naqsyabdi Al Aliyyah . Ini diakui oleh Mahaguru58 sendiri dalam artikel yang beliau sendiri tulis. (http://mahaguru58.blogspot.com/2006/07/tariqat-naqsyabandiah-sufi-mureeds.html).

Pada waktu yang sama, Nizam Mahmud memberi sebuah “link” berkaitan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaaan di atas tariqat sufi ini di sini:(http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06556.html)

Mengikut link yang diberikan oleh Nizam Mahmud :
  • “Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
  1. Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
  2. Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar"
Kalau Benar Mahaguru58 Masih Mengikut Tariqat Ini, Minta Beliau Bertaubat

Saya tahu, pergerakan tariqat ini cukup kuat dan ahli mereka semakin ramai. Tapi, itu bukan alasan untuk meneruskan penglibatan di dalam Tariqat yang sudah didapati sesat ini.

Saya menyeru, sekiranya MAhaguru58 masih lagi menjadi ahli Tariqat ini secara aktif untuk bertaubat dan meninggalkan tariqat ini sama sekali.

Ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan adalah mereka yang pro kepada Tariqat juga. Jadi, mereka bukan Salafi yang menolak semua tariqat. Ertinya keputusan Majlis Fatwa ini adalah kerana Tariqat Sheikh Nazi mini telah sampai ke tahap yang sangat teruk dan menjejas akidah.

Kalau Mahaguru58 hanya mengikut majlis zikir mereka dan tidak mengikut fahaman serta akidah pengikut tariqat ini, maka saya bersyukur dan menarik balik nasihat saya bagi beliau untuk bertaubat. Saya cuma meminta Mahaguru58 untuk jangan lagi mengikut amalan serta aktiviti Tariqat Naqsyabandi Al Aliyaah ini.

Apa yang saya buat ini ada dua sebab utama :
  1. Menjaga akidah umat Islam seluruh dunia supaya jangan tersangkut dengan tariqat yang menjejas akidah.
  2. Menasihati mereka2 yang sudah terlibat supaya bertaubat nasuha.
Wallahualam bissawab.

Tulang Besi

Ps Terima kasih pada Saudara Nizam Mahmud yang telah membuat kajian.

16 comments:

  1. bukan setakat mahaguru58 yang perlu kau suruh bertaubat mahaguru n ajis juga patut kau tegur supaya suruh bertabat nasuha, dia tu lagi banyak menyesatkan orang... terutama orang yang buta agama macam kau...

    n ajis!!! khaaak thuii....

    ReplyDelete
  2. Blah la Det!!
    Khak tuih kan tok guru ye,
    Agaknya kau ni la yang kencing gambar tok guru tempoh hari kan.

    ReplyDelete
  3. org mcm ko pun kena byk bertaubat juga...

    melemparkan fitnah dan kata² nista kepada pimpinan sendiri...

    menjadi agen pemecahbelah sesama jemaah...

    artikel yg Ust Tuan Ibrahim Tuan Man tulis ni mcm kena sgt dgn ko http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=23107&Itemid=1

    satu lagi Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) akan mengadakan Konvensyen blogger PAS http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=23110&Itemid=1 bertujuan utk mengatasi budaya fitnah dlm media baru, ko ( Tulang Besi ) tak nak join ker...

    Topeng Perak tak boleh sbb dia bukan ahli PAS...ari tu kata nak join DAP..err dah daftar belum?

    ReplyDelete
  4. kalau JAIS yang kata sesat, aku was-wasa plak..apa pon terpulang pada pandangan masing-masing untuk memilih jalan hidup.

    ReplyDelete
  5. Ya aku setuju komen ahli pas kemaman....
    sekarang ini dekat Malaysia ramai yang telah sesat...ahli PR sendiri pun masih sesat jalan...tak tahu nak ikut mana satu yang betul..
    hahahahaaa...
    Kalau dulu PAS berjalan sendirian tak lah tersesat...
    Makin besar sokongan makin jauh tersesatnya...
    masing2 nak bagi arahan...
    hahahaa..

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Fatwa dari Jakim tu tak jelas. Nape tak di senaraikan perkara2 yang dikatakan bertentangan dan menyeleweng dari ajaran islam? kalau sekadar buat kenyataan macam tu, semua orang boleh uat hatta budak sekolah sekalipun. mesti ada fakta yang tepat dan jelas kenapa perkara tu dikatakan menyeleweng dan bertentangan dan perlu di hebahkan kepada orang ramai. baru mereka akan faham sebab dan musababnya. ini tidak.... sebab dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan atau pendapat, mesti bersandarkan keterangan bukti, sebabnya, sumber, dan sebagainya yang membuktikan bahawa tarekat tersebut benar2 menyeleweng. Kalau tarekat tu tak menyeleweng tetapi kita katakannya menyeleweng tanpa ada kajian dan pembuktian yang menyeluruh...macam mana? tak pasal2 dapat dosa free.... senaraikan dulu sebab2 yang dikatakan menyeleweng dan bukti2 yang menunjukkan bahawa memang jelas ianya menyeleweng...

    ReplyDelete
  7. Ahli PAS Kemaman,

    Kata nista mana yang telah saya lempar pada kepimpinan PAS.

    Tolong tunjuk?

    ReplyDelete
  8. PAK LEBAI BERJANGGUT SEJEMPUT PAS DAN BLOGER UPAHAN PAS CUMA MELIHAT SALAH ORANG LAIN SAHAJA TETAPI AMALAN MEREKA SEBENARNYA LEBIH TEROK DARIPADA ISRAEL CONTOH NYA:

    Sebuah blog PAS kepunyaan Zainulfaqar Yaacob sini melaporkan sesi pertemuan Hasan Ali dengan ahli-ahli PAS Selangor di Puchung Perdana pada malam November 1hb, 2009.

    Dalam sesi soal jawab, saudara Khairuddin, S/U Badan Perhubungan PAS Selangor ada memberi jawapan kepada soalan dari hadirin. Berikut dilaporkan:


    Beliau menceritakan dalam pertemuan PAS dengan DAP, YB Teresa Koh bertanyakan ura-ura Hassan hendak masuk UMNO. Beliau berhujjah tidak mungkin kerana calon PAS yang bertanding dalam p/raya berbaiah akan jatuh talak 3 jika mereka melompat parti.

    Beliau juga mengatakan wakil-wakil rakyat yang membuat onar dengan melompat parti sebelum ini adalah DAP dan PKR.
    Ini bukan kenyataan tidak bernama tapi bernama. Ini bukan laman blog UMNO yang melaporkan tetapi laman blog PAS.

    Betulkah etika berpolitik hingga mencagar paksa perkahwinan yang suci dan disanjungi Allah?

    ReplyDelete
  9. det khak ptuiih kat muka ko..

    ko fitnah pandai apa bukti n ajis yg ko refer kpd nik aziz tu da buat?

    agak2 la..kurang2 dia lg pandai agama dari hang la mangkok

    ReplyDelete
  10. Tiada insan yang BERHAK menentukan seseorang itu SESAT..kecuali JELAS ZAHIR kata2 dan perbuatan2 sahaja ( Yang tidak dapat ditafsirkan lagi melainkan KAFIR/Sesat seperti tunduk kepada makhluq setaraf tunduk rukuk dalam solat dsbnya...mengutuk TOk Guru ISLAM bukan PAS sahaja...yang JELAS tawadhuk dan WAROK)...tak termasuk DALAM HATI...
    kita tak boleh hukum SESAT seseorang berdasarkan kata2 HATI KITA sendiri..

    Seorang tentera Islam memancong kepala tentera yang mengucap syahadah...Nabi Muhammad SAW marah..lalu bertanya..kenapa kamu bunuh sedang dia mengucap...TENTERA itu berkata: Dia mengucap pura2 sebab takut mati..Nabi bersabda: Adakah kamu tahu apa di dalam HATInya?...yang menjadi HAK Allah sahaja..

    ReplyDelete
  11. pandai betul demo berhujah rakyat berdaulat...

    hbs pas yang kata bkn2 kpd org umno tu ape cerita..kl ikutkan pemikiran nik aziz semua org yg undi umno di malaysia ni xlayak masuk syurga...hanya org pas je yg layak msk syurga...sapa nik aziz nak kata mcm tu????

    ReplyDelete
  12. aku tadi baru aje buka blog mahaguru 58,dia kata pas kelantan tak buat apa2 pun untuk laksanakan hukum ALLAH pun dah lama perintah kelantan,mahaguru ni sebenar nya tak faham siasah,buat dia pas ni serupa mcm umno,kan umno ni memang dari dulu tak ndak islam,umno kerajaan pusat tak habis2 cuba halang bila pas nak laksanakan hudud di kelantan,buta hati dan buta maklumat lah mahaguru 58 tu,jgn nak cuba kelirukan org lain wahai tok guru,lebih baik kalau kau pi berhujah dgn majlis fatwa kebangsaan pasal tarikat kau tu,pasal tarikat kau tu aku taknak komen sebab aku memang tak berapa arif tentang tarikat sbb tu aku taknak komen,tapi kalau kau tak tahu tentang politik kau jgn nak cuba keliru kan org pulak,jgn cakap benda yg kau tak arif,ada faham ke wahai mahaguru.....

    ReplyDelete
  13. aku tadi baru aje buka blog mahaguru 58,dia kata pas kelantan tak buat apa2 pun untuk laksanakan hukum ALLAH pun dah lama perintah kelantan,mahaguru ni sebenar nya tak faham siasah,buat dia pas ni serupa mcm umno,kan umno ni memang dari dulu tak ndak islam,umno kerajaan pusat tak habis2 cuba halang bila pas nak laksanakan hudud di kelantan,buta hati dan buta maklumat lah mahaguru 58 tu,jgn nak cuba kelirukan org lain wahai tok guru,lebih baik kalau kau pi berhujah dgn majlis fatwa kebangsaan pasal tarikat kau tu,pasal tarikat kau tu aku taknak komen sebab aku memang tak berapa arif tentang tarikat sbb tu aku taknak komen,tapi kalau kau tak tahu tentang politik kau jgn nak cuba keliru kan org pulak,jgn cakap benda yg kau tak arif,ada faham ke wahai mahaguru.....

    ReplyDelete
  14. Kalau aku berhujah...aku tuju kepada SEMUA...tak kira PAS, UMNO atau Tariqat...aku ambil dari SIRAH Nabi Muhammad SAW...sebab zaman Nabi Muhammad SAW ...Pas...Umno..belum ada lagi...Tariqat ada TAPI Nabi belum bagi nama TARIQAT...kalau Pas, Umno dan Tariqat SEMUA ikut yang Nabi perentahkan....SEMUA BLOG2 akan tutup tak dapat CARI MAKAN lagi kuh..kuh...kuh..sebab itu IBLIS dan SYAITAN berbadan manusia.. terus2an menjalankan perentan iblis dan syaitan...

    ReplyDelete
  15. Belajar agama islam tak berapa nak sempurna, cerita pulak tentang sesat. Apa benda yang sesat ni...?

    Cuba cerita secara jelas bagaimana nak ukur orang sesat dan orang tidak sesat dalam beragama...?

    Kau semua pandai pertikai tentang kesesatan tapi kau semua tidak pernah nak tunjuk cara jalan yang benar.

    Kau semua yang memberi komen diatas memang sial lagi celaka. Kau memang manusia bangsat lebih bangsat dari babi dalam kandang.

    ReplyDelete
  16. wei cucu panglima babi..

    mu g singapore dulu lpas tu br mu bleh kecek malaysia ni nak ko islam ko dok..jenis otak singkat mu ni..jenis pala msk air

    base khawarij puak2 pas ni..

    wei panglima babi..sejak pas pakat dgn setan + peliwat ni mu ada dgr ko pas cakap pasal hukum hudud????

    bengong punya org,puak2 pas ni oyt nak hudud sbb nak tarik undi jah..base jenis celaka pas ni..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?