Friday, November 27, 2009

Musuh Saya Adalah UMNO dan Task Force 2010, bukan PAS.

Gambar Kiri - Leftenan Jeneral Dato’ Wan Abu Bakar Omar, Ketua kepada Nasharuddin Mat Isa di dalam “Agenda Melayu”- Kickdefella)

Ramai yang memarahi saya, tuduh saya pemecah belah jemaah, tuduh saya pemecah rahsia jemaah, tuduh saya tiada akhlak jemaah. Hanya kerana saya mendedahkan pembohongan serta korupsi beberapa pemimpin-pemimpin PAS yang telah menjual maruah mereka pada UMNO.

Apa yang saya buat hanyalah demi untuk menggagalkan perancangan UMNO untuk merosakkan serta memperkudakan PAS. UMNO berjaya membeli serta mempergunakan beberapa pimpinan2 PAS dan saya menentang pimpinan2 PAS itu.

Usaha saya tidak sama sekali mahu melemahkan PAS atau menjahanamkan PAS. Usaha saya adalah untuk menyelamatkan PAS dan saya bersyukur Allah SWT telah membantu saya sepanjang saya membuka blog ini.

Saya telah pergi di hadapan Kaabah meminta ilham dari Allah SWT samada saya patut meneruskan usaha saya atau tidak. Alhamdulillah, ilham yang saya dapat itu positif menyuruh saya meneruskan usaha saya. Saya yakin Allah SWT akan memberikan bantuan-Nya kepada usaha saya lebih-lebih lagi saya tidak dapat satu sen pun dari mana-mana pihak di dalam melakukan perkara ini. Segala kos saya tanggung dengan rezeki yang saya dapat dari Allah, Tuhan Semesta Alam.

(Siapa Task Force 2010..? sila baca disini)

Fitnah Task Force 2010 kepada PAS Seakan Fitnah Dajjal kepada Manusia

Apabila Dajjal turun nanti, manusia akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Yang Beriman dan Yang Kufur. TIADA MUNAFIK pada masa itu kerana semua yang munafik akan menzahirkan kekufuran serta keraguan mereka.

Begitulah juga fitnah Task Force 2010 ini. TF2010 menggantung “godaan-godaan” mereka dalam bentuk wang, pangkat, populariti dsbnya. Seperti juga Dajjal nanti yang memegang “syurga” di tangan kiri dan “neraka” di tangan kanan.

Setiap yang beriman akan nampak perkataan “Kaf”, “Fa” dan “Ra” di atas dahi Dajjal dan akan terjun ke “Neraka” Dajjal bila diberi pilihan. Yang munafik dan kuffur berebut2 hendak terjun ke tangan kiri Dajjal kerana mereka sangka itu adalah syurga yang hakiki.

Saya baru faham mengapa para Anbiya sejak zaman Nabi Idris lagi berdoa supaya dilindungi dari fitnah Dajjal. Ini kerana fitnah Dajjal ini lebih buruk dari segala fitnah yang pernah dilihat Manusia sebelum ini hatta fitnah Firaun sekalipun. Selama ini saya bertanya-tanya kenapa Nabi Musa berdoa meminta dilindungi fitnah dajjal sedangkan jarak Nabi Musa dengan keluarnya Dajjal begitu jaaaauuuhhhh.

Task Force 2010/UMNO adalah AGEN DAJJAL. Mereka beroperasi dengan “modus operandi” Dajjal dan ada sebahagian kepimpinan PAS yang telah terjun dalam “tangan kiri” Agen Dajjal ini.

Mereka-mereka inilah yang saya tentang habis-habisan.

Mengapa? Kerana saya mahu menyelamatkan PAS dan saya mahu menyelamatkan Islam serta Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

Saya tak rela PAS diperkudakan hanya kerana mahu mengkayakan beberapa kerat kepimpinan PAS Pusat.

Saya memohon segenap ahli dan penyokong PAS supaya mendoakan usaha saya berjaya dan mendapat hasil yang diingini serta saya dan keluarga saya dilindungi Allah SWT hendaknya.

Baru-baru ini di Kelantan adalah seorang itu menulis kononnya Husam Musa adalah sebab Tok Guru Nik Aziz dimalukan. Saya nak tanya si penulis, mana dia dapat kereta-kereta mewah yang dia miliki sekarang ini? Apa income yang dia dapat dan dari mana income itu yang membolehkannya mempunyai kereta2 yang begitu mewah?

Sekian, Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Ps saya dapat maklumat TF2010 pernah cuba untuk “membeli” Tok Guru Nik Aziz tetapi usaha mereka gagal.

Saya juga dapat maklumat ada EXCO PAS kena maki dengan orang Kayangan “kaw-kaw” macam budak kecik kena maki. Kesnya pasal………. nanti lah saya cerita...

16 comments:

  1. mu buak pe nak selamatkan islam kat malaysia nih,islam kat malaysia berkembang dgn baik dibawah umno,bukan macam pas ,kecek je lebih ,abok pong tak dok,mu saja buak bengong nak jadi hero konong...porahhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. islam kat malaysia berkembang dgn baik dibawah umno? wak lu...umno tu yang penghancur islam kat malaysia ni..

    ReplyDelete
  3. anon 2:56 pm
    MALAYSIA terkenal sebagai sebuah negara ISLAM di bawah pemimpin UMNO yang mentakbir bukan PAS 'justru itu yang menghancurkan kemunafiqkan agama dan bangsa melayu malaysia itu sendiri adalah datangnya dari PAS ....... renung2kan lah !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Musuh saya adalah UMNO dan Task Force 2010, bukan PAS -
    teks diatas setelah saya teliti dan membaca berulang kali kesimpulan beritanya 'Indah Kabar Dari Rupa' kes mahu menutup malu sipenulis

    ReplyDelete
  5. PAS = PARTI AJARAN SESAT -
    boleh mengkafirkan sesama islam - pemegang kunci ke syurga - ALLAH pun mencarut - nabi budak kampung dan sebagainya ????????? PAS parti munafiq' inikah ajaran parti yang menegakkan syiar' islam ???????? puiiiiiiihhhhh

    ReplyDelete
  6. anon 2:56

    woi bengong bukan MENTAKBIR la... MENTADBIR, gi masuk kelas dewasa la sekali dengan ajes,suden &ramle
    alif,mim nun wau bunyinya SARKES!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. waddefak negara Islam melaya nih???

    model negara islam mana ko amek??? bodoh bin bangang... patut la amnu sampai mati... bunuh diri je la... terus masuk nuraka...

    ReplyDelete
  8. melayu bebal tnampak-nampak lagi

    ReplyDelete
  9. menyamakan orang islam dengan dajjal..sebenarnya engko tu yang dajjal..jangan nak berselindung di sebalik kemunafikan sendiri..
    apa ingat ngko tu sempurna ke..gerenti masuk syurga..ya lahh, kan pas ada kelab kat syurga tu..
    sudah la nyanyuk!!! jangan nak menyalahkan orang lain, pas parti yang mempermain dan mengkudakan agama islam dan nama ALLAH untuk kepentingan politik, tidak lebih dari itu..bersekongkol dengan yahudi DAP, yang terang terangan musuh Islam no 1..
    Semoga Allah tunjukkan kepada rakyat siapa wajah pas sebenarnya..

    ReplyDelete
  10. kenapa kita duk gaduh pasal siapa yg memperjuangkan Islam. Sedar diri la sikit, bila kita mati nanti org Islam tak kira UMNO ke PAS yg mandi, sembahyang jenazah dan baca talkin kat kita tau.Nak harap DAP @ MCA @ MIC, kalau pasal memerintah negara nak la dia org.

    ReplyDelete
  11. Amno bukan ambek pdulik p0n pasal mengembngkn islam..FAKAP!!Menghancurkannye lagi ada.Teng0k la anak2 muda remaja zaman skrg ni dah la..Dicandukan ngan berbagai2 hiburan yang terlampau2.

    ReplyDelete
  12. ooooo...anak melayu yg rosak..salah UMNO...anak melayu yg berjaya.... beribu-ribu setiap tahun anak melayu jadi graduate tu tak nampak ka!!!...ingineer khalid samad..ingeneer nizar tu bukan ke hasil pemerintahan UMNO??..munafik punya PAS!!!...HIV tertinggi kat Kelantan..penceraian rumahtangga kedua tertinggi juga negeri kelantan...Islam apa macam ni...nak mengajar org sedangkan diri sendiri penuh terpalit najis...anak menantu dapat pangkat..2x5 jer...mana cadangan nak tolong org Melayu kat Penang???mana???..Melayu Pakatan Rakyat kecut telor dengan DAP!!!!!

    ReplyDelete
  13. GILE!!
    yang gadoh pon sesama islam. tak de plak yang komen ni namenye ah meng ke kumaren ke. so sape yang jatuhkan islam? orang islammmmm jgk.

    ReplyDelete
  14. jgn emosional sgt.... yg menyokong puak2 Umngok tu sume ada kepentingan.. paling tak pun dptla seratus 2.. yg duk maki2 tu sumenya jahil sgt2... sbb tu bila di ajak utk berdebat ada saje alasan nk mengelak.. sbb takde fakta n idea.. puak2 umngok ni dr ahli biasa smpai la ke peringkat tertinggi cam si najis tu pasti ada kepentingan. poket kasi penuh dulu baru yg lebih2 tu baru bg kat rakyat..

    ReplyDelete
  15. Ulanyak-ulanyak UMNNO telah berfirman "HANYA UMNO SAJA YANG PANDAI MEMERINTAH NEGARA" Parti2 lain tak pandai. Nak mintak syafaat, jumpa Najib.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?