Monday, November 09, 2009

Pi Em 1Malaysia Bodoh Undang-Undang...

Kata Pi Em -

Kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
  • "Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya.
Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.

Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya.
  • "Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu,” katanya.
Baca dekat bawah ni pulak...

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 144

AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Tarikh Perkenan Diraja : 30 Julai 1974
Tarikh penyiaran dalam Warta : 22 Ogos 1974
Tarikh digunapakai : 1 Oktober 1974

Judul Panjang & Mukadimah

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletak hakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan

Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

Pembatalan Perjanjian 1976

Kelantan mengancam untuk membatalkan Perjanjian tahun 1976 dengan Petronas. Ini kerana tindakan menawarkan WANG EHSAN dan bukannya ROYALTI kepada mereka sememangnya melanggar Perjanjian tersebut. Jika Perjanjian ini dibatalkan, maka hak atas setiap dan semua petroleum dalam zon ekonomi Kelantan menjadi milik Kelantan dan bukan Petronas. Dengan demikian, Kelantan akan mendapat 100% dari pendapatan yang dijana, dan bukan sekadar 5%.

Kerajaan Malaysia tidak menghormati semua perjanjian yang ditandatanganinya hingga menyebabkan pelabur takut untuk melabur didalam Malaysia dan banyak pelabur-pelabur lebih rela melabur di Singapura berbanding Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu faham bahawa adalah menjadi kewajipan kerajaan persekutuan untuk membayar segala yang menjadi hak kerajaan negeri kepada kerajaan negeri yang berkenaan, sebagaimana yang termaktub dalam akta-akta Parlimen dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1957. Perkara yang kini dilakukan oleh kerajaan persekutuan sememangnya tidak menurut perlembagaan dan melanggar semua perjanjian yang berkenaan.

Sumber - Abdul Fatah Karim

5 comments:

  1. Kenapa la orang Melayu ni kadang2 lebih kejam kepada bangsa sendiri daripada bangsa lain? Penuh perasaan hasad dengki kepada bangsa sendiri lebih daripada bangsa lain? Suka melihat bangsa sendiri mundur berbanding bangsa lain? Sabah & Sarawak royalti, Terengganu & Kelantan just wang ehsan...macam peminta sedekah je...

    ReplyDelete
  2. Kerajaan dah luluskan wang ehsan. Apa crita?

    Royalti untuk kononya untuk rakyat. Jadi wang Ehsan diberikan terus kepada rakyat.

    Atau Perisik Rakyat ada dapat sikit komisen kalau dapat duit tu?

    Kau pun bai'ah juga ke nak ceraikan isteri talak tiga kalau keluar dari Pas.

    YB Zulkifli Noordin kata, puak korang ni bertuhankan politik.

    Kenapalah korang tidak mengunakan akal?

    Wallahhualam.

    ReplyDelete
  3. dari mula pengumuman wang ehsan oleh pm najis lagi ramai yg mengaitkan nama awang adek dlm isu ini...
    dan semalam kenyataan terungkap bila beliau mengeluarkan kenyataan di akbar mengatakan itu adalah hasrat murni kerajaan kepada rakyat Kelantan & wang itu akan di salurkan melalui JPP@kroni&co. ternyata jelas penglibatan terus awamg adek dlm isu ini.

    soalnya, kenapa harus disalurkan melalui JPP@kroni&co & tidak terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan?????

    ReplyDelete
  4. kepada anon 9 nov 09:8:25..buka minda, buka mata dan buka hati..cerdik lah dalam liku2 hal berpolitik.

    ReplyDelete
  5. Kenapa yang kalah dalam pilihanraya (Ketua Bahagian UMNO, Ketua Cawangan UMNO dan JPP) diberikan hak mengurus wang ehsan, sedangkan yang menang pilihanraya dan memerintah negeri tidak diberi? Kerajaan negeri bersama2 jabatan2 negeri dibawahnya lah pihak yg berhak dan mempunyai integriti untuk menguruskannya. Mereka juga mempunyai bahagian audit. Ketua2 Bahagian UMNO dan cawangan ni ada jabatan audit ke?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?