Tulang Besi telah mendapat salinan rakaman Dialog antara Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger (UMNO dan PAS). Saya akan mula mengeluarkan rakaman2 ini dalam fasa2 mengikut isu dan kepentingan. Adalah amanah yang diberikan kepada saya mengeluarkan maklumat ini kepada ahli dan penyokong-penyokong PAS.
Saya bercadang untuk melepaskan rakaman2 ini secara berperingkat-peringkat. Ini supaya setiap kali saya buat pendedahan, kita dapat membincangkan isu2 yang dinaikkan dengan lebih mendalam dan lebih jelas untuk kepentingan bersama.
Oleh kerana perjumpaan ini bukan program rasmi parti dan ianya dilakukan dalam kediaman pribadi bukan premis parti, maka program ini tidak tertakluk kepada apa yang kita namakan sebagai RAHSIA PARTI. Kenapa? Kerana ianya bukan program parti.
Dalam perjumpaan tersebut, blogger2 UMNO turut menghadziri program tersebut. Nama2 seperti Sanusi Akramsyah (pembenci Tok Guru dan melakukan dosa qazaf dengan terbuka) dan Mahaguru58 (pengikut ajaran sesat serta pernah mendoakan Tok Guru mati) turut ada dalam majlis tersebut.
Di hadapan karakter-karakter anti Tok Guru dan anti PAS inilah rahsia-rahsia parti didedahkan sewenang-wenangnya. MAlahan kritikan2 terbuka kepada Tok Guru, Khalid etc juga dilakukan dihadapan blogger2 UMNO ini.
Serangan pada Pakatan Rakyat, jangan ceritalah. Menyedihkan. Benda yang diserang pun fitnah.
Isu Pertama: Bai'ah Taklik
Dibawah adalah rakaman berkenaan dengan isu "Baiaah Taklik" yang sekarang menjadi polemik yang cukup kuat di media2. Kita hairan bagaimana UMNO mendapat maklumat berkenaan hal ini dan rupanya sekarang barulah kita tahu sumbernya.
Kalau kedua-dua ni tidak dihadapkan ke JK juga, saya tak tahulah. Saya dah buat laporan rasmi pada JK Disiplin atas tuduhan memecahkan rahsia parti. Tapi nampaknya seperti laporan saya dipendamkan. Saya harap tidak.
Terpulang pada saudara2 untuk membuat penilaian.
(Nota : Untuk pendedahan kali pertama ini saya terpaksa guna kaedah muat turun seperti ini kerana saya terpaksa mendapatkan "converter" kepada format MP4. Dah Youtube sekarang ini tidak iktiraf MP3 format pulak. Satu hal la pulak)
Sila klik disini...
Tulang Besi
ps saya dituduh suka memecahkan rahsia parti. Nampaknya orang yang menuduh itu seperti mengata dulang paku serpih
Sori la TP, yg disebut olih Dr Hasan tu cuma sign borang. Bukan baiah pon. Baiah ni kena sebut. Ni mcm borang akujanji je.
ReplyDeleteDia xde lak cakap tu baiah pas or semua org kena wat. Dia cuma cakap 'kami kena'. 'Kami' ni maybe pas sgor je.
Then dia cakap, 'I think because of the pledge' yg mnyebabkan Kelantan kekal. Meaning, dia sndiri xpasti pas kelantan ade wat.
So, aku rasa ko yg xpaham isu ni beb. Ni jugak mmbuktikan ko TP and TB sbnarnya xpaham isu tp still nak sembang lebat. Ingat beb, setiap benda lu wat arini, ada balasan la kat akhirat.
Sorry..
Dgr gak:
http://tuanibrahim.blogspot.com/2009/11/isu-bai-satu-penjelasan.html
dude... ko wat lam format wmv la... pastu masukkan la kat youtube tu... buleh je... letak la gambar-gambar orang yang pegi berkompot tu..
ReplyDeleteKAH!KAH!KAH! Tak lama lagi akan ada lagi satu isu lebih besar keluar kat sokkabar:
ReplyDeleteRAHSIA ISA SAMAD PENDEK BERBAI'AH DENGAN CUKONG-CUKONG BESAU CINA UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA BARU-BARU INI DIBONGKAR OLEH MENTERI BESAU N9
KAH!KAH!KAH! Haaaa ... ni baru bapak kepada segala bai'ah!! KAH!KAH!KAH!
Kalau Hassan Ali tak sebut komen pasal lompat parti maka tidak timbul pasal baiah sehingga terpaksa menceraikan isteri/suami.
ReplyDeleteOrang yang nak pecah rahsia tidak perlu secara terang-terangan. Cukup sekadar sentuh sikit, raba sikit, cium sikit walaupun tidak batang tidak masuk lubang maka orang akan dapat memahami maksud yang ingin disampaikan.
Apa yang dilakukan oleh Hassan Ali adalah strategi mempertahankan diri disamping mengelirukan pandangan orang terhadap kesetiaan pemimpin PAS terhadap parti.
Kita belum dengar dan melihat pemimpin UMNO bersikap seperti Hassan Ali menceritakan keburukan ahli parti pada orang luar secara bersemuka dengan blogger kawan dan lawan.
Jelas sekali Hassan Ali adalah ancaman kepada parti PAS dan juga dilihat sebagai gunting dalam lipatan kepada Pakatan Rakyat.
Pekara ini hanyalah secebis masaalah tetapi jika kita leka asyik melayan kerenahnya yang suka menimbulkan masaalah demi masaalah. Ada kemungkinan masaalah yang dianggap kecil akan jadi wabak selsema babi.
PKR dan DAP Selangor perlu berwaspada setiap gerak laku orang ini kerana Hasan Ali tidak boleh berlagak sebegitu rupa kalau tiada penyokong dan pencacai dibelakangnya.
Pilihlah satu diantara dua, sokong Hassan Ali atau singkir Hasan Ali...?
Buang saja HA.. dah tak boleh pakai.. rahsia rumah tangga pun nak heboh. Pasai daolam kelambu nak cerita kat orang. masuk umno la
ReplyDeleteBagus TB, kamu setaraf RPK. Memperjuangkan yang hak dan menentang yang batil. Moga2 Allah lanjutkan usia Tuan.
ReplyDeleteSokong Dato' Dr. Hassan Mohamad Ali...
ReplyDeleteTakbir!!!
Allahu akbar!!!