Wednesday, November 25, 2009

Siri Pendedahan Rakaman Dialog Hasan Ali/Nasa Bersama Blogger UMNO/PAS: Tujuan Sebenar Kerajaan Perpaduan (UG)

Dibawah diberikan satu sebab berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan (UG) yang selama ini tidak pernah diberitahu kepada kita oleh mana-mana pemimpin PAS. Yakni, tujuan asal UG ini adalah membolehkan PAS berbincang dengan UMNO. Ertinya, agenda Muzarakah adalah agenda di sebalik agenda UG. Dengan ertikata lain, Kerajaan Perpaduan = Muzakarah = Kerjasama PAS - UMNO di belakang Pakatan Rakyat.

Walaupun Ustaz Nasa kerap kata tiada cadangan langsung untuk bawa PAS masuk UMNO, harus disedari bahawa ini adalah trick juga. Tiada siapa yang kata ada usaha membawa ahli2 PAS masuk UMNO. Apa yang berlaku adalah usaha membawa PAS bersama dengan UMNO dalam satu bentuk kerjasama.

Ustaz Nasa juga cuba untuk menafikan isu UG ni dah mati sebelum Tok Guru mengamuk. Dia kata isu ni dah mati 5 bulan selepas ianya pertama kali diungkapkan oleh Presiden. Tapi, hakikatnya, Tok Guru marah pada kenyataan Nasaruddin yang ini:
Lantaran dari kenyataan Nasa ini menyebabkan Tok Guru menyuruh Nasa masuk UMNO kalau mahu meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan.

Tok guru tahu agenda ini masih hidup dan segar bugar. Tok Guru terpaksa membunuh agenda ini dengan tangannya sendiri.

Sebelum mendengar rakaman di bawah, dinasihatkan supaya mendengar rakaman yang berkaitan dengan bermulanya MUZAKARAH dengan UMNO di sini.

Untuk download sila klik disini. File ini boleh disimpan dalam handphone atau Blackberry

Tulang Besi

3 comments:

  1. Kesimpulannya memang Nasha dan Hassan ali jemput pasukan lawan dan bocorkan rahsia sendiri pada pihak yg bertentangan.Aku ambik contoh sebuah TEAM bola..aku sebagai COACH(jurulatih) dan kwn aku sebagai kapten pasukan kami..jadi sebelum permainan bermula..aku dan kwn aku ni tadi telah jumpa pemain lawan dan bocorkan stratergi kami,dan untuk itu kami dpt imbuhan..kalau dlm bola sepak..ini di panggil RASUAH dan kami akan digangtung dari menyertai mana2 pasukan ..Tapi dlm politik mereka telah dijanjikan dgn jawatan dan sudah tentu pertambahan dari segi imbuhan(MASYuK..).JAdi kita nak panggil apa ni?Kalau bukan pengkhianat...Kalau ikhlas nak berjuang untuk tegakan syiar ISLAM...letak jer jawatan..supaya tak jadi fitnah pada org yg bukan ISLAM..nampak mcm buruk sangat Akhlak org ISLAM yg rupa ini..

    ReplyDelete
  2. Tu bukan bincang pasal kepentingan ISLAM...banggangnya hang nasha...jgn duk kelentong org lah...hang ingat org bodoh piang mcm hang ke??Yg hang duk bincang tu pasal kepentingan politik hang..AKu nak tanya hang nasha. Betoi ka hang berjuang kerana nak tegakkan syiar ISLAM??kalau betoi ikhlas buat kerana agama Lillahi Ta``ala,hang kena lah letak jawatan..sebab hang Nasha,dgn kwn hang si Hassan mat ali dan puak2 hang ni..menjadi asbab org bukan islam makin jauh dari ISLAM.Ni bukan benda main2 lagi..bukan mainan politik lagi..ini dah jadi bab penghalang org dari dekati agama ISLAM.Jadi kalau hang nasha dgn kwn hang hassa ali dan puak2 juak hang takmau juga letak jawatan,Aku mengesyorkan agar sesuatu dapat dilakukan oleh pihak PAS untuk melucutkan mereka2 ini dari jawatan mereka.Aku harap sangat si Nasha atau Ali dpt respon pada tulisan aku ni,atau sapa2 saja dari pentadbiran pasti PAS.

    Anonymous

    ReplyDelete
  3. SOKONG 100%..PIHAK PAS PLS RESPONDS SEGERA PADA TULISAN DIATAS.WALLAHU `ALAM

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?