Thursday, November 19, 2009

Suwardi Yaakob Dibelakang Konspirasi Menjatuhkan MB Selangor

Itu maklumat yang telah diberitahu dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri sendiri oleh beberapa ahli Badan Perhubungan. Dan maklumat dari sumber dalam Wisma Darul Ehsan menunjukkan bahawa adanya dakwaan terhadap Suwardi.

Minta disiasat hal ini. jika benar, perlu ada tindakan segera..!

Persoalannya, benarkah maklumat yang mengatakan bahawa Suwardi Yaakob lah yang telah mengumpulkan segala dokumentasi berkaitan dengan isu pemberian lembu dan kereta MB..?

Minta malaysiakini yang pecah cerita ni - http://www.malaysiakini.com/news/117553 supaya pergi soal si Suwardi ni sekali.

Malahan, Suwardi berada di dalam bilik yang sama dengan Dato Hasan Ali sewaktu pegawai-pegawai SPRM datang membuat penyiasatan. Ini kerana SPRM telah menemuramah semua EXCO sewaktu isu pemberian lembu dan jagaan kereta MB itu diletupkan.

Malahan, selepas Dato Hasan Ali dan pegawai2 SPRM keluar dari bilik, Suwardi dengan bangganya membawa sebuah fail yang cukup tebal dan berkata bukti-bukti dalam fail ini akan menyebabkan MB Selangor tersungkur. Malahan, selepas itu Suwardi telah menelefon Khir Toyo, mungkin mahu memberikan laporan kepada Khir Toyo berkaitan dengan siasatan SPRM ke atas Tan Sri Khalid itu.

Dikatakan juga bahawa tanpa ragu lagi bahawa maklumat2 ini datangnya dari Suwardi Yaakob dengan tujuan untuk menjatuhkan MB Selangor. Dan, Dato Hasan Ali tahu akan pergerakan Suwardi Yaakob ini kerana Suwardi Yaakob memberi “briefing” pada Dato Hasan di Pejabat Exco Selangor di Wisma Darul Ehsan.

Benarkah dakwaan ini dan
kita minta disiasat hal ini. jika benar, perlu ada tindakan segera..!

Berkenaan penglibatan Roslan SMS pula, maklumat saya dapat tidak menyebutkan Roslan terlibat. Namun, Roslan SMS ada blog maka haruslah beliau menulis penafian yang jelas. Bukannya melarikan diri dari para wartawan yang hendak bertanya.

Siapa Suwardi Yaakob ni?

Dia ni mengaku jadi Pegawai Khas pada Dato Hasan Ali. Bezanya adalah, Suwardi tiada surat perlantikan manakala saya ada surat perlantikan yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan Negeri.

Namun, dia memang menjadi “penolong” dan “penasihat” kepada Dato Hasan Ali. Malahan, dia adalah antara yang berpengaruh sekali dalam senarai orang2 yang mempunyai pengaruh ke atas Hasan Ali. Dia team Dato Hasan, secara mudah.

Hairannya, orang-orang yang menjadi penyokong kuat Dato Hasan Ali ni banyak masaalah. Misalnya, Roslan SMS, Usop Ludin, Mat Zain, Wan Hasrina, Khairuddin Osman semuanya ada masaalah.

Malahan saya mendapat berita, Pemuda-Pemuda Negeri Selangor telah berjaya dibeli dengan projek2 yang dikeluarkan dari pejabat Dato Hasan. Kerana itulah mereka semua senyap sunyi bila Dato Hasan buat perangai tak senonoh. Haaiii, kena buat pembersihan dalam Pemuda Negeri ni.

Berbalik pada Suwardi Yaakob, saya tak nak cakap panjang.

Sila baca sendiri salinan surat yang saya dapat berkenaan karakter ini :
Berdasarkan kepada Laporan Salahlaku Firma Guaman seperti dalam attachment diatas, Majlis Agama Islam Selangor pun dia nak “chong”. Mamat ni yang Dato Hasan pegi jadikan pembantu dan penasihat dalam buat kerja-kerja kotor..? Punyalah malu PAS Selangor macam ni.

Dan saya dapat tahu juga, MAIS ni hanya salah satu mangsa beliau. Kalau MAIS pun dia boleh mainkan, apatah lagi PAS ni. PAS hanya kuda tunggangan kepada dia untuk kekayaan.

Entah macamana entah PAS Perlis pergi lantik orang ni jadi calon tahun 1999 dulu, saya pun tak tau.

Duit yang mamat ni janji untuk Muktamar Shah Alam baru-baru ni pun masih lagi kita sedang menunggu kedatangannya.

Tahu tak, Perhubungan Selangor sekarang ni hutang keliling pinggang sebab nafsu besar? Tapi takpa tu kita cerita kemudian.

Cumanya, si Suwardi Yaakob ni dilihat antara penyebab PAS berpecah sekarang ni. Mamat ni juga kawan baik dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dia ni dikatakan sebagai "runner" yang buat kerja-kerja kotor untuk Fraksi UMNO.

Tapi, mulut tak dapat jaga daaaa. Habis semua orang kau bagitau. Mana rahsia kau tak pecah.

Hai lah Dato Hasan. Saya dah nasihat Dato dulu lama dah tapi Dato tak nak dengar. Selalu ambik penipu jadi pembantu utama.

Kepada Roslan SMS, sila buat artikel dalam blog kamu dan nafi penglibatan kamu dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor ini. Bukan kamu ni yang pejuang Melayu juga ke?

Tulang Besi

27 comments:

  1. Apa alasan2 kelak untuk dua tiga kerat geng sampah hasan ali ni.. rasanya kucing kurap tepi jalan lebih mulia dari hangpa kut.

    Ingat Tong sampah sarap busuknya sampai juga kat hidung2..setiap yang lalu lalang?

    Mekasih..sampah pakatan rakyat hangpa buat kami sakit kepala dan termuntah kebelakangan ni.!

    ReplyDelete
  2. sokong kenyataan tuan , pemuda pas negeri disogok dgn projek. lihat ketua DPPN selangor, dah tukar kereta mercedes sekarang. walaupun second hand, mercedes tu. tu sebab diam jer.

    ReplyDelete
  3. KEHKEHKEH SLHKAN DIRI SENDIRI DLU LAA. DATO HASAN NK PERBTULKAN KEADAAN PUN KENE BALUN. AKU X HERAN SGT SBB ADE PUAK2 KHAWARIJ, PUAK YAHUDI PKR & PUAK KAPIR HARBI DAP YG X SUKE JAIS SERBU SANA SINI. ALA BIASAK LAA..HASIL HARAM KENE LA KAVER ELOK2. KLU X SUSAH NAK MASYUUKKKK! HUHUHU

    TAKEBEER!!

    TAKEBEER!!

    TAKEBEER!!


    p/s: apsal azmin ini dgn cabut lari? berani krn benar..takut sbb rahsia dh terbongkar kerr? kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. salam,kepada PAS pusat, jangan simpan 'sampah-sampah' yg berada di Pusat dan berkeliling kelalang di Selangor disapu dibawah karpet, ambillah tindakan,banyak lagi permata2 ikhlas yang boleh ditampilkan, kalau tidak PAS akan masuk ke zone gerhana yang digerhanakan oleh 'sampah-sampah' tadi - warga putrajaya

    ReplyDelete
  5. wei puak2 selipar jepong abuya ajis...

    aku cadangkan tuk PRK kali ni korang mintak abuya ajis cetak tiket ke syurga banyak2 dan suruh ajis cop dgn selipar jepong dia...

    lpas tu edarkan kat pengundi kat kota siputih nanti dan bagitahu kat pengundi bahawa undi pas leh masuk syurga,tiket pun abuya ajis dah bg....kat org cina dgn india pun jgn lupa bg skali...

    gerenti menang dgn majoriti besar r puak2 pencacai aljuburi@pakatan haram nanti..

    ReplyDelete
  6. Bagi pasangan Dr Moonyza Akmal dan Suwardi Yaacob, dari Ampang, Selangor, mereka sanggup membelanjakan melebihi RM25,000 untuk mendapatkan dua kucing Parsi semata-mata kerana minat.

    Dr Moonyza, 27, doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala suaminya, Suwardi, 35, seorang peguam, memelihara kucing baka sejak awal tahun lalu selain menyertai Persatuan Feline di bawah Persatuan Penggemar Kucing (CFA).

    Sumber http://malay.cari.com.my/viewthread.php?tid=271248

    KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE 10
    DEWAN UNDANGAN NEGERI
    PERLIS
    KOD DUN JUM. JUM.KLR PERATUS UNDI NAMA PARTI DAPAT MENANG
    PEMILIH UNDI UNDI ROSAK CALON UNDI
    _____________________________________________________________________________________________________________________________
    N.4 MATA AYER 4,880 4,093 83.87 71 Ishak Arshad BN 2,218 BN
    Suwardi Yaacob PAS 1,554 664

    Sumber http://pru12.pas.org.my/keputusanPR/DUN_PRU10.pdf



    SUWARDI YAACOB & PARTNERS - Peguambela/Peguamcara
    No. 16A, Tingkat 1 Medan PBI, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor DE.
    Tel: 03-826 7748 Faks: 03-8267745 E-mel:
    Suwardi Yaacob – Peguam

    Sumber : http://www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my/peguambela-peguamcara.html

    ReplyDelete
  7. Salam TB & TP.Sekali lg aku bg tau. Sila bg semua bukti yg ko ada kat T Ibrahim T Man.Tak guna melalak dlm blog.Klu Lembaga Disiplin tak ambik tindakan swajarnya, aku pun sokong korang. Bg tempoh sampai hujung Dec.


    Maling

    ReplyDelete
  8. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

    ''Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya:''Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.'

    ReplyDelete
  9. DEDAHKAN semua kerja2 KOTOR..bekas2 BN Umngok yang MASUK PAS dan PR...LANGAU2 memang suka KUDIS TOKAK yang busuk macam Utusan MELOYA tu...

    Segala DOKUMEN sokongan SIMPAN baik2...tapi sebarkan dulu dalam BLOG2 atau fotostatkan...lepas tu KITA tunggulah BN Umngok KALAU BERANI SAMAN gunakan Akta BEROK Dokumen RAHSIA KERA2jaan BN Umngok...

    LAWAN TETAP LAWAN..ini baru serangan fasa SATU...tungguuuuuu....

    ReplyDelete
  10. Suwardi said...
    Assalamuailaikum Sdr Rahman,

    Saya tidak tahu dendam apa yg menyebabkan saudara dan rakan2 saudara tdk henti2 cuba mengaitkan nama sama dalam isu ini.

    Saya mulanya tdk ingin memberi apa2 respon, tetapi apabila nama dan maruah saya dicemarkan disini, saya merasakan perlu utk memberi sedikit penjelasan.

    Saya menafikan semua tuduhan dan teori yg saudara kemukakan dalam artikel ini. Tuduhan yg mengatakan saya dibelakang konspirasi menjatuhkan MB Sngor adalah sama sekali tidak berasas dan melucukan. Saya anggap ianya adalah fitnah jahat yg cuba merosakkan nama saya dan nama pimpinan parti.

    Saya akan merujuk perkara ini kepada rakan2 peguam dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

    P/s - mengapa saudara tidak habis2 didlm blog saudara ingin mencari bibiit2 permusuhan sesama ahli parti. Saya ingin sarankan supaya tenaga, usaha dan daya fikir kita dihalakan utk menjatuhkan UMNO/BN dan bukan utk bercakaran dan saling tuduh menuduh seesama sendiri.



    sudahlah tulang Besi, bertaubatlah...

    ReplyDelete
  11. Siapa betul dan siapa menipu akhirnya akan tahu juga...

    ReplyDelete
  12. hatiku cenderung untuk menyatakan blog TB ni hanya karut...

    lebih karut lagi ialah para pencacai UMNO

    ReplyDelete
  13. nasib baik suwardi yg jadi pembantu khas hasan ali

    kalu tulang cibai ni yg jadi aku rasa lagiiii teruk pas selangor dibuatnya

    bayangkan org sakit otak jd penasihat exco

    hancusss

    ReplyDelete
  14. Bila semua pihak mendakwa masing2 benar, sila kemukakan segala bukti dan saksi di Mahkamah pengAdilan.
    Biar seantero dunia tahu, siapa benar siapa salah..

    Jika PAS Pusat nak simpan dan sorokkan 'sampah-sampah'..mampuih pi lar!

    Lawan Tetap Lawan

    ReplyDelete
  15. Bila org2 PAS buat keje tak betul maka dikata fraksi UMNO. Masalah peribadi dan ada buruk maka dikaitkan dgn org lain! Ingatlah :

    'Satu jari kita tunjukkan pd org maka sepuluh jari org akan tunjuk pd kita"

    Bukankah perkara ini telah terpalit dalam PAS? Mengata dulang paku serpih, kata orang Pakatan rakyat yg lagi lebih2...

    Renung2 dan fikir2kanlah!

    ReplyDelete
  16. bagi aku eloklah segala kepincangan diperbetulkan dari terus menjadi duri dan nanah pada PR, sekurangnya ada lagi masa hingga 2011, sebelum Najib membubarkan Parlimen dan PRU 13.

    ReplyDelete
  17. Aku rasa cerita baru berkaitan dengan manusia bernama Suwardi Yaakob memang menarik perhatian semua pihak. Terutama orang-orang UMNO.

    Orang yang melibatkan diri dalam politik selalunya sudah bersedia menghadapi segala risiko berat yang bakal mereka pikul. Bak kata orang "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai..." Tak gitu Datok Hassan Ali...?

    Kalau dah keluar gossip tentang perilaku seseorang itu maka kepada yang berminat kenalah siasat lebih terperinci untuk membuktikan pekara itu benar atau fitnah.

    Dan kepada tuan punya diri yang telah dituduh, jika tuduhan itu palsu yang sengaja dicipta untuk menjatuhkan maruah maka sepatutnya dia buat lapuran polis dan saman orang yang membuat fitnah.

    Persoalannya mengapa manusia Suwardi Yaakob nak menjatuhkan Menteri Besar Selangor...? Kita kena lihat dan siasat dia dari sudut fakta, bukti dan juga persepsi.

    Sebenarnya pemimpin PAS Selangor kebanyakannya manusia jenis lemah semangat dan pemikiran mereka tak ubah seperti "katak bawah tempurung...." Tak gitu Datok Hassan Ali...?

    Berpuluh tahun hidup dalam parti PAS sebagai pembangkang dan sekali sekala jadi samseng politik. Tiba-tiba jadi pula wakil rakyat dan diberikan pula jawatan dalam kerajaan negeri... tidak kah orang jenis ini dilihat seperti orang mabuk laut..? Menyebabkan pada pengelihatan mereka apa orang lain buat semuanya tidak betul.

    Sebenarnya kita tidak tahu manusia yang kita sokong dan kita lantik itu adalah manusia durjana.

    Dalam Pakatan Rakyat kita utamakan parti yang kukuh dari pemimpin yang bermasaalah. Oleh kerana itu setiap dari mereka perlu kita pantau dan siasat pergerakan bawah tanahnya...

    Jika Suwardi Yaakob ini memang terbukti pengkhianat dalam parti PAS dan Kerajaan Negeri Selangor maka tiada pilihan lain kecuali dia mesti disingkirkan dari barisan pemimpin.

    ReplyDelete
  18. 1sms diterima:

    "Hassan Ali akan merasmikan satu program di Bdr Baru Salak Tinggi pada Jumaat 20/11/2009. Orang ramai dijemput hadir, sila pakai 'baju melayu dan samping'.. "

    kalau pakai jubah or kemeja, tak boleh ker? hehehe..

    Ketuanan Melayu betoi lar..!

    ReplyDelete
  19. Jefry,hang jgn buat main islam jadi bahan gurauan.Takbir dilaungkan untuk menaikan semangat org islam ketika di medan pertempuran.Jgn buat main2.. TAKEBEER kepala bapak hang..kalau org mcm hang di tempat aku,kami bagi hang 2 pilihan: 1)Taubat 2)Kami bedei kepala hang dgn pistol..check IP aku kalau nak tau aku dari mana..Ash-Shukrulillah

    ReplyDelete
  20. jeffry jeffry dah makan suap. dia nie tak boleh tenggok kalau PR nak menjadi lebih mantap sebab dia sokong parti bangsat rasuah BN.

    ReplyDelete
  21. bangsat jeffry hahahahaha. dasar perasuah.

    ReplyDelete
  22. Saya pernah serempak mamat suwardi nih dengan hasan ali dan sorang lagi kaki umno. dia nih selalu satu kereta dengan roslan sms, bontot hasan ali. sorang lagi kaki umno yang hasan ali caya ialah datuk jamil baretta. pemyamun besar yang kontrol mbsa. kontrol kutip sampah satu selangor. orang ini hasan ali amat pecaya. jamil ni tak laku dengan toyo. tapi dia double agent. hasan ali jenis apa tah. sebetulnya komspirasi jatuhkan khalid ibrahim disertai dan ditanggung oleh datuk jamil ni. datuk nya pun tak pasti sah ke dak, tapi kerana dia berkawan dengan kerabat selangor maka diapun perngai macam raja. yang bodoh hasan alilah. pelik tak kalau ir izaham berhenti dari team hasan ali? dulu dia P.A hasan ali sekarang dia dah cow cin cau. Yo sorang lagi budak-budak jambu hasan ali ialh saifool budak PJ, anak tokeh besar. Kata Gapurna tu bapak dia punya. Tak tahulah apanak jadi kek Asan ni. Makin tuo makin toruk dio.

    somalam den sompek tersosat dokek kuang. jumpo kawan den. dio cerito, bab khairudin othman maso lawan busroo maso PRU, tak roti bermesro alam dengan orang, sobab tu kalah.

    kalu pas nak maju kat selangor, konolah ganti. dengan orang lain.

    ReplyDelete
  23. POLITIK banggang...ciptaan yahudi..PAS pun ikut banggang juga..kononnya nak tegak syiar ISLAM,tapi hakikat sebenarnya nak dapatkan jawatan dan kuasa..Dalam pimpinan PAS,TGNA sorang jer yg aku tengok yg penat ke hulu ke hilir utk sebar kan syiar ISLAM,tapi syg-nya, dia berada dalam jemaah yg silap.Yg lain lebih pada sibuk kejar jawatan dan nak dapat kuasa memerintah..MOTIF pimpinan PAS hanya nak dpt kuasa memerintah..takde langsung sibukan diri dgn dakwah islamiah.Asbab mereka ni lah..anak2 muda FOBIA dgn ISLAM dan org2 bukan ISLAM jauh dari ISLAM..JGN marah...nanti kena LELONG..ini pandangan gua jer..hehehe..

    ReplyDelete
  24. tk susah nak tgk yg jahat dan yg baik. tunggu lah skit lagi. kalau ada yg lompat nanti, taulah sapa dia.

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum,

    Lebih kurang 10 tahun yg lepas saya pernah kena "tipu" dengan binatang yg bernama Suwardi dalam urusan jual beli rumah kat Kg. Limau Manis. Dialah Lawyer dan dialah developer....duit yang saya bayar dia 20K ++ lesap sampai hari ni. Nama company developer dia ialah Semkayang Development...

    Itulah pelik dan hairan saya macam mana binatang seperti ini boleh menyalak kepada masyarakat utk menegakkan keadilan.

    Allah maha kaya, rezeki saya makin bertambah dan saya belajar dari pengalaman di "tipu" bahawa org yg kononnya berapi2 nak menegakkan kebenaran sebenarnya ialah org g paling bahaya utk dipercayai.

    Kepada sesiapa yg nak maklumat lanjut bolehlah tinggalkan contact detail dan saya boleh supply maklumat yg saya ada.

    ReplyDelete
  26. Anon 4:33 PM...

    +6017 595 9755 -Topeng Perak Unmasked

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?