- Mengulas kesahihan dakwaan bai'ah talak itu, Tulang Besi berkata, setahunya bai'ah yang melibatkan talak tidak diamalkan sejak kaedah itu mula diperkenalkan selepas 2004.
Butir2 Penting Dalam Temubual Saya
Izinkan saya menyenaraikan butir-butir penting yang terkandung dalam temubual saya yang tidak dapat dimasukkan dalam artikel Malaysiakini tersebut kerana saya rasa mereka tidak mahu artikel tersebut menjadi panjang sangat :
- Saya menyokong penuh Baiaah Taalik ini. Kalaupun ianya bunyi seperti zalim tapi ianya KEPERLUAN memandangkan keadaan yang "Dharurat".
- Tujuan Baaiah Taalik ini adalah memerangi politik wang Barisan Nasional. Dengan adanya baaiah ini, maka iman para wakil2 rakyat PAS lebih terjamin dari segi kekuatan melawan godaan syaitan.
- Kiranya Barisan Nasional setuju berhenti dari amalan politik wang, nescaya PAS pun akan berhenti amalan ini.
- Setakat ini tiada seorang pun isteri kepada wakil-wakil rakyat PAS yang telah tercerai taalik hasil dari Baiaah ini.
- Ianya jelas senjata yang ampuh memerangi politik wang Barisan Nasional serta percubaan mereka membeli wakil2 rakyat PAS.
- Pemimpin PAS tidak sepatutnya malu dengan perkara ini kerana ianya diadakan atas dasar terpaksa dan ada keperluan yang serius. Bukannya Baiaah ini diadakan saja-saja atau suka-suka tetapi bertujuan memelihara amanah rakyat dan ahli pada wakil-wakil rakyat mereka.
- Sepatutnya yang dimarahi adalah amalan politik wang Barisan Nasional, bukan baiaah taalik PAS ini. Sumbernya adalah perangai Barisan Nasional dengan politik wang mereka.
- Sebenarnya BN bengang. Dengan adanya Baaiah Taalik ni, rancangan mereka untuk menjatuhkan kerajan PAS Kelantan selepas 2004 gagal segagal-gagalnya. Sekarang pun sama.
HAHAHAHAHAHAHA...!!!
Percubaan Membeli Wakil2 Rakyat PAS ni Dah Lama
Waktu saya berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Asahan sekitar 1996, saya telah ditempatkan di sebuah rumah bersama-sama dengan ADUN Wakaf Baru pada masa itu bernama Hj Ramli.
Waktu itu heboh cerita Ku Li sedang cuba membeli ADUN PAS untuk melompat ke UMNO supaya kerajaan PAS Kelantan tumbang. Waktu itu, sebelum pilihanraya Pulai Chondong.
Nama Hj Ramli ini pada mulanya telah disebut oleh Tok Guru sebagai salah seorang yang didatangi orang untuk membeli beliau supaya melompat ke UMNO. Tapi Hj Ramli kata kalau dia terima tiga juta ni nanti seluruh keturunan dia akan dimaki dan dikeji orang dengan perkataan "Menate Tigo Juto".
Takdir Allah SWT selang beberapa hari setelah Tok Guru membuat pengisytiharan tersebut, saya bertemu sendiri dengan Hj Ramli sewaktu Pilihanraya Kecil DUN Bukit Asahan yang mana calon PAS yang awalnya telah meninggal dunia.
Hj Ramli menceritakan pada saya, orang yang dihantar itu kemungkinan orang Tengku Razaleigh dan dia datang rumah Haji Ramli pada pukul 3 pagi. Dalam dia berborak dia berkata takkah Hj Ramli merasakan dirinya berharga 2 atau 3 juta.
Tapi, Hj Ramli Wakaf Baru terus menolak tanpa ragu2 dan orang itu kelam kabut lari.
Contoh kedua adalah waktu kempen 2004. PAS Johor berjaya menangkap secara jelas 2 orang wakil UMNO yang sedang cuba membeli calon PAS supaya menarik diri.
Dan banyak lagi percubaan2 yang di buat UMNO menjadikan baiaah taalik ini satu keperluan, bukan sebab kita suka-suka nak buat.
Orang Sponsor Tok Guru Naik Haji
Saya juga ditanya berkenaan dengan tajaan haji Tok Guru Nik Aziz. Saya kata, kalau ada rasuah sila buat laporan pada SPRM. Apa nak susah.
Kalau saya ada duit pun saya akan sponsor Tok Guru ke Mekah dan Madinah. Semua ahli PAS dan penyokong PAS bersemangat begitu.
Kepada kepimpinan PAS, tak perlu nak menyorok atau nak malu. Terus terang sahaja. Kita tak paksa ahli kita jadi calon pilihanraya. Kalau mereka tak setuju dengan baiaah tersebut, maka mereka boleh pergi dan tidak menjadi calon PAS.
Kepada orang2 yang komplen pasal Baiaah Taalik ni, berhenti komplen. Kalau kau tak suka cara ini, cuba bagi satu cara lain yang mampu membanteras UMNO/BN dari membeli wakil2 rakyat PAS.
Keadilan dan DAP pun mesti lakukan baiaah taklik ini, pada pendapat saya.
Wallahualam bissawab
Tulang Besi
Baiah PAS ni khusus untuk PAS dan UMNO tak boleh gunakan baih seperti ini untuk mengekang amalan rasuah dalam parti mereka.
ReplyDeleteKalau lah UMNO mewajibkan baih PAS kepada pemimpinnya, bukan mereka akan olak pun malah mereka mengalu-galukan. Kenapa?
Yela, ini le peluang nak berbini lain yang lebih muda dan lawa...hahahaha
Carilah apa bezanya.. RASUAH dengan HADIAH...dari perpektif ISLAM..bagi orang ISLAM disebut MAKAN kerana baca Bismillah...bagi orang kafir dipanggil MENCEKIK sebab tak baca Bismillah...disegi zahirnya tak ada beza...MAKAN guna mulut, gigi dan lidah...TAPI kenapa satu masuk syurga...satu lagi masuk neraka...
ReplyDeleteJangan ingat semua pemberian itu RASUAH..dalam Islam TAK SALAH memberi HADIAH..syaratnya penerima TIDAK BUAT PERMINTAAN atau UGUTAN sebelumnya...pemberi pulak TIDAK MINTA BALASAN PROJEK..prosesnya pemberian itu TERANG JELAS diketahui RAMAI bukan BAWAH MEJA...jadi SPRM tolong belajar hal ini yang 1400 tahun dulu dah ada di zaman Nabi Muhammad SAW...
ek eleh, klu dh tersebar luas cmni yg dia di taja, ape yg hangpa suma nk bsg??? TGNA tk berselindung pn.. Klu secara syp2 br la di kira perkara yg perlu di ambil perhatian.. Sibuk aje UMNO ni..
ReplyDeleteYG Rosmah dpt hadiah 7 juta tu klu nk di ikutkn mcm rasuah jgk la ye?? naik jet jutawan PKFZ tu di kira sbgai rasuah la jgk kn??
ReplyDeletekekeke...rosmah dapat 7 juta?...siapa tanya dia?..dia sendiri bikin press conf.nak tunjuk jujur...ekeke entah ya ke tidak ni oii...naik privet jet tak nak buat press conf.lak?..takut org siasat ke?
ReplyDeletei'm no king
tghh, hasan ali, nasha, stopa ali...kena baiah lain. ' kalau aku bersekongkol dengan UMNO, maka aku takan jaDI menteri, menteri besar, perdana menteri buat selama-lamanya. dan keturunan aku akan pupus dari muka bumi ini dlm teMPOH 24 jam. '
ReplyDeleteADUN PAS DH LAMA BAI'AH TALAK 3,.
ReplyDeleteAL-JUBUR BILA NAK BAI'AH(SUMPAH)??