Wednesday, December 30, 2009

Bapa Ronnie Liu Penyokong & Pengundi PAS Pahang Hasil Kempen Kepimpinan PAS Selangor

Ronnie Liu telah diburukkan imejnya dikalangan majoriti ahli2 PAS Selangor.
Tetapi sempena rasminya Kelab Penyokong PAS dinaikkan pangkat menjadi sebuah Dewan dalam PAS, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat terus dari Ronnie Liu sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara.

Di waktu itu, kami rajin juga bermesyuarat dan mengadakan program bersama DAP dan KeAdilan Kawasan PJ Utara. Dan di situlah saya mengenali Ronnie Liu secara pribadi. Dan saya anggap beliau adalah antara pemimpin DAP yang paling memahami PAS kerana latar belakang beliau yang sudah rapat dengan PAS sejak kecil lagi.

Ini adalah lantaran bapa kepada Ronnie Liu adalah seorang penyokong dan pengundi tegar PAS di Pahang. Oleh kerana Ronnie Liu berasal dari sebuah kampung Cina yang agak terpencil di Pahang, maka di situ pada masa dahulu tiada DAP. Parti pembangkang yang wujud di situ hanyalah PAS. Maka, bapa Ronnie Liu telah menjadi pengundi serta penyokong PAS semenjak selepas Merdeka lagi.

Dengan kata lain, pendedahan kepada parti pembangkang yang Ronnie Liu dapat bukan dari DAP tetapi dari PAS. Dan keluarga Ronnie Liu adalah keluarga penyokong PAS.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ronnie Liu kepada saya sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan Kawasan PJ Utara. Hubungan kami cukup rapat pada waktu itu sehingga kami boleh mengadakan program PAS Kawasan di markaz DAP di University Garden. Program Tahun baru CIna anjuran DAP juga kerap kami hadziri.

Malahan, satu masa dahulu, veteran-veteran PAS seperti Hj Muhsinun Tahir, Cikgu Kusrin Rahmat dsbnya kerap memberitahu saya DAP lebih dipercayai dari mana-mana parti lain kerana mereka terjamin tidak melompat.

Hanya dalam beberapa tahun ini sahaja kita mendengar cerita-cerita dongeng kononnya DAP hendak menghancurkan Islam di Malaysia dan tiba-tiba sahaja hubungan PAS dan DAP menjadi renggang. Ia serentak dengan usaha UMNO menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menghakis hak orang Melayu dan orang Islam di Selangor.

Semua cerita ini berasal dari BTN dan al maklumlah PJ Selangor yang ada sekarang ni pun bekas fasilitator BTN. Jadi tak heranlah cerita dongeng begini begitu kuat berlegar di kalangan orang PAS Selangor. Benda ni baru sebenarnya bukan benda yang menjadi turun temurun dalam PAS Selangor.

Juga, dalam isu arak di Selangor yang dipopularkan oleh “orang itu”, Ronnie berada di pihak yang benar. Ini kerana undang-undang kecil MBSA yang melarang arak dijual di kawasan majoriti Islam BELUM DIWARTAKAN dalam Mesyuarat Exco. Maka, ianya belum lagi sebuah undang-undang yang sah untuk dilaksanakan. Maka, arahan Ronnie Liu adalah untuk menghalang syarikat-syarikat ini menyaman Kerajaan Negeri.

Namun, kita lihat, apabila YB Menteri Besar mengeluarkan polisi “self regulation”, tiada bantahan sedikit pun dari Ronnie Liu dan juga DAP seleruhnya. Dan mengikut teman saya yang menjadi Ahli Majlis Shah Alam, bilangan 7-11 dan “convenient store” yang menjual arak di Shah Alam semakin berkurangan. Beliau berkata polisi “self regulation” ini baik kerana ia mampu mengurangkan insiden minum arak di bawah umur tanpa mengakibatkan orang bukan Islam menolak PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa masaalahnya Hasan Ali membuat inisiatif yang sama. Memanggil kesemua syarikat “convenient store” dan berbincang kaedah ini secara baik dan tertutup. Hasilnya nanti sama juga, yakni pengurangan penjualan arak di kalangan umat Islam.

Dan alasan Enakmen Syariah Selangor adalah alasan dangkal kerana Enakmen Syariah Selangor tidak mengharamkan penjualan arak oleh syarikat2 yang tidak dimiliki orang Islam. Jadi, tiada salahnya 7-11 menjual arak kerana orang Islam tetap diharamkan untuk membeli arak dari 7-11 atau mana-mana kedai sekalipun.

Dan isu arak ini telah menyebabkan ada seorang itu dimaki oleh Tuanku Sultan Selangor macam budak kecik kena maki. Teruk dia kena maki sampai kita yang dengar ni pun naik kesian. Itulah buat kerja tak bijak, kan dah kena maki.

Penghabisan sekali, nasihat saya pada ahli-ahli PAS, janganlah terpedaya dengan propaganda serta fitnah dan dakyah UMNO kononnya Ronnie Liu ni tak hormat Islam, tak hormat Enakmen Syariah Islam, agen triad dan kongsi gelap. Kalau benar semua tuduhan tu, silalah buat laporan polis atau SPRM. Sampai hari ni, walaupun terbunuh sorang ahli DAP, masih tiada apa-apa dakwaan ataupun tuduhan dikenakan ke atas Ronnie Liu ataupun exco DAP yang lagi satu.

Cerita kononnya Teresa tak bagi Azan dulu pun cerita bohong yang dipopularkan oleh Hasan Ali dan dibentangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat. Kesian Teresa sampai kena ISA kawan tu tanpa sebab. Tak baik buat zalim kat orang. Apa orang tu buat kat kita sampai kita buat zalim kat dia begitu sekali.

Sekianlah kesah yang saya ambil hasil dari perbualan saya dengan Ronnie Liu satu masa dahulu. Kesah ini saya tulis dari ingatan saya terhadap perbualan tersebut.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

19 comments:

  1. Nampaknya orang-orang PAS pun dah terpedaya dengan muslihat UMNO yang tak bermaruah...

    Kepada semua ahli2 PAS... Jangan lah layan perangai orang2 UMNO ni...

    Ingatlah dulu 2 kali UMNO memainkan isu perkauman, PAS kena tipu dengan UMNO 2 kali...

    Tolonglah PAS, jangan jadi macam dulu...

    Kita ingat kembali, siapa yang menghina Allah tentang hukum Hudud, kalau bukan UMNO... Siapa yang membunuh 13 umat Islam di Memali, kalau bukan UMNO... Jadi ingatlah..

    UMNO tetap musuh umat Islam kerana mereka zalim, fasik, dan mereka menentang Islam...

    Sampai bila UMNO nak tipu orang Melayu...??

    ReplyDelete
  2. Maka PAS akan tetap jadi musuh Islam sejagat kerana sifat mungkar dan munafiknya terhadap kesucian dan ajaran islam. PAS telah meletakkan islam ke tahap yg paling hina apabila berdepan dgn tuntutan DAP. PASlah yg telah menghina islam dan Allah disebalik serban, jubah dan janggut mereka. PASlah yg telah memutar belit dan meng"adjust" segala hukum Allah dan sunah Nabi utk disesuaikan mengikut kehendak politik dan utk ketahanan politik mereka. Amat ketara sekali apabila Nik Aziz selalu mengeluarkan kenyataan yg sama sekali bercanggah dgn ajaran dan kepercayaan islam. Nik Aziz adalah seorang ulama sesat yg suka mendoakan utk keburukan dan kemusnahan seorang islam yg dianggapnya musuh lebih dari musuh islam yg mereka sanjungi spt DAP. PAS yg dipimpin oleh Nik Aziz sanggup menjilat DAP yg dulu dilabel sbg syaitan. Oleh itu PAS telah dirasuk syaitan sebenarnya. Dan Nik Azizlah icon islam ekstrim yg telah lama meletakkan islam ketahap yg tidak pernah disenangi oleh bukan islam dinegara ini. PAS yg kononnya islamik adalah simbol kemunduran dan keganasan dinegara ini. PASlah yg suka mencelaka dan menjahanamkan sesama ummah dinegara ini. Adakah PAS diiktiraf oleh negara-negara islam lain sbg sebuah parti yg betul2 memperjuangkan syiar islam? Ade ke??

    ReplyDelete
  3. Jangan percaya sesama Islam!Jangan percaya sesama melayu!Kita percaya pada puak kapiaq harbi!!!Depala pejuang Islam!Depala yang akan menegakkan hukum hudud dan sebuah negara Islam di Malaysia!!Jadilah hangpa keturunan pak kaduk dan lebai malang!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Anon 10.18PM..kenapa pakai nama Anon aje..tak ada batang berjuntai selangor ke..Kau tahu ke HARBI tu..kafir yang menzalimi ISLAM..kalau bunuh orang Islam tak bersenjata di MEMALI tu..kafir HARBI lah..walaupun kulitnya Melayu..BODOH..

    ReplyDelete
  5. Bodoh punya artikel ..punya la puji betul Ustaz Ronnie liu sptmana PAS angkat LGE sbg Khalifah..hahaha

    PAS memang hamPAS !! gadai habis segala-galanya demi DAP dan hendak undi bukan melayu ..

    ReplyDelete
  6. Woiiiii...tulang besi...lu ni memang busuk hati.

    Apasal lu sakit hati sama DHA hah....

    Lu frust sbb tak jadi CEO itu hari ka..???

    Kesihan....kasihan..

    Jenis pendendam rupanya kau ni...

    Istihar aje le yg kau ni fraksi UMNO...kenapa takut nak ngaku ke.??

    ReplyDelete
  7. ko sanjunglah sangat-sangat apek tu...kalau dah jadi macam negara jiran, baru ko tahu...

    ReplyDelete
  8. 1 MALAYSIA....1 MALAYSIA...1MALAYSIA...1 MALAYSIA...PAS BUKANNYA BERJUANG UTK AGAMA...BERJUANG UTK KEPENTINGAN POLITIK JER...JGN KELIRUKAN RAKYAT MALAYSIA DGN PERKATAAN ISLAM DALAM PARTI POLITIK PAS..AGAMA LAIN...KORANG MAIN POLITIK GUNA AGAMA...SAMPAI MCM NI PUNYA SIAL MANUSIA..GUNA AGAMA UTK KEPENTINGAN POLITIK..

    ReplyDelete
  9. 1MALAYSIA taik babi...UMNO parti yang menolak ISLAM...bila PAS nak buat hukum ALLAH dialah yang akan menentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  10. yeleeeee!!!!Yang nak tegakkan Undang-undang Islam adalah PAs!!!!
    Bayangkan kalau Hukum Islam berjaya dilaksanakan!!!Yang mula-mula kena sebatpun, pemimpin pas yang macam entri dibawah le gamaknya ya!!!!!!

    ReplyDelete
  11. 1. "Dengan kata lain, pendedahan kepada parti pembangkang yang Ronnie Liu dapat bukan dari DAP tetapi dari PAS. Dan keluarga Ronnie Liu adalah keluarga penyokong PAS."

    Ok. Ronnie tinggalkan DAP dan anggotai Dewan Penyokong Kafir PAS.
    Satu lagi, jika dah lama keluarga Ronnie penmyokong tegar, berapa ramai dah berjaya di Islamkan oleh PAS?


    2. "Juga, dalam isu arak di Selangor yang dipopularkan oleh “orang itu”, Ronnie berada di pihak yang benar. "

    Ya Ronnie pihak yang benar bagi orang DAP tetapi orang jahat bagi orang Islam.


    3." Cerita kononnya Teresa tak bagi Azan dulu pun cerita bohong yang dipopularkan oleh Hasan Ali dan dibentangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat. Kesian Teresa sampai kena ISA kawan tu tanpa sebab. Tak baik buat zalim kat orang. Apa orang tu buat kat kita sampai kita buat zalim kat dia begitu sekali."

    Teresa inibaik sangat ke?sayang betul TB kat orang2 DAP termasuk tersa. yang TB benci ialah orang melayu islam terutamanya UMNo dan orang PAS yang nak bersama UMNO. Dimanakah kasih sayang yang sebenarnya seorang Islam?

    ReplyDelete
  12. Ko ni TB, dah menyimpang jauh... kembali ke pangkal jalan.. ko nak hemtan dha ko guna bapa ronnie yang betul ke citer atau tidak..kot suplier makanan kat bintang 3 di pahang

    ReplyDelete
  13. bro, blog kau berjaya menarik ramai pencacai umgok...sampai kat blog diorang dah nak jadi kosong...kekeke

    i'm no king

    ReplyDelete
  14. wei liPAS dan hamPAS sekelian..

    xpayah la nak cakap pasal hukum hudud...

    selama ni pun liPAS ni bknnya bersunggoh2 pun nak buat hukum hudud,hanya nak raih sokongan pengundi je...

    hukum hudud liPAS ni timbul time nak ngundi je..

    liPAS buat isu hudud ni mcm jualan penghabisan stok time PRU jah...

    dokumen lengkap pasal hukum hudud xpernah pun liPAS buat..

    hanya rangka ayam dgn dipenuhi segala seba mak nika cut n paste benda yg berkaitan dgn hudud je pernah liPAS sediakan...

    bentangkan usul hudud di parlimen br sekali je...

    sejak kena liwat dgn DAPig dan tambat leher dgn Parti Kera Rakyat ni..nik ajis amik buang hudud kedlm sungai kelate dah..senyap dik pasal hudud..time nak ngundi nanti timbul r pulak pasal hudud..

    lpas tu nak kata UMNO tolak hudud..

    gila...gila...gila dan gila PAS ni...

    ReplyDelete
  15. itulah hati Melayu;

    kalau puji sikit dah cair; dah pula nak percaya apa yang dikatakan oleh mereka tanpa siasatan terlebih dahulu;

    yelah orang DAP dah banyak berubah, dah pandai quote quran, dan pandai pakai baju Melayu dan kalau pergi dewan dah tak segan-segan nak pakai songkok Melayu, dah pandai nak ambik kehidupan Umar Ibnu Aziz sebagai iktibar..dah pandai sebut "Amar Makruf Nahi Mungkar"

    bulat-bulat aje orang Melayu kena main, daripada ramai pelakon-pelakon Cina , ada ke sesiapa yang dah tertarik dengan Islam, dah masuk Islam, tanya balik kat Ronnie tu dan khalifah LGE, kalau dah minat sangat kat Islam, bila nak potong?

    ReplyDelete
  16. PAS sebuah parti tidak boleh menjanjikan syurga kepada penyokongnya. Syurga dan neraka sangat bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang bukan jadi ahli PAS.
    Saya berminat dengan PAS semasa PAS tidak bergabung dengan DAP dan PKR. PAS tercemar kerana DAP adalah parti yang jelas najis besar. PAS tidak sesuci dulu lagi. Politiking keterlaluan menyebabkan identiti PAS sudah semakin hilang. Minta maaf semakin ramai orang Melayu/Islam pening dengan pendirian double standard pemimpin PAS tertentu. Bila pemimpin PAS pening maka rakyat dan pengikutnya jadi semakin pening. UMNO tidak begitu menonjol memperjuangkan agama Islam tetapi sudah banyak UMNO buat untuk Islam. Sebaliknya PAS menonjolkan perjuangan Islamnya tetapi saya tak nampak apa PAS dah buat untuk Islam di Malaysia. Yang saya nampak PAS menggunakan Islam untuk perjuangan politik hingga....saya pun menjauhkan diri dengan PAS.

    ReplyDelete
  17. UMNO menentang hukum Allah...
    UMNO membunuh 13 umat Islam di Memali...
    UMNO menghina Allah dalam Hukum Hudud...
    UMNO makan rasuah, Fasik...
    UMNO makan harta rakyat dan orang miskin...

    Sudah terang bersuluh, umat Islam wajib bersatu menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang amat zalim....

    Sampai bila UMNO nak tipu orang Melayu??

    ReplyDelete
  18. "UMNO TIDAK PERNAH menentang hukum Allah."
    oRANG umno BERAGAMA ISLAM. ORANG PAS pembawa FITNAH, obor2 api fitnah.

    UMNO tida membunuh 13 umat Islam di MemalI, ORANG pas SUKA FITNAH.bUKTIKAN DAN berikanan NAMA Orang UMNO YANG BUNUH ORANG DI mEMALI. Kalau tidak ada bukti maka yang menuduh ini pembawa khabar fitnah perlu dikenakan tindakan.

    UMNO menghina Allah dalam Hukum Hudud...
    UMNO tak pernah hina Allah, orang UMNO orang Islam. Yang hina hukum Allah ialah orang Kafir termasuk dari golongan DAP


    UMNO makan rasuah, Fasik...
    Hanya orang UM<NO yang tak ikut perjuangan sebenar UMNO berlandaskan Islam yang makan rasuah. Orang yang menuduh orang lain fasik tetapi sebneranya tidak fasik apa hukumnya,Wahai lebai PAS.




    "Sampai bila UMNO nak tipu orang Melayu??"

    sampai bila PAS hendak hidupo bergeliumang dengan fitnah terhadap UMNo dan fitnah memfitnah sesama PAS.
    Wahai Lebai PAS!Kamu perjuang agama ke?

    ReplyDelete
  19. BUAT TULANG BESI KE TULANG PLASTIK KE TULANG KAYU KE... SILA BERENTI BUAT FITNAH... LU NAK MASUK NERAKA TANPA HISAB KE...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?