Tuesday, December 22, 2009

Baru Tok Guru Doa, Allah Mula Tunjuk di Kuala Berang

Sejak dari mula Program Wang Ehsan, telah PAS dan ramai pihak ingatkan, pemberian Wang Ehsan ini tidak ada pemantauan.

Sekiranya royalti, maka perbelanjaan setiap sen wang royalti akan dipantau di Dewan Undangan Negeri dan setiap sen yang dibelanjakan terdedah kepada penyiasatan dari pihak Audit. Ini kerana wang royalty dibayar kepada kerajaan Negeri.

Dan setiap perbelanjaan kerajaan negeri direkodkan. Malahan, sebelum berbelanja, kerajaan Negeri wajib membentangkan Belanjawan bagi memberitahu umum apa yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk dibelanjakan.

Setiap perbelanjaan direkod dan di audit. Setiap perbelanjaan dan perancangan perbelanjaan (belanjawan) dibahaskan secara terbuka pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri.

Ada pula proses audit bagi mencari ke mana setiap sen yang telah dibelanjakan. Tak cukup dengan audit, ada pula PAC ( Public Affairs Committee) yang kalau di Selangor dipanggil SELCAT. PAC atau SELCAT pula mengadakan prosiding mereka secara terbuka dan umum boleh mendengar prosiding-prosiding ini berjalan (tidak seperti ada sorang di Selangor tu yang mahukan SELCAT diadakan di belakang tabir).

Dalam prosiding SELCAT, kita dapat jumpa macam-macam perkara. Salah satu yang paling popular adalah bagaimana Khir Toyo membelanjakan RM1.3 juta untuk pergi Disneyland. Kita juga jumpa bagaimana UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka.

Saya mendapat maklumat ahli-ahli biasa UMNO di Selangor menyokong penuh prosiding SELCAT dan mereka tak nampak perjalanan SELCAT yang terbuka ini sebagai isu. Hanya “orang itu” sahaja yang mengatakan ianya satu isu. Rakyat Selangor secara keseluruhannya mengalu-alukan proisiding terbuka SELCAT ini.

Malangnya, yang berkuasa menentukan perbelanjaan Wang Ehsan adalah UMNO Negeri dan UMNO Bahagian. Maka, siapakah yang hendak memantau perbelanjaan wang ini? Hasilnya kita lihat sendiri :
  • RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June.
  • RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports.
  • RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July.
  • Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October.
  • Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks.
Ini kes-kes kerosakan yang besar-besar. Bagaimana pula kes-kes yang kecil-kecil yang tidak mendapat tumpuan media? Sudah tentu disenyapkan dan tidak diketahui umum.

Inikah dia program yang hendak diperkenalkan oleh Najib Tun Razak di Kelantan? Yakni, program mengkayakan kontraktor “Orang Kuat UMNO” (OKU). Yang akan membina bangunan-bangunan dengan kualiti yang rendah sebab nak buat untung atas angin.

Hasilnya, bila ditiup angin, bangunan pun runtuh. Untung pun atas angin, runtuh pun sebab angin. Itulah UMNO.

Amat benarlah tindakan Tok Guru Nik Aziz mendoakan “pecah perut” mereka yang menzalimi rakyat Kelantan, menzalimi rakyat Malaysia dengan memperkenalkan program yang hanya bertujuan untuk mengkayakan “Kontraktor OKU”.

Dan wang siapa yang bakal digunakan untuk mengkayakan kontraktor2 OKU ni? Bukan duit Najib, bukan duit Rosmah, bukan duit Muhyiddin, bukan duit Zahid Hamidi. Tetapi ianya adalah duit rakyat.

Duit rakyat untuk program mengkayakan kontraktor2 OKU. Hahahaha itulah dia UMNO. Parti yang menghalalkan korupsi. Last-last dapatlah bahana bangunan runtuh sana, stadium runtuh sini.

Tok Guru mahu menghalang Wang Rakyat dibelanjakan sewenang-wenang nya oleh UMNO dan kuncu-kuncu mereka. Maka., kita rakyat Malaysia pun mesti berdoa yang sama dalam isu royalti Kelantan ini. Biar mereka yang bertanggungjawab atas kezaliman ini Allah pecah kan perut mereka.

Baik mereka pecah perut, dari rakyat biasa mati atau cedera atau cacat sebab bangunan runtuh.

Baru je Tok Guru berdoa beberapa minggu lepas, Allah SWT sudah mula mengkabulkan doa Tok Guru.

TAKBEEERRRRR!!!!!!!

Tulang Besi

p/s - orang2 bukan Islam pun mesti berdoa seperti doa Tok Guru ini apabila mereka ke rumah-rumah ibadat mereka. Ini isu yang berkaitan dengan semua orang tidak kira ugama dan bangsa.

http://www.malaysiakini.com/news/120378
'Kontraktor OKU' punca binaan runtuh: NGO
Salhan K Ahmad
Dis 22, 09
1:07pm


kemaskini 4.58pm Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah.

"Kontraktor ini rapat dengan (orang) politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Selain itu, bumbung sebuah masjid di Kemaman yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Pusat Akuatik di Batu Burok yang bernilai RM19 juta pula mengalami kebocoran kolam sehingga ia terpaksa ditutup Julai lalu.

Mohamad Fauzi menambah, kontraktor-kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur sehingga menyebabkan runtuhan struktur berkenaan.

"Apa lagi bila ini melibatkan soal keselamatan. Siasatan perlu dibuat sekiranya kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan," katanya.

"Kita diberitahu kontraktor ini dapat kelulusan segera dan tidak ada pemantauan dibuat semasa pembinaan oleh pihak berkuasa."

MAMPAT merancang membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), seawal-awalnya minggu depan, selain sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua projek BN yang berkualiti rendah dan menghadapi masalah di negeri tersebut.

Laporan tersebut dijangka turut memuatkan butiran mengenai projek 20 unit gerai di Batu Enam dekat Kuala Terengganu bernilai RM1.52 juta yang siap dibina Ogos lepas di atas rizab jalan seperti diwartakan dalam draf pembangunan kawasan berkenaan.

"Sekarang (struktur itu) sudah hendak diruntuhkan kerana jalan tersebut ingin diperluaskan (pada 2012). Jadi kenapa gerai ini perlu dibina (pada asalnya)?" katanya.

"Adakah ini projek untuk menghabiskan peruntukan semata-mata? Kalau kita tengok bahagian konkrit bangunan itu, (kebanyakannya) hanya pasir dan kawasan letak kereta pun tidak ada."

'Umno-linked contractors to blame'
Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
Dec 22, 09
5:11pm


Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) has blamed Umno-linked contractors for shoddy work on several new buildings in the state that have come to grief.

"We call these contractors OKU or Orang Kuat Umno (Umno supporters) " said its president Mohamad Fauzi Abdullah in a phone interview.

He was asked to comment on the collapse of the roof of the RM4.2 million bus terminal in Kuala Berang yesterday. Media reports today said the collapse of the 150m long skylight could be due to shoddy workmanship.

Mampat, a NGO fighting for the rights of the people of the state, has taken on the task of monitoring botched building projects.

Mohamad Fauzi claimed that the Umno-linked contractors enjoy a cosy relationship with politicians.

"They do not do their work diligently for the good of the people, but only for political gain. The low quality of most projects in the state is due to these contractors," he said, without naming them.

He also pointed to the fact that most of the projects are being awarded and implemented under the 'wang ehsan' (compassionate fund) programme, under the auspices of the Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP or Federal Development Department).

Concerns had been raised previously that use of the JPP to channel federal development funds to the state would lead to corruption and the feeding of political cronies with government projects.
Recent structural failures.

Work on the Kuala Berang bus terminal falls under the jurisdiction of the Hulu Terengganu district council.

The website states that its departments of building control and civil engineering are entrusted with monitoring the progress of building projects, as well as to approve and monitor the quality of materials and construction work.

When contacted today, personnel from each department were not available for comment. A staff member said those in charge are out in the field.

Recent problems with other new buildings in the state:
  • RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June.
  • RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports.
  • RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July.
  • Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October.
  • Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks
The first three buildings were about a year old when they were affected.

21 comments:

  1. bukan bumbung je runtuh, harta Angkatan Tentera Udara DiRAJA juga lesap..memang batulah janji ALLAH SWT yg doa org yg dizalimi tiada hijab antara mereka dgn ALLAH SWT. harap2 sultan2 dimalaysia ni membuka mata seluas-luasnya dgn segala kerosakan yg di buat oleh umnongok. berani mereka mengkhianati rakyat dan Raja2 kita.dan aku harap juga ada inkues diRaja yg akan menyiasat kes enjin yg hilang ni sebabnya ini adalah harta rakyat dan TUDM adalah hak RAJA2 kt negara ni sbb tu dipanggil Angkatan Tentera DiRaja.

    -lurus-

    ReplyDelete
  2. Mari doakan PM monggolia pecah perut dilanggar todak.

    ReplyDelete
  3. he.. he Tulang Besi;

    Makbul doa Tuan Guru ye..

    Semalam berlaku kat Kuala Brang.. seronok kau ye..

    hari ni banjir pulak kat Kelantan..
    apa pulak kau nak spin ni..


    Memang makbullah doa TGNA ni ...

    ReplyDelete
  4. TB apa sebab hang publish ceritani!Jatuhkan imej PAS je!Doa Tok Guru pada puak UMNO lambat mujarab!Dua tiga minggu baru berkesan!!!!!!
    Kat puak kita,puak PAS ni,doatu cepat berkesan!Tenguk apa jadi pada KB Mall!!!Siap ada yang mati lagi!!!!!
    Apala hangni!!!Pikiaqla dulu.....Puak umno dok gelak kat kita lani sampai pecah perut!Betuika hang pas dari USni!Hang beli sijilje kot!!!!!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. DOA TOK GURU KAU MEMANG MUSTAJAB GILER, SEKALI DIA DOA MINTAK TURUN BALA, BEDEBUK JATUH BALA KAT KB MALL.. MATI 2 ORANG, AMBIK KAU UBAT..

    ReplyDelete
  7. TB, TB
    nampaknya dengki kianat mu pada :sorang tu??!!@@##, dendam kesumatmu tak padam-padam lagi.

    sudah-sudahlah TB, dendam tak bawa ke mana,,nanti ditakuti mu plak bertambah parah & sakit jiwa balik.

    dahlah dulu sombong gile kata gaji 6X ganda tapi dah dasar pemutar belit....habuk pun tarak, sampai kena minta sedekah macam org papa kedana, ini juga mungkin cubaan dari NYA untuk mu.

    sudah-sudahlah mengukut org seolah2x mu saja yg betul

    ReplyDelete
  8. ye lah tu..TB,kelantan banjir sampai 4 kali ni ,,doa siapa pulak agak nya!!!!

    ReplyDelete
  9. Inilah STANDARD Islam orang Malaysia setelah 50an tahun Mau Duit Ka / Merdeka..perkara agama Islam di BUAT SENDAAN..solat..alah aku tak solat pun hidup senang lenang jugak..kopiah..alah pakai kopiah pun MEROGOL jugak...doa..alah doa pun tak makbul jugak..alah pakai tudung aje..perangai Bohsia..

    Jadi aku sarankan..TAK PAYAHLAH..kau orang beragama..itulah VIVI dan MISI..kerajaan NASIONALIS TULEN BN Umngok...agama SEMUA tak betul...habis tu yang tak nak pakai agama tu..BETUL SENGOTI lah tu...

    ReplyDelete
  10. TB dulu kata Saidina Omar akan sangat2 berterimakasih kepada bloggers jika Saidina masih ada di zaman ini. macam TB tahu apa yang ada dalam Sidina Omar.

    sekarang TB, buat kesimpulan pula doa Tok Guru menyebabkan peristiwa bumbung runtuh di Kuala Berang.Mungkin benar dan mungkin tidak. Tetapi saya bimbang TB menggunakan nama Allah dalam tajuk ayat "Baru Tok Guru Doa, Allah mula Tunjuk di Kuala berang".

    Jangan TB berniat mengelirukan pembaca.Kalau tak de niat tak apa. ampun segara kepada Allah. Jangan salah tafsir niat saya pula. Tolong ambil teguran saya ini sebagai tangungjawab Muslim seprti terdapat dalam Surah Al-Ashr .dianjurkan Islam. Maaf jika kata2 saya memyebabkan saudara tersinggung.

    ReplyDelete
  11. Apa lagi bala/musibah yg menimpa negara ini hasil dari makbulnya doa Nik Aziz?? Kemalangan j/raya, tanah runtuh, banjir, mati lemas, sumbang mahram, rogol, rempit, apa lagi???
    Sungguh cetek dan dangkal analisis dari TB....
    Seorang ADUN PAS yg dimasukkan hospital itu adakah hasil dari doa UMNO ke? Dr Rosli letak jawatan/ nikah haram disebabkan doa siapa? Isu Arif Fahmi doa siapa? Pergeseran antara Nik Aziz dan Haji Hadi/Nasarudin doa siapa? Banjir di Kelantan berkali-kali dlm tahun ini doa siapa? Kemalangan diKB Mall doa siapa?

    Janganlah angkuh, sobong dan bongkak dgn DOA PAS kamu. Adakah islam itu milik PAS saja ke? Adakah ALLAH hanya milik PAS dan hanya mendengar dan memakbulkan doa-doa dari Nik Aziz saja ke? Apa istimewanya Nik Aziz ni dan apa istimewanya hubungan Nik Aziz dgn Allah? Adakah umat islam dari UMNO begitu hina disisi Allah. Pernahke Allah mengirim wahyu kpd Nik Aziz yg islam UMNO ni haram???

    Nik Aziz dan konco-konconya terutama TB dah jauh sesat dan hanyut dgn kesombongan mereka. Semuga Allah kembalikan iman mereka ini. Semuga Allah sedarkan mereka dan kembali kepangkal jalan dgn ajaran islam sebenarnya..

    ReplyDelete
  12. ada jugak org mcm ni...

    meroyan gile babi dah mu ni tule babi oi....

    ReplyDelete
  13. ada jugak org mcm ni...

    meroyan gile babi dah mu ni tule babi oi....

    ReplyDelete
  14. Yang nak ketawa tu bila penyamun bertanyakan pada seorang penyamun yg satu lagi " hai penyamun..betol ka hang menyamun?" Maka jawap lah penyamun yg seorang tu.." tak...aku tak menyamun". Maka seluruh ahli penyamunpun memberitahu orang yg kena samun "Wahai tuan2 sekelian...penyamun bukan menyamun la..!!!"
    Maka orang yg kena samunpun terpinga2 "Penyamun bukan menyamun..????"

    Note: Merujuk kepada kenyataan Ghani Petail, Mustafa Muhammad and Awang Adek mengenai bayaran royalti di Kelantan"

    Kah...kah...kah...kah....lucunya

    ReplyDelete
  15. Anoy 9.28!
    Hang buat lawak!Hang gelak sendiri!!!Ada cerdika!!!!Ish!Ish!Ish!Siaaaannnn!!!!Kalau masuk raja lawak!!!!Dapat undi "kenegeriaan" jele!Bukan atas dasar bakat!!!!

    ReplyDelete
  16. OKU biar pecah di perut jangan pecah di mulut.. kurang ajar punya Najib

    ReplyDelete
  17. Betul tu Anun 9:28
    Ramai org kat kepajab akupun ketawa bila "penyamun kata dia bukan penyamun"

    Memang dasar kerajaan penyamun...

    ReplyDelete
  18. doa nik ajis kt pemimpin umno biar pecah perot tp jatuh pulak bala kt negeri sendiri..apasal TB?TANG TU HANG XNK KOMEN PULAK.........

    ReplyDelete
  19. penipu betul le tulang besi ni, nik aziz doa untuk yg mana gomo duit royalti kelantan apakena mengena dengan terengganu, nak mengampu nak jadi ceo PMBK pun sabar sabar le, Arifahmi lom bersara lagi, tak sabar nak jadi ceo tu, nampak sgt kebendaan

    ReplyDelete
  20. KEPADA TOPENG BERAK BERTERABUR!!!!!

    SEJAK BILA PLAK KO NI TUKAR PROFESION JD AHLI NUJUM PLAK???TERER KO BOLEH TAU YG DOA TOK GURU(KONONNYA TOK GURU) TU MUJARAB GILER SAMPAI STADIUM RUNTUH DKT TGANU TU SEBAB DOA NIK AZIZ...KENAPALAH KO NIE BODOH BAGHAL SANGAT??? KO NI TAK TAU DOSA PAHALA KE???

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?