Monday, December 14, 2009

Kelantan: Skandal MPKB-BRI..?

Salam Pencerahan!

1. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa amalan kronisme dalam merompak hartanah perbendaharaan Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Selepas saya sendiri turun ke Kota Bharu, Kelantan, saya mendapati Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (PMBK BRI) telah menjual beberapa bidang tanah Kerajaan Negeri Kelantan secara kormersial.

3. Saya minta pihak berwajib menyiasat pembelian Tanah Perkuburan Islam di Jalan Hamzah.

4. Saya minta pihak berwajib menyiasat misteri yang menempatkan Pasar Borong Baru Wakaf Che' Yeh yang asalnya merupakan rizab tanah wakaf untuk tujuan perkuburan. Sumber Korporat memberitahu, tanah tersebut dimiliki oleh Sensa Timur Sdn. Bhd. Selebihnya, sila dapatkan penjelasan dari Peguam Nordin Noor.

5. Sila siasat bersama pembelian sebidang tanah wakaf untuk rizab perkuburan Islam di belakang Hotel Perdana. Dipercayai Kelantan Trade Center (KTC) yang sekarang tersergam indah turut didirikan di atas sebahagian kecil tanah wakaf tersebut.
Cantik betul no plate MPV ni... PAS 17 *gambar sekadar haisan

6. Saya juga berharap pihak berwajib dapat menyiasat bagaimana 5 ekar tanah perkuburan di Telipot (Kg. Puteh) yang menempatkan Bengkel MPKB-BRI (hampir 20 tahun) akhirnya dirobohkan, semata-mata untuk dijual kepada seorang kronis EXCO.

7. Satu lagi, dilaporkan, kroni EXCO terbabit diminta membina pejabat "sementara" MPKB-BRI di atas tanah wakaf perkuburan di Panji, tetapi apa yang didapati ialah, pejabat "sementara" tersebut yang berupa "kontena" terus digunakan selama 19 tahun. MPKB-BRI dilaporkan menggadai sebidang tanah wakaf di Telipot (kontra) bernilai RM15 juta kepada kroni terbabit untuk membina prasarana sementara (kontena) yang dikhabarkan nilainya tidak sampai RM5 juta (keseluruhan projek termasuk tanah).

8. Saya tidak mahu menuduh Datuk Takiyyuddin Hassan terlibat kerana dia adalah EXCO yang menjaga MPKB-BRI. kerana dibimbangi ada orang Pas kata saya ini berniat jahat dan tidak ada adab berjemaah dalam Pas.

9. Kalau boleh ditanya, sila tanya siapa Peguam Nordin Noor di sisi Takiyyuddin dalam pemilikan beberapa harta MPKB-BRI secara penuh misteri. Kalau boleh ditanya kepada Nik Muhammad Abduh Nik Mat sekali, sebab dia ini dikenali sebagai orang bijak pandai agama di Kelantan.
  • Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah kamu cendurung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu boleh disambar api neraka…” (Surah Hud: 113)
KEFAHAMAN MENGASAK PERUBAHAN

Zainulfaqar Yaacob
KB Mall | 8.10 malam

16 comments:

  1. Politik bermakna : How do you manage POWER according to Allah and Rasul rules..bukan mengumpulkan harta untuk diri, keluarga dan kroni...

    KUASA.. kena diurus untuk dakwah Islam, megkuatkan orang MISKIN dan melemahkan orang KAYA..kata Saidina Abu Bakar RA..

    Apakah DUA dasar di atas..secuit dari dasar politik Islam yang maha luas itu...di amalkan oleh ahli dan pendokong PAS UMNO PR sekarang...

    Jika BELUM lagi...perjalanan MASIH panjang...sehingga tiada lagi PAS UMNO atau PR...yang ada hanya Hamba Allah..Khalifah Allah.. rakyat kepada Allah dan Rasulnya...

    ReplyDelete
  2. Bahaya buat posting sebegini di KB lebih lagi di KB Mall. Takut ada kereta terbang menimpa nanti!

    ReplyDelete
  3. Dedah kalau itu faktar. jangan takut walaupun babitkan exco kelantan.

    ReplyDelete
  4. -dedahkan sape diblakang syarikat sensa timur sdn bhd..dedahkn skali name exco n kroni2 nye..

    -tp tlg jgn tanya pd nik abduh, krn yg layak bertnye hnyala ulama' yg hakiki bkn ulama mee celup..salam kemuncup pdnye..

    -zargus-

    ReplyDelete
  5. cis.... segala penyelewengan diatas menunjukkan kelemahan ketua pentadbir negeri. aku tak rela korang memperlekeh pentadbiran tok guru. aku dibelakang tok guru mempertahan Kelantan dari dirampas oleh BN.

    ReplyDelete
  6. Sensatimur Sdn. Bhd.
    1st Floor, Pt 816 Jln Sri Cemerlang 8/27, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

    Sensatimur ...

    -Sensatimur is a property development company. Currently, the company is undertaking development of an integrated market on a 12-acre land in Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. The project comprises development of a new Wakaf Che Yeh integrated market, a Tahfiz centre and 135 units of 3-storey shop cum office buildings. The project is a joint venture between the company and Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.The project is estimated to has a gross development value of RM105 million. The development is expected to commence in May 2006
    (www.made-in-china.com)

    -Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh merupakan projek usahasama antara Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan sebuah syarikat, Sensatimur Sdn. Bhd. dibina dengan kos RM60 juta.
    (www.utusan.com.my)

    -Bazar Tengku Anis yang didirikan seluas hampir satu hektar bersebelahan Kampung Kraftangan yang memuatkan lebih 1,000 lot premis peniagaan, 91 lot tempat meletak kereta dan 100 lot untuk motosikal yang dibangunkan bersama syarikat Sensatimur Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang mana telah berjaya dijual membabitkan nilaian sebanyak RM18.6 juta manakala selebihnya sedang dibuka untuk jualan dengan harga RM27,500 sehingga RM84,000 seunit.

    -Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah merangkumi rumah kedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Syarikat Sensatimur sdn bhd

    *Maklumat di atas hanya di copy paste dari laman-laman web berikut:-

    www.made-in-china.com
    www.utusan.com.my
    www.harakahdaily.net
    www.bernama.com.my



    Siapa empunya Sensatimur ni sbnrnya? Hrp tuan dpt dedahkan..byk sgt dh ni permintaan utk tuan dedahkan ..

    ReplyDelete
  7. Hati-hati dengan puak2 syiah dalam PAS yg sedang memecah belahkan sesama kita dengan fitnah dan adu domba..Hati2 dgn penulis blog yg selalu menyiarkan keburukan dalaman parti.Siapa mereka?Tuan2 boleh fikirkan sendiri dari gaya Tulisan mereka..Saya tak tuduh TB..

    ReplyDelete
  8. Tokguru mmg jujur dan tak kianat amanah Rakyat,tapi tak bermakna semua Exco Kelantan Jujur.
    Dlm setandan Kelapa mesti ada yg buruk.Yang busuk itu yg kita perlu buang.

    ReplyDelete
  9. Siapa makan lada dia ler yg terasa pedasnyer...Kerajaan negeri mesti telus dan berlaku adil pada rakyatnyer...jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...jangan cepat melenting...pihak yang berkuasa sila siasat kes ini dan dedahkan pada umum...rakyat patut tahu sekiranya ada kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin2 PAS berjiwa UMNgok....Semoga PAS semakin kukuh dan dijauhi dari segala fitnah...AMIN

    ReplyDelete
  10. ijoks2009..

    tok guru jujur dan xkhianat palo kuba dia ajar...

    mu igt tok guru mu maksum ko..sikit2 tok guru xsalah..kembe eh aku dgr ayt ni...

    wei ijok..

    pasal bazar tok guru tuk peniaga kb tu tok guru mu yg sain kedua2 perjanjian tu...xreti baca ko nate aper tok guru mu tu,th dah perjanjian yg kedua tu akn menyusahkan peniaga tp g sain jgk...jujur dan amanah beruk aper g2..

    ReplyDelete
  11. nak tau sape tokey sensatimur ni, hangpa kena la keluarkan rm15.00 beli company profile kat dlm lamanweb ssm. sape sanggup beli?? rm15 je..

    ReplyDelete
  12. teruskan pendedahan sebegini..buang semua exco yg terlibat dlm pencabulan harta rakyat

    syabas diucapkan

    ReplyDelete
  13. warith;

    eloklah kau dodahkan bondo bondo panas pasal PAS ni.. selamo ni den dongar buruk belako pasal UMNO ni... yang molek semuo tontang PAS montang montang puok ni perjuangkan Islam, apo yang dibuek boto belako kan..

    pemerintahan ulamak tak mungkin salah kan lobih lobih laie negori serambi mokah, negori tadahan wahyu..borat tu kan..yolah pemimpin ulamak.. rakyat pun kiro macam tu jugaklahkan..ikut ciri ulamak..

    kot kalah bola ngan nogori den, merusuh pulak tu..apo ni warith kalau macam tu..

    ReplyDelete
  14. kepada sapa hok nyupah denge ayat palo kuba tu,bakpolah emosi sangat,buka mata hati lauh sikit,rajin2 baca,cari ilmu,piki hok mana hok paling kurang sekali kemudaratan kepada kita semua rakyat malaysia.....pikirlah.tapi kalu xbuka mata hati payahlah.

    ReplyDelete
  15. ye ke banyak dengar buruk pasal UMNO,bukan ke semua media amno konker,cerita rasuah ,mencekik duit rakyat simpan bawah kapert,yang best2(tah2 bohong)JE YANG media perdana siarkan tak gitu org nogori?

    ReplyDelete
  16. buat pembangunan pun salah, x buat pembangunan pun salah.hmmm

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?