Friday, December 11, 2009

Kenyataan YB Nga Kor Ming Di Putar-Belit Media Perdana

Salam 2 all.

Saya telah membaca lapuran berkaitan kenyataan YB Ngar Kor Ming (DAP-Taiping) yang didakwa mempertikai peruntukkan yang diberikan untuk pembinaan 611 buah masjid-masjid di Malaysia bagi tempoh daripada 2000-2008.

Saya dapati kenyataan beliau tidak saperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar.

Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah 'ibadah bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid.

Pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.

Beliau sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam saperti sekolah agama dan masjid.

Malahan YB Ngar Kor Ming dan lain-lain pemimpin DAP menyedari dan menginsafi bahawa hak umat Islam menurut Perlembagaan Persekutuan adalah dijamin dan mesti dihormati.

Bagi maksud itulah suatu kerangka kerjasama dan persefahaman Pakatan Rakyat telah diisytiharkan dan ditandatangani oleh YB Dato Seri Anwar, YB Dato Seri Hj Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang yang terang-terang menyebut bahawa kesemua komponen Pakatan Rakyat menghormati hak dan keistimewaan umat Islam saperti yang diperuntukkan dibawah Perlembagaan.

Saya percaya kenyataan YB Nga telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu untuk agenda politik sempit bersifat chauvinistik perkauman.

Malahan kita sebagai umat Islam sepatutnya menghormati hak penganut agama lain untuk rumah 'ibadat mereka. Saya tidak nampak dimana salahnya mereka meminta sedikit bantuan untuk pembinaan rumah 'ibadat mereka.

Dibawah konsep daulah Islamiyyah, kita akan mera'ikan dan menghormati keperluan dan kebajikan golongan kafir dhimmi.

Ianya berbeza kalau DAP mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan dan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diberikan dibawah Perlembagaan. Kalau itu berlaku, maka mereka akan termasuk golongan harbi. Dan kalau itu berlaku, saya akan menjadi orang pertama mengutuk mereka sekeras-kerasnya tanpa sebarang keraguan. Dan sudah pasti saya akan ambil tindakan lebih jelas terhadap mereka.

Tetapi bukan itu apa yang berlaku dalam kes ini. YB Nga cuma meminta bantuan dan peruntukkan bagi pembinaan rumah 'ibadat bukan Islam. Beliau tidak mempertikaikan hak umat Islam membina masjid!

Walaupun tidak menjadi tanggungjawab Kerajaan menurut Perlembagaan dan undang-undang negara, namun kalau kita ada lebihan peruntukkan apa salahnya membantu mereka. Selagi pembinaannya tidak menganggu umat Islam saperti apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, saya kira kita patut pertimbangkan. Kalau ada kita bagi sedikit bantuan, kalau tidak ada kita kata sahaja tidak ada..habis cerita.

Cuba bandingkan itu dengan tindakan orang Melayu sendiri yang menjual tanah rezab Masjid kepada syarikat bukan Islam saperti yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Wilayah di Sri Hartamas, Danau Kota dan lain-lain!

Cuba bandingkan dengan sikap orang melayu yang menarik balik peruntukkan Sekolah Agama Rakyat sehingga menyebabkan banyak SAR yang hari ini lumpoh, lesu dan ada yang terus hilang ghaibul ghuyub!

Bagaimana pula dengan perangai orang melayu yang mematikan institusi masjid dan mimbar dengan menyekat aktiviti 'ilmu dan da'wah di surau dan masjid?

Bagaimana pula sikap kita orang melayu dengan kenyataan yang dibuat oleh Parti Gerakan dalam konvensyen PGRM di Ipoh pada 08 Dis lepas yang mempertikaikan usaha kita untuk memartabatkan Islam, malahan mendesak supaya negara ini mengamalkan 'amalan sekular yang sebenarnya!

Kita tidak lupa inilah parti yang sama yang menyatakan orang Melayu adalah pendatang dalam negerinya sendiri! Dan saya tidak lihat akhbar atau pemimpin melayu mengkritik Parti Gerakan, atau mengambil tindakan tegas terhadap PGRM, Malahan semasa saya bangkitkan isu penjualan tanah-tanah masjid di Kuala Lumpur oleh MAIWP ini, tiada seorang pun wakil rakyat melayu yang bangun menyokong atau membantu saya. Mereka diam sahaja seribu bahasa!

Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku ditangan orang melayu sendiri. Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi..pengkhianat?munafik?

Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masa depan bangsa kita terletak kepada Islam. Kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al Quran dan Sunnah Rasul, bersama kita menggembeling tenaga menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kita dengan sebenar iman kepada ALLAH, nescaya kita akan dipelihara oleh ALLAH dan dimuliakan manusia insyallah.
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 Zulhijjah 1430
10 Disember 2009

9 comments:

  1. Setuju dengan penulis...

    ReplyDelete
  2. Aku pun setuju jugak. Tgk la skrg ni, orang Islam sendiri yg memalukan agama Islam. Klau tak caya, cuba tgk gambar2 di website ni..

    http://www.zonartis.com

    ReplyDelete
  3. satu lagi, kerajaan ghairah sgt nak wat masjid kenapa? mmg xsalah tapi bayangkan selang 5 ke 10km dah jmpa masjid, jalan lagi 5 ke 10km jmpa lagi masjid wat ape? sepatutnya 1 masjid 1 kawasan, baru la jemaah tu nampak ramai. ni bila masjid dah banyak, jemaah pun dah berterabur ke masjid2 dah nmpk kosong lengang je masjid.

    ReplyDelete
  4. chauvinistik perkauman? Ada satu golongan yg bersifat camni kat M'sia ni...Semua org tau kan???Utusang Meloye semlm bukan main lg menyerang Nga sbb ape?tanya pun marah ka?Ke TERASA?Kalao masih ada yg menyokong mereka spt di atas pd PRU akan datang ni...x taw la ape nak kete lg...BUKA LAH MINDA, MASA UNTUK BERUBAH!

    ReplyDelete
  5. pencacai umngok panas jubo sbb depa kena perli....pasai pa masjid byk tp jemaah tak byk....

    ReplyDelete
  6. mana nak banyak jemaah pak lobai pas sendiri pun tak jumpa jalan pegi masjid yang dia jumpa tempat berlonggok untuk dengar bacaan quran daripada sikapir dan juga dengar ceramah maki hamun..

    ReplyDelete
  7. Nak bertanya, ada ke Nik Aziz sebut pasal khalifah Nga Kor Ming yg pertikaikan kerajaan di Parlimen tentang kerajaan telah buat banyak perbelanjaan utk bina mesjid dinegara ini? ada ke? dia kutuk ke khalifah Nga? atau dia pertahankan perbuatan Nga itu? Jawablah konco-konco Nik Aziz...

    Sehingga kini hanya Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang membuat kenyataan menyelar kenyataan Nga Kor Ming itu sedangkan tokoh Pas lainnya masih membisu.

    Ada yang bertanya, manakah Nik Aziz dan kenapa tak doa bala terhadap Nga Kor Ming yang sah dan nyata menentang agama dan menghina orang Islam?

    Jawab, jangan tak jawab wahai golongan munafik PAS!!!

    Jangan pusing cerita mengatakan media perdana yg putar belit!! Bila kena batang hidung, putar belit dan salahkan orang..

    Memang sahlah PAS ni dah jauh hanyut dgn kesesatan. Dah dipesongkan oleh DAP..Jahanamlah PAS!!

    ReplyDelete
  8. Sdr.YB Taiping menjalankan Tanggung jawapnya sebagai wakil rakyat,menyuarakan perasaan tidak puas hati sebahgian rakyatnya bukan macam YB Zul yang terus melupakan rakyat yang meletakkan dirinya menjadi YB.YB Nga terlau arif dalam politik dan pembinaan Masjid,harga pembinaan tak setimpal dengan bangunan yang wujud,pernah YB tempat saya meminta Majlis agama negeri agar dipindah status tanah tapak masjid untuk dijadikan resort ditepi tasik tetapi mufti kedah ketika itu,arif dengan ilmunya mana ada bangunan yang lebih mulia disisi Allah selain daripada masjid telah menolak permintaan tersebut ,semasa pertemuan dengan ajk masjid dan Pejabat Daerah berlaku tawar-menawar, YB telah mengumumkan satu masjid daerah bernilai rm5 juta akan dibina jika pihak masjid dan Majlis agama negeri bersetuju dengan cadangan mereka tetapi iman masih kuat,maka sehingga kini tiada terdirilah lagi masjid bagi daerah ini harap-harap YB Zul dapat berfungsi supaya masjid itu terbina dan jasa anda akan dikenang didunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  9. Kepada AnakLenggong

    Adakah jemaah masjid mesti dari pok lebai Pas. bagaimana dengan ahli UMNO?

    tanggungjawab mengimaakkan masjid adalah tanggungjawab semua ahli khariah tak kira ia dari kelompok mana.

    kepada anaklenggong tolong ingatkan ahli UMNO jangan hanya sibuk untuk menjadi AJK masjid tetapi lupa fungsi sebenar masjid dan lupa untuk datang ke masjid.

    Wakil rakyat UMNO hanya nampak di masjid jika ada orang majlis atau orang besar UMNO kebetulan berada di masjid

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?