Ayahanda Haji Kori sedang menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian PEKIDA Jeli.
Berita lewat...Semalam, bertempat di Dewan Daerah Jeli telah berlangsung Majlis Perasmian PEKIDA Jeli dan dihadiri oleh sekitar 250 orang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Zainuddin Ahmad selaku Ketua Penyelaras PEKIDA Kelantan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan OCPD Jeli, ADO Daerah Jeli dan semua Ayahanda Daerah.
Ayahanda Haji Kori dalam ucapannya dimajlis tersebut berharap agar PEKIDA tidak dipandang serong oleh masyarakat setempat dan beliau juga berharap agar mana-mana individu yang berminat untuk menyertai PEKIDA bukan sekadar menyertai PEKIDA kerana "nama PEKIDA" tetapi atas niat yang baik.
Beliau juga berharap agar ahli-ahli PEKIDA sedia ada memahami dan mempraktikkan slogan PEKIDA iaitu "Amar Makruf, Nahi Mungkar" dan tidak menjadikan slogan itu sekadar "perhiasan" sahaja.
- "Syarat nak masuk PEKIDA ialah seseorang itu mesti patuh pada ajaran agama Islam. jangan lalai suruhan Allah kerana asas penubuhan PEKIDA ialah menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil".
Tu cerita dari dalam Majlis tersebut. jadi aku nak ambil kesempatan jugak dekat sini. harapan kita semoga pihak Pimpinan PEKIDA dapat menapis ahli-ahli baru terutamanya anak-anak muda yang pada masa ini kita lihat sangat-sangat berminat menyertai pertubuhan besar seperti PEKIDA.
Kita harap, selepas hari ini, pihak Pimpinan PEKIDA mengambil berat akan rungutan-rungutan dari orang awam yang aku rasa banyak sangat dan pada aku telah mencalar nama baik PEKIDA. kita sedia maklum bukan semua ahli PEKIDA ni bermasalah, tapi akibat dari segelintir ahli PEKIDA yang "nakal", nama baik PEKIDA telah tercalar dan pernah menjadi bahan bualan di Malaysia.
Kalau di Kelantan, aku kenal ramai jugak ahli-ahli PEKIDA dan setakat ni ahli PEKIDA Kelantan tak banyak menimbulkan masalah. mungkin Pimpinan PEKIDA Kelantan lebih prihatin pada rungutan masyarakat setempat, tak macam di luar Kelantan.
Kalau semua Pimpinan PEKIDA di luar Kelantan bersikap "peduli' macam Pimpinan PEKIDA Kelantan... alangkah baiknya.
die ade 2 bro.
ReplyDelete1)orang kelantan yang menyertai pekeda di dalam kelantan.
2)orang kelantan yang menyertai pekeda di luar kelantan.
ade beza bro.
ingat umno adalah lidah dan tangan yahudi kt malaysia. mari kita doa kan laknat pada pemimpin2 mereka dan pada mufti2 yg menjadi syaitan bisu. allahuakbarx3
ReplyDeletePekida merupakan satu pertubuhan yang menyanjung tinggi ajaran islam. Marilah kita sama-sama kembali bersatu dan berjuang dijalan yang betul selaras dengan apa islam itu sendiri mahukan.Janganlah kita menjadi berpuak-puak kerana nilai manusia itu disisi ALLAH swt adalah sama sahaja melainkan iman dan taqwa serta kebenaran dalam diri manusia tersebut.....
ReplyDeletePEKIDA mengarut, SAMSENG, KONGSI GELAP!
ReplyDeleteMerosakan anak-anak ISLAM, itu lah yang aku nampak.