Thursday, December 03, 2009

Misteri di sebalik 'Task Force 2010' - Malaysiakini

Artikel Malaysiakini berkaitan "Task Force 2010". Yang bestnya, dilaporkan pejabat TF2010 ini di belakang Hotel Crown Princess, Jalan Tun Razak. Maklumat saya dapat pun banyak "Pertemuan-pertemuan dalam gelap" pun berlaku dalam kawasan-kawasan berdekatan itu juga. Dekat Restoran Arab, Aparment tu, apartment ni. Barulah saya faham kenapa macam tu.

Misteri di sebalik 'Task Force 2010' - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman
Dis 3, 09
12:16pm

Pasukan petugas untuk keamaan di Selatan Thailand, Task Force 2010, kini menjadi perbualan politik tanahair selepas pasukan itu dikaitkan dengan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno.

Isu kerajaan perpaduan menggegarkan PAS sehingga Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak supaya diadakan muktamar khas bagi membincang pembabitan beberapa pemimpin parti itu dalam usaha tersebut.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan oleh barisan tertinggi PAS, muktamar itu digantikan dengan seminar politik yang berlangsung bulan lalu.

Malaysiakini telah beberapa kali menghubungi pejabat pasukan petugas bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu sejak awal minggu ini bagi mendapatkan penjelasan daripada ketua pengarahnya Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar.

Bagaimanapun, setiap kali dihubungi, kakitangan pejabat itu berkata Wan Abu Bakar "ada tetamu dan tidak dapat menjawab panggilan" dan "sedang bermesyuarat".

Berikutan itu, Malaysiakini berkunjung ke pejabat pasukan petugas itu semalam, yang terletak di sebuah kawasan perumahan di Jalan Aman, Kuala Lumpur.

Usaha mencari pejabat tersebut agak sukar kerana tiada papan tanda dipasang, begitu juga dengan nombor rumah tersebut.

Berikutan itu, wartawan terpaksa bertanya kepada penduduk yang ditemui di situ.

Apabila ditanya mengenai "rumah askar", lelaki tersebut berfikir sejenak dan kemudiannya menuding jari ke arah sebuah rumah banglo dua tingkat di situ.

Rumah yang dicat dengan warna agak kekelabuan itu juga bertembok batu tinggi, manakala pintu pagarnya bertutup.

Walaupun pejabat tersebut terletak betul-betul di belakang Hotel Crown Princess di Jalan Tun Razak, tetapi jalan masuk ke situ agak bersimpang-siur dan boleh mengelirukan.

Malaysiakini tiba ke pejabat tersebut pada kira-kira jam 4 petang semalam. Oleh kerana pintunya bertutup, maka wartawan menelefon pejabat tersebut tetapi tidak berjawab.

Selepas lima minit kemudian kelihatan tiga kakitangan lelaki, yang berpakaian kemas dan merambut pendek ala-tentera, muncul dari dalam rumah itu dan berjalan menuju ke arah pintu pagar.

Wartawan Malaysiakini menemui mereka sambil memperkenalkan diri dan juga menghulurkan kad nama.

Selepas dimaklumkan mengenai tujuan kedatangan akhbar web itu, mereka berkata Wan Abu Bakar tiada di pejabat. Sebelum beredar, mereka sempat bertanya sedikit sebanyak mengenai Malaysiakini.

Task Force 2010 (Malaysia) dibentuk daripada gabungan dua agensi penyelaras di negara ini dan Thailand pada Januari 2007 bagi membawa keamanan di tiga wilayah yang sedang bergolak - Pattani, Yala dan Narathiwat.

Penubuhannya dibuat hasil perbincangan antara perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mahu mengembalikan kestabilan di selatan Thailand.

Bagaimanapun, fungsinya dilaporkan akan ditamatkan pada penghujung tahun ini dan segala peranannya akan diambil alih oleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada.

Awal minggu ini, nama pasukan petugas tersebut muncul kembali apabila Nik Abdul Aziz berkata terdapat usaha menjatuhkannya yang melibatkan seorang pegawai tentera, dikenali sebagai 'Kolonel Mat'.

Sumber yang dekat dengannya tidak menolak kemungkinan pegawai tentera itu mempunyai kaitan dengan Task Force 2010 walaupun mereka masih tidak jelas sama ada watak tersebut benar-benar wujud atau hanyalah kiasan semata-mata.

Menjelang muktamar pemilhan PAS Jun lalu - yang menyaksikan pertarungan sengit jawatan nombor dua parti itu antara exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa - nama Task Force 2010 mula diperkatakan.

Laporan di blog-blog mendakwa Nasharuddin mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin pasukan petugas khas itu dan cuba membabitkan Nik Abdul Aziz tetapi mursyidul am PAS didakwa tidak menunjukkan minat.

Selain Nasharuddin, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga turut dikaitkan dengan Task Force 2010 yang mula menukar arahnya kepada isu "perpaduan Melayu" susulan keputusan pilihan umum 2008 yang memihak kepada pembangkang.

Penulis blog yang aktif menulis tentang pasukan itu, antaranya, Abdul Rahman Abdul Talib (Malaysia Waves) yang sering mendedahkan konflik dalaman PAS, Abu Bakar Mohd Rashid (Penarik Beca) yang mengamat politik dalaman parti Islam itu dan bekas pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdafella) - yang bertembung secara terbuka dengan menantu Nik Aziz.

Tulang Besi

9 comments:

  1. Teruskan perjuangan..
    Berhati-hati dalam setiap perkara.
    Semoga Allah melindungi dan memberkati hamba2-Nya yg benar.

    Lawan Tetap Lawan

    ReplyDelete
  2. kita nak bukti la bro

    jgn kata si anu tu pakat ngan puak ni, si poln tu komplot ngan puak tu

    bukti mana? tulang cakap je lebih bukti mana?

    kita nak bukti la? apa bukti task force utk thailand ni ngan UG? lagi2 si jmadie tu otak dia sama jahat ngan tulang

    ReplyDelete
  3. Syabas kepada Tulang Besi, Penarik Beca, Kickdafella dan bloger2 yang mendedahkan "duri-duri dalam daging" PAS! semoga perjuangan kalian berteraskan "Amar Makruf, Nahi Mungkar". SYABAS!

    ReplyDelete
  4. Aku rasa lebih baik bloger2 ini cungkil dan dedah sampai lubang cacing kes pembunuhan altantuya dan kaitannya dgn Najib, kes komisyen kapal selam lagi baguih...

    Rakyat nak tau bebenar kerana si Najib tu asyik nafikan aje....

    So, kalau bloger2 ni bijak mencungkilnya sehingga terdedah kebenaran...wa respec habih la....

    Amacam bloger2 diatas...mau sahut cabaran gua ka...???

    ReplyDelete
  5. Contoh konspirasi lama rewind..

    Somewhere in February 2007, about ten of the most sought after Malay bloggers were called to attend a meeting, few blocks from Bukit Aman.
    The agenda is to topple Abdullah from his premiership using a well fine tune orchestrated informal movement within the bloggers circle.
    I did the same when it was my turn to speak. Nevertheless, somehow I was told that we must make sure Barisan Nasional will not win Kelantan because this will be the morale booster for Abdullah.
    We also strategized our posting by creating chain of issues against Abdullah’s lifestyle, character, attitude and policies.
    One main important issue about this group of ten is that, most of us were UMNO members and one PKR and one blogger without any political link.
    Through the blog, we had managed to brand Abdullah as a liar -Kickdefella 23.3.09.

    ReplyDelete
  6. Satu pengamatan yang baik oleh mat saman kati..mesti baca punya kalau suka siri konspirasi. http://perakexpress.com/www/2009/12/01/kick-that-fellow/

    ReplyDelete
  7. dah,...dah pulak
    tulang besi dah buat perangai buruk dia balik.

    aku rasa kalu dia dapat pegang jawatan besar dalam PAS PUSAT ke atau PAS NEGERI ke....baru semua benda baik...dan elok belaka.

    Pemimpin PAS PUSAT dan PAS NEGERI tolonglah bagi dia ni jawatan. kalu takde yang sesuai, bagi je ape-ape menda...asalkan dia boleh duduk sekerusi dgn pemimpin yg lain

    kalu tak mcm ni le perangai dia...semua org task betul...dia je lah yang betul...

    TB dah mula menggila balik nampaknya dgn benda yg bukan2x ni.

    ReplyDelete
  8. POLITIK jelas sekali memecah belahkan sesama islam.Politik demokrasi yg kita guna pakai sekarang adalah ciptaan YAHUDI,bukan POLITIK cara NABI saw.POLITIK NABI saw ialah dgn DAKWAH untuk menyatukan umat.

    PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU:
    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,"Penyakit-penyakit itu ialah (1)terlalu banyak seronok, (2)terlalu mewah, (3)menghimpun harta sebanyak mungkin, (4)tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5)saling memarahi, (6)hasut-menghasut sehingga menjadi zalim menzalim".
    H.R Hakim

    ReplyDelete
  9. PAS bukan jemaah ISLAM,PAS hanya sebuah parti politik,Sebab tu lah kebanyakan individu2 dalam PAS berjuang atas maksud dunia sama saja mcm BN..Jadi kalau pemimpin dalam PAS menang pun takde jauh beza sangat dgn pemimpin UMNO yg ada sekarang.Contohnya kita dapat lihat pemimpin2 PAS di Selangor.Kesimpulannya,aku memang dari dulu tak pernah sokong PAS,cuma aku sokong PAKATAN RAKYAT.Bagi aku PAS hanya guna agama demi kepentingan politik peribadi pemimpin2 dan individu2 tertentu.Kalau betul lah pemimpin dikalangan PAS ni berjuang demi agama..Kenapa org2 yg terang2 mengkhianati perjuangan mereka tak disingkir kan?atau pemimpin2 berkenaan letak saja jawatan?sebab mereka kata berjuang demi agama.Sekarang mereka ini telah manjadi asbab fitnah kepada islam itu sendiri.JAdi kalau benar2 ikhlas berjuang utk agama...LETAK JER JAWATAN..org utara cakap TAKDAK HARI..sorry lah depa nak letak jawatan..sebab benda tu yg depa ligan pun...cuma duk wayang guna agama jaa...supaya org sokong...antara yg jelas menunjukan sifat gila kuasa ni adalah: Hassan Ali,Nasha,Mustapa Ali dan GENG2 perpaduang..CETT..wayang semua..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?