Saturday, December 05, 2009

TGNA Tak Tahu Siapa Beri Nasihat Salah - Sinar Harian

Nota : Ketahuilah bahawa kenyataan Presiden PAS ini adalah sebuah kenyataan yang dibuat selepas perlantikan Penolong Setiausaha PAS Pusat yang baru. Sememangnya sejak setahun dua ini, kerap dicuba menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru. Malang bagi mereka, penasihat-penasihat Tok Guru berjaya mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan selama 20 tahun.

Berapa tahunkah PAS berjaya mengekalkan pemerintahan di Terengganu hasil dari nasihat-nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihat Presiden?

(Bermula) Nik Aziz tidak tahu siapa beri nasihat salah

Sinar Harian (4/12/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa beliau tidak mengetahui individu yang didakwa memberi nasihat yang salah kepadanya sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebarang nasihat yang diterima akan dipertimbang dan difikirkan dengan sebaiknya sebelum beliau memutuskan sama ada menerima atau menolak cadangan yang diberikan.

“Saya pun tidak tahu siapa dia penasihat saya yang tidak betul... orang beri nasihat, saya pilih yang betul... saya tidak tahu... tanya dialah( Abdul Hadi) siapa yang betul, siapa yang tidak betul,” katanya selepas hadir di Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan 2009 di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan Nik Aziz menjalankan tugas dengan ikhlas, tetapi individu di sekelilingnya tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada beliau.

Ditanya adakah beliau menerima semua nasihat yang diberikan penasihatnya, Nik Aziz berkata: “Bila diberi nasihat pada saya, saya bincang dulu... kalau saya berasa puas hati saya terima, tak puas hati saya tolak... Bergantung kepada sayalah... saya tak terima bulat- bulat.”

Dalam pada itu, mengulas mengenai tahap integriti yang ada dalam Kerajaan Negeri, Nik Aziz berkata, beliau masih belum berpuas hati dan perkara itu boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Mana ada puas hati, kita manusia mana boleh puas hati... kita nak tidur pun tidak puas hati ada nyamuk ada sejuk... puas hati ini tidak berlaku di muka dunia,” katanya.
Tulang Besi

15 comments:

  1. Dia dok merapu sebab dia tak dapat upah daripaha hassan ali dan hadi..kalau dia dapat habuan dia tentu dia diam..

    ReplyDelete
  2. Ya memang betul kata-kata u all tu...
    tulang besi tukang pelaga,
    tulang besi penghancus jemaah dalam diam,
    tulang besi gunting dlm lipatan.

    ReplyDelete
  3. apa sebenarnya yang hang nak tulang besi??

    aku tak faham dan bingung dgn tindakan hang. dah hang salahkan pen s/u PAS PUSAT pulak.

    hang ni teringin nakkan jawatan ni kah??
    kalu hang nak nanti biak aku cuba tolong hang ngan menulis surat kat presiden suruh amik hang jadi pen. s/u.

    Hang mau ka!!!

    ReplyDelete
  4. TB ka TPU ka dua-dua tak guna..
    Benda-benda macam ni bukannya menguntungkan parti.. hancur berderai la jawabnya.. kadang-kadang ye, kadang pulak tidak.. lidah bercabang.. apa yang tersirat daripada yang tersurat nih.. ada apa-apa ke ? TB ni TF2010 kot..

    ReplyDelete
  5. punca sebenarnya kelantan boleh kekal ditangan pas selama hampir 20 tahun kerana nik ajis mendapat nasihat dari syaitan, kan nik ajis kata dia boleh berkawan dengan syaitan... so syaitan lah yang banyak membantu nik ajis, tu pasal jumaat lepas ada majlis pemujaan nik ajis, itu pada pandangan mata kasar sahaja, tapi ia sebenarnya majlis pemujaan syaitan yang menjadi penasihat nik ajis.

    hadi mendapat penasihat dari manusia biasa, sebagai manusia biasa, penasihat hadi tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan...

    ReplyDelete
  6. kpd anon2 kalau tb tak bongkar kita takkan tau gunting dalam lipatan, fraksi umno dalam pas, geng2 UG..drpd pemimpin dok tipu ahli bawahan baik dibongkar jer..

    ReplyDelete
  7. wahai anon 11.31

    bongkar mmg boleh bongkar...
    tapi kalu TB yg bongkar..aku susah sikit nak terima...
    dia ni bongkar lain mcm. benda yg mmg ada..dia tambah menambah mcm nasi tambah, di "auta"kan (word yg dia sgt suka guna) dgn hujah benang basahnya..

    walau pun benda tu ada... contohnya...dia bukti ngan surat...tapi dia putar belitkan kenyataan...sbb tu separuh org marah...

    apa dia ingat ngan hanya tunjuk bukti spt surat,...gambar...rakaman...KITA SEMUA BOLEH TERMAKAN KE DGN kenyataan yg dia putar belitkan..

    ala..kita bukan tak tau...kalu kita nak tegakkan benang basah,,,,kita akan buat apa saja asalkan org percaya kita.

    jika terpaksa memfitnah...dia akan buat,
    jika terpaksa bohong ,mcm2x dia akan buktikan...
    pada hal benda tu taklah sebesar manapun...kenyataan yg diputarbelit mmg boleh buat.

    lagi pun TB mmg GILER publisiti, gila glamor, giler jawatan.
    aku nak cadang suruh dia bertanding di next ambilan....

    ReplyDelete
  8. biar giler publisiti jgn giler puak2 UG, giler rasuah, giler projek,giler nak jumpa dlm gelap anon 12;16.

    ReplyDelete
  9. anon 2:41 ni cam TB je sound.. :P

    ReplyDelete
  10. wira..
    memang sah anon 2:41 ,,,,kalu tak TB..menyamar jadi anon atau pun clon dia. (dia dah buat pengakuan tu)... TAKBIR

    tapi aku rasa...tgok drp jaapan dia ...betul lah tu/././..

    ReplyDelete
  11. Sudahlah, korang semua mengarut 100%.

    Balik2 ulang tuduhan liar dan rambang tapi bila mintak dibuktikan tuduhan, habuk pun tarak.

    Artikel tu terang lagi bersuluh. Ornag bodoh je yang tak faham artikel tu.

    ReplyDelete
  12. pemfitnah, penghancus jemaah dan pembohong mmg camtu lah perangai

    mmg layak gelaran tu utk ko, TB SI PEMUSNAH JEMAAH

    ReplyDelete
  13. Ni aku quote kata BAHALAD TB:
    "sebenarnya saya pun tak faham apa hujjah si wirautama ni? Berbelit-belit dan tak nampaki hujungnya.

    Lepas tu dia kata saya ni bawa fitnah dan melaga-lagakan pimpinan"

    MMG DASAR TB LIDAH BIAWAK...
    BILA KENA DIRI SENDIRI..PANDAI PULA LIDAH BIAWAK NI BERMUKA-MUKA BAIK...

    AGAKNYA DIA NI P SEKOLAH ATAP KOT....

    ReplyDelete
  14. Ko la bodoh TB!.

    Maksud Tghh tu senang je. Hal ni trjadi sbb Tgna diberi nasihat yg salah. Salah tak bererti jahat. Penasihatnya tersalah bagi nasihat. Penasihat politik. Tak salah dr segi undang2, tp dr segi politik.

    Silap ni biasa lah. Dh nama pun manusia. Xkan penasihat ni semua perfect. Tghh pun ada buat salah. Ada buat silap.

    Apsal la ko ni TB baghal sgt??!!

    ReplyDelete
  15. BILA DATANG BERITA DARI ORANG FASIK TELITI DULU...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?