Wednesday, December 16, 2009

Royalty 1Malaysia: Cuti Umum Berbaju Merah..!

Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) menyeru penyokong mereka memakai baju berwarna merah setiap cuti umum sebagai membantah tindakan kerajaan pusat menafikan hak royalti rakyat Kelantan.

Mereka dalam satu kenyataan memberitahu, 'Hari Berbaju Merah' disarankan setiap hari Ahad bagi penduduk luar Kelantan dan hari Jumaat untuk rakyat di negeri itu.

"Pakai baju merah dan berkumpul ramai-ramai di kedai kopi, shopping kompleks dan sebagainya dan ambil photo untuk di letakkan di dalam laman group," kenyataan mereka dipetik.

Difahamkan mereka juga telah mengadakan perjumpaan sulung Sabtu lalu di sebuah tempat di Kota Bharu.

Selain baju, beberapa bahan cetak berkaitan maklumat tuntutan royalti juga telah disiapkan dan diedar khususnya melalui laman blog dan laman sosial facebook.

Sebelum ini, wakilnya Hasani Mohamed memberitahu, pihak mereka akan melancarkan satu laman web rasmi berkaitan tuntutan royalti Kelantan sebagai usaha menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Laman web yang sudah siap dibangunkan itu akan memuatkan himpunan maklumat berkaitan fakta, kronologi dan langakah seterusnya yang akan di ambil kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan bayaran royalti yang berjumlah 1 billion.

Ianya akan beroperasi sedikit masa lagi menggunakan alamat www.royaltikelantan.com dan akan memusatkan segala maklumat berkaitan tuntutan royalti Kelantan.

Menuruntnya GMRPRK juga sedang mengusahakan siri jelajah seluruh kelantan bagi memberi penerangan kepada rakyat berkaitan tuntutan hak royalti.

Sebelum ini mereka telah memulakan kempen mengumpul suara rakyat agar bersama menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti.

Kempen yang dimulakan Ogos lalu melalui laman sosial Facebook itu telah berjaya mengumpul ribuan ahli dari seluruh negara.

Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) merupakan pakatan generasi anak muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti petroleum Kelantan yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat.

Selain itu mereka juga berperanan khusus sebagai pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen royalti Kelantan.

Harakahdaily.net

9 comments:

  1. Lepas ni mesti si botak Nazri Aziz kata ini semua kerja2 orang yg bodoh mcmana dia kata pada persatuan teksi itu hari

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. korang tunggu la pemandu teksi punya piket sekarang tengah meeting... baginda akan bri coverage sepenuhnya... Topeng nak ikut!?

    ReplyDelete
  4. kah kah kah...tak dapat nak jadik pengedar selipar..dah nak buat promotion baju merah pulak eks..

    ReplyDelete
  5. baju merah baju penyokong bola kelantan tu huhuhu

    moral : xde keje org gilo boleh la ikut...

    ReplyDelete
  6. "..pihak mereka akan melancarkan satu laman web rasmi berkaitan tuntutan royalti Kelantan.."

    Laman web harap2 selalu dikemaskini dan mempunyai daya penarik yg sewajarnya.

    Lawan Tetap Lawan

    ReplyDelete
  7. TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS




    PILIHLAH BARISAN NASIONAL
    PARTI KERAMAT
    PERTI PENYATUAN BANGSA

    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS




    PILIHLAH BARISAN NASIONAL
    PARTI KERAMAT
    PERTI PENYATUAN BANGSA

    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS
    TOLAK PAS




    PILIHLAH BARISAN NASIONAL
    PARTI KERAMAT
    PERTI PENYATUAN BANGSA

    ReplyDelete
  8. Lawan tetap lawan. Mari kita tumbangkan PM 1Malaysia yang di sumpah itu menjadi orang minyak.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?