Thursday, December 24, 2009

UMNO Ditubuhkan Bukan Untuk Membangun Ekonomi Orang Melayu

Saya ada membaca sebuah artikel yang kemungkinan ditulis untuk sebuah jurnal yang membincangkan hal ehwal ekonomi orang Melayu di Malaysia. Saya rasa artikel ini amat jitu dan tepat di dalam menerangkan kenapa orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam ekonomi Malaysia walaupun DEB telah berjalan lebih 30 tahun.

Saya nukil :
  • After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.
  • The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the 1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However, despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.
  • Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.

Selepas merdeka UMNO telah meneruskan dasar ekonomi peninggalan penjajah, yakni “laissez-faire” yang secara otomatik telah meminggirkan orang Melayu itu sendiri. Itu adalah sebab utama orang Melayu hidup miskin dan melarat sebelum 1969. Bukan sebab orang Cina.

Dalam keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu sentiasa berkembang dan tidak mengalami apa-apa kemelesetan sepanjang 12 tahun pemerintahan Perikatan/UMNO pada masa itu.

UMNO kekal sebagai parti “feudal” selepas Merdeka. Jadi, mereka tak nampak keperluan untuk membangunkan orang Melayu. Lebih-lebih lagi

Melayu Jadi Miskin dan Melarat Sebelum 1969 Bukan Sebab Orang Cina tapi Sebab Kelemahan UMNO yang Ketara

Orang Cina sebelum 1969 ada yang kaya dan ramai yang miskin dan melarat. Sampai ke tahap ada di antara mereka yang menyerahkan anak-anak mereka untuk menjadi anak angkat kepada orang Melayu. Kita dah lupa ke? Dalam keluarga saya sendiri ada anak-anak angkat dari keluarga Cina yang diserahkan kepada keluarga saya untuk dibela.

Malahan, rupa-rupanya kejayaan orang Cina dalam ekonomi Malaysia pada masa itu bukan kerana orang Cina ada konspirasi untuk menindas serta menjatuhkan orang Melayu. Orang Cina lebih maju dalam ekonomi kerana mereka rata-rata terlibat dalam sektor ekonomi yang moden dan berproduktiviti tinggi :
  • “The professional, technical, sales and managerial jobs were predominantly held by the Chinese, while about three-quarter of the Malays were agricultural workers mostly involved in small, subsistence farming and fishing activities (Klitgaard and Katz, 1983: p. 335). Thus, not only were the Malays found to be poor, but also they were primarily associated with agriculture, a low productivity sector. On the other hand, the non-Malays were associated with mining, manufacturing and construction, a high productivity sector.”
Jelas sepanjang 12 tahun pemerintahan UMNO itu, tiada usaha yang serius dari UMNO untuk membangunkan orang Melayu. Orang Melayu menunggu janji-janji UMNO seperti menunggu buah tak jatuh.

Macamana nak berharap pada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu berlagak lebih British dari British. Mereka tak perlu fikirkan pasal orang Melayu kerana mentality feudal mengajar mereka bahawa majoriti orang Melayu sepatutnya tunduk kepada tuan-tuan feudal mereka, yakni pemimpin-pemimpin UMNO.

Maka, apabila kemarahan orang Melayu memuncak, majoriti Melayu telah menolak UMNO dalam pilihanraya 1969. UMNO hilang 2/3 kerusi Parlimen dan hilang beberapa negeri. Dato’ Harun Idris sendiri berada dalam keadaan kritikal

Peristiwa 13 Mei 1969 dicipta bagi menyelamatkan kerajaan UMNO. Majlis Gerakan Negara ditubuhkan dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Razak, menjadi ketua MAGERAN. Tunku Abdul Rahman telah dipinggirkan dan tak lama dari itu Tunku letak jawatan.

Kesan Kekalahan 1969 Kepada UMNO

Kesan utama kekalahan mereka 1969 adalah UMNO mula menyedari orang Melayu boleh berfikir dan sudah mula keluar dari kepompong feudal. Maka, mereka terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengekalkan pemerintahan mereka dan mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka.

Maka, langkah utama yang mereka ambil untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka adalah menubuhkan kerajaan bersama dengan PAS. PAS adalah alat utama UMNO di dalam mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO.

Dan, kemasukan PAS juga adalah berdasarkan janji-janji Tun Razak untuk melaksanakan program-program yang membantu menaikkan taraf socio-ekonomi orang Melayu. Maka, masuklah PAS dalam kelambu UMNO.

Cumanya, lepas 3 tahun, apabila UMNO sudah 100% yakin tahap sokongan terhadap mereka telah kembali, maka diciptalah situasi yang telah menyebabkan PAS ditendang.

Membangun Ekonomi Orang Melayu Bukan Agenda UMNO

Ertinya, UMNO tidak pernah menjadikan agenda membangun orang Melayu sebagai agenda utama mereka. Tindakan mereka memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru adalah atas dasar mahu mengekalkan kuasa mereka semata-mata dan bukannya niat mereka hendak membantu ekonomi orang Melayu sangat.

Tujuan UMNO adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan ekonomi kaum elit orang Melayu (yang lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA).

Ini kerana sepanjang 1957 sehingga 1970, keadaan ekonomi majoriti orang Melayu semakin melarat. Namun, kalangan yang kaya dalam kelompok Melayu telah menjadi semakin kaya dan semakin kaya. Sila lihat carta di bawah :
Sehingga ke saat ini, jurang antara yang kaya dan miskin di kalangan orang Melayu SEMAKIN MENINGGI walaupun ada program DEB.

Ini bererti, walaupun UMNO memperkenalkan DEB, ia cuma wayang sahaja. UMNO masih mengekalkan polisi utama mereka, yakni mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu.

Tidak dinafikan DEB banyak membantu orang Melayu, tetapi kenapa pada hari ini ramai orang Melayu yang mengeluh? Malahan, ramai yang sanggup meninggalkan tanahair untuk bekerja di luar. Mengapa?

Jawapannya adalah kerana DEB telah ditukar untuk menjadi sebuah program untuk mengkayakan UMNOPUTRA. UMNOPUTRA ini ada berbagai bentuk, tapi bentuk yang biasa kita jumpa adalah kontraktor2 Orang Kuat UMNO (OKU). Dan ada lagi jeghaung2 di atas mereka yang mengaut kekayaan negara atas nama DEB dan membiarkan orang Melayu yang tidak berkemampuan hidup susah dan melarat.

Maka, dari kontraktor2 OKU ini dapatlah kita hasil seperti ini :
dan ini :
Boleh baca di sini.

Mereka yang tak layak terima kontrak dan projek tapi diberikan juga sebab koneksi mereka dengan UMNO. Semua kerana mahu mengkayakan UMNOPUTRA atau ELIT-ELIT MELAYU.

Kegagalan UMNO Yang Sepatutnya Telah Membunuh UMNO

UMNO ni sepatutnya dah mati lama dah. Selepas 1969 sepatutnya UMNO sudah kita kuburkan. Mereka adalah parti nasionalis sekular yang bertujuan untuk menjaga kepentingan tuan-tuan feudal Melayu serta meneruskan polisi serta program ekonomi penjajah British.

Tapi, PAS telah datang menyelamatkan UMNO dan memberi nafas baru kepada UMNO selepas 1969. Sedih saya.

Marilah kita orang Melayu keluar dari kepompong ekonomi UMNO. Selagi orang Melayu duduk bawah UMNO selagi itu orang Melayu akan hidup untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu tajaan UMNO.

Nama kata nak bangunkan orang Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, moden, berwawasan jauh hanya boleh dilakukan kiranya orang Melayu menghumban UMNO ke Laut Cina Selatan. Selagi kita duduk bawah UMNO, selagi itu kita hamba UMNOPUTRA.

Saya berharap Dr Mahathir membaca artikel saya ini dan memberi sokongan beliau kepada artikel saya.

Tulang Besi

p/s - Kepada yang berminat untuk membaca artikel jurnal karangan AH Roslan ini, bolehlah muat turun artikel tersebut dengan klik di sini.

p/s - saya tak percaya orang Melayu malas. Pada yang tidak pernah bersawah dan bertani jangan mudah-mudah tuduh orang Melayu malas. Cubalah bersawah dulu baru tahu malas tak malas.

ps saya masih tidak lupa raut wajah N. Gobalakrishnan bila saya bagitau pendapatan per kapita orang India di Malaysia lebih tinggi dari orang Melayu. Oleh sebab itu, beliau kena belanja saya teh tarik.

Tulang Besi

24 comments:

  1. Ini artikel ada kualiti sikit. Nanti saya beri komen.
    Buat sementara saya bagi komen pendahuluan dan baki saya beri kemudian:


    Tahniah TB dah tukar isu lebih matang. Tapi takkan nak maju PAS dengan hentam UMNO. Berikan sikit senarai sumbangan PAS terhadap Islam dan Melayu dan juga bukan Melayu. Beri senarai seprti senarai doasa TB bagi dulu.

    ReplyDelete
  2. Berikan sikit senarai sumbangan PAS terhadap Islam dan Melayu dan juga bukan Melayu. Beri senarai seprti senarai doasa TB bagi dulu..

    Kalau takda PAs Islam dan ekonomi orang Melayu lagi hancur macam di Indonesia

    ReplyDelete
  3. Inilah akibat dasar pelajaran yang BUANG atau pandang rendah mata pelajaran SEJARAH dan SIRAH..asyik DEWAkan EKONOMI dan SAINS tak habis2..kurang2 biarlah seimbang..macam DACING kan kan kan..

    Allah tidak jadikan sesuatu pun yang SIA SIA..hatta anjing dan babi sekali pun..inikan pulak ILMU..sifat Allah..

    ReplyDelete
  4. selama ni hamPAS buat apa ? apakah hamPAS memperjuangkan ekonomi orang melayu? masa nak pilihanraya pandai lah ceramah, lepas tu habuk pun tarak.

    ReplyDelete
  5. Sememangnya artikel yang penuh dengan fakta.

    Tahniah.

    ReplyDelete
  6. Disebabkan ajaran HamPAS lah ada pengikut PAS hanya tau bercakap pasal agama islam tapi bila nak kawin bawak lari anak orang..kawin pun guna kadi palsu...ada pulak yang tau kawin je tapi nafkah bini tak kasi..mana nak kasi nafkah sebab lelaki pas hanya tau berlonggok dengar ceramah jee..bini yang dok cari rezeki..tak caya pegi kat kelantan tu tengok yang menjana ekonomi tu sape ..hanya perempuan jee..yang lelaki cuma pandai laga ayam..suara burung dan sampai bunyi belalang pun dijadikan judi...

    ReplyDelete
  7. Woiiiii...sekarang ni Umno/BN yg memerintah tau

    So, segala pendapatan negara adalah harta Umno/BN. Umno/BN yg askan uruskan

    Kau orang jangan sebok2...Ikut saja apa yg Umno/BN buat sudah la...
    Tak bersukur langsung kau orang ni
    Umno/BN dah bina jalanraya, sekolah, masjid, bagi subsidi dan lain2 lagi itupun masih tak syukur.

    Nanti kau orang menang PR (itupun kalau menang), kau orang buat la cara kau orang.

    Kau orang ni belajar ke tak belajar erti sukur...???

    ReplyDelete
  8. Bukan harta umNGOK/BEER END yang punye.HARTA RAKYAT MARHAEN YANG PUNYA!!!Itu fakta..

    ReplyDelete
  9. DAh lama aku tak baca artikel mcm ni di blog TP..sebelum ni asyik hentam sesama PAS je....tulung teruskan artikel seperti ini..
    JANGAN asyik nak hentam Hasan Ali je..

    ReplyDelete
  10. 1. “Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. “

    Masih tak ramai orang Melayu berpendidikan tinggi dan berpengalaman selepas 12 tahun lepas merdeka,maka ini satu sebab utama di adakan DEB. Jadi TB boleh lihat sendiri kesan perlaksanaan DEB. Ini pun belum capai sasaran 30 % kerana orang Melayu masih baru. Tamaddun Cina dan India telah bermula di bumi beribu2 tahun dahulu. Mereka dah mula lebih awal. Pemimpin PAS yang asal dulu mempunyai sifat keMelayuan sangat tinggi dahulu sehingga menentang prinsip jus soli dan sedia bergabung dengan Perikatan/BN kerana sedar dan insaf bahawa orang melayu banyak ketinggalan dalam banyak bidang.

    2.“Membangun Ekonomi Orang Melayu Bukan Agenda UMNO”

    Agenda utama UMNO ialah sentiasa membangun orang Melayu mengikut prinsip2 Islam. Cuma pemimpin yang naik ke atas itu tak laksanakannya. PAS kena sama2 bantu ahli UMNO supaya dapat UMNO dapat pemimpin yang baik. Atau PAS perjuangkan dasar2 PAS yang awal iatu Melayu-Islam. InsyaAllah PAS boleh menang banyak PRU nanti. Banyak orang melayu yang sokong PAS sebab mereka tak suka pemimpin UMNO bukannya Parti UMNO. Ini PAS kena faham betul2. Sokongan kerjasama PAS dan DAP hanya akan dapat sokongan sementara dari orang Melayu kerana akhirnya orang Melayu akan sedar DAP dan PKR sebenarnya hanya mempergunnakan PAS.
    Bagi DAP, bertambah kebaikan bagi kaum Melayu sudah cukup baik.Tetapi andaikata dapat memerintah Negara , mereka akan bersungguh2 tak lepas peluang. Lihat lah apa akan berlaku di Pulau Pinang jika ada orang Melayu terus beri sokongan kepada DAP.

    3. “Sehingga ke saat ini, jurang antara yang kaya dan miskin di kalangan orang Melayu SEMAKIN MENINGGI walaupun ada program DEB.”

    TB kena bandingkan kehidupan majority orang Melayu sekarang dengan orang Melayu sebelum 1970an, baru Nampak lebih jelas kesan DEB. Memang ada beberapa pemimpin UMNO yang tamak mengambil kesempatan terhadap DEB. Disinilah orang Melayu termasuk ahli biasa UMNO menghargai peranan PAS sebagai satu parti alternatif . Tetapi jangan kerana beberapa marah pemimpin UMNO yang tamak, maka dihapuskan lansung DEB.


    4. “Marilah kita orang Melayu keluar dari kepompong ekonomi UMNO. Selagi orang Melayu duduk bawah UMNO selagi itu orang Melayu akan hidup untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu tajaan UMNO”

    Orang melayu hanya perlu hapuskan pemimpin rasuah dan menyalah guna DEB. Kalau PAS pun perjuang DEB , sudah tentu ramai orang Melayu sokong PAS. Tetapi sebaliknya PAS bersama Pakatan Rakyat nak lepaskan kepentingan Melayu pula. Ini isu pokok kenapa masih ramai orang melayu tak sokong PAS.

    ReplyDelete
  11. Saya tak tau nangis atau ketawa bila baca komen si anon December 24, 2009 6:37 PM

    Kao takda modal lain ke nak pertahan UMNO.

    Ada ka sampai kata orang Cina dgn India ada tamadun dulu dari orang Melayu.

    Mana kao belajar sejarah ni?

    Alahai mak oii, apasal la penyokong UMNO ni suma slow?

    ReplyDelete
  12. Saya tak tau nangis atau ketawa bila baca komen si anon December 24, 2009 6:37 PM

    Kao takda modal lain ke nak pertahan UMNO.

    Ada ka sampai kata orang Cina dgn India ada tamadun dulu dari orang Melayu.

    Mana kao belajar sejarah ni?

    Alahai mak oii, apasal la penyokong UMNO ni suma slow?

    ReplyDelete
  13. Umno dah bagi hampa kaya...Umno dah bagi hampa kesenangan.... Umno dah bagi hampa keamanan....hampa lupa lagi ka? Memang jenis tak kenang budi hampa semua ni.

    ReplyDelete
  14. aku x brape nak paham pemimpin islam sekarang sbb diaorang lagi suka ikut cara yahhudi iaitu cukai..dalam islamkan ade zakat. mcm2 zakat ada. semuanya hampir serupa dgn sistem cukai yahudi ni. dan aku x brape nak sokong klu ade org kata saidina umar RA papa kedana lpas masuk islam.sbenarnya saidina umar RA x pernah papa kedana tapi hartanya sama dgn pengikut islam masa itu. sama juga masa beliau memerintah. pengurusan wang negara diurus dgn jujur dan dgn patuh pada kehendak Allah SWT penciptanya. lupa ke umat islam ni dgn firman Allah SWT yg mengatakan zakat itu adalah untuk menyucikan hati dan meyuburkan harta. menyucikan hati sbb umat islam ikhlas mengeluarkan sedikit dari harta mereka utk membantu saudara yg susah. disini sifat bertanggungjawab akan terbina sendiri dalam hati umat islam.
    dan apabila harta negara ini diurus dgn jujur maka tidak akan ada lagi umat islam yg merempat mcm sekarang sbb contohnya ada pada sejarah zaman kegemilangan islam dibawah pemerintahan saidina umar RA. siapakah Saidina umar RA yg diangkat sebegitu hebat oleh Allah SWT. salah satu sebab yg paling utama ialah beliau seorang ulama yg agung sebab dia adalah sahabat nabi yg paling kanan dan ajaran islamnya datang terus dari Rasulullah SAW itu sendiri.
    Kesimpulannya sekarang kita mesti mencari ulama yg hebat sprti beliau atau sekurang2nya hampir sama dgn beliau utk menguruskan harta dan memimpin negara ini kearah gelombang kegemilangan islam yg kedua. kita tolak umara2 dari memimpin negara ini kerana kesan selepas 52 tahun dipimpin oleh para umara kesannya sungguh negatif. dan aku amat berharap satu masa bila dajjal menjadi tuhan kt dunia ni dan berbondong2 manusia mnjadi hamba si laknatullah ini anak cucu kita akan terpimpin dgn akidah islam yg diterapkan oleh para ulama2 ini.

    -lurus-

    ReplyDelete
  15. anon 10.30pm. baik le ko buat sujud taubat pasai harta kesenangan ni Allah SWT yg bagi bukan umno. Umno adalah perantaraan sahaja tapi itu pun x jujur..

    ReplyDelete
  16. Mana hampa semua tau tak jujur. Hampa boleh baca hati dan niat orang ka???
    Sebenarnya hampa yg tak jujur. Dah bagi kesenangan tapi tak nak syukur. Dah bagi kekekayaan lupa diri pulak. Dulu masa kominis memerintah ada senang ka??? Dulu masa Jepun takluk Malaysia ada seronok ka kalau dibandingkan masa sekarang ni. Hampa mangkaq lagi sebab tu tak sedaq diri. Cakap yg bukan2.

    Bersyukurlah kerana ada Umno...
    Hidup Melayu...Hidup Umno

    ReplyDelete
  17. tulang stainless steelDecember 25, 2009 at 9:04 AM

    Kepada anon8.05 a.k.a Tulang Besi

    Sy rase awkla yg xtau sejarah. Tamadun Cina ngn India lg lama dr tamadun Melayu. Org Melayu pun sblm kedatangan Islam adalah beragama Hindu dan Pagan kalonak bukti tgkla masyarakat Bali. Kalo boleh tolong tunjuk Tamadun Melayu yg sblum Adanya Tamdun Cina Dinasti Han dan Tamadun India dari Kerajaan Chola.

    Inilah kalo da but sejarah. Aku suka anon 6.37. Aku pun xsuke pemimpin UMNO yg korup mcm dollah dan menantunya. Tp aku xkan sama skali membenci UMNO sbb PAS xkan menjamin kepentingan org Melayu Islam kat Malaysia nih. PAS lg selase bekerjasama ngn DAP sebab busuk ati mereka kat UMNO da sgt thp kritikal. DAP pula percayalah akan selama2nya tidak mendapat sokongn org Melayu kerana sikap kiasunya dan sering mempertikaikan hak Org Melayu yg telah dipersetujui dlm perlembagaan.

    Ko nak cop aku racist ker, asobbiyah pedulikla.. Hakikatnya aku tau aku dok kat Malaysia negara yg mempunyai berbilang bangsa. Org Melayu yg asalnya memiliki tanah ini terpakse sedikit sbyk mengorbankan hak mereka utk berkongsi ngn bangsa lain. Aku sedih tgk puak PAS yg jumud thp gaban xnak memperjuangkan hak Melayu tp sibuk nak menjatuhkan org Melayu sendiri.

    Nyesalnyer aku undi PR PRU lepas. Abes Selangor lingkup dlm tgn DAP dgn Khalid gagap tu. Tahun depan xpun bile2 lg bankrp la Selangor.

    Bukakla buku sejarah balik oii.. Study leklok.

    ReplyDelete

  18. Nyesalnyer aku undi PR PRU lepas. Abes Selangor lingkup dlm tgn DAP dgn Khalid gagap tu. Tahun depan xpun bile2 lg bankrp la Selangor.

    Bukakla buku sejarah balik oii.. Study leklok.
    .

    So kao nak undi UMNO balik la supaya boleh hantar pemimpin2 UMNO Selangor pegi Disneyland

    ReplyDelete
  19. ada orang menyamar jadi anon.
    kah-kah-kah-kah
    konon-konon nak bagi laku blog dia
    kah-kah-kah-kah

    ReplyDelete
  20. "Tindakan mereka memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru adalah atas dasar mahu mengekalkan kuasa mereka semata-mata dan bukannya niat mereka hendak membantu ekonomi orang Melayu sangat".

    Sgt busuk hati lagi xtahu bersyukur kenyataan di atas.

    Cuba bandingkan org melayu dulu dan skrg,.bukan kah itu semua hasil DEB??

    Brapa ramaikah ank melayu graduan universiti? Bukankah itu hsil DEB?? adakah semuanya anak2 org UMNO??

    Brapa ramai profesional melayu?? Doktor,lawyer,engineer,pensyarah,ahli perniagaan,.. bukankah itu hsil DEB,?? adakah semuanya anak org2 UMNO??

    Hakikatnya,busuk perut hamPAS terhdp UMNO di tahap kritikal.hamPAS tahu mrk xdpt menandingi UMNO membela Melayu dan Islam.Hya 1-2 pemimpin UMNO yg rasuah,..keseluruhan jasa UMNO mahu dinafikan

    ReplyDelete
  21. pencacai hamPAS memang begitu, nk arap dasar ekonomi hamPAS lagi la xblh pakai, ramai org Kelate kuar cari keje negeri lain. bile time raya, mula berbondong2 rakyat marhaennye blk Kelate. Kete lawa2, asal dari mane tu? tp sbb pemimpin hamPAS bodoh, byk juga rakyat marhaennye mati tgh jln, xpun beraye kat spital. Hehe..

    ReplyDelete
  22. Opppss... silap. hamPAS mane ade dasar ekonomi pun. nak bela kmbing janapari pung bergaduh2. Hehe..

    ReplyDelete
  23. kene tpu lg..mmg UMNgOkDecember 29, 2009 at 2:55 PM

    HAH AKU DA KATE KITE KNE TIPU DARI ATOK KITE LAGI...NI SKANG ZAMAN KITE. TAKKAN KITE NAK ANAK CUCU KITE KENE TIPU GAK..

    CELAKE UMNO...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?