Friday, January 16, 2009

HUSAM BIDAS EZAM!!- malaysiakini



Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.

Teruskan dengan temuramah sya~reformis dengan Dato Husam.Pada 16/01/2009..jam 11.30 pagi.di Losong Masjid K. Terengganu.

TUDUHAN dari Ezam :

Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya- Ezam
Jawapan Dato Husam :
Saya dah ada disini!!Saya bukan tuduh,saya cuma kata biasanya orang yang masuk UMNO ni carik makan la.Dulu dia berjuang menentang RASUAH dan PENYELEWENGAN tapi kita tak lagi dengar dia bersuara menentang RASUAH dan MENYELEWENG.

TUDUHAN dari Ezam :
Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.

Jawapan Dato Husam :

Memang la dia nak cuba guna alasan untuk masuk,saya nak cakap apa dia memang nak MASUK!Kita sebagai Pejuang tak boleh bersangkut dengan orang,esok-esok TUHAN akan tanya kita sendiri..Bukan tanya orang tu orang ni,semata-mata keputusan dibuat bedasarkan diri dia sendiri,makna TUHAN akan tanya tu sorang-sorang.

TUDUHAN Ezam :

" Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ' Wallahi, Wabillahi, Watallahi' saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.

Sya bertanya : Ezam telah bersumpah apakah Dato juga akan bersumpah ?

Jawapan Dato Husam : Orang yang bersumpah ini merupakan orang yang tak ada keyakinan diri.Dia tak percaya apa yang dia kata tu betul atau tak.Kalau dia yakin apa yang dia katakan itu benar maka TAK PERLU sesiapa bersumpah.

TUDUHAN
Ezam :

Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.

"Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan…nak tahu apa jawapannya, Husam kata " kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia," katanya.

Jawapan Dato Husam :

Bagi saya,saya lebih menghormati Dato Seri Anwar.Bagi saya Dato Seri Anwar Ibrahim lebih berprinsip dari ezam.

TUDUHAN Ezam :

Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ' pusing keliling' seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.

Jawapan Dato Husam :

Dia (Ezam) memang TOKOH yang hebat,saya tak boleh tandingi dia.Saya hanya orang biasa.

Sya bertanya :

Adakah Dato Menafikan segala Tuduhan yang dilemparkan oleh Ezam ?

Jawapan Dato Husam : Saya pun tak dengar apa yang dia cakap,tuduhan itu pun saya tak perasan.Yang dia kata saya kenal Dato Seri Anwar Ibrahim,memang saya kenal!!Saya mengenali Dato Seri kerana prisipnya dan ketokohannya dalam politik.

Secara Rumusan tiap-tiap orang ada MARUAH dia sendiri,ada integriti dia sendiri dan istikomah.Kalau dulu dia mengatakan UMNO tak bagus,sekarang dia kata bagus jadi dia hilanglah integriti dia.Dulu dia kata Dato Seri Anwar Ibrahim bagus,sampai dia kena tahan ISA,pastu dia kata Dato Seri tak bagus.Macam mana dia kata dulu bagus sekarang tak bagus!Ini orang yang integritinya menurun.

Sya bertanya :

Bagaimana kalau dia ingin berdepan dengan Dato ?

Jawapan Dato Husam :

Saya harap Ezam keluar dari UMNO dan masuk semula ke dalam PAKATAN RAKYAT,Buat apa lagi duduk dalam UMNO!!!

Sekian temuramah Sya~Reformis dan Dato Husam Musa Pagi tadi.Bagi aku ini jelas apa yang cuba dimainkan oleh Ezam hanyalah untuk mencari nama dan PUBLISITI murahan sempena kempen beliau di K.TERENGGANU.

NOTE Sya~Reformis berkata : Buat Ezam tak payah susah - susah pusing satu KELANTAN nak cari Dato Husam,kalau berani pergi sahaja ke RUMAHNYA dan KEPEJABATNYA!!Jangan kerana banyak cakap tapi apa pun tak boleh pakai.Dato Husam membuka pintu untuk Ezam masuk semula ke Pakatan Rakyat...so Ezam Fikir-Fikirlah!!!

Cuba teka apa dia....???

Gambar yang sempat aku ambik masa nak gi solat Jumaat tadi......

Laporan dari wartawan Perisik Rakyat P-036 - wan zamzahidi

Bandar Metropolis

Metropolis ?????

Mana tak metropolisnya...

Setiap traffic light ada polis kurang kurang 2 orang tepi jalan pun ada polis martek sana sini.

Bak kata orang, selak polis baru nampak divider jalan...

Laporan dari wartawan Perisik Rakyat P-036 - wan zamzahidi

Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan-najib altantuya - malaysiakini

Dalam berita bertajuk "Hudud: Umno perlu nyatakan pendirian" di muka surat N3 akhbar Sinar Harian hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata:
Apa erti hanya solat sahaja, tetapi mempersoal dan mempertikaikan hukum Allah. Dalam Pakatan Rakyat (PR) semua suara boleh mengeluarkan pendapat masing-masing dan tugas kita adalah berbincang bersama-sama.

Apa yang penting, kita perlu hormat pendirian PAS yang akan menjalankan hukum hudud sekiranya menjadi kerajaan pusat.
Saya salin kenyataan tersebut sebagai rujukan di masa hadapan. Tuan Guru Presiden PAS pula dipetik oleh akhbar yang sama sebagai berkata:
Saya ingin jelaskan di sini bahawa hukum hudud dan qisas hanya mempunyai kaitan dengan orang Islam dan ia tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam, khususnya DAP.
Beliau juga berkata, isu hudud sepetutnya dijawab oleh Umno yang menjadi sebuah parti Melayu Islam.

Presiden PAS kelihatan mahu para pemimpin Umno mengulangi penegasan mereka mengenai hukum hudud seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Pada 20hb April 1983, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Mac ini memberitahu para wartawan bahawa;
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.
Pada 20 April 1992 beliau sebagai pemimpin kanan Umno sekali lagi mempertegaskan pendiriannya kepada para wartawan dan menyatakan bahawa;
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
Dalam soal hudud, berlaku mutafaqun 'alaih antara Umno, DAP dan MCA yang menyifatkan perjuangan PAS tidak waras melalui lidah Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Walaupun dah 3,558 kali aku ulang. saya nak ulang lagi pendirian saya seperti yang saya tulis dalam posting bertajuk "DAP tolak dasar PAS? Biasa la..." Kalau malas nak klik, saya copy and paste di sini:
Banyak yang menggelejat bila Malaysiakini semalam melaporkan "A firm DAP 'No' to theocratic state". Apa yang nak dihairankan kalau DAP menolak negara yang berteraskan sistem Islam? Yang hairan bin ajaibnya kalau dia terima. Boleh terkejut babun aku. Siap melengung lagi macam kucing basah terkena hujan.

Apa yang nak merah menyala muka bertempik sakan kalau DAP bersuara begitu? Itu hak demokratik dia. Suka hati dia la nak guna hak demokratik dia.

Saya menyokong sepenuhnya tujuan atau matlamat perjuangan PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara serta Islam menjadi dasar yang diperjuangkan dengan Allahu Akbar menjadi seruannya.

Apa yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Bila telah diluluskan mengikut undang-undang negara, saya juga berhak dari segi demokrasi untuk menyokong tujuan dan matlamat perjuangan PAS itu. It is my absolute democratic right. Suka hati aku la nak guna hak demokratik aku.

Bila masing-masing menggunakan democratic right masing-masing, apa fasal awak banyak sakit?!
Saya juga tak kacau hak demokratik MCA dan DAP untuk makan babi dan bela babi. Awat? Bela babi tak ada legal and constitutional implication seperti hudud? Boleh jadi tak ada. Tetapi bukankah bela babi mempunyai implikasi dari segi sensitiviti orang yang tak makan babi dan implikasi dari segi kebersihan alam sekitar? Tetapi, tetap saya tak kacau hak demokratik orang lain.

So, if any MCA or DAP thinks hudud is an issue, i have more than just a few issues. Do i sound racist these few days? Come on la! Please dont start burning my nerves! I want to die as your honest friend.

~penarik beca

TINJAUAN: PAS menang besar di KLpos, Berita Harian, Mstar - malaysiakini

Setakat semalam, tinjauan yang dijalankan oleh beberapa akhbar tempatan dan online mendapati calon PAS Abdul Wahid Endut mendahului dengan jarak yang begitu ketara sekali.

Hasil bancian dari pembaca KLpos.com setakat ini menunjukkan PAS mendahului dengan 70 peratus di ikuti calon BN 26 peratus dan Bebas 3 peratus.

Manakala masing-masing 1 peratus memilih untuk rosakkan undi dan tidak keluar mengundi jika mereka diberi peluang mengundi pada 17 Januari ini.

Undian di KLpos.com turut disertai dengan hampir 400 komen ditinggalkan oleh para pembaca setakat hari ini.

Satu lagi akhbar mStar Online yang dikatakan versi The Star berbahasa melayu menunjukkan calon PAS mendahului dengan 82 peratus serta BN dan Bebas masing-masing memungut 13 dan 4 peratus.

Portal Berita Harian pula semalam menunjukkan calon PAS menang dengan undian 73.3 peratus berbanding BN 23.3 peratus.

Itu kata pelayar internet. Keputusan yang bakal dibuat oleh lebih 80 ribu rakyat Kuala Terengganu akan secara rasminya diketahui pada malam 17 Januari ini.

Gambar Kemalangan Dikuantan Berpunca Dari VVIP - malaysiakini

Maaflah semua... aku lambat update gambar ni, padahal semalam lagi dah masuk dalam inbox aku...





P-036: Peluang UMNO/BN Cerah??? - malaysiakini

Sehari menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, esok, sentimen pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin positif, sekali gus memberi peluang cerah untuk calon BN mempertahankan kerusi itu.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata gerak kerja kempen BN sekarang juga berjalan lancar dan berkesan berbanding ketika lawatan kali pertama beliau ke sini, minggu lalu, manakala pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang boleh diatasi asalkan rakyat yakin dengan kepemimpinan kerajaan BN.

TP - kalau tengok media perdana memang laporan mengatakan peluang BN menang amat-amat-amat-amat-amat cerah... tapi yang aku heran, sepanjang rakaman liputan, asyik dok tunjuk rakaman pemimpin dok ceramah je...

Ada sesape yang pernah nampak rakaman "tetamu majlis"???

Ketua p'raya KT letak jawatan isu etika

Pegawai pengurus pilihanraya kecil Kuala Terengganu meletakkan jawatan kerana tindakannya boleh menimbulkan isu etika dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dipertikaikan.

Datuk Mat Razali Kassim, yang juga datuk bandar Kuala Terengganu, semalam menarik diri mengejut selepas dikritik oleh PAS sebagai "berat sebelah" dengan dakwaan meminta kakitangan majlis bandara raya itu menyokong BN esok.

SPR berkata ia menerima beberapa aduan melalui telefon dan mesej SMS berhubung perkara tersebut, selain dakwaan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kanan PAS Terengganu.

"Sebagai seorang pegawai pengurus, seseorang harus ada etika tertentu.

"Seseorang pegawai tidak boleh dilihat bias kepada mana-mana pihak, mesti tidak berpihak," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang medianya hari ini di Kuala Terengganu.

"Kita berharap tidak timbul lagi isu (pihak) yang mengatakan SPR berat sebelah.

"Kita pandang berat perkara ini, beliau juga sedar dengan tindakannya itu boleh membuatkan SPR dalam keadaan dipertikaikan."

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausahanya Datuk Ngah Senik.

-malaysiakini