Dua tiga hari ni pakat-pakat dok kecoh pasai isu serban dan jugak topi keledar... sunnah nabi vs undang-undang...
Dalam keuzuran ni aku rasa naak bagi jugak pendapat aku dalam hal ni. aku dok rasa pendapat aku mungkin bercanggah dengan kebanyakan pendapat-pendapat yang lain-lain. tapi tak pe, ni pendapat aku...
Tak mo panjang-panjang...
Bagi aku la kan... serban tu hanyalah sunnah nabi, manakala undang-undang pemakaian topi keledar yang dibuat tu adalah untuk menyelamatkan diri kita dari musibah sekiranya berlaku kemalangan.
Sunnah nabi bukan satu perkara yang wajib untuk kita ikuti. itu cuma sunat kan? tak berdosa kalau kita tak ikut tapi dapat pahala jika kita buat.
Jadi bendanya mudah je... ikutlah undang-undang sekiranya ianya dibuat untuk kebaikan kita. tapi kalau hangpa ghasa serban tu dapat selamatkan kepala hangpa kalau berlaku kemalangan, aku tak leh nak kata apa.
Yang nyatanya, mempertahankan nyawa tu jugak satu kewajipan bagi kita umat islam, sementara menggadai nyawa pada jalan yang tidak betul adalah satu dosa.
Tak salah dan tak susah rasanya untuk kita bukak sekejap serban dan pakai topi keledar demi untuk keselamatan kita semasa menunggang. dah sampai destinasi karang, lilit la balik serban tu. bukan susah sangat pun.
Jangan buat sampai orang-orang agama lain melihat agama Islam sebagai satu agama yang menyusahkan penganut-penganutnya dengan amalan-amalan yang menyusahkan. Islam itu mudah, kita ni yang banyak menyusahkan.
Sebab aku tengah uzur maka aku tak larat nak bikin banyak-banyak hujah sebab tak larat nak taip. tapi cuba la hangpa pikiaq balik pakai akal yang waras.
Sebab apa memakai serban itu adalah sunnah nabi? adakah ianya untuk keselamatan atau supaya kita kelihatan kemas?
Sebab apa memakai topi keledar itu adalah wajib (dunia)? adakah ianya untuk keselamatan atau untuk kita kelihatan kemas?
Jangan kita tersilap menilai antara "hukum" dan "sunnah"... hukum adalah undang-undang manakala sunnah adalah "saranan"... jangan tersilap bab ini.
Yang mana lebih wajib kita utamakan? keselamatan diri atau kekemasan diri?
Mana yang lebih penting untuk meneruskan agama Islam? mempertahankan nyawa atau "smart" tak bertempat?
Aku pilih untuk pertahankan nyawa aku supaya aku dapat hidup lebih lama dan juga dapat meneruskan zuriat aku supaya umat Islam bertambah ramai.
Kalau aku "smart" tapi umur aku pendek... erm... ruginya agamaku......