Thursday, February 12, 2009

Santai Hari Ini: Meh Layan Sat Woi...!!! - malaysiakini


Klik [sini] untuk muat turun.
Lagu ni aku rasa sesuai sangat-sangat dengan situasi politik dekat Perak... kira ni iklan untuk hari ni la... kasik ringan sikit pale otak...

Moh layan...!!!

Guk ngangguk ngangguk ngangguk ngangguk ngangguk ngangguk guk..!

Leng geleng geleng geleng geleng geleng geleng geleng leng..!

Muakhakhakhakhakhakhakha...!!! Best...!!!

Majlis MB bersama Rakyat...

Majlis Menteri Besar Perak Yang SAH Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaludin bersama RAKYAT Perak malam ini.

Lokasi pertama : Taman Soon Choon (Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat Bahagian Gopeng)

Masa : 8:30 malam.

Lokasi kedua : Jelapang (Kampung Baru Jelapang)

Masa : 9:30 malam.

Semua Dijemput Hadir Memeriahkan Majlis.

Video: Sidang Media MB Nizar Bersama Perak BlogNet - malaysiakini


Klik [sini] untuk muat turun.
*rakaman video ihsan dari BloggersNetwork@Perak.

Berita dari Malaysiakini.
  • Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.
  • Bercakap dalam satu sidang akhbara di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.
  • Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut.
  • Beliau juga mengumumkan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.
  • Menurut Nizar beliau akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.
  • Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.
  • Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 96 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu.
  • Manakala SMS yang diterimanya pula menyokong beliau untuk terus memegang jawatan menteri besar. Minggu lalu, Barisan Nasional menubuhkan kerajaan baru di Perak selepas empat wakil rakyat Pakatan keluar parti. Seorang daripada mereka kembali semula ke pangkuan Umno manakala tiga lagi menjadi calon bebas dan menyokong BN.
  • Ekoran itu, Sultan Perak telah menitahkan kepada Nizar supaya melepaskan jawatan menteri besar tetapi beliau enggan berbuat demikian.
  • Sebaliknya, beliau terus tinggal di kediaman rasmi menteri besar yang juga menjadi pusat pentadbirannya.

Terkini Dari Bilik Media BloggersNetwork@Perak

Satu Sidang Media Khas antara Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dengan Para BloggersNetwork@Perak telah diadakan di Bilik Media.Satu Rakaman Penjelasan MB berkaitan dengan isu semasa telah dibuat.

Antara yang diperjelaskan ialah :

1. Kes Makhamah ( Menfailkan Permohonan Pengistiharaan Bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Di Perak masih Kerajaan yang sah ) - Ia akan di Failkan Di Makhamah Tinggi Jln Duta,pada jam 11.30 pagi...

NOTE : Semua Rakyat diminta hadir untuk menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

2. Isu Kereta Rasmi dan Rumah Rasmi Menteri Besar dan Exco.

- Menteri Besar dan Exco dijangka akan mengembalikan Kereta Rasmi Kerajaan pada Malam ini dan Esok hari.Semua Kenderaan tersebut akan diletakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

- Dato Seri akan dijangka mengosongkan kediaman selewat-lewatnya 10 hari dari sekarang.

- Proses untuk mencari kediaman buat Dato Seri dan Keluarga masih dalam Proses carian.

NOTE : Dato Seri menyatakan bahawa walaupun Beliau keluar dari kediaman dan mengembalikan kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri namun ia bukan bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat telah Tewas mahupun Kalah.

3. Sambutan Jubli Perak ( Sempena Pentakbiran Sultan Perak yang ke 25 )

- Dato Seri menyatakan bahawa Beliau dan Para Exco akan tetap menghadirkan diri pada Majlis Sambutan Jubli Perak yang akan diadakan di Istana Iskandariah K.Kangsar pada 14/2/09.

- Ini menunjukan bahawa sebenarnya tiada masalah yang melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Institusi Istana terutamanya melibatkan Baginda Tuanku..

NOTE : Dato Seri juga menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan dan sebarang PROVOKASI yang akan atau tercetus nanti.Beliau juga menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung mengajak RAKYAT untuk membuat sebarang Perhimpunan di K.Kangsar.

Sidang Media ini akan dapat anda tonton dalam video yang sedang kami usahakan untuk dipertontonkan...Harap semua bersabar!!

-sya~reformis

"Tak Kan Me'LAYU' Hilang Di Dunia"

-Mohd Ismail Hussin

"Tak Kan meLAYU Hilang Di Dunia"

Kata-kata yang kononnya telah dikeluarkan oleh Hang Tuah.

Tetapi...

Apa guna adanya Melayu sekiranya yang tinggal hanya Melayu Makan Melayu?

Adakah kerana sejarah telah meriwayatkan Hang Tuah telah membunuh Hang Jebat?

Kenapa Hang Tuah membunuh Hang Jebat, seorang sahabat seperguruannya yang karib?

HANYA KERANA HANG TUAH MENTAATI SULTAN YANG ZALIM...

Bukan aku yang kata tetapi sejarah telah menukilkan sebegitu rupa. Dulu Hang Tuah disanjung kerana ketaatannya yang membabi buta. Tetapi kini Hang Jebat disanjung atas keberaniannya kerana Hang Jebat berani kerana benar Dan juga kerana Hang Jebat membela sahabatnya Hang Tuah yang telah difitnah....

Tetapi...

Melayu mudah lupa sejarah...

Laporan SPRM Terhadap MB Haram - malaysiakini

Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamby Abd Kadir hari ini. Laporan tersebut dibuat di Ipoh pada jam 11 pagi tadi, oleh pemimpin DAP yang menuduh menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM250,000 setahun. Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kira-kira 20 orang penyokong parti itu.

Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu
Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

Chang merupakan timbalan pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah naib presiden MIC. Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai. Mohd Najumuddin pula menang di DUN Batu Kurau, manakala Hamdi menang di DUN Pengkalan Baru.

-PRO REFORM

Kajian Universiti Malaya: 97 peratus (%) Rakyat Perak Mahu DUN diBubarkan

Sebanyak 97 (%) peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka 'meraikan' demokrasi.

Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan:
  • Desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan,

  • Penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.
Kata Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah:
  • "Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak.
  • Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.
  • Dun Perak sekarang ini dianggap sebagai telah 'mati'. Kedua-dua pihak mempunyai ruang dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan apa keadaan sekalipun.
  • Sebagaimana dilihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan, maka sekaligus SPR menggunakan ruang pilihan raya ini untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negeri Perak dengan andaian kedudukan Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah.
  • Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional.
  • Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.
  • Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah."Beliau berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai 'kewartawanan sukarelawan' akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.
Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

Sehubungan itu beliau tidak meragui bahawa media baru ini akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.

-Malaysian Unplugged Unsencored

Bowling Amal Yahoogroups Malaysia - malaysiakini

Assalamualaikum.


ReSpeKs Group (RG) akan menganjurkan perlawanan Bowling (Berpasukan) Amal 2009 pada 18hb. April, 2009 antara semua yahoogroups Malaysia.


Penganjuran event tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan Silaturrahim antara beberapa yahoogroups Malaysia di samping beramal untuk mengutip dana untuk didermakan kepada Palestine.


Sehubungan dengan itu saya memohon kerjasama dan sokongan daripada yahoogroups tuan untuk menjayakan event tersebut dengan menghantar sekurang-kurang satu pasukan mewakili yahoogroups tuan/puan.


Kami akan cuba untuk memanggil pemberita media massa akhbar dan tv untuk membuat liputan berkenaan event tersebut di mana perjumpaan terbesar antara semua yahoogroups Malaysia bakal berlaku.


Sila berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut.


Terima kasih.


.............................

Irwan Saufi Alias

(matrock_e1@yahoo.com)

Pengarah Projek

Kejayaan Wahid Kerajaan Haram UMNO/BN Perak - malaysiakini

Tahniah dari aku untuk KERAjaan Haram UMNO/BN Perak...!!!

Ucapan tahniah ni aku tujukan dekat depa atas kejayaan nombor wahid depa selepas berjaya merampas tampuk pemerintahan dengan cara yang paling keji dan jengkel.

Aku tak nak ulas panjang-panjang lagi hal ni buat masa ni... hangpa kena tunggu sampai esok sebab esok baru kita boleh nampak hasil kejayaan wahid UMNO/BN Perak.

Hahaha... jadi buat masa ni aku serah dulu dekat hangpa semua untuk berspekulasi sesama korang.

Oit..! tak kan nak harap dekat kami je untuk spekulasi? hangpa belajaq-belajaq la pulak..!

Hangpa pikiaq dulu... tinggal dekat ruang komen pendapat hangpa... nanti aku nyampuk sikit-sikit... aku bagi klu dulu... - program bersama rakyat - ...

Kah kah kah kah kah...!!!

MB Bundle - malaysiakini

  • Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum tahun lalu akan dijadikan sebagai suatu pengajaran dalam usaha memantapkan kestabilan politik di negeri itu.
  • Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan barisan exco yang berpengalaman dilihat sebagai langkah pertama memulihkan keadaan politik selain memastikan agenda pembangunan ekonomi di negeri itu dilaksanakan dengan sebaiknya.
  • "Di sebaliknya (kekalahan BN negeri pada pilihanraya umum), BN akan melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan...kerajaan BN adalah kerajaan yang berpengalaman dalam melakukan perubahan demi kemajuan sesebuah institusi rakyat," katanya semasa ditemuramah oleh Dr Asraf Wajdi Datuk Dusuki dalam program Dialog@1 yang disiarkan di RTM1, malam tadi, lapor Bernama.
Ini kenyataan yang menarik dari Mat Gelap Pangkor... awat aku habaq menarik? menarik sebab sebelum ni Mat Gelap ni dah keluarkan kenyataan bahawa kerajaan haram UMNO/BN Perak akan meneruskan agenda UMNO/BN yang terdahulu di negeri Perak...

Jadi? hangpa tak paham?

Kerajaan UMNO/BN Perak telah ditolak oleh rakyat Perak dalam PRU-12 kerana dasar-dasar dan agendanya tidak memberi manfaat kepada rakyat Perak... maka bila diadakan pilihanraya umum, rakyat tolak depa...

Mat Gelap Pangkor naik jadi MB Haram, dia nekad nak teruskan agenda UMNO/BN yang terdahulu... atau dalam bahasa mudahnya Mat Gelap Pangkor akan meneruskan agenda membenamkan UMNO/BN di Perak dengan lebih berjaya...

Kalau dalam PRU-12 UMNO/BN kalah dengan majoriti keseluruhan hampir 45,000 undi, Mat Gelap Pangkor akan pastikan untuk PRU-13 UMNO/BN akan kalah dengan majoriti yang lebih tinggi... sebab tu dia ambik keputusan meneruskan agenda UMNO/BN yang lepas...

Orang ini (Mat Gelap Pangkor) bagi aku memang layak menjadi MB Haram Perak... lagi cepat UMNO/BN bungkuih... muka baru, kepala otak lama ... "sizen"... old school ... muzium ... bundle ... kalau aku jual Mat Gelap ni dekat Sham Tukar Tiub agak-agak laku dak?

Agak-agak "cool" tak species" ni?

Why 88% Disagree With Sultan? - malaysiakini

A survey conducted by Malaysiakini saw an overwhelming majority of readers disagreeing with Sultan Azlan Shah's decision in the transfer of power in the silver state. Let me tell you the true story, actually there were very high expectations that the Sultan would uphold a decision for democracy and morality, rather than pure legality, so the people feel cheated by the sultan’s decision when Tuanku refused to dissolve Perak state assembly.

Thousand of them protested against the new government by Sultan. Protests and huge outcry over what many have called an undemocratic ousting of a legitimate state government, it would be safe to assume that a majority of Malaysians are unhappy over what has been going on in Perak. I have written about this before in my blog, read Malaysia’s Hollow Democracy.


read more [here]...

Turun, Turun, Turun... Tapi... - malaysiakini

  • Tarif elektrik akan diturunkan pada purata 3.7 peratus kepada 31.3 sen sekilowat jam (kWj) daripada 32.5 sen kWj mulai 1 Mac ini.
  • Para pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif elektrik secara purata sebanyak 2.54 peratus manakala pengguna komersial 2.7 peratus dan industri 5 peratus.
  • Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian pembayaran bil elektrik bagi pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 ke bawah akan diteruskan sehingga 31 Disember ini.
  • “Kerajaan juga telah menetapkan supaya talian elektrik seumur hidup bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik 200 kWj ke bawah sebulan dikekalkan pada kadar tarif sedia ada iaitu 21.8 sen kWj memandangkan pengguna dalam kategori ini tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik sejak tahun 1998,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan penurunan tarif elektrik di sini hari ini.
TP - ceh... baca dekat belah atas macam best... baca dekat ending... sad story jugak... Khak Ptuih...!!! tak ikhlas la tu... cit...!!!
  • Harga gas bagi sektor elektrik dan bukan elektrik di Semenanjung Malaysia akan dikurangkan sebanyak 32 peratus hingga 35 peratus mulai 1 Mac ini.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham Abdul Aziz berkata, pengurangan harga gas sebanyak RM7.06 hingga RM8.53 itu dapat mengurangkan kos menjalankan perniagaan industri-industri berkenaan dan khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.
TP - Khak Ptuih...!!! ingat rege gas dekat rumah...!!! lagi skali... cit...!!!