Monday, April 13, 2009

Lagi PRK Di Kedah..? - malaysiakini

Berita tak sahih...

Seorang Ahli Parlimen Kedah (tak pasti BN atau PR) sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi jantung.

Kalau berita ni betul, siap siaga untuk satu lagi Pilihanraya Kecil Parlimen di Kedah. tunggu kemaskini.

Lain-lain kawasan dalam senarai "bakal" berdepan Pilihanraya Kecil -

Kepala Batas dan Bukit Lanjan. DUN Penanti agak sukar sebab aku tak rasa "nilai" ADUN Penanti tu mahal sangat. tengoklah pada tawaran berapa. kalau tawaran tu beserta dengan "pemutihan" nama di SPRM, tunggu aje pengumuman ADUN Penanti sebagai ADUN Bebas.

Skrip ni kita dah hafal dah...

Almari Kabinet Baru Mantap..! - malaysiakini

Bila aku cuti blogging untuk 3 hari, banyak pulak isu-isu panas timbul. kabinet baru, KJ tercicir, Setpol MB Perlis letak jawatan, khabar angin Pak Lah nak kosongkan kerusi Parlimen Kepala Batas, KJ nak masuk PAS, undi tak percaya pada MB Terengganu, polis masuk hantu dan macam-macam lagi benda-benda gila.

Dekat Thailand pulak geng baju merah buat hal sampai terkantoi program PM baru Malaysia dekat sana. 2 kali suwey, pergi tengok F1 kena bantai ribut langsung kena tunda perlawanan, pi pulak Thailand kena bantai dengan geng baju merah, pun kena tunda jugak... apa punya suwey da... mungkin hantu Atlantuya dah naik angin kot.

Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal kabinet baru Najib, bagi aku kabinet baru ni cukup mantap. tak payah nak ulas panjang-panjang, tak payah nak bantai gila-gila. mantapnya kabinet baru ni bagi aku ialah kerana kita tak payah susah-susah dah nak bantai.

Semua nama-nama yang tersenarai dalam kabinet a.k.a almari baru ni kita dah kenal. kalau setakat nak perancur ekonomi negara memang depa pakar. sebut nama pun kita dah tau dah tahap kepakaran depa dalam merosakkan parti depa sendiri. nak harap yang bagus-bagus..? jauh sangat. yang bagusnya 1 je, muka-muka ni akan mempercepat dan memudahkan lagi peralihan kuasa Kerajaan Malaysia dalam PRU-13.

Ada member di Terengganu call aku bagitau satu usul undi tak percaya akan dibuat dalam sidang dewan yang akan datang (hari ni). betul tak betul, kita tunggu tengok. yang ni datang dari kem Pak lah a.k.a KJ.

UMNO dah terbahagi kepada 2 team yang masing-masing cuba nak membunuh karier proxy lawan masing-masing. team Pak Lah cuba nak jatuhkan team Najib, team Najib pulak dengan kelebihan kuasa yang ada akan cuba jatuhkan team Pak Lah dengan apa cara sekalipun. kita dalam Pakatan Rakyat tak payah nak kecoh-kecoh dok ulas hal ni, ambik masa terluang ni untuk mantapkan lagi jentera dan juga parti masing-masing. PRU-13 dah dekat.

Asalkan Pakatan Rakyat pandai ambik peluang ni untuk tak buat sebok dengan apa yang berlaku dalam UMNO, PRU-13 akan jadik milik Pakatan Rakyat. daripada kita dok buang masa nak buat analisis apa yang berlaku dalam UMNO, lagi baik kita senyum dari jauh sambil layan dan tunaikan apa sahaja permintaan rakyat.

UMNO dah tak dak masa nak layan rakyat, depa dok sibuk nak perkukuhkan team masing-masing. rakyat tengah terbiar, jangan lupakan depa. rakyat amat penting untuk Pakatan Rakyat berkuasa. tanpa sokongan rakyat, Pakatan Rakyat tak kan berada di tahap sekarang.

Kabinet Najib tak kan dapat menggugat Pakatan Rakyat sebab rata-rata depa tak ada idea macam mana nak perkukuhkan ekonomi negara. depa cuma pandai ciplak apa yang Pakatan Rakyat rancangkan kemudian depa tukar nama. Ketuanan Rakyat jadik 1 Malaysia. betul-betul lanun cetak rompak.

Dah, jangan buang masa, sekarang masa untuk bekerja. pi jumpa rakyat dikawasan masing-masing, cuba tunaikan apa yang depa mau, depa bukan nak tau pandangan kita pasai kabinet baru, depa nak tengpok macam mana kita buat kerja.

Kalau depa berkenan, PRU-13 depa akan pilih Pakatan Rakyat. jangan buang masa..!

Blog Speaker DUN Perak - malaysiakini

Dekat sini aku nak war-warkan sebuah blog baru yang baru saja diwujudkan pada 10hb. April,2009. untuk pengetahuan korang, tuan punya blog ni ialah Speaker DUN Perak YB Sivakumar. jom jenguk kesana. hangpa klik gambar dekat atas untuk akses ke blog YB Sivakumar ataupun klik dekat [sini] atau pergi dekat link ni - http://speakforperak.blogspot.com/.