Saturday, April 18, 2009

Santapan DiRaja: Semua ADUN PR Akan Hadir - malaysiakini

Semua ADUN Pakatan Rakyat mengesahkan bahawa mereka akan hadir pada Majlis Santapan Di Raja di Istana Kuala Kangsar tengahari esok.

ADUN UMNO/BN tak tau lagi... tolong bawak lampu lebih, takut ada pulak yang tak "nampak" kehadiran yang "sorang" tu...

40 Ahli UMNO Air Putih Sertai PAS - malaysiakini

Berita dari Perak - 40 ahli UMNO Kampung Dew, Air Putih, Perak mengambil keputusan meninggalkan parti Melayu yang menggunakan nama Barat itu kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti berkenaan.

Dikhabarkan bahawa mereka yang telah meninggalkan UMNO bertindak nekad meninggalkan UMNO setelah melihat bahawa perjuangan UMNO adalah 1 perjuangan yang merugikan umat Islam. perjuangan "Bangsa" tidak dituntut dalam Islam dan didalam Al-Qur'an juga telah dinyatakan bahawa perjuangan assobiyah (bangsa) adalah ditolak dalam Islam.

Majlis penyerahan borang keahlian PAS akan diadakan disalah sebuah surau didalam kawasan Air Putih pada 26hb. April, 2009 (jika tiada gangguan dari UMNO/BN).

-Penglipurlari

BN tidak bertanding - Malaysiakini

Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh seorang rakan yang menyatakan bahawa BN tidak akan meletakkan kan calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil N 15 Penanti. Maklumat lanjut akan disertakan kemudian

Hi-Tea Bersama Anak Melaka Di Perantauan - malaysiakini

Geng... gua bengkek geng... baru snap 4 keping gambar, bateri gua kong... cilako punya bateri... ni mesti Zambry punya konspirasi nak menjatuhkan kamera guaa nih... entah menatang apa tah dia hantar dekat bateri aku sampaai power habis lari... cit...

Apa nak buat... korang tenung la puas-puas 2 keping gambar dekat bawah ni... gua nak pi sembang ngan orang Melaka sat...

Eh... Dato' Husam pun dah sampai geng... lu doa la biar sisa-sisa bateri gua dapat pakai sket untuk snap gambar Husam pulak... insya-Allah... TuNGOKlangit mana woi..?

DUN Perak Bergegar Lagi: SU DUN DiGAntong - malaysiakini

Berita melaporkan bahawa Speaker DUN Perak, V Sivakumar telah menggantung jawatan setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri kerana mengeluarkan notis untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu tanpa pengetahuan dan persetujuannya.

Ni lagi sekor bahalol, Abdullah Antong dan tukar jadi Abdullah TergAntong. kene gantung sebab bahalol... kalau tak de support dari MB Haram dan jugak puaka-puaka dari KERAjaan Haram, bahalol ni tak kan buat perkara ni.

Kuasa untuk memanggil Sidang Dewan Undangan Negeri dah jelas adalah dalam bidang kuasa Speaker DUN Perak Iaitu YB V. Sivakumar. lepas sekor, sekor jadik bahalol. tak sedar diri dan sedar bidang kuasa.

Tapi orang UMNO/BN tak payah risau, orang-orang Pakatan Rakyat pulak bawak bersabar banyak-banyak sebab lepas ni Mahkamah akan putuskan bahawa tindakan penggantungan Setiausaha Dewan Undangan Negeri yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri V.Sivakumar adalah tidak sah.

Skrip ni dah lama dah aku hafal... tak percaya, tunggu tengok...

Dato' Seri Ir Nizar Bersama Anak Melaka - malaysiakini

Amacam..? best kan... masuk blog langsung tak de update, macam siyal blogger nih... hahaha... sorry geng, betul-betul buntu bila tak de berita. ini kira update pertama aku sejak aku balik ke Lumpur (Kuala Lumpur).

Aku dekat Dewan Sivik Petaling Jaya. hari ni ada Majlis Jamuan Teh Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bersama Anak-anak Melaka Di Perantauan.

Dato' Seri Ir Nizar dan jugak YB Husam Musa jugak akan hadir (buat masa ni belum sampai lagi). tetamu ada la dalam 1000 orang (lebih kot). nak cerita panjang tak reti... hangpa tengok la dulu gambar dekat bawah ni... karang aku sambung lagi.