Aku ciplak dekat [sini].
Semalam dalam YM seseorang telah bertanya kepada saya... penting sangat ke memilih pemimpin yang bertudung..? Terkedu juga dibuatnya sekejap hehe. Bukankah bukan semua yang bertudung itu baik dan bukan semua yang tak bertudung itu jahat... Terus tersentak!!!
Terus ana tanyakan dia sesuatu... Sekarang saudari ingin bersolat di surau KLCC ( kenapa surau KLCC..? sebab di situ tgk ramai juga yg berseluar jeans dan dan tak bertudung tapi tetap solat. Syukur bagus. ) Saudari tidak mahu menjadi imam dan pilihan di hadapan saudari 2 orang, seorang berpakaian baju kurung lengkap bertudung dan seorang berseluar jeans ketat dan tidak memakai tudung??? Apa pilihan saudari!!!
Mestilah yang memakai tudung. Saudara ni takkan itupun nak ditanya!!! Ana terus bertanya kenapa memilih yang memakai tudung??? Dijawabnya... Kan itu perkara ibadat kita pilihlah yang terbaik...
Terus ana menyampuk... Dah memilih pemimpin tu bukan ibadat ke??? Solat je ibadat??? Kalau begitulah pahaman saudari, itu bahaya boleh membawa kepada syirik... ana direct je hehehe.
Lalu ditanya lagi oleh saudari ni... Kenapa plak syirik??? Kan ke Agama kita ni lengkap... Merangkumi semua di dalamnya. Tak kira apa, semuanya diajar dalam Al-Quran... ekonominya, nikah kawinnya... politik kepimpinannya. Bila kita mengatakan ibadat hanya perkara pokok, seperti solat dan haji tak secara langsung kita telahpun menafikan kesempurnaan Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan lantas menafikan kesyumulan Islam. Tak ke syirik tu???
Oh camtu... jadi semua ada diterangkan dalam Al-Quran yer!!! Ya Ana jawab. Cuma kita je semakin hari semakin menjauhkan diri dari Al-Quran.
Satu yang ana hairan hari ni, kita berebut2 untuk beramal Islam dalam masalah Muamalat... maka timbulah pelbagai istilah... Bank Islam, Takaful... Bahkan adanya Konsert Islam… Rock Islam… ke Rock Islam ye??? Macam-macam!!! Kita juga kekal dalam masalah Munakahat... nikah kawin. Semua memilih cara Islam... rujuk cerai nikah semua tetap mengikut Islam... tapi kita lupa dengan Jinayat dalam Islam...
Jinayat tu apa plak yer??? Terus dia tanya ana... Jinayat tu berkaitan hukum hakam jenayah... Hududnya, Qisasnya Takzirnya... Mulalah kita mencemik... dengan hukum hakam seperti ini... Konon hukum ketinggalan zaman??? Ketinggalan zamankah hukum ketetapan Ilahi yang mengetahui segalanya tentang kehidupan kita di bumi ini!!!
Kita hanya akur dengan Nikah kawin dalam Islam dan Muamalat sahaja... Tapi kita sukar menerima Jinayat Islam. Kenapa???
Pilihan di tangan saudari............ Maybe pahaman ana salah. Sila perbetulkan! !! Thank kerana sudi berYM.
Thursday, April 23, 2009
Majlis Hi-Tea Bersama DS Ir Nizar - malaysiakini
Majlis Hi-Tea Bersama Menteri Besar Perak Dato' Seri Hj Ir Mohd Nizar Jamaluddin.
Tarikh : 3hb. Mei, 2009.
Masa : 4:00 - 7:00 petang.
Tempat : Restoran Sabar Menanti (Berhampiran Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak).
Tiket Berharga : RM20 Seorang.
Emailkan Tempahan Tempat Anda (Tempat Terhad) Melalui syaomel85@gmail.com atau albanjari_online@yahoo.com atau hubungi +6012-402 6129.
Tarikh Tutup Tempahan : 2hb. Mei, 2009.
Anjuran : BloggersNetwork@Perak
Astro Lambang Kemewahan..! - malaysiakini
KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menarik semula bantuan kepada orang kurang upaya (OKU) hanya kerana di rumah mereka terdapat televisyen dan Astro disifatkan sebagai satu tindakan keterlaluan.
Berikutan itu, seramai 15 OKU berkumpul di hadapan pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini untuk bertemu Menterinya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati mereka berhubung tindakan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, semua peserta bantahan terbabit memegang sepanduk sambil melaungkan ‘kami mahukan pembelaan...jangan tindas kami’ kira-kira 10 minit di hadapan bangunan itu sebelum bergerak masuk.
Pengerusi Persatuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari, G Francis Siva, berkata pihaknya amat terkilan dengan tindakan itu dan ia satu diskriminasi kepada mereka yang tidak berupaya.
“Hanya kerana kami memiliki Astro dan televisyen mereka mahu menarik semula bantuan yang disalurkan selama ini. Ini adalah tindakan mengarut dan lebih kepada penindasan.
Berikutan itu, seramai 15 OKU berkumpul di hadapan pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini untuk bertemu Menterinya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati mereka berhubung tindakan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, semua peserta bantahan terbabit memegang sepanduk sambil melaungkan ‘kami mahukan pembelaan...jangan tindas kami’ kira-kira 10 minit di hadapan bangunan itu sebelum bergerak masuk.
Pengerusi Persatuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari, G Francis Siva, berkata pihaknya amat terkilan dengan tindakan itu dan ia satu diskriminasi kepada mereka yang tidak berupaya.
“Hanya kerana kami memiliki Astro dan televisyen mereka mahu menarik semula bantuan yang disalurkan selama ini. Ini adalah tindakan mengarut dan lebih kepada penindasan.
TPU - Kah kah kah kah kah...!!! 1Malaysia...!!!
Sape ade Tiwi ada Astro - Kaya..! tak layak dapat bantuan..!
Sape tak de Tiwi tak de Astro - Orang ini susah... boleh dapat bantuan..!
Kah kah kah kah kah...!!!
Ini sudah bagooosss... kejap lagi semua boleh jual Tiwi dan tamatkan perkhidmatan Astro, lepas tu pakat-pakat mintak bantuan (OKU sahaja) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat...
Kalau permohonan kena tolak, boleh hempuk Syarizat dengan kuali Astro..! kah kah kah kah kah..!
RPK Menghilangkan Diri..? - malaysiakini
Bloger Raja Petra Kamaruddin hari ini berkata beliau terpaksa "menghilangkan diri" buat sementara kerana percaya dirinya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk kali ketiga.
Raja Petra juga berkata beliau bertelingkah dengan Sultan Selangor berhubung pendiriannya bersabit kemelut politik di Perak dan telah bertindak keluar dari negeri itu. .
Blogger popular itu berkata, sebagai seorang kerabat diraja Selangor, beliau memutuskan untuk keluar dari Selangor, selaras dengan hukuman ke atas kerabat negeri yang dianggap derhaka kepada Sultan.
Atas dua sebab itu, Raja Petra berkata beliau tidak dapat hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini untuk membolehkan kerajaan mendakwanya di bawah Akta Hasutan.
Blogger berusia 57 tahun itu dijadual dihadapkan ke mahkamah kerana artikelnya bersabit pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Rencana itu mengaitkan pembunuhan Altantuya kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera.
Mahkamah Sesyen seterusnya mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra kerana gagal hadir untuk kes berkenaan.
Raja Petra berkata sebelum ini beliau ditahan di bawah ISA bersabit artikel sama. Selain itu, beliau turut menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah Kuala Lumpur kerana menulis fakta-fakta sama berhubung pembunuhan Altantuya.
"Perkembangan masa kini tidak menyakinkan saya bahawa saya akan menerima pengadilan yang saksama," kata Raja Petra dalam laman Malaysia Today.
Beliau juga berkata setelah ditahan dibawah ISA dua kali, "saya tidak akan memudahkan tugas mereka untuk menahan saya buat kali ketiga. Saya juga tidak mahu didakwa atas tuduhan derhaka yang boleh membawa kepada hukuman gantung," sebagaimana yang berlaku kepada ahli Al Maunah, kata Raja Petra.
(Malaysia Today)
Belum PRU-13 Pakatan Rakyat Dah Menang Besar..! - malaysiakini
Dah terbukti belum lagi PRU-13 berlangsung, Pakatan Rakyat dah menang besar.
Hari ni terbukti apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dan idea-idea dari pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat selama ini dalah idea-idea "Kelas 1" dan ini terbukti bila Najib pun akhir-akhir ni tak habis-habis mencedok habis-habisan idea-idea yang selama ini menjadi tunjang kepada apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Sebelum dinobat menjadi PM Najib dah pun mewar-warkan bagi pihak Pakatan Rakyat apa yang dinamakan sebagai 1 Malaysia yang dalam erti kata lainnya bermakna Ketuanan Rakyat (walaupun juak-juak UMNO bertungkus-lumus menafikan kenyataan ini) tak ada lagi Ketuanan Melayu yang selama ni dilaung-laungkan.
Hari ni pulak dengan tak disangka-sangka Najib mengumumkan pula 1 pengumuman gempar (yang tak dimanipulasi oleh media pro UMNO/BN sebab takut makan tuan) yang boleh korang baca di[sini].
Maka hari ni dengan tak disangka-sangka terlopong la mulut-mulut pro-pro NGOOOKKK sebab terkejut dan tak tau nak buat apa-apa selepas Najib umumkan penghapusan hak istimewa orang Melayu sebanyak 30% macam yang tertera dalam berita tu.
Aku tunggu jugak sampai tengahari ni... biasanya kalau ikut apa yang Pakatan Rakyat Perak buat dulu di Penang dan jugak Selangor, tak sampai 3 jam lepas Pakatan Rakyat umum hal berkaitan Melayu ni, dah beterabur dah puaka-puaka UMNO/BN dok piket, demo sana-sini.
NGO-NGO pro Melayu semua pi mana dah? ke dah jadik NGO pro Mamak..?
Tahniah Pakatan Rakyat... walaupun Pakatan Rakyat masih belum berjaya menawan Malaysia, tapi Pakatan Rakyat tetap dikira berjaya dalam perjuangan bila PM Malaysia sendiri mengguna pakai idea-idea dari Pakatan Rakyat...
Bravo Najib..! nampak sangat kau terpaksa bergantung kepada Pakatan Rakyat untuk terus berdiri dalam politik Malaysia...
Bravo Najib..! nampak sangat inilah PM paling low quality yang pernah dilahirkan oleh UMNO bila "tampil"nya Najib "tanpa" idea-idea dari kepala hotaknya sendiri..!
Bravo Pakatan Rakyat... pusingan pertama Pakatan Rakyat dah menang besar..!
Mana Semua "Melayu" Woi..? - malaysiakini
Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan serta-merta (Sila baca petikan berita di [sini]).
Woi..!
Mana Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
Mana Ibrahim Ali dan Perkasa?
Mana Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
Mana Prowaris?
Woi..!
Mana Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
Mana Ibrahim Ali dan Perkasa?
Mana Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
Mana Prowaris?
Kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!
Khak Ptuih...!!!
SPR a.k.a UMNO Cawangan Putrajaya - malaysiakini
SPR a.k.a UMNO Cawangan Putrajaya akan melaksanakan peraturan baru menghadkan penyokong parti politik yang bertanding ketika hari penamaan calon dan juga sedang dalam proses mengkaji larangan berkempen ketika hari pengundian...
Bodoh gila punya peraturan... aku tak paham... pasai apa nak kene buat peraturan macam ni? selama ni benda-benda ni mengganggu perjalanan pilihanraya ke?
Tandus idea sungguh parti komponen UMNO nih...
Kah kah kah kah kah... makin lama makin lawak...
Buku Politik Dari BloggersNetwork@Perak - malaysiakini
Buku politik bertajuk Rampasan Kuasa Negeri Perak Durjana UMNO-BN boleh didapati secara online sekarang.
Buku politik yang mengupas Krisis Politik Negeri Perak mengikut Perlembagaan yang dikeluarkan hasil susunan BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Perak setebal 135 mukasurat dan diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Kemelut Politik Perak dijual dengan harga RM18 termasuk penghantaran.
Untuk urusan tempahan dan pembelian boleh email kepada poji2ya@gmail.com.