Friday, May 22, 2009

Post Terakhir Untuk Hari Ini...

Ini post terakhir untuk hari ini... lepas ni aku nak layan komen-komen korang je... kah kah kah kah kah ... !!!

Selamat datang UMNO/Barisan Nasiyonal ke negeri Perak.

Ramai geng-geng blogger percaya bahawa Zambry akan mengusulkan pembubaran DUN Perak sedikit masa lagi dengan kapasitinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Tu pandangan geng-geng blogger... pandangan aku pulak lain. sikit pun aku tak percaya Zambry akan usulkan pembubaran DUN Perak (kecuali DAH BUBAR baru aku percaya), sedikit masa lagi malah aku percaya Zambry dan UMNO/Barisan Nasiyonal akan terus menikmati kuasa sebagai KERAjaan sampai PRU-13.

Itu pandangan dan kepercayaan aku.

Jadi dipendekkan cerita.

Pakatan Rakyat akan kembali ke Perak dengan majoriti lebih dari 95% dalam PRU-13 nanti.

Ingat...

Perjuangan Pakatan Rakyat belum selesai malah baru saja bermula.

*korang ingat la muka 3 ekor beruk tu sampai bila-bila. kah kah kah kah kah ...!!!

Bubar DUN Perak: Tinggal Mimpi - malaysiakini

Lepas Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan bahawa Mamak Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah, maka kepala hotak aku pun dok teringat pada khabar angin-khabar angin yang dok bertiup 4-5 hari ni.

Kununnya UMNO/Barisan Nasiyonal akan mengusulkan pembubaran DUN Perak untuk menamatkan Krisis Perlembagaan di Perak tetapi setelah mereka beroleh keputusan dari Mahkamah Rayuan.

Dengan erti kata lain, UMNO/Barisan Nasiyonal menunggu sehingga Mahkamah mengesahkan bahawa Mamak Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah barulah mereka akan mengadap Paduka Sultan atas kapasiti Menteri Besar perak untuk mengusulkan pembubaran DUN Perak.

Korang ingat perkara ni akan berlaku ke?

Kah kah kah kah kah... aku dok pikir, benda ni tinggal mimpi je la... angan-angan kosong...

Allo geng... masa tak de kuasa UMNO/Barisan Nasiyonal sanggup rampas kuasa, inikan pulak dah dapat kuasa, korang ingat senang-senang ke nak lepaskan kuasa ni dengan gitu-gitu je..?

Allo... ini Malaysia geng..! Malaysia ialah sebuah negara DemoCrazy..!

Kalau korang rasa nak bubar sangat DUN Perak, korang tunggu PRU-13 nanti...

Sementara datang PRU-13 tu, nikmatilah kehidupan anda dibawah KERAjaan Haram Jadah ni.

Kah kah kah kah kah ... !!!

Bubar DUN..?

Khak Ptuih...!!!

Zambry Diisytihar Menteri Besar Perak - malaysiakini

Dan keputusannya ialah - Zambry telah diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah...

Maka dengan itu "berkilat-kilatlah" negeri Perak...

Kah kah kah kah kah...

Tahniah...

Khak Ptuih...!!!

Aku dah cakap dah hari tu... korang baca dekat sini - Laaaaaaaaassst skali... - malaysiakini

Hottest Wheels In Town

Post ni sesaje je aku buat hari ni... kasi hot sikit geng-geng Mamak Zambry dan jugak UMNO/Barisan Nasiyonal.

Kereta paling panas masa kini, bukan di Perak je, di luar negeri Perak pun kereta ni hot jugak. aku banyak ikut program DS Ir Nizar sebab tu aku tau.

Pegi mana-mana pun, ada peminat... tak caya korang boleh tengok ngan mata kepala korang sendiri kalau terserempak.

Ade je yang berminat untuk ambik gambar dengan kereta hot ni... aku dok tengok, kalau buat collection amik gambor kene bayar, memang lepas rege minyak pergi balik sekali dengan duit tol...

Caya tak? geng Mamak Zambry lagi la hot kalau tengok kereta ni... tau nak leloooooong je..! bukan ape... sakit mata la tu kot... kah kah kah kah kah...

Petang ni tau la kot nasib kereta hot ni... tungguuu...

Al-Fatihah: ADUN Manek Urai Kembali Ke Rahmatullah

Sebetulnya aku dapat berita ni seawal sesudah subuh pagi tadi daripada Tok Ggawo, tapi sebabkan aku keluar rumah awal hari ni (kejar keretapi untuk ke Ipoh), maka aku tak dapat nak update blog sebaik aku dapat khabar ni cuma sempat buat call pada PrimaMaya (MatSamanKati) untuk maklumkan berita ni untuk diupdate kedalam blognya.

Allahyarham Ismail Yaacob (ADUN Manek Urai dalam Kawasan Parlimen Kuala Krai) meninggal dunia kira-kira jam 5.55 subuh pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memenangi kerusi DUN Manik Urai pertama kali pada PRU 1986 dan telah memegang kerusi DUN tersebut selama 5 penggal.

Baru je minggu lepas aku menjengah ke Kuala Krai, DUN Dabong dan banyak berita-berita "menarik" yang aku dapat dari sana. tu cerita ringkas kawasan DUN Dabong, DUN Manek Urai tak banyak yang aku tau, tapi lepas buat 4-5 panggilan dari geng-geng aku dekat sana, setakat ni tak banyak masalah berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan ADUN kepada penduduk-penduduk Manek Urai dan itulah yang jadi penyebab utama kenapa Allahyarham berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai selama 5 penggal.

Al-Fatihah kepada Allahyarham, ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kembalinya kerahmatullah.

Nampak gaya akan berlaku 1 lagi pilihanraya kecil dan kali ni pula di Kelantan, tempat lahir aku.

Yanng ni memang confirm aku turun.