Monday, June 22, 2009

Lupakan Sengketa,Rapatkan ukhuwah,Reputkan Umno-Malaysiakini

Dalam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak,Seluruh pimpinan PAS sepakat menguburkan sama sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan Umno/Bn.

Selesai masyuarat khas di pejabat agung PAS di ibu negara 6.55 petang tadi,Mursyidul Am PAS Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Presiden PAS Dato Sri Abdul Hadi Awang dan Timb.Presiden PAS ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata,PAS tidak lagi mahu terjerumus dalam tektik murahan Umno/Bn.

PAS dilihat menjadi permainan media arus perdana yang cuba melaga-lagakan antara Mursyidul am (Nik Aziz) dan Timbalan Presiden (Nasharudin) dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Namun Pakatan Rakyat hari ini mencapai satu keputusan tepat menolak sama sekali isu Kerajaan Perpaduan yang hangat diperdebatkan saban hari.

Dato Nik Aziz berkata dugaan ini tidak pernah melemahkan semangat setiakawan parti aliran islam itu,sebaliknya menguatkan lagi iltizam dan tekad PAS untuk melawan politik kotor Umno/Bn.

"Kami bersetuju sebulat suara bahawa polemik Kerajaan Perpaduan dihentikan serta merta" Tegas Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan itu.

Menyentuh kata dua kepada ustaz Nasharudin Mat Isa tempoh hari,Dato Nik Aziz menjawab,Isu antara beliau dan Timbalan presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok itu telah diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan dan keharmonian dengan menarik balik segala kenyataan terhadap Nasharudin.

Sumber:Anjung Info

BN?ada isu lagi dijaja di Manik Urai??ada.....Isu komunis nak balik kampong le....

Jangan Bikin Kalut Beb......

Sampai Kota Bharu, aku tak dapat nak online sebab aku tak dak laptop... jadi, aku cuma buat kerja macam biasa kemudian peram sampai aku dapat publish.

Tengahari ni baru aku dapat jumpa Cyber Cafe, dekat area Kubang Kerian. bukak mail, tengok banyak komen dalam blog. komen paling menarik sekali ialah "pergh... dapat duit sumbangan, naik flight..." (tah anon mana tah tinggal komen ni, aku tak sempat nak check lama-lama sebab kejar masa... kena save bajet)...

Kendian ada pulak yang mintak aku perjelas lebih kurang ape kene mengena airport, Kuala Krai, Manek Urai lebih kurang sebab ade yang celaru...

Penjelasan aku - aku datang Kelantan naik keretapi Express Wau jam 8:30 malam hari sabtu malam ahad. rege tiket aku RM39... mintak maaf semua, aku datang Kelantan bukan dengan duit sumbangan korang... duit sumbangan tu dah setel buat bayar bil broadband aku yang tertunggak bulan lepas (aku tambah sikit sebab tak cukup). macam mana aku sampai sini tu korang tak payah pikir... ada hamba Allah jemput bankin kan dekat aku RM100 sebagai tambang dan perbelanjaan aku dekat sini 2-3 hari ni.

Tengahari ahad aku ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa untuk sambut ketibaan DS Anwar Ibrahim yang akan bertemu mata dengan TGNA di JKR 10... sorry geng, aku tak pernah naik flight, bukan level aku naik flight, level aku, KTM je... hahaha...

Belah malam aku ke La'loh, Kuala Krai untuk majlis ceramah perdana (semua laporan ada di blog PinkTurtle dan juga Shamb.Yeol).

OK... tutup hal yang celaru, harap semua paham.

Lagi 1 aku mintak maaf banyak-banyak sebab sepanjang aku dekat sini, tak banyak yang aku dapat update dalam blog ni & untuk apa-apa perkembangan, boleh rujuk ke blog PinkTurtle atau Shamb.Yeol sebab aku akan salurkan apa-apa info samada gambar atau berita pada ke 2-2 blog ini sebab mereka ada kemudahan untuk update sesegera mungkin.

Mintak maaf geng. aku buat setakat yang aku mampu je. kalau sempat aku update dekat sini, aku akan update, kalau tak sempat, korang bukak je 2-2 blog tu sebab kemana-mana pun, kami bertiga buat masa ni.

Mekasih geng.