Friday, August 21, 2009

Gobala: pdRM Yang Terlampau...!!!

Ahli Parliman Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata polis semakin melampaui batas apabila menggunakan kekerasan ke atas seorang Ahli Parlimen sewaktu penamaan calon Dun N11 Permatang Pasir.

Gobala dalam sidang medianya berkata, beliau bukan sahaja dipukul polis malah badan berkuasa berkenaan memotong talipinggang yang dipakainya untuk melondehkan seluar beliau.

“Polis menanggalkan seluar saya, bayangkan saya Ahli Parlimen dan polis menanggalkan seluar saya dan mengambil gambar. Ketika saya menjerit supaya mereka berhenti melakukannya tangan saya dipijak.

“Saya percaya mereka menggunakan pisau untuk memotongnya, apakah motif mereka melakukannya. Pada saya mereka menangkap gambar saya untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang,” katanya.

Gobala menafikan sekeras-kerasnya dakwaan stesen televisyen pro KERAjaan yang menyatakan bahawa beliau bersalah kerana menyerang polis.

“Apa yang berlaku pada saya adalah saya yang diserang, apa yang mereka tunjuk di televisyen seorang lelaki berdiri di belakang saya. Polis menahan saya dan berjalan bersama, terdapat seorang polis beruniform di belakang saya menendang saya dan saya mempertahankan diri.

Gobala berkata, beliau kemudiannya dijatuhkan dan dipijak anggota polis di bahagian bahu dan belakang badan sebelum menggarinya.

Menurutnya, sekiranya beliau tidak diselamatkan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang meredakan keadaan, beliau yakin akan menimpa nasib yang sama seperti Setiusaha Politik Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock.

Menurutnya, kejadian di hari penamaan calon itu telah dirancang Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan namun tiada sebarang kenyataan diambil oleh polis.

Gobala mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein yang meminta Ketua Polis Negera mengambil tindakan terhadapnya kerana kononnya beliau bersalah sedang tiada sebarang siasatan dilakukan.

Beliau turut menempelak kenyataan Ayub yang menyatakan beliau sengaja mencari publisiti murahan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya pada hari itu, disaksikan ribuan orang. Saya percaya semua perkara itu dirancang oleh polis Pulau Pinang di ketuai oleh Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

“Saya telah ditahan lebih dari 25 kali, saya tidak perlu publisiti murahan. Tidak perlu memberikan 20 hingga 30 orang anggota polis menyerang, mencederakan saya dan menendang saya dan memalukan sya sehingga di masukkan ke wad selama empat hari,” katanya.

Menurutnya, walau apa pun cara dilakukan UMNO-BN beliau dan Pakatan Rakyat tidak akan gentar dan tetap mempertahankan perjuangan mereka.

Sementara itu, peguamnya R.S.N Rayer berkata, pihaknya akan mengemukakan saman dalam tempoh terdekat kepada polis berhubung kejadian berkenaan.

Beliau menyifatkan tindakan polis ini sebagai berat sebelah kerana hanya menahan Ketua Pemuda MIC T Mohan tidak sampai sejam kerana menganjurkan perhimpunan haram sedangkan Gobala yang melaungkan reformasi ditahan, dilondehkan dan dipukul sehingga cedera.

Dari : Anjung Info

Pengliporlari - Kenapa nak potong Yb Gobala punya seluar?? Lebih baik potong 'Teloq' UMNgOk/BN yang sinonim dengan ungkapan 'Takdak Teloq'..!!

Sebuah Penjelasan...

BN kata, PAS menang pun tak boleh buat apa.

Kalau UMNO menang di Permatang Pasir pun apa dia boleh buat..? Kalau setakat nak jadi pembangkang dan berkokok dari luar, tak payah jadi ADUN pun boleh buat kerja tu. UMNO/BN pula selalu pulaukan Sidang DUN. Kalau tak mahu masuk ketika Dewan Bersidang, lebih baik dari awal tak dipilih jadi ADUN.
Habis Apa PAS Boleh Buat..?

Kalau nak tengok apa PAS boleh buat, elok tunggu dulu apa yang Allahyarham YB Hamdan sewaktu jadi ADUN tunggal PAS berjaya laksanakan... hasil desakan, bantahan, memorandum, perbincangan dan perundingan semasa jadi pembangkang dan semasa berada dalam kerajaan.
  • Pastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - BERJAYA SEPENUHNYA.
  • Memperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - SEBAHAGIANNYA BERJAYA.
  • Mendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan - BERJAYA.
  • Mendesak mangsa tsunami di Tanjung Bungah diberikan rumah (tuntutan dibuat kepada kerajaan BN, terlaksana semasa Pakatan Rakyat berkuasa) - BERJAYA.
  • Tindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lesen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - BERJAYA.
  • Menentang habis-habisan projek kasino terbesar di Pulau Jerjak yang dicadang di zaman BN (2004). Ketua Menteri Lin Guan Eng membatalkan projek tersebut dan menggazetkan Pulau Jerjak sebagai hutan lipur - BERJAYA SEPENUHNYA.
  • Minta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan lojistik setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - BERJAYA.
(Semua agenda perjuangan untuk kepentingan Islam, Melayu dan rakyat seluruhnya akan diteruskan oleh ADUN tunggal PAS di DUN Pulau Pinang jika mendapat mandat)

Sumpah UMNO Tak Guna Masjid..!

Tadi aku gi solat jumaat dekat Masjid Permatang Pasir... depan tempat aku solat ade benda alah ni...
Nampak..? kalau tak nampak, aku zoom in kasi nampak...
Lepas tu dekat pintu masuk masjid aku jumpa pulak budak-budak muda tengah bagi risalah dekat jemaah yang keluar dari masjid...
Sumpah UMNO tak pernah guna masjid untuk berpolitik...!!!

UMNO Sekarang Hanya Bergantung Kepada Agenda Perkauman

Sedar atau tidak, UMNO sekarang ini hanya mampu bergantung kepada isu-isu perkauman. Dan UMNO sekarang ini tidak putus-putus menyerang DAP. Dan mereka melakukannya dengan tiada belas kasihan.

Mengapa Serang DAP?

UMNO mahu PAS rasa serba salah dan tidak senang menyebabkan PAS akan melatah ataupun hilang rasa konfiden dan jatidiri.

Mereka kerap mengatakan bahawa DAP anti ISlam dan PAS sekarang mengikut telunjuk DAP yang anti ISlam.

UMNO mudah melakukan perkara ini kerana ada "Fraksi UMNO" dalam PAS yang tolong menyebarkan ajaran sesat ini di kalangan ahli dan kepimpinan PAS.

Padahal, UMNO sendiri ada rekod anti-Islam yang lebih buruk dari DAP. DAP hanya berkata-kata tapi UMNO melakukan perkara-perkara yang merosakkan Islam di Malaysia.

Sebagai contoh:

a. UMNO yang memperkenalkan program "Perancang Keluarga" yang telah ditentang oleh PAS satu waktu dahulu. Bukan DAP

b. UMNO yang menghapuskan tulisan jawi. Bukan DAP

c. UMNO memperkenalkan PPSMI. Bukan DAP

d. UMNO menghalang perlaksanaan hukum Hudud dan Qisas di Kelantan dan Terengganu. Bukan DAP

e. UMNO mengizinkan judi dan arak dijual untuk keuntungan yang berlipat ganda di Malaysia. Bukan DAP

f. UMNO yang terlibat di dalam pemerkosaan budak bawah umur di Melaka sehingga menyebakan Guan Eng dipenjara

g. UMNO mengizinkan kelab gay di Bukit Bendera sehinggalah DAP yang menutupnya. Kelab gay di KL masih beroperasi kerana UMNO takutkan Marina MAhathir

h. UMNO yang memperkenalkan serta menyebarkan ajaran sekularisma di kalangan orang Melayu/Islam. Bukan DAP

i. UMNO yang memecat mufti Selangor selepas mufti Selangor menyokong tindakan yang dibenci Marina MAhathir. Bukan DAP

j. UMNO yang bertanggungjawab untuk peristiwa Memali. Bukan DAP.

k. Arak dan judi diizinkan dijual untuk keuntungan di Malaysia yang mempunyai Islam sebagai agama rasmi. Sedangkan di Norway, arak tidak diizinkan untuk dijual bagi tujuan meraih keuntungan dan Islam bukan agama rasmi Norway. Bukan DAP.

l. Selama UMNO memerintah MBSA, arak dijual sewenangnya di Shah Alam. Bukan DAP.

m. UMNO balachi kepada tokeh2 judi dan arak serta kabaret di Malaysia. Bukan DAP.

o. Menangkap, berbuat kacau, merampas masjid dan surau secara zalim dan angkuh. Bukan DAP.

p. UMNO gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga orang Melayu hanya mengawal 18% sahaja ekuiti negara. Bukan DAP

q. UMNO gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga 70% perbelanjaan Rancangan Malaysia ke Lapan pergi kepada syarikat2 bukan Melayu. Bukan DAP.

Dengan kata lain, apa bezanya UMNO berbanding DAP? Malahan UMNO lagi teruk kerana mereka mengaku Islam dan mereka mampu meracun pemikiran orang Islam untuk menghalalkan perkara yang haram.

dan banyak lagi contoh kalau saya nak bawa

Tujuan UMNO untuk Mengekalkan Sokongan

Mereka takut orang Melayu akan lari dari mereka. Jelas dari 2008, orang Melayu bandar majoriti menolak UMNO. UMNO sekarang ini berkubu di kampung-kampung di mana orang melayu masih mudah untuk ditipu kerana perjalanan maklumat yang perlahan.

Jadi, demi menyelamatkan UMNO dari hilang, mereka menggunakan alasan bahaya DAP untuk menghalang orang Melayu yang sudah makin meluat dengan UMNO itu.

Ertinya, majoriti sokongan kepada UMNO sekarang ini bukan sebab orang Melayu suka sangat kepada UMNO tetapi takut akan "bahaya DAP" yang diada-adakan oleh UMNO ini.

Ini peluang PR untuk menjatuhkan UMNO kerana alasan "bahaya DAP" ini alasan yang tidak kukuh dan lemah.

Saya terkejut kerana ada blogger bernama Mahaguru 58 yang termakan dengan cerita-cerita dongeng UMNO berkenaan dengan DAP ini.

Orang pandai pun boleh kena tipu. Yang bestnya, Mahaguru58 ni telah sampai ke tahap mendoakan Tok Guru Nikergabung Aziz supaya mati cepat kerana TGNA tidak bersetuju untuk bergabung dengan UMNO.

Padahal dia sendiri tak sedar dia kena tipu hidup-hidup. Dia marah kes arak di Selangor, tapi dia sikit pun tak marah UMNO keluar lesen arak dgn judi. Kes Najib lulus 10 lesen special draw yang baru, langsung dia tak komen.

Memanglah MAhaguru58 dasar hipokrit dan mata duitan.

Tulang Besi

ATM: Penipu Akan Terus Menipu..!

Semalam, Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamiditelah respon kepada isu Kor Perubatan Tentera yang di"UMNO"kan dalam siri kempen Pilihanraya Kacil N11.

Beliau menjelaskan bahawa program "jiwa murni" itu bukan bertujuan politik. siapa disini boleh yakin dan percaya tindakan Zahid itu sedangkan beliau sendiri menempatkan Kor Perubatan Tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.

Kalau tidak dengan tujuan politik, apa tujuannya..? Kami mempunyai bukti bergambar "UMNO bohong 1Malaysia, khususnya para penduduk Permatang Pasir sendiri...

Tokoh Sasterawan Negara Bantu Kempen PR

Cari lawan masing-masing di N11...

Rohaizat boleh memilih untuk berhadapan dengan bekas rakan kongsinya Yusri Isahak, Muhyiddin boleh memilih untuk berhadapan dengan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said dalam isu PPSMI dan DSAI dalam isu pengkhianatan melayu...

Jangan lupa pula Zahid Hamidi boleh memilih sesiapa sahaja untuk menjawab isu penyalahgunaan ATM dalam kempen Pilihanraya Kecil N11.

Hisham Hunus Keris boleh pilih untuk menyorok di mana-mana lorong sekitar 1Malaysia... orang dah tau kau pengecut..!

Saya Tampil Untuk Membersihkan Nama Saya..!

  • "Saya adalah seorang bapa kepada anak-anak saya... seorang suami kepada isteri saya dan seorang anak kepada ibu-bapa saya dan hasil dari tuduhan tersebut, mereka-mereka ini menanggung malu... saya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku terhadap diri saya dan keluarga saya, saya masih menghormati diri saya sendiri dan juga mereka-mereka yang mendampingi saya dan oleh kerana itulah saya tampil hari ini untuk membersihkan kembali nama saya yang telah dicemarkan oleh mereka-mereka yang gila pada kuasa, dan juga miskin politik..!"
Itulah kata-kata Yusri Isahak ketika tampil dipentas PAS untuk membersihkan namanya yang telah diburukkan oleh orang-orang yang berkepentingan didalam UMNO demi untuk survival politik mereka.
  • "Saya terpaksa tampil dipentas ini kerana hanya disinilah saya diberi ruang untuk membersihkan nama saya dari hinaan dan cercaan pihak-pihak yang berkenaan."
Yusri yang juga bekas rakan kongsi Rohaizat akhirnya terpaksa memilih pentas PAS di Permatang Pasir setelah dia dikhianati oleh bekas rakan kongsinya iaitu calon BN N11, Rohaizat. beliau telah dituduh sebagai individu yang bertanggung jawab dalam hal penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah yang berjumlah ratusan ribu ringgit.

Apa yang menyedihkan beliau ialah, kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh beliau seorang sahaja tetapi mengapa bekas rakan kongsinya dan juga sahabatnya menuduh kononnya hanya beliau yang bertanggung jawab sepenuhnya keatas kesalahan tersebut.
  • "Saya tidak menyatakan bahawa saya tidak bersalah dalam kes tersebut tetapi apa sebenarnya yang berlaku ialah, perkara tersebut berlaku setelah mereka kami (Yusri dan Rohaizat) berbincang bersama. perkara ini berada didalam pengetahuan Rohaizat dan Rohaizat berbohong dengan mengatakan bahawa beliau tidak tahu berkenaan dengan hal ini..!" tegasnya...
Inilah yang berlaku didalam UMNO dan tidak salah kalau kita katakan bahawa UMNO adalah parti pengkhianat. mereka-mereka yang berada didalam UMNO akan mengkhianati sesiapa sahaja hatta rakan baik demi untuk mencapai apa yang mereka citakan.

Orang kalau dah gila babi, gila kuasa, mana la reti nak pakai otak... mana la reti nak fikir benda baik ke benda buruk ke... kesan yang orang lain terima, janji matlamat tercapai. ini mentaliti orang-orang UMNO. khianat mengkhianati dah jadi macam makan nasik. kalau tak khianat, tak kenyang... silap hari bulan boleh mampus.

Elok benamkan cepat-cepat parti gila babi macam UMNO ni... habis semua orang susah dek gila babi UMNO..!

Program Padang Bersama Calon PAS N11

Petang hari lebih kurang jam 6:30 petang semalam berlangsung perlawanan persahabatan antara Kubang Semang FC menentang Pemuda Pakatan Rakyat & Bekas Pemain Negeri di Padang Bola Kubang Semang... tengok gambar sudah...
Siap sedia untuk sepak mula.
Bolos..! gol pertama dari Kubang Semang FC.
Cubaan yang dibuat oleh Pemuda PR gagal menembusi gawang gol Kubang Semang FC.
Ni main bola ke main selut..?
Debub..!
Hah... mai sapa nak bersilat... ini Tantawi tau..! jangan main-main..!
Team Power Rangers...
Ucapan ringkas dari calon PAS N11.
Antara yang hadir...
Bergambar kenangan.
Aksi terbaik dari calon PAS, Ustaz Salleh Man... Ur d man..!

UMNO Parti Untuk Pengkhianat...

UMNO bercelaru lagi dan kali ini buat kali ke-2 didalam Parlimen yang sama iaitu Permatang Pauh dan kali ini masih dalam Pilihanraya Kecil... kalau kita masih ingat, awal kecelaruan yang berlaku didalam UMNO ialah sewaktu PRK P044 tahun lepas.

Semasa UMNO berhadapan dengan Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dalam pilihanraya kecil yang pertama semenjak berakhirnya PRU-12, UMNO terpaksa mengkambing hitamkan Ustaz Ramlang Porigi untuk memburukkan calon lawannya iaitu DSAI.

Ustaz Ramlang dipergunakan oleh UMNO untuk memburukkan nama DSAI dengan mengarahkan beliau menjadi saksi dalam satu program sumpah laknat Saiful Bukhari yang telah menuduh DSAI sebagai orang yang meliwatnya.

Akibat dari sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlang telah menerima natijah yang buruk dimata masyarakat apabila beliau menjadi saksi dalam hal itu. beliau menerima penghinaan yang amat teruk dari masyarakat dan akhirnya beliau terpaksa tampil untuk membersihkan namanya dan mendedahkan bahawa beliau telah dipergunakan oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan peribadi dan politik.
Kali ini, UMNO juga telah menggunakan cara yang sama... mengambing hitamkan seseorang untuk kepentingan peribadi dan politik UMNO. rakan kongsi Rohaizat (calon BN N11) telah dipersalahkan dan dipertanggung jawabkan dalam hal penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka.

Perkara (penyelewengan) ini pada awalnya telah didedahkan oleh pihak Bar Council setelah nama Rohaizat diumumkan oleh BN sebagai calon yang bakal mewakili UMNO/BN dalam PRK N11. Bar Council melalui kenyataan rasminya mendedahkan bahawa Rohaizat pernah melakukan kesalahan penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah sebanyak lebih dari RM100.000.

Pihak UMNO/BN sebaik mendapat berita pendedahan perkara ini oleh Bar Council, pantas menangkis kenyataan tersebut dengan menyalahkan rakan kongsi Rohaizat dalam hal tersebut. ini dilakukan bagi membersihkan nama calon mereka yang telah dipandang sebagai calon yang tiada kreadibiliti dimata masyarakat setempat.

Namun apa yang dirancangkan oleh UMNO/BN kali ini nampaknya menemui jalan mati apabila akhirnya, rakan kongsi Rohaizat tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku demi untuk membersihkan nama beliau yang dituduh sebagai orang yang bertanggung jawab dalam hal tersebut.

"Saya adalah seorang bapa, seorang suami dan seorang anak kepada mereka-mereka dikeliling saya dan hasil dari tuduhan tersebut, mereka-mereka ini menanggung malu... saya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku terhadap diri saya dan keluarga saya, saya masih menghormati diri saya sendiri dan juga mereka-mereka yang mendampingi saya dan oleh kerana itulah saya tampil hari ini untuk membersihkan kembali nama saya yang telah dicemarkan oleh mereka-mereka yang gila pada kuasa, dan juga miskin politik..!"
Itu kata Yusri yang juga bekas rakan kongsi Rohaizat dalam sidang media yang telah beliau adakan di Yayasan Aman pada pagi 20hb. Ogos, 2009.

Yusri juga telah mengingatkan kepada Rohaizat dan juga UMNO/BN dalam siri ceramahnya di pentas PAS malam tadi agar tidak lagi menggunakan taktik "kambing hitam" dan juga "miskin politik" jika mahu memenangi mana-mana pilihanraya.

"Cukuplah mengambing hitamkan orang lain demi kepentingan anda..!"

UMNO sememangnya tidak pernah dan tidak akan belajar dari kesilapan mereka. berulang kali UMNO melakukan kesilapan yang sama walaupun mereka sepatutnya belajar dari kesilapan.

Demi kuasa, UMNO akan melakukan apa sahaja hatta rakan sendiri pun akan dikambung hitamkan demi untuk mencapai apa yang mereka mahukan. UMNO tidak pernah peduli pada apa yang akan berlaku kepada orang yang mereka pergunakan, yang mereka tahu hanyalah - matlamat menghalalkan cara..!

Khianatilah sesiapa sahaja, baik Mufti, baik Ustaz, baik rakan baik... demi untuk mencapai matlamat...

Transkrip Kenyataan Penuh Bekas Rakan Kongsi Rohaizat

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad bercadang untuk membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat-syarat perjanjian jual-beli. Setelah semuanya dipersetujui, saya telah menyediakan perjanjian jual-beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak dapat disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akaun firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jual beli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih hak milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Sayugia juga diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urus tadbir pejabat.

Apakah dakwaan Ahmad Maslan ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambing hitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguambela dan peguamcara.