Saturday, November 28, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951

Kepada puak-puak "Kerajaang Perpaduang" dalam PAS. Marilah kita mengimbas kembali kepada tahun 1951 di saat UMNO secara rasmi menjadikan Loteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu sumber kewangan UMNO yang penting. Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, UMNO telah membaham duit haram sejak sebelum Merdeka lagi.

Pihak Malaysiawaves mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog no2umno dan Al-Bakistani kerana memberikan kita sumber sejarah yang begitu berharga. Barulah kita tahu siapa sebenarnya UMNO. Telunjuk lurus, kelingking berkait, duri dalam daging, talam dua muka dsbnya.

Kat luar cakap nak memperjuangkan Islam tapi sejak penubuhan mereka lagi kuat makan duit haram.

Saya pernah membaca satu buku dari Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membanteras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. Terence Gomez berkata beliau hairan bagaimana orang-orang seperti Daim Zainuddin dan Mahathir serta UMNO yang mengaku Islam boleh bergelumang dalam dosa judi dengan begitu mendalam sekali.

Tak heranlah, generasi UMNO (yakni mereka yang dilahirkan, dibesarkan serta dididik dalam UMNO) seperti Najib Tun Razak boleh meluluskan 10 lesen judi baru dalam bulan pertama beliau menduduki kerusi Menteri Kewangan.

Parti seperti inilah yang hendak diadakan "Kerajaan Perpaduan" oleh PAS? Hmmmm apa la punya bengap diorang ni.

(Bermula artikel dari no2umno)
- BONGKAR !!! UMNO HALALKAN JUDI DENGAN NAMA KEBAJIKAN?

In Belit BN Belit UMNO, Islam Hadhari on March 3, 2008 at 9:51 am

al-bakistani.blogspot.com

Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.

Kiri - Lampiran (a) klik sini untuk besarkan imej.

Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di lampiran (b) pula, dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Sekarang, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil...

Kiri - Lampiran (b) klik sini untuk besarkan imej.

Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur'an.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

Al-Bakistani

(Nota Editor : Lantaran dari polisi2 UMNO menghalalkan judi ini, maka lahirlah generasi -generasi Melayu yang tak malu beratur kat kedai Sports Toto untuk beli judi seperti di bawah :

Hahahahaha UMNO parti pembelot kepada Islam dan Orang Melayu. Kalau nak harap UMNO haramkan judi, kucing tumbuh tanduk lah. Lebih cepat kita tunggu Karpal masuk Islam dari UMNO nak haramkan judi dan arak pada orang Melayu.

Kalau jadi "Kerajaang Perpaduang" kelmarin, nanti terpaksalah Ketua Pemuda PAS (misalnya) baca doa selamat apabila Sports Toto ke, Magnum ke, Carlsberg ke buat kenduri doa selamat. Maklumlah, dah nama "Kerajaang Perpaduang", kenalah jaga hati kawan-kawan)

Tulang Besi

"Hadiah Adalah Rasuah" - Saidina Umar Abdul Aziz

Oleh kerana PAS adalah partai Islam, maka rujukan kita tidak lain dan tidak bukan adalah para Khulafa Ar Rasyidin serta Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima. Dalam permasalahan menerima atau mendapat hadiah dari orang di luar, di bawah dinukilkan sebuah kisah dari Saidina Umar Abdul Aziz. Saidina Umar Abdul Aziz memberikan kita apa hukumnya menerima hadiah setelah kita memegang jawatan yang penting yang melibatkan amanah rakyat.

Kisah saya dapati dari buku berjudul "Kisah-Kisah Islam Anti Korupsi" tulisan Nasiruddin Al Barabassi.

Terjemahannya dari Bahasa Indonesia adalah seperti berikut :

"Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengatakan kepada pembantunya 'Apakah kita mempunyai buah epal? Buah epal ini baunya sedap dan rasanya juga lazat".

Mendegar ucapan Umar, salah seorang ahli keluarga keluar mencarikan epal. Setelah kembalinya ahli keluarga itu, Umar berkata "alangkah sedap baunya (epal)! Dari mana buah epal ini datang?"

Ahli keluarga itu menjawab "Ia datang dari anak pakcik mu. Engkau tentu tahu bahawa Nabi SAW menerima hadiah, tetapi tidak menerima sedekah".

Umar lantas menjawab "Kembalikanlah (epal itu) wahai pembantu ku. Sampaikan salam ku (kepada anak pakcik Umar) dan katakan kepadanya Hadiahnya telah sampai kepada kami sebagaimana dia inginkan".

Umar menambah lagi " Hadiah untuk Nabi adalah benar-benar hadiah, sedangkan untuk kita sekarang hadiah adalah suap (rasuah)".


Imej dari buku ini boleh dilihat di kaki artikel ini.

Jelas saudara/ri sekelian. Saidina Umar Abdul Aziz menunjukkan kepada kita bahawa menerima hadiah pun adalah rasuah. Hadiah kepada Nabi SAW adalah benar-benar hadiah, tapi itupun setiap hadiah yang Nabi SAW dapat, dia akan sedekahkan kembali pada orang miskin dan yang memerlukan.

Cuba bayangkan, bagaimana hadiah yang mahal-mahal boleh diberi kepada pemegang-pemegang jawatan dalam PAS yang taraf mereka tak sampai pun taraf Khalifah, Amirul Mukminin.

Hanya kerana mereka itu Ketua Pemuda Negeri, YDP2 PAS kawasan, Anak MB, menantu MB, EXCO, Ketua Penerangan Pemuda Negeri dan banyak lagi jawatan2 yang kecil2 pun boleh kena "rasuah" mengikut "standard" yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

Saya nak puji PAS Shah Alam kerana saya tahu aktivis2 mereka, terutama yang duduk dalam Ahli Majlis semuanya "makan duit bini" kerana mereka tak sanggup terima duit hadiah dan hadiah.

Mereka aktif dalam PAS 100% dengan berbekalkan elaun ahli Majlis yang tidak seberapa itu, terpaksalah isteri2 mereka mencari nafkah untuk menampung kos perjuangan.

Saya menyokong supaya elaun2 Ahli Majlis dinaikkan 5 kali ganda bagi membentras korupsi. Tapi, jangan sekali2 pemegang jawatan dalam PAS menjual diri mereka murah. Kita ada Saidina Umar Abdul Aziz sebagai rujukan kita.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

p
/s Saya masih terkila bagaimana pimpinan2 PAS Pusat boleh duduk dalam hotel 5 bintang ekslusif di Shah Alam sewaktu Muktamar di Shah Alam baru-baru ini. Kenapa wang tersebut tak boleh dimasukkan dalam tabung perjuangan negeri dan pimpinan2 boleh duduk di hotel2 yang 3 atau 4 bintang.

Lihatlah betapa ekslusifnya hotel2 tersebut. Saya rasa Saidina Umar Abdul Aziz pun tak sanggup tinggal dalam hotel-hotel macam ni.
Tulang Besi